Memaparkan catatan dengan label Piala Suzuki 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Piala Suzuki 2010. Papar semua catatan
34

Sorotan Piala AFF Suzuki 2010

LuciusMaximus Khamis, Disember 30, 2010 ,




Harimau Malaya Hall of Fame
8 Safiq Rahim (Selangor) - Kapitan
2 Sabre Mat Abu (Kedah)
3 Faizal Muhamad (Harimau Muda A)
4 Asraruddin Putra (Selangor)
6 Razman Roslan (Selangor)
7 Khairul Helmi (Kedah)
9 Norshahrul Idlan (Kelantan)
10 Safee Sali (Selangor)
12 Amar Rohidan (Perlis)
14 Khyril Muhymeen (Kedah)
15 K Gurusamy (Harimau Muda A)
16 S Kunalan (Negeri Sembilan)
17 Amri Yahyah (Selangor)
18 Mahalli Jasuli (Harimau Muda A)
19 Faizal Abu Bakar (Kedah)
20 Izzaq Faris (Harimau Muda A)
21 Amirul Hadi (Selangor)
22 Khairul Fahmi (Kelantan)
24 Muslim Ahmad (Harimau Muda A)
26 Ashari Samsudin (Terengganu)
27 Fadhli Shas (Harimau Muda A)
28 Sharbine Allawee (Terengganu)

Jurumudi: (Datuk) K Rajagobal (AMN)

TAHNIAH! dari Sokernet serta rakyat Malaysia dan terima kasih kami kepada jasa dan sumbangan anda!

MALAYSIA



22 pemain yang disenaraikan untuk skuad Harimau Malaya, pecahannya ialah 6 Selangor, 4 Kedah, 2 Kelantan, 2 Terengganu, 1 Negeri Sembilan, 1 Perlis dan 6 orang anak remaja Harimau Muda A. Dengan skuad yang muda remaja kita mengejutkan Indonesia dan skuad senior ASEAN yang lain. Apa yang Malaysia buat ialah mirip seperti Jerman dalam Piala Dunia 2010. Bezanya Jerman cuma tempat ketiga sedangkan kita adalah CHAMPIONS!

K Rajagobal membuktikan jurulatih tempatan juga tidak kurang hebatnya. Dan falsafah menyandarkan harapan kepada pemain muda sepatutnya dipelajari dengan segera oleh Arsene Wenger. Malahan Jakarta Globe, akhbar bahasa Inggeris utama di sana ada menulis, “K Rajagobal should be approached by Arsenal”. Aku bukan melawak, memang betul!

Barisan pemain Harimau Malaya pula, rata-ratanya menunjukkan prestasi yang membanggakan. Safee Sali ada bercakap tentang bermain di Indonesia. Kalau betul ya teruskan aja! Pemain Malaysia perlu berani menimba pengalaman bermain di luar negara. Setakat Khairul ‘Apek’ Fahmi, senang-senang je boleh main kat J.League kalau ikut performa dia malam tadi.

Dengan barisan pemain yang masih muda, kita semua tertanya-tanya sejauh manakah skuad Harimau Malaya ini mampu pergi? Adakah kita sekadar jaguh ASEAN atau sebenarnya layak untuk bertanding di persada Asia dan dunia?

Seharusnya kejayaan 2010 ini menjadi petanda baik untuk 2011. Minat bolasepak sudah mula kelihatan apabila kita menang pingat emas Sukan SEA 2009 bila musim bolasepak 2010 kita mula menarik kehadiran penonton. Tahun depan dengan bermulanya liga bolasepak tempatan, kita rakyat Malaysia harus berbondong-bondong ke stadium.

Dan tugas menghidupkan kembali bolasepak Malaysia tidak terhad di bahu para pemain Harimau Malaya atau penyokongnya. Media juga perlu main peranan. Sudah tiba masanya akhbar dari Utusan Melayu hingga ke Sun, Sinchew Jit Poh atau Malaysian Nanban mengulas bolasepak tempatan dengan aktif. Hitz FM, Hot FM atau stesen radio yang lain perlu memulakan rancangan bual pagi mereka dengan aktiviti menganjing untuk memanaskan bolasepak tempatan. Kita perlu bercakap mengenai Kelantan dan Selangor, mengenai warna boxer Safee Sali atau apa yang Khairul Fahmi buat bersama aweknya jejariruncing.blogspot setiap malam jumaat!

Perkara yang sama juga terletak pada bahu media alternatif termasuk Sokernet. Maka oleh itu mulai tahun depan aku rasa Sokernet perlu aktif menulis tentang bolasepak tempatan. Jangan ikut musim sahaja (peringatan untuk diri sendiri dan pengulas Sokernet yang lain).

Cakap-cakap ‘kebangkitan kembali bolasepak Malaysia’ perlu kita materialisasikan. Jangan asyik sembang kencang saja macam blog Fdausamad.

Bolasepak Malaysia masih ada harapan sebenarnya. Nak menang Piala Dunia atau Piala Asia itu mungkin masih sukar, tapi paling tidak kita boleh cuba melayakkan diri.

Dalam pada itu, sebagai pengkritik FAM yang tegar, sukacita aku mahu mengingatkan bahawa kejayaan ini bukan bermakna Sultan Bola perlu kekal sebagai Presiden FAM. Ia juga tidak bermakna cara kita menjalankan liga bolasepak kita (mengikut negeri) adalah cara yang betul. Perubahan kepimpinan mesti kita teruskan, pembangunan bolasepak mesti kita acukan mengikut negara bolasepak maju yang lain.

Indonesia, Thailand, Singapura dan termasuklah Filipina sekarang berani berubah. Kita?

INDONESIA



Di sini, bolasepak ialah sepakbola dan Indonesia ialah lawan yang perlu kita salut! Bahawa Malaysia dan Indonesia mempunyai sejarah permusuhan ribuan tahun lamanya di sebalik asalnya serumpun dan berkongsi budaya menjadikan pertembungan kedua pasukan di perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 begitu mengujakan.

Derbi Malaysia-Indonesia kini boleh diletakkan sebagai pertembungan bolasepak paling sengit di ASEAN. Tidak pernah ada perlawanan bolasepak di ASEAN sebelum ini yang penuh kontroversi dan provokasi seperti Malaysia bertemu Indonesia.

Tabik juga buat Timnas Indonesia, skuad Garuda yang berjuang hingga ke minit terakhir sekalipun bermula dengan defisit 3 gol. Tabik juga buat penyokong Merah Putih yang memenuhi Gelora Bung Karno dan kekal bersama Garuda hingga wasit meniup pluit panjang.

Indonesia turun dalam kejohanan kali ini dengan barisan pemain yang dianggap antara terbaik pernah dihasilkan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga turut disertai pemain yang dinaturalisasikan.

22 pemain yang disenaraikan untuk skuad Garuda, pecahannya ialah 5 Sriwijaya FC, 5 Arema FC, 4 Persib Bandung, 3 Persija Jakarta dan setiap seorang dari Persisam Putra Samarinda, Persipura Jayapura, Persiwa Wamena, Persijap Jepara dan Persema Malang. Kesemuanya dari kelab yang bermain dalam Liga Super Indonesia.

Seperkara yang dapat kita pelajari dari Piala AFF Suzuki 2010 ini ialah sepakbola di Indonesia merupakan satu kegilaan. Ya mereka juga mengikuti EPL dan liga-liga Eropah yang lain tetapi rakyat Indonesia juga fanatik dengan kelab sepakbola dan timnas mereka sendiri. Lihat saja di Gelora Bung Karno malam tadi atau diskusi sepakbola mereka di Twitter untuk memahami ketaksuban rakyat Indonesia.

