ANDA SEDANG MEMBACA

25

Piala Asia 2011: Tabik Tim Cahill!

Lucius Maximus Selasa, Januari 11, 2011 , , , , ,


Mencanai India

Aku suka Tim Cahill. Sebab dia main untuk Everton dan suka bertinju dengan tiang bendera. Malam tadi Tim Cahill memberikan satu sebab lagi kenapa kita kena suka dan tabik hormat pada beliau.

Seleps menjaringkan gol ke-4 Socceroos, mamat ini telah membuat aksi panggilan telefon sebagai simbolik kepada rayuan derma beliau untuk bencana banjir Queensland, Australia. Kemudian seperti biasa dia kembali bertinju dengan tiang bendera.

Sebagai salah satu usaha mengutip derma, Tim Cahill telah membuat lelongan di eBay untuk satu pakej yang dinamakan 'Tim Cahill Everton Experience'. Pakej tersebut adalah pakej menonton perlawanan Everton dan hasil lelongan akan didermakan kepada tabung bencana banjir Queensland. Maklumat lanjut boleh klik pautan eBay ini.

Socceroos malam tadi mencanai India 4-0. Gol adalah hasil jaringan Tim Cahill (11 dan 65), Kewell (24) dan Holman (45+2). India yang berada di ranking 142 dunia memang bukan lawan Australia yang berada di ranking ke-26 dan majoriti pemainnya bermain di kelab ternama Eropah.

Pun begitu jurulatih India, Bob Houghton positif dan yakin ia pendedahan yang baik buat skuad Bhangra Boys. Ketiadaan ayam tambatan Baichung Bhuttia membuat barisan serangan sedikit tumpul. Jentera serangan India banyak bergantung kepada 'Beckham India', Steven Dias dan penyerang berbakat Sunil Chhetri. Sunil Chhetri ini bermain untuk kelab Sporting Kansas City dalam Major League Soccer di Amerika Syarikat. Safee Sali pun belum pernah sampai sana jadi jangan nak pandang India sebelah mata.

Park JS Kirim Salam Dari Doha

Red Devils paling sepet tidak menjaringkan sebarang gol malam tadi ketika bertemu Bahrain tetapi Taegeuk Warriors tetap memastikan 3 mata penuh dengan kemenangan 2-1.

Pemain Jeju United, Koo Ja Cheol menyumbat 2 gol untuk Korea Selatan selesa mengatasi Bahrain. Koo Ja-Cheol memegang posisi central midfield dengan Park JS dan Lee Chung Yong bermain di sayap dan bertukar posisi antara satu sama lain. Penyerang Ji Dong Won bermain sebagai lone striker.

Bahrain mendapat gol saguhati hasil sepakan penalti Fouzi Mubarak Aaish pada minit ke-85.

Korea Selatan akan bertemu Australia dalam perlawanan berikutnya. Meleleh.

Malam Ini

Pengadil Harimau Malaya, Subkhiddin nyata tidak gentar untuk mengadili perlawanan Korea Utara dan Emiriah Arab Bersatu jam 9:15 malam ini. "Siapa Kim Jong Il?!" soal Subkhiddin saat menawarkan diri sebagai pengadil perlawanan ketika semua pengadil Asia lain menikus.

Pada jam 12:15 pagi, ianya adalah pertembungan Iraq dan Iran. Perang Iran-Iraq bakal dihidupkan kembali!

Sebelum berpisah, video gol jaringan Tim Cahill dan aksi panggilan telefon serta tinju tiang bendera beliau. Minta maaf penterjemah bercuti hari ini.

25 Ulasan:

Berbo berkata...

err, tu macam lebih kepada tamparan ke tiang

Ajeossi berkata...

"Siapa Kim Jong Il?!" soal Subkhiddin saat menawarkan diri sebagai pengadil perlawanan ketika semua pengadil Asia lain menikus.

tersembur meggi ak kt depan latop!
tsk..

Hazard berkata...

Yeah! Goooooooo Team Stevooo!!~

keli berkata...

Go Lions of Mesopotamia....
Beckham India la, Rooney Asia lar boring.....muak...kikiki...
Tp Tim Cahill Experience pakej dier mmg puas haty siyoolll....tp bid dier skrg da AU$25,100...gilo, duit gaji gua setahun pon x byk tuh....jd gua simpan je niat..... & duit gua...kakaka...baek bg tabung palestin.

keli berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
I Am Legend berkata...

