ANDA SEDANG MEMBACA

45

Filipina Kini Klasemen

Lucius Maximus Khamis, Disember 09, 2010 , ,


Pemain Filipina sakan selepas diberitahu mereka dijanjikan Suzuki RG 110 seorang satu dan Kristine Hermosa jika menang Piala Suzuki 2010


Celaka. Bila kali terakhir Filipina menang Piala Dunia? Atau Piala Asia? Pingat emas bolasepak Sukan SEA? Tak pun Piala Tiger Bawah Pokok Kelapa atau sekarang Piala Suzuki Cub Prix? Piala Bardhan atau Piala Emas Raja-Rajagopal?

Tak pernah dowh.

Tapi dalam Piala AFF Suzuki 2010, Filipina melakukan kejutan dengan layak buat julung kalinya ke pusingan separuh akhir. Mereka seri 1-1 dengan Singapura, 0-0 dengan Myanmar dan lebih mengejutkan berjaya menumpaskan Vietnam 2-0.

Bagaimana sebuah negara Kristian di Asia dan mempunyai nama ala Sepanyol serta perasan Amerika boleh menjadi kuat dalam bolasepak? Sejak bila sebuah negara yang sukan bola keranjang, besbol dan Kristine Hermosa jauh lebih utama tiba-tiba boleh jadi solid dalam bolasepak?

Kata orang, tuah ayam nampak di kaki dan tuah sebuah pasukan bolasepak ialah bila menang dapat makan kaki ayam KFC percuma. Khususnya pasukan bolasepak sekolah rendah.

Rahsia peningkatan mendadak Filipina terletak pada pemain-pemain timnas yang direkrut mereka dan juga jurulatih pasukan. Filipina dalam kancah Piala Suzuki ini adalah sebuah pasukan mirip England.

Sebagai permulaan, jurulatih mereka ialah Simon McMenemy. Bekas pembantu jurulatih di kelab Inggeris bernama Worthing FC, McMenemy merupakan jurulatih kebangsaan termuda di dunia pada masa ini dengan hanya berumur 33 tahun. Sebagai perbandingan jurulatih Harimau Malaya, Profesor Arsene K Rajagopal berumur 54 tahun.

Dengan McMenemy di teraju utama, Filipina merevolusikan skuad bolasepak mereka. Kini dalam timnas mereka ialah 4 pemain utama yang bukan calang-calang pemain.

Menjaga gawang ialah Neil Etheridge, seorang pemain berdarah campur Inggeris-Filipina. Siapa mamat Etheridge ini? Beliau adalah bekas penjaga gol skuad bawah 16 tahun England, pernah juga bermain untuk pasukan remaja Chelsea dan Fulham. Kini merupakan antara penjaga gol simpanan Fulham, pada tahun 2008 Etheridge memilih untuk bermain mewakili Filipina di peringkat antarabangsa.

”Impian setiap remaja lelaki pastinya ialah bermain untuk England. Tapi saya terfikir, kenapa tidak bermain untuk Filipina? Ianya adalah negara asal ibu saya dan juga Kristine Hermosa,” kata Etheridge mengulas keputusannya bermain untuk Filipina.

Keputusan Etheridge bermain untuk Filipina bertitik-tolak dari pujukan rakannya, Phil Younghusband. Juga kacukan Inggeris-Filipina, Phil adalah penyerang dan juga merupakan bekas pemain remaja Chelsea. Kini bermain untuk kelab semi-pro Havant & Waterlooville, Phil hanya berumur 23 tahun dan telah mencetak sejumlah 12 gol di peringkat senior bersama Filipina.

Jika Phil Neville pernah mempunyai Gary Neville di Manchester United, Phil Younghusband pula mempunyai James Younghusband dalam skuad Filipina. Berusia 24 tahun dan merupakan seorang pemain sayap kanan, James juga adalah produk Chelsea dan turut pernah bermain untuk Wimbledon.