Tidak cukup dengan itu, media cetak dan elektronik Indonesia banyak memberi liputan seputar sepakbola mereka jauh melebihi media cetak dan elektronik Malaysia memberi liputan semasa bolasepak kita. Malahan liputan seputar itu bukan terhad di atas padang, tetapi juga meliputi hal ehwal kehidupan pesepakbola itu sendiri. Siapa yang ganteng dan keren, siapa yang pacaran dan cumbuan sama artis atau model dan bermacam lagi.

Sebenarnya jika hendak dibandingkan dengan Malaysia, kita jelas jauh ketinggalan. Betul kita menang malam tadi, tapi mereka jelas menang sorak dan publisiti. Dan sorak serta publisiti itu juga penting jika mahu bolasepak atau sepakbola terus hidup di negara masing-masing. Oleh itu di Indonesia, kerana adanya kegilaan terhadap sepakbola, tajaan pihak korporat mencurah-curah masuk untuk membantu memajukan sepakbola. Di Malaysia, kita masih lagi mengharapkan bantuan YB-YB dari UMNO.

Salut buat Indonesia kerana bijak menjadikan sepakbola itu sukan dan juga hiburan.

Tetapi mungkin ramai dari kita tidak tahu, Indonesia juga bermain dalam Piala AFF Suzuki 2010 dengan diselubungi masalah dalaman mereka sendiri. Yang pertama, ialah isu kepimpinan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) di mana adanya muncul suara-suara revolusi menuntut Pengerusi PSSI, Nurdin Halid mengundurkan diri. Kedua, tentang prospek berlakunya perpecahan dalam liga sepakbola Indonesia dengan kemunculan Liga Primer Indonesia sebagai ‘breakaway league’dari Liga Super Indonesia.

Namun begitu, masalah ini sebenarnya adalah ‘blessing in disguise’. Pertama Nurdin Halid bukan Sultan, jadi untuk menukarnya adalah semudah Julia Perez menukar dari BH biasa ke BH laserin. Kedua, adanya ‘breakaway league’ seperti Liga Primer Indonesia adalah petanda sepakbola di sana satu industri yang nilainya bertrilion (dalam Rupiah). English Premier League sendiri asalnya adalah ‘breakaway league’ dari English Fooball League.

Safee Sali, yang bukan lahir di Aceh ada berkata dia teringin untuk bermain sepakbola di Indonesia kerana liga mereka adalah yang terbaik di Asia Tenggara. Aku bersetuju 110% dengan Safee Sali, liga sepakbola Indonesia memang yang terbaik di Asia Tenggara. Aku cadangkan, Sriwijaya FC untuk Safee Sali.

FILIPINA



Skuad bolasepak Filipina atau Azkals (street dogs/anjing jalanan) adalah antara pasukan bolasepak tertua di Asia. Tapi di negara di mana sukan bola keranjang dan Manny Pacquiao menjadi kegilaan utama, sipaang-bola di Filipina tidak semaju negara ASEAN yang lain.

Namun, Piala AFF Suzuki 2010 memperlihatkan kepada kita semua imej Azklas yang baru. Mereka layak ke separuh akhir dan sekali pun tumpas kepada Garuda, jurulatih mereka Simon McMenemy berjaya melakukan ‘jaringan peribadi’ ke atas Rahma Azhari, mangkuk seks (sexpot) Indonesia.

Dengan dibarisi penjaga gol Fulham serta beberapa bekas pemain remaja Chelsea dan pemain kelab luar negara yang lain, Azkals berkemungkinan bakal muncul kuasa baru bolasepak ASEAN.

VIETNAM



Elly Tran Ha! Me sucky, sucky. Me love you long time!

SINGAPURA



Singa Temasek sudah hilang taring. Lepas ini taubat mereka akan mengaku lebih ramai warga Afrika sebagai rakat dan pemain bolasepak mereka.

THAILAND



FA Thailand dan pakar-pakar bolasepak negara Gajah Putih semuanya sedang sibuk garu kepala memikirkan di mana silapnya skuad Changsuek (gajah perang) hari ini. Kiatisak Senamuang lapornya sudah sampai beruban kepala, sementara Piyapong Pue-On khabarnya kini cuba mendapatkan khidmat nasihat dari adiknya Pipiyapong.

Yang sebenarnya Thailand perlukan Rafalution. Baru senang hidup Harimau Malaya.

NEGARA ASEAN LAIN

Myanmar asalnya dulu hebat tapi mungkin sebab ghairah sangat nak memenjarakan rakyat sendiri maka bolasepaknya jadi tunggang langgang. Brunei, Kemboja dan Laos masih lagi mempunyai perjalanan yang jauh untuk bersaing dengan rakan-rakan ASEAN yang lain. Timor Leste? Mungkin kita boleh jemput mereka bermain dalam liga bolasepak Malaysia sebagai pendedahan awal kepada bolasepak sebenar.

KINGS OF ASEAN

Dengan mengambil kira Piala AFF sebagai kejohanan utama dan Sukan SEA sebagai kejohanan sekunder, kedudukan semasa bolasepak ASEAN terlihat seperti berikut:

1) Thailand – 3 Piala AFF dan 11 Sukan SEA
2) Singapura – 3 Piala AFF dan 0 Sukan SEA
3) Malaysia – 1 Piala AFF dan 5 Sukan SEA
4) Vietnam – 1 Piala AFF dan 1 Sukan SEA
5) Myanmar – 0 Piala AFF dan 5 Sukan SEA
6) Indonesia – 0 Piala AFF dan 2 Sukan SEA

Sekalipun Singapura mungkin di atas kita (3 Piala AFF), tetapi jelas kita jauh lebih baik secara keseluruhan dengan mempunyai 5 pingat emas Sukan SEA untuk bolasepak. Lagi 2 Piala AFF dan kita akan berada di atas Singapura dan bersedia mengejar Thailand!

Twitter War
Sokernet sekali lagi berjuang untuk Harimau Malaya dan negara tercinta pada perlawanan akhir kedua. Walau tidak berada baik di atas padang mahu pun di kerusi Gelora Bung Karno, para pengulas Sokernet ‘berperang’ dengan cewek-cewek Indon di Twitter. @SOKERNET_TWEET kini mempunyai 532 pengikut dan semua pengulas-pengulas lelaki Sokernet khabarnya kini mempunyai skandal cewek Indon masing-masing. Jannah pula dilaporkan kini sudah mula bertweet secara mesum dengan Markus Horison!
19

JANJI ITU SATU AMANAH


Lelaki di bawah dah nazar untuk cukur kepala licin.


Biro pemantau Sokernet diminta untuk memulakan tugas memantau lelaki tersebut agar beliau melunaskan janji-janji yang telah ditutur.

Sila sertakan 2 gambar berukuran passport beserta tandatangan tukang gunting sebagai saksi untuk proses dokumentasi.

Terima kasih


23

Indonesia Keluar Senjata Gurita Dewa Laut Nama Gudel Pulak Dah!





Gudel - Berat 6 kilogram, panjang rentang 1.5 meter, asal Jepang dan tidak memake BH laserin

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA -- Pecinta sepakbola pasti tidak pernah lupa dengan 'almarhum' gurita peramal, Paul, yang prediksinya selalu tepat selama perhelatan Piala Dunia 2010. Kini ada Gurita Dewa Laut alias Gudel di Sea World, Taman Impian Jaya Ancol, yang meramalkan Indonesia akan mengalahkan Malaysia di laga kedua final Piala AFF 2010 di Stadion Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, Rabu (29/12) malam ini.

Gudel ditempatkan di sebuah aquarium ketika mulai mencoba membuat ramalannya. Dalam aquarium tersebut, ada dua buah tabung warna transparan berisikan bendera Indonesia di sebelah kiri dan bendera Malaysia di sisi kanan. Kedua tabung itu sebelumnya diisi ikan dan kepiting

Para pengunjung Sea World akhirnya bernafas lega ketika Gudel yang baru didatangkan dari Jepang tiga hari silam itu akhirnya memilih tabung bendera Indonesia. Seperti dikutip Antara, Gudel yang merupakan jenis gurita raksasa (Giant Pacific Octopus) itu menyentuh bendera Indonesia. Gudel memiliki berat enam kilogram dengan panjang rentang lengan 1.5 meter.

