Kancah saingan Liga Super memasuki perlawanan kedua semalam. Untuk yang tidak tahu Liga Super adalah liga bolasepak tempatan Malaysia. Liga yang selalu kamu tengok kat kedai mamak, yang itu bukan liga tempatan kita. Harap maklum.
Perak 1 - Johor FC 0
Setenang air Sungai Perak yang mengalir, begitulah tenangnya skuad Seladang berdepan dengan Johor FC di Stadium Perak malam tadi. Para pemain Yob menggunakan 89 minit masa perlawanan untuk aksi memanaskan badan dan regangan otot. Hanya pada minit ke-90 barulah pemain otai Akmal Rizal menjalankan tugas beliau seperti yang diamanahkan. "Bior lambat ase menang" kata orang Lambor. Mengulas perasaan beliau berjaya merobek gawang Johor FC, Akmal Rizal berkata "sungguh menyelerakan, sehingga menjilat jari". Para Yobs yang hadir ke stadium dilaporkan singgah di KFC sekitar Ipoh untuk late night supper usai perlawanan. Ater?
Harimau Muda A 3 - Pahang 1
"Bontot ko la," kata orang Pahang. "Talk to the hand la," tambahnya lagi selepas aku meramalkan Harimau Muda A bakal menang besar ke atas Pahang. Bukan main punya marah? Terus terang aku tekankan di sini setiap ramalan dibuat oleh pundit yang berkelayakan, bukan suka-suka. Dah betul Pahang tak power nak buat macam mana. Bukan salah Sokernet atau Sultan Bola. Jangan emosi, dengar dan layan lagu Dirty Dogs kugiran Lipis tu. Tak pun tengok gambar Sultan Bola ke. Gol-gol Harimau Muda A dijaringkan oleh Izzaq Faris (2) dan Fandi Othman manakala gol saguhati Tok Gajah oleh Famirul Asyraf. Dengan kekalahan yang dijangka ini Pahang terpaksa melepaskan takhta klasemen.
Kedah 1 - Felda United 0
Nampaknya orang-orang Felda agak kepenatan selepas berkempen untuk BN di pilihanraya kecil Tenang hari Ahad lepas. Peluang ini tidak disia-siakan oleh Hijau Kuning yang bermain di gelanggang keramat Stadium Darulaman. Baddrol Bakhtiar tenang menyempurnakan sepakan penalti minit ke-61 untuk memastikan 3 mata berharga buat Kedah sementara pendatang baru Liga Super, Felda United pulang hampa. Baguih dok ada!
Perlis 0 - Selangor 2
Lain pula yang menimpa jiran Kedah yakni Perlis apabila mereka tumpas buat kali kedua dalam saingan Liga Super. Red Giants yang masih terluka kesan kekalahan kepada Red Warriors dalam saingan Piala Sumbangsih melepaskan geram ke atas Singa Utara. Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Safee Sali dan Fitri Shazwan muncul wira Selangor melalui gol minit ke-62 dan 76. Perlis kini menjadi pasukan tunggal dalam Liga Super yang masih belum mengutip sebarang mata dan terperosok di dasar liga.
Kelantan melakukan upacara mengarak Piala Malaysia keliling padang sebelum ianya dirampas kembali oleh pasukan lain di hujung tahun nanti
Kelantan 1 - Terengganu 1
Hasrat Kelantan untuk membelasah seteru mereka dan mengekalkan rekod kemenangan 100% terbantut apabila Terengganu menunjukkan keyakinan dan kekuatan mental beraksi di depan 20,000 ribu penyokong fanatik tuan rumah. Kelantan terlebih dulu di depan hasil jaringan kapten pasukan Badri Radzi di minit ke-35. Namun Terengganu bangkit pada separuh masa kedua dan kali ini kapten skuad Penyu pula, Marzuki Yussof yang bertindak menyelamatkan pasukannya pada minit ke-68. Kelantan terpaksa berpuas hati dengan satu mata dalam Derbi Pantai Timur ini tetapi Terengganu pastinya gembira kerana dalam saingan yang serupa musim lepas, mereka tumpas di Kota Bharu.
Kehadiran sumandak gagal meningkatkan prestasi para pemain Sabah
Kuala Lumpur 1 - Sabah 0
Wakil tunggal Borneo dalam Liga Super, Sabah terpaksa berputih mata apabila kalah tipis kepada Kuala Lumpur di Stadium KLFA malam tadi. Satu-satunya perlawanan yang bersiar secara langsung di Astro Arena, Sabah banyak menguasai permainan tetapi ketumpulan barisan serangan terus menghantui skuad bimbingan Gary Phillips. Permainan agak huru-hara, terjejas oleh kerana kualiti padang rumput yang lebih hina jika dibandingkan dengan susun atur bulu ari-ari mana-mana insan. Pemain Kuala Lumpur, Yong Kuong Yong membuktikan masih ada anak Cina yang boleh bermain bolasepak dengan cemerlang. Bermain di sayap kanan gerakan beliau dan hantaran silangnya banyak mengkucar-kacirkan pertahanan Sabah. Dan pada minit ke-54 Yong Kuong Yong muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan dari sudut yang sukar di luar kotak penalti. Helang Kota mengutip 3 mata penuh mengatasi Helang Borneo yang terbang pulang kehampaan.
