ANDA SEDANG MEMBACA

22

Piala Asia 2011: Sepp Blatter Pun Fikir 2 Kali!

LuciusMaximus Sabtu, Januari 08, 2011 , , ,





Piala Asia 2011 bersepak mula malam tadi lebih kurang 12 tengah malam bagi siapa-siapa yang haram tak tahu menahu. Tuan rumah, Qatar bertemu dengan Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Khalifa. Dengan diperhatikan Presiden FIFA, Sepp Blatter.

Perlawanan di Stadium Antarabangsa Khalifa malam tadi juga disaksikan oleh 37,143 penonton. Kapasiti penuh stadium ini ialah 50,000. Mungkin sekitar 13,000 tempat duduk yang lain itu dipenuhi oleh pegawai petugas dan media.

Dengan perlawanan berbaki 30 minit lagi, jumlah penonton berkurangan separuh. Semuanya selepas Odil Ahmedov menjaringkan satu gol 'screamer' dari jarak 35 ela untuk Uzbekistan di depan. Dan ketika perlawanan berbaki lagi 10 minit, stadium hampir kosong. Semuanya selepas kapten Uzbekistan, Server Djeparov menyumbat gol ke-2 hasil kesilapan pertahanan Qatar.

Dan itulah semangat bolasepak Qatar. Kalah tidak apa, Afrika Selatan juga hampir lauk dalam Piala Dunia yang lepas. Tapi apabila penyokong tuan rumah berebut-rebut meninggalkan stadium sebelum wisel penamat ditiupkan? Okay aku faham Pak Sheikh Arab di Qatar semua kaya-raya dan tidak kisah merugikan duit tiket dengan keluar awal dari stadium. Tapi macam mana dengan semangat bolasepak?

Aku rasa Sepp Blatter pun berfikir 2 kali malam tadi mengenai keputusan FIFA memberikan hak penganjuran Piala Dunia 2022 kepada Qatar. Nasib baik, kita masih ada lagi 11 tahun sebelum tibanya tahun 2022. Qatar boleh menggunakan tempoh ini untuk mengupah lebih ramai pemain Amerika Selatan dan Afrika untuk menjadi rakyat mereka dan bermain untuk Qatar serta mendidik rakyat Qatar untuk tidak keluar stadium awal. Walaupun jika Qatar pada masa itu ketinggalan dengan 10 gol.

Keputusan penuh perlawanan, Qatar 0 Uzbekistan 2. Gol oleh Odil Ahmedov berjaya mengubah perlawanan yang awalnya bosan untuk kembali hidup. Dan dari jarak 35 ela? Chelsea atau Liverpool kena beli mamat ini!



0:11 "Allah bersama dengan orang Uzbek!" - Pengulas Arab

Malam ini: Kuwait lawan China (9:15 malam)

22 Ulasan:

keli berkata...

Gile pye gol mmg jaoh....tp gua x tgk mlam td.

bujang sudin berkata...

hehe. nice gila gol tu. aku selalu follow sokkernet ni. korang memang terbaekk n lawak

ni ha jap, aku nak betulkan.
bukan maksud die allah bersama org uzbek, die ckp (Allah 'ala kurratil uzbek) maksud die kalau translate literally Allah ke atas team bola uzbek tp maksud yg sebenar lebih kurang 'pergh macho gila the football of uzbek'

perkataan Allah selalu dipakai utk melahirkan kekaguman di atas satu benda tu dlm bahasa egypt

Abdul Sokernet berkata...

Celaka! Lu cakap lu selalu follow Sokernet, tapi eja pun tak betul? Jadah apa Sokkernet?

Satu lagi, kalau lu dah selalu follow tak kan lu tak faham stail Sokernet kot? Lu nak baca terjemahan yang betul punya lu buka Al Jazeera kat Astro pastu tekan butang alih suara. Sini punya terjemahan Bahasa Arab Tinggi Major Kesusasteraan Arab Klasik. Lu ada belajar?

ijan de bunks berkata...

mmg setanding xabi alonso..
keli take note sok uncle woi amik die..
errr jannah jgk

Union Equatoriale berkata...

bujang sudin, sokernet=sarkastik

sebab itu tak bosan macam harian metro..