14

Kenapa Kita Wajib Juara?




Kerana Piala Suzuki AFF asalnya ialah Piala Tiger AFF. Memenanginya adalah ibarat sireh pulang ke gagang (atau ibarat bir Tiger masuk membasahi tekak yang kekeringan)
17

TONIGHT...WE DINE IN HELL...ERR...JALAN JAKSA



Dari liputan Utusan bertarikh 28/12/2010

Piala Suzuki: Keraguan aspek keselamatan tak jadi halangan

28/12/2010 8:15pm

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Meskipun ada keraguan berhubung keselamatan pada perlawanan akhir kedua bola sepak Piala AFF Suzuki 2010, sekumpulan 300 penyokong tempatan tetap mahu bersama skuad negara ketika menentang pasukan tuan rumah di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam esok.

Peminat dari Selangor, Kelantan dan Johor yang dikumpulkan oleh Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) dan Gerbang Tempur Penyokong Bola Sepak Malaysia (Ultras Malaya) berlepas ke Jakarta hari ini, bagi menemani skuad kebangsaan apabila berdepan Indonesia yang mereka tewaskan 3-0 pada Ahad lepas.

Presiden SSFC, Mohd Nasir Mohd Yunus berkata, kehadiran penyokong negara di sana itu telah dimaklumkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai jaminan keselamatan.

"Penyokong Malaysia tidak perlu takut kerana kekalutan mungkin hanya berlaku ketika perlawanan sahaja dan tidak akan merebak di luar stadium namun saya ingatkan penyokong negara agar senantiasa berwaspada,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hari ini beberapa akhbar Indonesia melaporkan bahawa penyokong Malaysia tidak berani hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya kerana bimbang dengan keselamatan mereka. – Bernama

+++

Malaysian ni spirit macam pahlawan-pahlawan Sparta. 300 orang je yang datang. Tak macam Indonesia jenis nak main kuantiti ramai-ramai, tapi bila sikit menikus.

300 pun tetap gagah weh

Aku tak jumpa gambar hi-res scene this is Sparta so aku pakai ni dengan grafik buat 5 minit. Deal with it.

"Errr, abe, oke ke masuk stadium pake cenggini?"

"diam"

notakaki: Jalan jaksa adalaj inside joke untuk sesiapa Malaysian yang pernah ke Jakarta. Kat situ ada restoran ala mamak (kepunyaan Malaysian) yang bernama KL Village. Stail more or less macam kedai mamak Malaysia.

38

Safee Sali Dan Aceh

LuciusMaximus Selasa, Disember 28, 2010 , , , , ,



Semasa aku tweet benda di atas ini melalui SOKERNET_TWEET, Malaysia baru saja mendahului Indonesia 3-0 dengan jaringan Safee Sali.

Apa jadi lepas itu? Persoalan sama ada Safee Sali benar orang Aceh atau tidak menjadi topik hangat rakyat Indonesia dari Banda Aceh di Aceh hingga ke Jayapura di Papua.

Isu kontroversi sama ada benar Safee Sali orang Aceh atau tidak akhirnya dirungkaikan oleh Aulia Fitri, seorang penulis di Kompasiana, sebuah laman warga media yang bernaung bawah Kompas, salah satu akhbar utama Indonesia.

Sila klik Menjawab Kontroversi Safee untuk bacaan lebih lanjut.

Apa yang menarik, kesan dati tweet tersebut artikel mengenai Safee Sali di Wikipedia melalui suntingan beberapa kali tentang tempat kelahiran beliau. Sekejap di tulis Aceh Besar di Provinsi Aceh, sekejap lagi ditukar pula kepada Kajang, Selangor. Tidak cukup dengan itu, #safee sempat menjadi Trending Topic di Twitter untuk beberapa ketika dan menjadi topik bualan hangat di #iloveaceh.

Kenapa Safee Sali ditweet sebagai orang Aceh? Senang saja. Indonesia sudah ketinggalan 3-0 dan Safee Sali muncul sebagai duri dalam daging buat skuad Garuda. Pastinya tidak ada cara lain yang lebih baik untuk mengusik emosi penyokong Indonesia dengan mengatakan Safee Sali asal Aceh tapi main untuk Malaysia kerana TNI banyak membantai orang Aceh. Safee Sali sensitif bagi mereka kerana telah menjaringkan 2 dari 3 gol malam itu. Aceh juga sensitif kerana wilayah ini sentiasa menuntut kemerdekaan dari Indonesia.

(Nota: Selepas Malaysia tewas separuh akhir Piala AFF 2004 kepada Indonesia, aku pergi gunting rambut di Dato’ Keramat. Kedai gunting itu aku tahu milik pendatang Indonesia. Tapi ketika sedang gunting rambut dan berbual pasal perlawanan separuh akhir itu, si tukang gunting rambut beritahu dia sebenarnya kecewa Malaysia kalah. Jelasnya, “Saya pelarian Aceh bang, datang ke Malaysia kerana mahu lari dari ditangkap TNI sebab saya dulu aktif dengan Gerakan Aceh Merdeka”)

Okay, jadi apa matlamat buat tweet sedemikian dan mencurangi hampir seluruh Indonesia? Jawapannya mudah, dah nama pun Sokernet. Kalau tak menganjing, kalau tak bakar-membakar bukan Sokernet-lah namanya, ye tak?

Apa pun, akaun SOKERNET_TWEET dapat pendedahan luas di Indonesia dan harap-harap blog Sokernet juga dapat publisiti yang serupa.

Malam esok, mungkin boleh buat tweet yang lain pula. Macam:

“S Kunalan: Saya memang asal Papua tapi main untuk Malaysia kerana TNI banyak membantai orang Papua”

(Nota: Untuk Safee Sali, jangan marah sebab Sokernet guna nama saudara. Untuk rakyat Indonesia, jangan butthurt dan mudah sangat percaya pada benda seperti serbuk gatal, dukun atau pawang, tembakan laser serta Safee Sali orang Aceh)

34

Awas Malaysia! Indonesia Keluarkan Senjata Mesum



Seperti mana ratusan tahun dulu bila Hang Tuah ke Majapahit dan hampir digoda oleh gundik-gundik Majapahit, begitulah juga apa yang akan berlaku esok. Laksamana Hang Rajagopal dan pendekar Hang Safee Sali kini berisiko lemas dalam pelukan cewek Indonesia.

Dari sumber Sokerleaks, Sokernet telah mendapat khabar bahawa Rahma Azhari bercadang untuk menggoda Hang Rajagopal dan Hang Safee Sali. Cis, dasar tempe Jawa!



Rahma Azhari: Rajagombal You Are Next!

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA--Pesohor seksi Rahma Azhari sempat jadi bahan pembicaraan ketika ia berpose dengan pelatih Filipina Simon McMenemy, sepekan lalu. Bagaimana dengan pelatih Malaysia, K Rajagobal? Apakah Rahma mau berpose bersama dengannya?

Secara bercanda, Rahma Azhari menulis di laman jaring sosialnya, Twitter, bahwa ia mau menggoda Rajagobal. "Rajagombal, your are next..!!!*ala bloodsport* wink wink," tulis Rahma di @RaAzhari, Ahad (26/12).

Kontan 'kicauan' Rahma ini menarik komentar ratusan tweeps yang dibalas dengan bercanda pula. Seperti seorang pengguna akun @isacindo yang mengatakan, "Lo juga harus semangat godanya."

Atau seorang berakun @anyeanye yang menulis, "Coba tolong ya mbak @RaAzhari godain si Rajagobal..mirip kan sm Simon McMenemy???" Dan seorang berakun @Ocelica yang mengatakan, "Kali ini saya dukung mba rahma ayoooo lancarkan serangan!!"