Keli the article with the most comments on Sokernet is one about Arsenal and Arsenal only.

But you're new kid on the block. Surely you have no idea.

keli berkata...

Okey gua budak baru and no idea kene dgr org lama otai cam lu....gua cancel komen gua...lu je tau aper yg gua komen...kakakaa....lu ingt komen gua tu...jgn lupe plak....

I Am Legend berkata...

Emo ke dik?

keli berkata...

Suke bang.

keli berkata...

Ni entri lucy sblom ni:
Bagaimana agaknya India boleh layak ke Piala Asia sedangkan Malaysia tidak? Hah bagaimana? Selepas Piala Asia 2007, AFC memutuskan untuk memberi kelayakan automatik kepada negara-negara Asia yang mundur bolasepak agar mereka memperolehi pendedahan sewajarnya bermain di tahap dewa. Tetapi untuk layak secara automatik negara mundur bolasepak ini perlulah menjuarai Piala Cabaran AFC (AFC Challenge Cup), sebuah kejohanan setiap 2 tahun untuk negara Asia yang mundur bolasepak

Entri kali ni plak:
Jentera serangan India banyak bergantung kepada 'Beckham India', Steven Dias dan penyerang berbakat Sunil Chhetri. Sunil Chhetri ini bermain untuk kelab Sporting Kansas City dalam Major League Soccer di Amerika Syarikat. Safee Sali pun belum pernah sampai sana jadi jangan nak pandang India sebelah mata.

Gua x pahm konsep mundur bolasepak oleh AFC.

julu berkata...

mybe india ade sorg jek mantop..
malaysia sume x mantop
sbb tu bleh seimbang n main dgn power..
pendapat jek tu
sbb x ikot sngt perkembangan india
aku folo film hindustan jek
3 idiots mmg best..
:D

dewajiwa berkata...

heheh.
heheh.
ehehehe.

pasal entri nie pulak; aku ingatkan India nie layak sebab juara benua sana. bukan ye? bukan dulu format juara zon akan jadi wakil tunggal ke Lucy?

Adleen berkata...

tim cahill is a good fotballer and am not saying it because he is cute :P baichung bhuttia lagi cute sebenarnya

cahill could be playing for liverpool for sure. not top socring striker he is but he can score when it matter. good partnership for torres yang agak soft

Adleen berkata...

*scoring

i'msosupernotcool berkata...

hai adleen.
i'm good at scoring too!!

lol.

Point of View berkata...

imsosupernotcool, thatsnotsocool!

gedik ke?

Buenaventura Durruti berkata...

game iraq dan iran malam tadi memang superb. banyak terjahan kasar dan sangat fizikal tapi pemain tetap respek satu sama lain

iran today is not as good as the world cup 1998 side. aku nak tengok ali daei dan karim bagheri dan tim yang ada sekarang belum ada player yang macam tu. tapi aku harap team melli yang ada ini boleh pergi jauh..

after all, we beat the reigning champions

Hazard berkata...

Dewajiwa bro (bro la kan, sebab 'dewa')..

Ada la Lucius dah explain dlm welcome entry yg panjng lebar pasal Asia Cup ni.

Cer try check tengok...

dewajiwa berkata...

@Hazard
owh ada ye? haha..sori Lucy. sori Malaysia. tak sempat baca semua la citer pasal Asia Cup. ada gak baca pasal peraduan teka ikon tu tapi terlepas kot pasal India nie. TQ sebab inform.

Cahill nie tak banyak kasi point la dalam FPL lately

Remy berkata...

lwn bola ngn india bole r...try ajak maen kriket tgk

y.a.n.a berkata...

pssttt...tim cahill ensem...

perempuan tetap perempuan.

hantuLongkang berkata...

subkhidin dah score berapa gol?.. ada harapan dapat kasut mas tak?

Hazard berkata...

ayat yana tu, once dah tambah 'tapi', abih punah.. ranap.

"pssttt...tim cahill ensem, TAPI perempuan tetap perempuan."

LMAO~

Word Veri : Fulih (pulih) = sumtin the KOP END will never witness. GGMU!~

y.a.n.a berkata...

hahahahahaha...

hari ni hari paling best aku baca komen kt sokernet...tanpa kehadiran abdumb..

kelakar la hazard..hazardous sungguh..

Amjat berkata...

rajagobal ade bran ka lawan india agak2??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...