Gandingan adik beradik Phil dan James Younghusband menyertai Filipina seawal tahun 2005, susur galur keturunan Filipina mereka dilaporkan dikesan oleh seorang pemain video Football Manager yang memaklumkan perkara tersebut kepada Persekutuan Bolasepak Filipina yang kemudiannya menjemput kedua beradik ini untuk menyarung jersi Filipina.

Pemain utama keempat mereka yang asal Inggeris ialah pemain pertahanan veteran berusia 30 tahun bernama Roberto James Dazo Gier atau ringkasnya Rob Gier. Gier merupakan bekas pemain Wimbledon, muncul mewakili ’Crazy Gang’ sebanyak 71 kali dan kali pertama menyarung jersi kebangsaan Filipina pada tahun 2009.

Dengan jurulatih Inggeris serta 4 pemain kacukan Inggeris-Filipina, kita mungkin akan berpendapat bahawa Filipina adalah ibarat England versi Asia. Tapi tunggu dulu!

Tidak cukup dengan pemain yang disebut tadi, ada beberapa lagi pemain kacukan dalam timnas Filipina yang juga turut bermain di kelab-kelab luar negara. Antaranya ialah Ray Anthony Jonsson (bermain untuk kelab Iceland, Grindavik), Jason de Jong (bermain untuk Veendam di Belanda dan ada bau-bau bacang dengan Nigel de Jong), Christopher Greatwich (Morris County Colonials di Amerika Syarikat), Mark Drinkurth (Agon Dusseldorf di Jerman), Gino Pavone (Bay Area Ambassadors di Amerika Syarikat) serta Manuel Ott (Ingolstadt II di Jerman).

Dengan gabungan bolasepak Inggeris, Iceland, Amerika Syarikat, Belanda dan Jerman maka tidak hairanlah negara kelahiran Kristine Hermosa dan Jose Rizal ini agak fenomenal dalam Suzuki Cup 2010 kali ini. Layak ke separuh akhir buat kali pertama, Filipina bakal bertemu Indonesia dan adalah silap besar jika skuad Garuda berfikiran laluan mereka ke akhir adalah mudah.

Nampaknya formula Persekutuan Bolasepak Filipina mencari dan menjemput pemain bolasepak berdarah Filipina dari seluruh dunia bermain untuk Filipina merupakan satu langkah yang bijak. Paling tidak Filipina kini mempunyai skuad yang agak boleh tahan dan mungkin pada jangka masa panjang ilmu bolasepak luar negara yang dibawa oleh para pemain ini dapat diturunkan kepada pemain kelahiran asal Filipina yang lain.

Mungkin FAM boleh melihat dan cuba menimbangkan formula sebegini, mencari diaspora pemain keturunan Malaysia atau yang pernah lahir di Malaysia dari seluruh dunia dan menjemput mereka bermain untuk Harimau Malaya.

Setakat ini seorang pemain yang dikenal pasti layak bermain untuk Malaysia ialah pemain Jepun, Tadashi Takeda yang lahir di Pulau Pinang dan dilaporkan penggemar Nasi Kandar Line Clear. Beliau kini bermain untuk Fagiano Okayama FC dalam J.League 2.

Pemain lain yang boleh kita jemput ialah penyerang handalan Pipistuta, kini khabarnya bermain di Argentina untuk kelab Boca Seniors.

45 Ulasan:

mooie berkata...

1st!.

haha.. mesia bila nk scout player luar?.

avid gunner berkata...

gua baru tgk four four two baru2 ni...ada attacking midfielder Sydney FC berminat nak main utk malaysia...brendan gan namanya..

Saiful Nizam berkata...

kristine hermosa? yummy..

A w a N berkata...

Entri Chelsea pls...

Ismail Fitry berkata...

Boca Seniors!

Keh keh keh!!! Terbaik!

ayobkelubi berkata...

boca seniors?

lu mmg takde kesian lucius. kah kah kah!.

mooie berkata...

branden gan tuh nk men mesia sbb die xleh men kt australia. kt sna racist sket. kalo org2 migrate nie cm susah nk dpt tmpt..hahaa

hahaa.. fans celsi byk org phinoy ke?.

manggosteen berkata...

mana perginya titus james palani..
tak layak main utk malaysia ke?
atau malaysia tak layak utk dia?