Ada lagi seorang pengguna akun @triesnantyo yang meminta tolong langsung ke Rahma dengan berkata, "Carane piye iki ben iso menang 4-0? Mbak @RaAzhari mgkn bs bantu?".

Selain menggoda Rajagobal, Rahma juga menggoda penyerang Malaysia yang menjebol gawang Markus Maualana, yaitu Mohd Safee Sali. Ia mengatakan, "Next target SAFEE DKK, timnas INA suruh konsen aja supaya menang!" katanya.

Rahma sempat menjadi sorotan ketika dua foto dirinya dengan Simon McMenemy beredar di dunia maya. Rahma menegaskan ia dan pelatih Filipina itu hanya teman. Diperkirakan, Rahma bertemu McMenemy usai pertandingan Indonesia-Filipina 19 Desember lalu. Media Filipina sampai menurunkan artikel terkait Rahma dan McMenemy ini. Si pelatih pun enggan berkomentar terkait foto-foto tersebut.

Bagaimana dengan pelatih Malaysia kali ini? Apakah Rahma benar-benar mau menggodanya?


Sementara itu seorang lagi cewek Indonesia tidak ketinggalan mahu berbakti kepada nusa dan bangsa.


Julia Perez Lawan Laser Pake BH

JULIA Perez mau membalas tindakan laser suporter Malaysia. Bukan pake laser, tapi Jupe mau pake BH. Nah lho.

Jupe rupanya geregetan dengan ulah suporter licik Malaysia yang menggunakan laser membuyarkan konsentrasi Markus Horison menjaga gawang.
Sejam setelah menyaksikan Tim Garuda dihajar 0-3 di stadion Bukti Jalil, Malaysia, Jupe langsung menumpahkan kekesalannya lewat akun twitter-nya @juliaperez.

“Biarin aja dicurang pake laser... Nanty pas tanding di INA. Jupe pake bh doang biar pada buta tuh mata liat gunung kembar gue,” tulis Jupe.

Dihubungi lewat telepon, kekasih Gaston Castano ini membenarkan tulisannya. Ia berjanji akan menonton langsung leg kedua final Piala AFF Timnas Indonesia lawan Malaysia dengan menggunakan bra khusus.

“Iya (pakai bra), biar pada buta semua pemain timnas Malaysia, nggak rela lihat timnas Malaysia mengalahkan Indonesia. Lihat saja nanti, Jupe nonton pakai BH doang biar pada buta matanya,” bebe Jupe seperti dilansir Rakyat Merdeka (Grup JPNN), Selasa (28/12).

Demi membela Merah Putih, Jupe tak takut aksinya diprotes banyak orang. Kalau perlu, Jupe mau membalas pake laser yang ditempelkan di BH-nya.

“Yang penting kan nggak kelihatan belahan (dada), pokoknya nanti aku mau pakai bra khusus, kalau perlu branya pakai laser biar pada buta semua pemain timnas Malaysia,” tutup bintang film Hantu Jamu Gendong tersebut.

Jupe yang punya sekolah sepak bola (SSB) ini serius menyikapi ulah suporter Malaysia. Ia menilai pasti ada pihak yang mengatur agar Tim Garuda kalah.

“Ini bukan bener-bener Timnas kita kalah pure. Ini sebuah kelicikan dan nggak sah, dan aku yakin banget yang main laser bukan suporter tapi orang yang udah spesial untuk trik-trik begini, dan udah dibayar,” terangnya.

Berharap kejadian tak terulang, ia menyarankan pengurus PSSI melaporkan hal ini ke badan sepakbola dunia. “PSSI harus komplain,” kata Jupe.


Dengan Rahma Azhari bersedia mahu menggoda Hang Rajagopal dan Hang Safee Sali, manakala Julia Perez pula bakal menonjolkan gunung kembar, Malaysia dan Haji Hasbullah Awang jelas berdepan laluan sukar di Gelora Bung Karno.
51

Konfrontasi

LuciusMaximus Isnin, Disember 27, 2010 , , , ,

(Artikel ini patut keluar sebelum 26 Disember, tapi faktor malas, sibuk dan komputer rosak membantutkan segalanya. Biasalah, kerja dengan Sokernet bukan dapat upah, kena maki lagi adalah. Seperkara lagi, artikel ini ada nada kebencian dan tidak menyentuh sangat mengenai perlawanan epik tersebut. Kalau rasa tak berminat, boleh abaikan)

“Kalau kita lapar itu biasa. Kalau kita malu itu juga biasa. Tapi kalau kita lapar atau malu itu karena Malaysia, kurang ajar!” – Bung Karno

Apaan sih yang kurang ajar? Kerana lapar dan malu? Kalau Indonesia lapar atau malu itu masalah Indonesia sendiri. Jangan tunding jari pada negara lain dan jadikannya sebagai kambing hitam.

Cerita bagaimana Indonesia sentiasa menjadikan Malaysia kambing hitam bukan benda baru. Bukan baru berlaku malam tadi apabila Markus dilaser para Ultraman Malaysia. Bukan juga berlaku pada tahun 1962 saat Sukarno tidak puas hati dengan pembentukan Malaysia dan terbantutnya cita-cita beliau menakluk Sarawak, Sabah dan Brunei yang digelarnya Kalimantan Utara. Cerita Indonesia tidak puas hati dan berdendam dengan Malaysia jauh lebih lama dari itu.

Kita kembali pada sejarah secara ringkas. Lama sebelum adanya Indonesia dan Malaysia, telah wujud terlebih dulu Empayar Srivijaya. Srivijaya ini letaknya di Palembang, Sumatera. Ia adalah empayar Melayu yang pertama, terbentuk pada kurun ke-7 dan menguasai seluruh Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dari kepulauan Riau, Singapura hingga menganjur ke selatan Siam dan juga bahagian timur Jawa. Dari Srivijaya inilah berkembangnya tamadun Melayu awal dan dari keturunan raja inilah munculnya Parameswara, pengasas Kesultanan Melayu Melaka.

Namun pada kurun ke-13 ada kuasa baru muncul di Jawa, bermula dengan nama awal kerajaan Singhasari yang pastinya dipelopori oleh bangsa Jawa itu sendiri. Mereka bangkit menyaingi Srivijaya dalam siri peperangan yang berlarutan lamanya. Singhasari kemudiannya berubah menjadi kerajaan Majapahit dan persaingan Srivijaya-Majapahit berterusan pula.

Konflik Srivijaya-Majapahit bukan sekadar persaingan Melayu-Jawa. Ia juga persaingan agama. Persaingan antara ajaran Buddha di pihak Srivijaya dan Majapahit yang mahu menegakkan syiar Hindu di Asia Tenggara. Tanggal 1377, Srivijaya akhirnya tunduk pada tampuk kekuasaan Majapahit.

Dari Palembang, takhta Srivijaya atau apa yang tinggal dari sisanya berpindah ke Temasek (kini Singapura). Pemberontakan oleh saki-baki tentera dan wilayah yang setia pada Srivijaya berterusan untuk beberapa tahun lamanya hinggalah pada tahun 1401, bila Majapahit menyerang Temasek untuk menamatkan pemberontakan tersebut. Pewaris takhta Srivijaya di Temasek ketika itu, Parameswara namanya, lari ke Semenanjung Tanah Melayu di tempat yang kemudian dinamakan Melaka.

Dan begitulah seterusnya. Majapahit tumbang, begitu juga Melaka. Penjajah datang dan pergi. Akhirnya Indonesia merdeka dan Malaysia terbentuk. Kemudian Sukarno ‘butthurt’, menjerit Ganyang Malaysia dan tercetus Konfrontasi. Konfrontasi tamat 1966, Sukarno digulingkan dan Malaysia beroleh kemenangan moral. Selebihnya Indonesia sentiasa menyimpan dendam pada Malaysia, kalau mereka lapar, kalau mereka malu, kambing hitamnya ialah Malaysia. Kalau kalah bolasepak, kambing hitamnya Ultraman dari Malaysia yang memancar sinaran laser kepada Markus Si Botak.