DIYSAR berkata...

bapak superb mamat tu rembat

Unknown berkata...

teruk2, nasib baik dpt kelayakan automatik, klau x, bile nye nk main worldcup, kahkahkah

iampali berkata...

abdul sokernet - lek la bro..membe tgh explain tu.

keli berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
b3nz berkata...

dahsyat gol dia. tak tenguk pulak malam tadi. next game kena standby loading atdhe.net la jwbnye.
kesian bujang sudin, elok je saya baca komen dia.

keli berkata...

ijan: mmg x setanding lg dgn xabi alonso psl alonso lebih hensem....mamat yg score tu x hensem sbb muke mcm rooney....kakakaka....

Unknown berkata...

gampang punye gol! literally:- bapak gile punye gol!

tapi dalam indon 'senang' punye gol!

maling mmg suke ubah2 perkataan,dasar..

kali ni, gua bersama abdul sokernet. tahap komen balas mmg tahap kukubesi kim jong il, ataupun diktator sukarno. keh keh

I Am Legend berkata...

Abdul Sokernet adalah Kim Jong Il, Saddam Hussein, Josef Stalin, Pol Pot dan Adolf Hitler bolasepak.

Bujang Sudin, sabarlah. Kau masih bujang, orang yang tua pun pernah kena kat Sokernet lagi teruk.

Tapi gol mamat Uzbek tu memang klasemen.

Jojoe Ali berkata...

Gua simpati dgn Bujang Sudin. Selamat datang ke dunia BOLASEPAK SEBENAR. Hehe.

Ada dua benda yg aku suka dalam entry nih:

1. Chelsea atau Liverpool kena beli mamat ini!

2. 0:11 "Allah bersama dengan orang Uzbek!" - Pengulas Arab

Hahaha Luci terbaek!~ pujiku tanpa sebarang unsur gedik.

Cob Nobbler berkata...

Lucy - Cerita Piala Asia ke ni hahahaha!

Abdul Sokernet berkata...

Okay la, okay. Memang gua sound Bujang Sudin. Tapi itu standard la kat Sokernet, kena garang dan kuku besi.

Lu jangan merajuk lak Sudin. Tabahkan hati. Pengulas semua pernah kena lagi teruk dari lu. Jadi bila ada peluang memang lepas balik kat pembaca. Macam lu kena.

Lu duk Mesir ke? Kirim poster Anwar Sadat satu?

DB4-01-13 berkata...

baekk gile mamat ni rembat.

Unknown berkata...

yang ni buat gua seram sejuk, Abdul Sokernet buat cubaan pujuk?

jarang sekali keadaan ini berlaku, mungkin resolusi thn baru Abdul Sokernet kot, pujuk balik kalau terlepas sekali dua kata2 bencana gampang yg selalu sgt dia buat. haha

Abu N berkata...

Yang sebenarnya mlm tadi ramai dtg stadium sbb bawak family nak tgk bunga api opening match. So, ramai kaki bola yg true x dpt ticket sbb dah sold out (tmasuklah gua), ticket murah dewasa 35 riyal, budak 5 riyal!!! jadi gua jangka, rakyat Qatar yg kaki bola sebenar tpaksa tgk bola kat tv sbb x dapat ticket.

Jojoe Ali berkata...

Atau VIP seat yang dijanjikan tiba2 jadi tempat duduk biasa di belakang gol, di celah lautan penyokong Uzbek; lalu mengubah tempat berkumpul ke umah tok ketua kampung?

Hmm.. mungkin.

bujang sudin berkata...

hahaha merepek ah ko ni. aku gitau kot2 korang tak tau. tah2 tak tau kaver2 la tu marah2 aku pulak. lol
aah aku kat egypt. tp aku gelak je baca allah bersama org uzbek. bukan sebab salah, tp memang lawak. irony sungguh. biasalah bola memang mainkan emosi. tah2 ko sokong qatar sebab tu emosi hahaha

wey sape buat sokerleak tu? sokkernet tak tercabar ke abdul?

Dewajiwa berkata...

Sokkernet lagi. haha.
1 "K" je la.

rasanya player Uzbek memang berkualiti tinggi. kalau baca rekod (sejak diorang pecah dari Kesatuan tu), ramai yang berbakat tinggi cuma tak popular. cara diorang true pass pun dah leh dapat clue dah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...