Nazrin Saad berkata...

http://www.facebook.com/group.php?gid=127451077288470

siap ada gambar fotoshop lg.

Nazrin Saad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Streetwizer berkata...

luci,entri chelsea pls...

Abershavin berkata...

titus james pun dgr khabar masih terumbang ambing di france, mencari kelab yg sudi

Jarr berkata...

orang selalu konpius aku ngan Jericho Rosales.

p/s:ok statement paling tak leh blah hari ni. maaf.

malaysia ada syed adney dowhh.

aku tgk singapore semalam mcm pasukan pilihan rojak.tapi main ttp mcm haram.

cendoi berkata...

mana entri chelsea?mana?kahkahkah..

Hambali ® berkata...

halamak bab pipistuta yang tak tahan

Cob Nobbler berkata...

Mungkin rakyat Malaysia perlu ke luar negara - menjadi amah,tukang batu,tukang waiter atau apa jua kerja buruh di England,Jerman,Sepanyol atau Itali.Gunakan kejantanan Melayu(bagi lelaki) atau kesopanan tatasusila Melayu(bagi wanita) untuk memikat warga tempatan Eropah.Kemudian - dapatkan anak lelaki - dan mula melatihnya dan FAM harus keluarkan dana kepada mereka secara rahsia untuk menghantar mereka ke kelab-kelab elit seperti di Sepanyol,Itali,England atau Jerman.

Then by the time is right,kau dah ada satu skuad bola sepak yang Caucasian lagi terror main bola lagi boleh jadi model poster yang dipuja aweks-aweks Melayu.

sekian.

Cob Nobbler berkata...

oh Lucy,harus diingat,

Shaun Maloney dilahirkan di Miri,Sarawak.

Pemain tengah Celtic tu not bad gak.Dulu main Aston Villa.Why not?

kahkahkah!

frwls berkata...

"dikesan oleh seorang pemain video Football Manager yang memaklumkan perkara tersebut kepada Persekutuan Bolasepak Filipina"

kahkahkah.

balik ni aku search nationality Malaysia dalam FM2011.

demi sultan ku sayang!

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

lucy dah xnk cite pasal chelsea ke?

mooie berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mooie berkata...

hahaa..mcm mna leh xpasan..
lucy... nk entri celsi pliss!..haha

Ajeossi berkata...

@Cob Nobbler

hahaha..nice thinking

i'msosupernotcool berkata...

pipistuta tu art sangat.
tak bulih.

yang lain-lain,

brendan gan (sydney fc), tam sheang tsung (yokohama), wan kuzain (force soccer), michael lee (spearwood fc)

FAM cume perlu approach.
hidup sultan bola!!

Zinedine Zaiddin berkata...

Masalahnya FAMville ni rajin ke nak buat kerja2 scouting ni sume? Yang diorang tau hantar team berlatih kt eropah, lawan 2-3 game, pastu kata dah bersedia utk pertandingan..

nu_Ox3r berkata...

anta harimau muda a pegi slovakia dpt la kerabat FAM pegi jumpa sedara mara Martin Škrtel n Marek Hamšík.tu je point dorg.xde nye nk g scout bnda2 cmni.
jgn diikut style singapore dah.hbs mat2 afrika die wat warganegara,bg pakai jersi malaysia.

MOFASAD berkata...

luci, aritu baru gua nak mesej fb lu pasal Tadashi Takeda

lu review budak tu. dengar2 dia pon nak main gak tuk maysia

tapi apakan daya

yang atas tu mampu cakap

"MALAYSIA BOLEH"

lepas tu gelak2..

hellghast berkata...

pipistuta dah tak main kat ahsengal lagi ke?nape Boca Sunior?kenapa tidak mengikut datuknya Gabriel Batistuta?

Titus James Palani?aku pernah dengar tapi dia keja timbang kati kan?

Maloney plak dah main utk Ireland tu yang sultan bola frust...