Indonesia hari ini adalah jelas reinkarnasi (kelahiran semula) Majapahit. Malah itulah yang sebenarnya menjadi pegangan dan aspirasi Sukarno awal penubuhan Indonesia. Dan itulah yang dilihat oleh pejuang-pejuang kemerdekaan wilayah bergolak Indonesia hari ini, baik Gerakan Aceh Merdeka atau Organisasi Papua Merdeka, bahawa Indonesia hari ini tidak lebih dari sebuah kesinambungan Majapahit atau dalam istilah hari ini, Imperialisme Jawa.

Dan Malaysia, kita selalu melihat diri kita sebagai kesinambungan Kesultanan Melayu Melaka. Itu silap. Yang sebetulnya kita harus melihat diri kita sebagai pewaris kesinambungan Srivijaya. Jangan setakat berbangga dengan Islamnya Melaka tapi malu dengan Buddha Vajrayana dari Srivijaya dulu.

Dan satu-satunya pemimpin Malaysia yang pernah berani menuntut hak-hak kita sebagai pewaris Srivijaya dulu ialah Tan Sri Ghazali Shafie. Nama glamer beliau, King Ghaz.

King Ghaz lahir di Kuala Lipis, Pahang. Tapi beliau tidak ada kena-mengena dengan Pipiyapong, bau bacang pun jauh sekali. Beliau antara individu yang bertanggungjawab dalam pembentukan Malaysia melalui penglibatannya dalam Suruhanjaya Cobbold. Usai terbentuknya Malaysia, King Ghaz menjadi wakil tetap Malaysia ke PBB. Dan Malaysia pula terpilih sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB. Lagilah Sukarno dan seluruh Indonesia ‘butthurt’ tahap klasemen.

Sebagai wakil tetap Malaysia di saat Konfrontasi memuncak, King Ghaz lantang bersuara mengutuk perbuatan terkutuk Indonesia menyerang Malaysia. King Ghaz dan Malaysia mencipta sejarah sebagai negara pertama di dunia yang menyeludup masuk senjata ke dalam Majlis Keselamatan PBB, mengejutkan para pengawal keselamatan. Senjata tersebut milik tentera Indonesia, diseludup masuk dalam usaha Malaysia mendedahkan pembohongan Sukarno kononnya mereka yang menyerang Malaysia ialah gerila dan sukarelawan Indonesia, bukan tentera Indonesia.

Dan seperkara lagi yang mungkin tidak pernah diceritakan dalam buku sejarah sekolah, ialah bagaimana King Ghaz sebagai wakil Malaysia pernah mengusulkan kepada Amerika Syarikat satu rancangan sulit untuk menghancurkan Indonesia. Dalam perbincangan King Ghaz dengan dengan Setiuasaha Politik dari Amerika Syarikat, beliau memaklumkan Malaysia boleh sahaja mempengaruhi pemberontak di Sumatera dan Sulawesi untuk bangun menentang Indonesia. Dengan bantuan Amerika Syarikat, Indonesia akan berpecah kepada wilayah-wilayah kecil di mana Malaysia kemudiannya bersedia untuk mengambil alih wilayah tersebut untuk diserap dalam Persekutuan Malaysia.

Dalam erti kata lain, cadangan King Ghaz ialah memindahkan pusat pemerintahan dari Jakarta ke Kuala Lumpur. Maknanya Indonesia bubar dan Malaysia ambil-alih wilayahnya, atau berakhirnya Majapahit dan kembalinya era Empayar Srivijaya.

Tapi seperti termaktub dalam sejarah, Amerika Syarikat akhirnya menemui sekutu dalaman untuk dijadikan proksi bernama Jeneral Suharto. Sukarno digulingkan dan Suharto menjadi Presiden dan bermulalah Orde Baru. Malaysia pula kekal ke hari ini selepas cita-cita Sukarno untuk Ganyang Malaysia dan menakluki seluruh Borneo gagal.

Namun bayangkan, jika Amerika Syarikat tidak menemui proksi bernama Suharto untuk menggulingkan Sukarno mungkin negara Uncle Sam itu akan menerima cadangan King Ghaz dan Malaysia. Dan itu berlaku maka tidak adalah Indonesia sebaliknya yang ada ialah Malaysia Raya. Dan pada 26 Disember kita tidak perlu bermain bolasepak melawan skuad Garuda.

Apa kena-mengena cerita ini semua dengan perlawanan bolasepak Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini? Tidak ada kena-mengena sangat sebenarnya. Melainkan untuk kita semua memahami kenapa Indonesia sangat dengki dan benci kepada Malaysia dari dulu hingga sekarang. Macam aku katakan tadi, perasaan ini semua muncul dari ribuan tahun dulu, Indonesia lawan Malaysia ialah Majapahit lawan Srivijaya, Jawa lawan Melayu dan pernah pada satu masa, Hindu lawan Buddha.

Dan sebetulnya, atas semangat King Ghaz dan Kuala Lipis Hardcore, kita juga perlu tanam sentimen yang serupa. Tidaklah sampai berperang atau berbunuhan, tapi paling tidak dalam bolasepak kita perlu serapkan semangat patriotisme dan unsur politik.

Macam bila England bertemu Scotland, atau Perancis atau Jerman. Negara Rio Ferdinand dan Nasron Yasin (J Or Ji) ini pernah berperang dan bersaing dalam lipatan sejarah beribu tahun lamanya dengan negara-negara tersebut. Atau bila negara kesayangan Nazri Vovin dan tanah asal Lisa Surihani, Argentina bertemu Brazil, keduanya kuasa besar Amerika Latin dan sentiasa mahu jadi yang terklasemen di benua masing-masing. Atau bila England menghadap Argentina dan semboyan Perang Falkland didendangkan. Tidak perlu aku sebut tentang Jepun lawan China atau Korea Selatan (dan juga Utara), tentang sentimen disebaliknya. Atau Afrika Selatan lawan Mesir atau Mesir lawan Algeria, apa lagi Iran lawan Iraq atau paling hebat, Amerika Syarikat.

Dan sebab itulah bila Malaysia lawan Indonesia 26 Disember lalu, kita juga perlu ada semangat patriotisme dan keinginan menganjing Indonesia sebanyak mungkin. Sebab itu aku habiskan 90 minit perlawanan mendengar ulasan Haji Hasbullah Awang sambil menganjing penyokong Indonesia di Twitter.

Ada yang tegur aku tidak patut panggil mereka sebagai Indon. Masalahnya setiap kali England bertemu Jerman, peminat bolasepak mereka akan pantas memanggil penyokong Jerman sebagai Kraut atau lebih teruk lagi, Hun (rujuk Atilla The Hun). Dan Indonesia sendiri lazim merujuk kita sebagai Malingsia.

Maka aku mulakan, melalui proksi @SOKERNET_TWEET, tweet yang berbunyi berikut:

1) Seluruh rakyat Aceh dan Papua menyokong penuh Harimau Malaya. Katakan tidak pada Imperialisme Jawa (merujuk pada pejuang pemisah di dua wilayah ini dan bagaimana mereka menganggap Indonesia sebagai kesinambungan penjajahan Majapahit dan Jawa)

2) Banyak sangat follow tweet L’pool ni mesti kerja @jannahtesl, tak Harimau Malaya sungguh! (okay yang ini tidak ada kena-mengena, saja nak anjing Liverpool kejap)

3) Ayo Ganyang Indonesia! (awal perlawanan, meminjam dari slogan perang mereka sendiri saat Konfrontasi dulu, yang ini diretweet banyak kali oleh penyokong Indonesia)

4) Padan muka Markus (saat pancaran laser dikenakan kepada kiper botak ini)

5) Markus sangkut di jaring, laser punya salah juga ke? (apabila kaki Markus tersangkut di jaring pintu gol, luar biasa ada juga penyokong Indonesia yang mendakwa kakinya tersangkut kerana pancaran laser)

6) Kamon Malaysia. Harimau harus ratah Garuda. Hayawan mitos! (yang ini bukan aku, tapi Obefiend, juga diretweet banyak kali oleh Indon)

7) Pemain Timnas Indon, Octo khabarnya gemar makan Octopus (mengajing dengan lawak bodoh begini pun diretweet berulang-kali oleh Indon, yang tidak puas hati dengan penggunaan istilah Indon dan dakwaan Octo suka makan sotong kurita)

8) Lalat Indon mula menghurungi #harimaumalaya, dasar Pendatang Tanpa Izin (di-tweet apabila para Indon mula menyedari hashtag #harimaumalaya dan mula melakukan apa yang mereka cukup pandai, spamming. Macam mereka selalu spamming secara haram masuk ke Malaysia)

9) Indonesia gol! Tapi... Curi ayam! (saat Gonzales pemain kelahiran Uruguay, Provinsi Indonesia di Amerika Selatan, meledak gok secara ofsaid. Para Indon juga retweet banyak kali, kehairanan dengan istilah ‘curi ayam’ yang digunakan)

10) Orang Malaysia sebenarnya memang mulut laser. Tak percaya tanya Azwan Ali (selepas Markus buat drama sinetron tengah padang tentang isu laser, juga diretweet oleh Indon dengan tidak puas hati. Naik saham Azwan Ali)

11) Malaysia gol dengan tembakan laser Death Star (heheh, Malaysia 1 Indonesia 0)

12) Safee Sali: Saya memang asal orang Aceh tapi bermain untuk Malaysia sebab TNI banyak membantai orang Aceh (sebaik sahaj Safee Sali menjaringkan gol. Isu ini diretweet banyak kali oleh Indon, sampai ada yang bersungguh menuntut agar disiasat jika benar Safee Sali orang Aceh. Jika ya, pengkhianat harus dibunuh katanya. Dasar Majapahit!)

13) LASER 3 – INDON 0 (laju sangat Malaysia jaringkan gol, tahu-tahu dah 3 biji. Main curang guna laser, kata Indon sekalian)

14) Upin & Ipin kirim salam kepada semua rakyat Indonesia (menggunakan siri kartun Upin & Ipin yang popular di sana. Kapan mau tumbuh rambutnya, tanya seorang cewe Twitter Indon)

15) Kapan Bambang Pamungkas mau skor? Nanti bisa main sama Selangor kembali (selepas Bambang Pamungkas dimasukkan saat Indonesia hampir bungkus)

16) I bet Bung Karno dislike this (ketika perlawanan masuk masa tambahan. Aku yakin Bung Karno ‘turn in his grave’)

17) Malaysia screw Indonesia like Ashraff Sinclair screw Bunga Citra Lestari (sebaik wisel penamat ditiupkan, juga diretweet berulang kembali tapi kali ini oleh penyokong Malaysia. Indon? Tiba-tiba semua dah senyap)

Reaksi penyokong Indonesia rata-rata ‘butthurt’. Dari nak bakar Petronas hinggalah ke mendoakan semua rakyat Malaysia masuk neraka. Dan mereka masih ‘butthurt’ hingga ke saat ini. Khususnya terhadap laser. Tapi kesan dari menganjing ini, pengikut @SOKERNET_TWEET melompat dari 170 sebelum perlawanan kepada 212 saat ini. Tidak kurang 10 darinya adalah rakyat Indonesia. Sokernet bakal menembusi pasaran baru!

Okay, maaflah kalau artikel berjela ini tidak mengulas perlawanan secara terperinci. Aku rasa yang itu semua sudah dibuat oleh puluhan akhbar lain, dari akhbar Utusan Malaysia hinggalah kepada koran Kompas. Tugas aku melaporkan apa yang disebalik perlawanan itu.

Perlawanan akhir kedua tanggal 29 Disember hari Rabu ini. Di Gelora Bung Karno, stadium yang dinamakan bersempenan mantan presiden yang beria mahu Ganyang Malaysia tapi tidak kesampaian. Kalau Rajagopal tidak berperangai macam Arsene Wenger, dia hanya perlu ke sana dan letakkan kapal terbang skuad Harimau Malaya di depan pintu gol Malaysia. Sambil pemain Malaysia semua segak bergaya dengan Rayban Wayfarer masing-masing.

Apa ada hal?

43

Pengumuman: Konfrontasi!

LuciusMaximus Isnin, Disember 20, 2010 , , , , ,




Siri artikel khas Sokernet bersempena perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010. Keluar entri sebelum 26 Disember 2010 (itu pun jika tidak ada idea untuk dibukukan secara terkejut).
17

Full Metal Jacket: Dari Tiger 2004 Ke Suzuki 2010

LuciusMaximus Jumaat, Disember 17, 2010 , , , ,


Suzuki 2010, Malaysia menang ke atas Vietnam 2-0 perlawanan pertama separuh akhir di tempat sendiri. Dengan pantas Sultan Bola bertitah “Malaysia Boleh!” dan semua jantan-jantan Malaysia jadikan gambar Elly Tran Ha sebagai modal. Dengan kelebihan 2 gol memang tidak dinafikan kita agak yakin mampu melangkah ke perlawanan akhir.

Tapi bak kata pepatah, “it ain’t over till the fat lady sings”. Hah, perempuan gemuk mana pula yang nak menyanyi ni? Adibah Noor ada buat konsert kat Hanoi ke nanti?

Piala AFF, atau ikut faktor penajaannya Piala Tiger atau Suzuki, merupakan satu piala berprestij ASEAN yang belum pernah dikecapi Harimau Malaya. Pencapaian terbaik kita sekadar menjadi naib juara dalam edisi sulung pada tahun 1996, tewas tipis 1-0 kepada Thailand. Selain dari itu pasukan Harimau Malaya banyak ke laut.

Tetapi edisi 2010 ini, peluang kita nampak agak bersinar. Apa lagi selaku pemenang pingat emas Sukan SEA 2009 dan dengan kelebihan 2 gol berbanding Vietnam setakat ini, kita hanya perlu ke Hanoi dan bertahan mati-matian dari asakan Viet Cong itu nanti.

Tetapi sejauh mana sayang aku pada Harimau Malaya, sejauh itu jugalah aku kenal Harimau Malaya ini tidak pernah sunyi dari membuat kejutan, baik yang dinantikan atau yang tidak diundang.

Menjelang perlawanan menentang Vietnam di Hanoi esok, suka aku mengingatkan kita semua tentang satu insiden pada tahun 2004 bersempena Piala Tiger.

Edisi 2004 dianjurkan di Vietnam dan Malaysia selaku tuan rumah peringkat kumpulan. Dengan motto kejohanan “Anything Can Happen”, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Filipina, Myanmar, Thailand dan Timor Leste. Di Kumpulan A yang dianjurkan di Vietnam, tuan rumah diundi bersama Indonesia, Kemboja, Laos dan Singapura.

Malaysia layak ke peringkat separuh akhir setelah menduduki tangga ke-2 Kumpulan B. Kita menang ke atas Timor Leste, Filipina dan Thailand tetapi tewas kepada Myanmar yang muncul juara Kumpulan B. Dari Kumpulan A pula, Indonesia muncul juara sementara Singapura naib juara.

Maka seperti format edisi 2010 ini, kita ditemukan dengan Indonesia dalam pusingan separuh akhir melalui perlawanan timbal balik 2 pusingan.

Perlawanan pertama berlangsung pada 28 Disember 2004 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Harimau Malaya bertandang ke sarang Garuda dan gegak gempita penyokong Garuda di Gelora Bung Karno yang tiada tolok bandingnya.