Jarr berkata...

shaun maloney nak ke main mesia?dah dpt main scotland national team.kalau patriotism dia dahsyat gile bab, sila balik main kat mesia.

titus takyahla..dia antara fail production. kes timang bola dari kl ke kuala berang je nama naik..(itu perumpamaan je gua kasik, jgn marah ye)

[ a D D y h A I K A L ] berkata...

suzuki rg 110 sorang sebijik memang boleh..

tapi part kristine hermosa tu wa konfius sket..boleh jadik pergaduhan ni

.Gory. berkata...

Macam susah kalau ada yang hebat hebat pun. U'allz tau je la. Hal Persatuan bola kita ni ada ego.

Yang coach Bayern Munich Malaysia itu, apa nama? Yang Cina tu? Kok Him ke apa nama dia.

FAM pernah cakap, dekat Metro kalau tak silap aku, melalui Setiausaha AGUNG depa, kami takkan panggil dan ofer untuk jadi coach. Kalau dia mahu jadi coach negara, kena isi borang macam orang lain. Hmmm...tah la.

Jarr berkata...

Gory, Lim Teong Kim.
assistant coach U19 bayern munich.

pernah bermain bersama Hertha Berlin ngan Bayern Munich. Sebelum tu kena reject ngan tronoh fc. ye la kot.

ijan berkata...

wadefak...
ak suke entry ni...
tp lg suke klu luci cite psl cesi
kahkahkah

keli berkata...

Kristine Hermosa....kompem dulu follow citer Pangako Sayo.

julu berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
julu berkata...

jarr.. titus timang bola sampai kole berang jek ke??.. x sampai batu rakit?? haha

indon pn skrg ade gak player cmtu.. Irfan Bachtim..Belanda-Indo kalo x silap. pernah main dgn youth ajax...ala, yg score gol last masa lwn Mesia tu..
lpas tu pemain import yg dah lama main kat Indo, Gonzales dh tukar warganegara.. 2 org tu dh jadi ayam tambatan timnas Indo skrg ni..

pape pn aku sokong kalo carik player yg ade darah mesia kat luar sana.. tp kalo nk sruh plyer import tukar warganegara,x perlu kot..

kareem berkata...

gua dgr robin van persie ade kacukan belah2 msia skit...ye dok?ade sesape leh tlg confirm?

kareem berkata...

oh ya lucy, yg pasal dijanjikan kristine hermosa tu, dapat sorang satu ke ape?

cendoi berkata...

chelsea menang ke semalam??kahkahkah

Hidup Sihat berkata...

aku dah bagi pilihan dowh.

dia pilih kristine hermosa dowh.

Pet Shop Boys berkata...

Jangan lupa yang Filipina pernah beat Malaysia 1-0 di Sukan SEA sampai menangis Selangor A Jayakanthan...dan itu pada kemuncak Liga Semi Pro

Kay berkata...

shaun maloney cuma lahir di miri, mak apak dia scottish. kalau ikut rule mmg boleh wakil Msia, tapi dia dah pernah main scotland, so tak boleh sudah main Msia.

titus james pantatni pulak dengar kabor dah jadi waiter kat paris. LOL

brendan gan adalah prospek terbaik. tapinya....FAM nak brendan yg call FAM dulu. mangkok.

pipistuta kalau dapat main MSia....WOW!! MELETUP!

Jarr berkata...

pipistuta kalau main mesia, dari belakang mesti nampak mcm zulhamizan zakaria.

kudabesi berkata...

titus boleh balik main utk La Salle Brickfields punye alumuni, kalau dia nak lol

brendan gan pulak katanya mmg sggp nak main malaysia, pas tu katanya ada lagi anak muda yg berdarah Malaysia menyerlah di luar negara

tinggal kita nak panggil je la..

Hopeless Patriot berkata...

Kalau nak import cheerleaders.. import la Safiah Yusof.. .hihihi

lucyal berkata...

malaysia pakai player cap malaysian..selamba je masuk semis...

apa ada hal..we are truly asean...tak pakai mix2 ni pun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...