Tetapi seperti motto “Anything Can Happen” kejohanan tersebut, berlaku satu kejutan yang di luar dugaan. Indonesia mendahului seawal minit ke-6 melalui Kurniawan Dwi Yulianto dan pada waktu itu kelihatan jelas Harimau Malaya bakal dikekah. Tetapi seorang pemain kelahiran Perak muncul wira menyelamatkan Harimau Malaya. Liew Kit Kong menonjolkan dirinya sebagai Yob sejati apabila mengikat kedudukan pada minit ke-28 sebelum kemudiannya menjaringkan gol kemenangan minit ke-47.

Malaysia menang ke atas Indonesia 2-1. Di Gelora Bung Karno. Perumpamaannya sama seperti Argentina menang ke atas Brazil di Maracana.

Dan dengan pantas mood di Malaysia berubah. Kita dikira sudah memijak satu kaki di perlawanan akhir. Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Di kandang Harimau Malaya sendiri. Mustahil kita boleh ditewaskan oleh Garuda.

“Anything Can Happen”. Berbondong penyokong Malaysia hadir ke stadium pada 3 Januari 2005 dengan turut disertai buruh pembinaan, pekerja ladang dan kilang warga Indonesia yang mencari rejeki di Malaysia. Jalur Gemilang dan Sang Saka Merah Putih hampir sama banyak hari itu. Aku tahu sebab aku salah seorang yang berada di stadium pada hari itu.

Pada minit ke-28, hasrat Malaysia ke akhir hampir menjadi nyata. Khalid Jamlus yang pemalas tiba-tiba menjadi wira apabila menjaringkan gol pertama. Malaysia kini mendahului Indonesia dengan agregat 3-1. Dan ia kekal hingga wisel penamat separuh masa pertama ditiup wasit perlawanan.

Hanya tinggal baki 45 minit sahaja lagi. Penyokong Malaysia sudah sibuk mengejek penyokong Indonesia dan menyuruh mereka pulang segera. “Pokoknya besok masih mau kerja bikin rumah pak! Jangan nanti pulang lewat dan capek pula!”

Apabila babak kedua berlangsung, skuad Garuda masih cuba bangkit melawan. Sedang Harimau Malaya hanya perlu bertahan. Dan kemudian berlakukah kejutan yang tidak diundang.

Pertama sekali, pada minit ke-59 Kurniawan Dwi Yulianto membolosi gawang Malaysia untuk mengikat kedudukan 1-1 dan menjadikan agregat 3-2. Sedikit mendebarkan tetapi Harimau Malaya bertahan dengan baik untuk 15 minit berikutnya. Dan kemudian 20 minit paling menyeksakan dalam sejarah pengalaman aku menonton bolasepak.

Minit ke-74, Charis Yulianto pula membolosi gawang Malaysia. Berselang 3 minit, Ilham Jayakesuma menambah gol buat Garuda. Agregat kini bertukar Indonesia 4 dan Malaysia pula 3. Baki perlawanan hanya 13 minit lagi dan Malaysia perlu mencari gol tunggal untuk mengikat kedudukan agregat.

Tetapi yang berlaku ialah sebaliknya. Susuk hitam dari Papua muncul sebagai malaikatmaut buat Harimau Malaya. Pada minit ke-84 Boaz Solossa memastikan paku terakhir terpahat buat menutup keranda Harimau Malaya.

Indonesia menang perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil. Bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menang 4-1. Lantas layak ke perlawanan akhir dengan agregat 5-3. Aku dan penyokong Malaysia yang lain balik dengan kekecewaan, berkongsi LRT dengan buruh warga Indonesia yang senyum tapi tidak berani bersuara meraikan kemenangan, melainkan kalau mahu kena pelangkung.

Itulah bolasepak. It ain’t over till the fat lady sings. Memanglah tidak ada perempuan gemuk menyanyi di akhir perlawanan, ia sekadar metafora. Yang ini makluman khas untuk Kardio.

Jadi esok di Vietnam kita masih belum tahu. Ya kita ada kelebihan 2 gol tetapi harus diingat Vietnam juga ada kelebihan bermain di tempat sendiri untuk 90 minit lagi, selain dari kelebihan mempunyai pemain seperti Ho Chi Minh dan Elly Tran Ha. Dari Elly Tran Ha saja boleh mendatangkan ‘dua buah’, Ho Chi Minh kita belum tahu lagi.

Pun begitu, kita perlu berjuang dan menyematkan kata-kata keramat “Tanah Tumpahnya Darahku” di dalam hati. Slogan “Malaysia Boleh” orang tak pakai dah, kecuali oleh Sultan Bola.

Aku akhiri dengan nyanyian beramai-ramai bersama Gunnery Sergeant Hartman.



Gunnery Sergeant Hartman: Ho Chi Minh is a son of a bitch!
Sokernet: Ho Chi Minh is a son of a bitch!
Gunnery Sergeant Hartman: Got the blueballs, crabs and the seven-year itch!
Sokernet: Got the blueballs, crabs and the seven-year itch!
24

Tanah Tumpah Darahku

Jannah Khamis, Disember 16, 2010 ,
Umum sudahpun mengetahui semalam Malaysia telah berjaya memenangi perlawanan separuh akhir first leg menentang Vietnam. Kedua-dua gol kemenangan dijaringkan oleh striker Selangor Safee Sali. And no Yobs sekalian, he said he's finishing his contract in Selangor and is not going to Perak next year. Teruskan usaha, lepas ni pasti Selangor extend contract lagi kan?




Anyway, separuh masa pertama Malaysia menunjukkan permainan menarik dengan beberapa cubaan pada gol lawan. Antara komentar yang datang dari kiri kanan saya di Stadium Bukit Jalil semalam adalah;

Jangan main macam Arsenal, main macam Manchester sikit boleh tak?

Kau nak hantar ke mana bola tu der? Tiang gol kat bawah bukan kat atas.




Boring. Boring. Boring. Eh? Gol? Goooooollllllll!!!! (Ini saya. Permulaan separuh masa kedua agak bosan. Tapi lepas tu boleh pula Safee Sali score sebijik.)




Gol pertama kedua dijaringkan hasil muntahan bola goalkeeper Vietnam yang tepat menemui kaki Safee Sali (tak silap saya lah, di Stadium tiada replay) dan perasaan menonton permainan bola sepak secara live di hadapan mata kasar sendiri, berbanding di hadapan peti television berteman Encik Hasbullah Awang, perasaan itu priceless. Sama sekali tidak sama, gemuruh suara satu stadium menjerit Goolllll! - Ekspresi muka, perasaan terharu di kalbu, mahal. Sungguh mahal.




Gol kedua datang dari kesungguhan cubaan bertali arus attacking Malaysia yang mana berjaya mendatangkan hasil. Ingat simple mathematic boys, the more you attempt to score goals, the bigger the changes of putting one in the net.  Gol pertama, sebenarnya yang saya cuma ingat, mula-mula Vietnam sedang menggasak gawang Malaysia dengan serangan bertubi. Kemudian entah macam mana Malaysia boleh counter attack. Sedar-sedar dah gol. (No Jane kau sebok main Twitter masa tu)

Tapi satu stadium hiruk pikuk macam menang Final.




Harapan saya agar the Boys in Blue akan maintain attacking style mereka (semalam banyak kali try, cuma takde luck, if not for sure would have been 5-0) dan menang lagi di Vietnam hari Sabtu ini.




Ada sesiapa mahu ke Vietnam for the game?

Sent from my iPad
- Posted using BlogPress from my iPhone

Edited: 1:26pm
15

Chào Buổi Sáng Việt Nam



"Well, baby, me so horny. Me so horny. Me love you long time. Me sucky sucky"
- Da Nang Hooker (Full Metal Jacket)
45

Filipina Kini Klasemen

LuciusMaximus Khamis, Disember 09, 2010 , ,


Pemain Filipina sakan selepas diberitahu mereka dijanjikan Suzuki RG 110 seorang satu dan Kristine Hermosa jika menang Piala Suzuki 2010


Celaka. Bila kali terakhir Filipina menang Piala Dunia? Atau Piala Asia? Pingat emas bolasepak Sukan SEA? Tak pun Piala Tiger Bawah Pokok Kelapa atau sekarang Piala Suzuki Cub Prix? Piala Bardhan atau Piala Emas Raja-Rajagopal?

Tak pernah dowh.

Tapi dalam Piala AFF Suzuki 2010, Filipina melakukan kejutan dengan layak buat julung kalinya ke pusingan separuh akhir. Mereka seri 1-1 dengan Singapura, 0-0 dengan Myanmar dan lebih mengejutkan berjaya menumpaskan Vietnam 2-0.

Bagaimana sebuah negara Kristian di Asia dan mempunyai nama ala Sepanyol serta perasan Amerika boleh menjadi kuat dalam bolasepak? Sejak bila sebuah negara yang sukan bola keranjang, besbol dan Kristine Hermosa jauh lebih utama tiba-tiba boleh jadi solid dalam bolasepak?

Kata orang, tuah ayam nampak di kaki dan tuah sebuah pasukan bolasepak ialah bila menang dapat makan kaki ayam KFC percuma. Khususnya pasukan bolasepak sekolah rendah.

Rahsia peningkatan mendadak Filipina terletak pada pemain-pemain timnas yang direkrut mereka dan juga jurulatih pasukan. Filipina dalam kancah Piala Suzuki ini adalah sebuah pasukan mirip England.

Sebagai permulaan, jurulatih mereka ialah Simon McMenemy. Bekas pembantu jurulatih di kelab Inggeris bernama Worthing FC, McMenemy merupakan jurulatih kebangsaan termuda di dunia pada masa ini dengan hanya berumur 33 tahun. Sebagai perbandingan jurulatih Harimau Malaya, Profesor Arsene K Rajagopal berumur 54 tahun.

Dengan McMenemy di teraju utama, Filipina merevolusikan skuad bolasepak mereka. Kini dalam timnas mereka ialah 4 pemain utama yang bukan calang-calang pemain.

Menjaga gawang ialah Neil Etheridge, seorang pemain berdarah campur Inggeris-Filipina. Siapa mamat Etheridge ini? Beliau adalah bekas penjaga gol skuad bawah 16 tahun England, pernah juga bermain untuk pasukan remaja Chelsea dan Fulham. Kini merupakan antara penjaga gol simpanan Fulham, pada tahun 2008 Etheridge memilih untuk bermain mewakili Filipina di peringkat antarabangsa.

”Impian setiap remaja lelaki pastinya ialah bermain untuk England. Tapi saya terfikir, kenapa tidak bermain untuk Filipina? Ianya adalah negara asal ibu saya dan juga Kristine Hermosa,” kata Etheridge mengulas keputusannya bermain untuk Filipina.

Keputusan Etheridge bermain untuk Filipina bertitik-tolak dari pujukan rakannya, Phil Younghusband. Juga kacukan Inggeris-Filipina, Phil adalah penyerang dan juga merupakan bekas pemain remaja Chelsea. Kini bermain untuk kelab semi-pro Havant & Waterlooville, Phil hanya berumur 23 tahun dan telah mencetak sejumlah 12 gol di peringkat senior bersama Filipina.

Jika Phil Neville pernah mempunyai Gary Neville di Manchester United, Phil Younghusband pula mempunyai James Younghusband dalam skuad Filipina. Berusia 24 tahun dan merupakan seorang pemain sayap kanan, James juga adalah produk Chelsea dan turut pernah bermain untuk Wimbledon.

Gandingan adik beradik Phil dan James Younghusband menyertai Filipina seawal tahun 2005, susur galur keturunan Filipina mereka dilaporkan dikesan oleh seorang pemain video Football Manager yang memaklumkan perkara tersebut kepada Persekutuan Bolasepak Filipina yang kemudiannya menjemput kedua beradik ini untuk menyarung jersi Filipina.

Pemain utama keempat mereka yang asal Inggeris ialah pemain pertahanan veteran berusia 30 tahun bernama Roberto James Dazo Gier atau ringkasnya Rob Gier. Gier merupakan bekas pemain Wimbledon, muncul mewakili ’Crazy Gang’ sebanyak 71 kali dan kali pertama menyarung jersi kebangsaan Filipina pada tahun 2009.

Dengan jurulatih Inggeris serta 4 pemain kacukan Inggeris-Filipina, kita mungkin akan berpendapat bahawa Filipina adalah ibarat England versi Asia. Tapi tunggu dulu!

Tidak cukup dengan pemain yang disebut tadi, ada beberapa lagi pemain kacukan dalam timnas Filipina yang juga turut bermain di kelab-kelab luar negara. Antaranya ialah Ray Anthony Jonsson (bermain untuk kelab Iceland, Grindavik), Jason de Jong (bermain untuk Veendam di Belanda dan ada bau-bau bacang dengan Nigel de Jong), Christopher Greatwich (Morris County Colonials di Amerika Syarikat), Mark Drinkurth (Agon Dusseldorf di Jerman), Gino Pavone (Bay Area Ambassadors di Amerika Syarikat) serta Manuel Ott (Ingolstadt II di Jerman).

Dengan gabungan bolasepak Inggeris, Iceland, Amerika Syarikat, Belanda dan Jerman maka tidak hairanlah negara kelahiran Kristine Hermosa dan Jose Rizal ini agak fenomenal dalam Suzuki Cup 2010 kali ini. Layak ke separuh akhir buat kali pertama, Filipina bakal bertemu Indonesia dan adalah silap besar jika skuad Garuda berfikiran laluan mereka ke akhir adalah mudah.

Nampaknya formula Persekutuan Bolasepak Filipina mencari dan menjemput pemain bolasepak berdarah Filipina dari seluruh dunia bermain untuk Filipina merupakan satu langkah yang bijak. Paling tidak Filipina kini mempunyai skuad yang agak boleh tahan dan mungkin pada jangka masa panjang ilmu bolasepak luar negara yang dibawa oleh para pemain ini dapat diturunkan kepada pemain kelahiran asal Filipina yang lain.

Mungkin FAM boleh melihat dan cuba menimbangkan formula sebegini, mencari diaspora pemain keturunan Malaysia atau yang pernah lahir di Malaysia dari seluruh dunia dan menjemput mereka bermain untuk Harimau Malaya.

Setakat ini seorang pemain yang dikenal pasti layak bermain untuk Malaysia ialah pemain Jepun, Tadashi Takeda yang lahir di Pulau Pinang dan dilaporkan penggemar Nasi Kandar Line Clear. Beliau kini bermain untuk Fagiano Okayama FC dalam J.League 2.

Pemain lain yang boleh kita jemput ialah penyerang handalan Pipistuta, kini khabarnya bermain di Argentina untuk kelab Boca Seniors.
29

Arsenal Bergaya, Chelsea Kurang Upaya

Pipiyapong Abdillah Hamzah , ,
1. Arsenal (bekas naib johan Eropah 2006) tadi mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati Liga Juara Juara Eropah dengan bergaya setelah menumpaskan Partizan Belgrade (bekas naib juara Eropah 1966). Sementara itu di Marseille, Chelsea meneruskan kekurangan upaya mereka.

"Seluruh jiwa dan rambut saya hanya untuk bola sepak" - Sagna

2. Senarai pendek Pemain Terbaik Dunia FIFA 2010 sangat mengejutkan apabila Bacary Sagna langsung tidak tersenarai. Sebagai pemain yang rajin, tenang, gemar tersenyum, bermata redup dan berimej rambut belah tengah, beliau seharusnya berada di dalam senarai 3 pemain terakhir.

3. Sementara itu pada pertandingan Piala Suzuki 2010, Malaysia dijadualkan akan bertemu Vietnam di peringkat separuh akhir. Singapura tak layak. Keh keh keh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...