T-Team 1 - Negeri Sembilan 3
Tuah pengantin orang kata. Sekali pun Zaquan Adha tidak bermain (beliau masih sibuk bermain benda lain) skuad Jang jelas utuh dalam memastikan pemburuan klasemen Liga Super mereka. Idris Karim meletakkan Jang di depan seawal minit ke-23 tetapi T-Team kembali mengikat kedudukan melalui Rosdi Talib di hujung babak pertama. Sebaik separuh masa kedua bermula, 'hair dryer treatment' yang mungkin digunakan oleh Wan Jamak memperlihatkan hasil apabila Firdaus Azizul kembali meletakkan Jang di depan pada minit ke-53. Idris Karim kemudiannya memastikan 3 mata dalam genggaman buat Jang apabila menyumbat gol ke-3 Negeri Sembilan pada minit ke-67. Dengan kemenangan selesa 3-1 skuad Jang kini berada di puncak klasemen Liga Super. Beberapa jam kemudian Manchester United pula menang 3-1 ke atas Aston Villa. Jorji pastinya pengulas Sokernet paling berlagak sekarang kerana kedua-dua Jang dan Red Devils kini klasemen dalam liga masing-masing. Humangai, osah eh kau!
35 Ulasan:
walopon deme main macam hawor sikit smalam tapi ape yang penten .. menang
ekekekek
perok bakal menggegar bawoh cikgu ijan ni rasenye..padu terus yob!
osah handa eh jang ni! apo makan eh bebudak ni agak eh? ayo boto lah..
steady silvermania.
12 Februari nanti Yob menantikan kunjungan Jang.
Bior deme datang bawak masak lomak cili api, Yob tak heran. Lawannye, kite jamu deme sambe tempoyok udoh.
Kurang hajar ini akmal rizal... bru nk kekalkan title "pakar seri".. :(
Akmal Rizal Rakhli.. haih.. makan apaa lah budaknya. Seb baek dah takde cooper test, kidak kempunan lee The Yobs nak beli. TOING!~
Apedehal, N9 klaseman di puncak liga!
home game T-Team dan terengganu akan terus main kat tempat lawan...apajadahnya ini semua?...main la kat natural stadium macam kat serawak contohnya haha...takpun main je kat pantai batu burok tu...situ flood light dia 100j flux...haha
"dua abdul" dah kembali, jospeh kalang masuk balik posisi, kelantam gigit jari..haha
permainan kedah masih belum meyakinkan, menang tipis je dengan felda apa barang? newcomer je pun.
minggu depan terbang ke kota kinabalu lawan sabah. aku harap player hijau kuning tak buat kerja gila pergi massage atau makan seafood. sabah kat likas dengar cerita lain macam sikit. kena pulak baru lepas kalah dengan kl.
dan harap yob boleh stop kemaraan jang, hehe!
btw thumbs up sokernet dan lucy sebab buat liga tempatan menarik dan boleh dijadikan bahan menganjing serta bergaduh untuk pembaca sokernet
PoV mana PoV...hahahaha...
tak dapat tapau 5 bijik, 2 bijik pun jadila...
Viva Selangor!!!
kat malaysia susah perempuan nak ke stadium tengok bola. mesti kena kacau dengan mat rempit je. pada hal kat negara lain takde pun masalah macam tu. mentaliti.
Yong usah riso. Yong datang Stadium Perak keme takde ngaco. Keme sengih je. Menyerongeng!
aranhellstorm...
heheh kitorang kasi can je tuh. tapi tengok gaya, kalau lagu ni memang relegated la singa utara!
kena panggil shahidan kassim bagi motivasi sikit ni..
henjutan lebah tak menjadi. byk sgt player season lepas yang dah blah.
tp baru 2 game, 1 draw 1 kalah. next game lawan kelate kalau tak silap. kalau menang johor fc konfem bakal juara hehe
dan pahang nampak sgt mmg bodo. dgn harimau muda pun tak boleh makan. dollah salleh tu patut dah kena blah, ganti dgn sultan bola.
itu hari lwn perlis menang nampak sangat sebab perlis pun kaki bangku gak
longkang, t-team je yg kena main home game tempat lawan. terengganu main home game petang kat stadium ganu gak. mende ni salah terengganu sendiri la, saper suruh tak betulkan lampu ikut standard? kali ni fam dah strict, takde kasi can lagi dah main malam guna lampu malap...
pelan2 kayuh der, dgn fam dah strict ni semua pasukan akan ikut cakap kali ni. liga bola mesia baru nak rebrand balik, baru nak improve.
lagipun, kuala terengganu tu bukan liverpool. so walopun lu dh lama duk liverpool, jgn la expect semua benda ikut standard liverpool. pelan2 der
boleh tahan lawa jugak sumandak ni.
Kelantan bagi can...
talkizcheap, phrase tu kasi perlis guna la, kami yang dok corot sekarang ni. hehe
Hari tu selangor kasi can je kat kelantan....kakaka...pinjam phrase jugak...
Viva Selangor...
nogori x bg can lansung...
mungkin mkn belacan je...kahkahkah
"longkang, t-team je yg kena main home game tempat lawan. terengganu main home game petang kat stadium ganu gak."
-adikwahab-
alahai dikwahab..15feb ni terengganu home game lawan pasukan jahanam bergelar selangor kat stadium MBPJ, dik oiiiiii...ko ni sekolah tak ni?..hahah
aku yang 'berdarah liverpool tulen' pon boleh tau pasal mola malaysia, apa ni dik oiiiiii...jangan bagi malu budak malaysia dik oiii..haha
Dikwahab berkata...
dan pahang nampak sgt mmg bodo. dgn harimau muda pun tak boleh makan. dollah salleh tu patut dah kena blah, ganti dgn sultan bola.
itu hari lwn perlis menang nampak sangat sebab perlis pun kaki bangku gak
penyokong team mne agk nye nk ckap team org laen bodo nie..
nk tau gak asal mne DIKWAHAB nie..
rilek la longkang, hang pun cakap gak "home game terengganu akan terus main kat tempat lawan" tapi hang lupa ka yang stadium mbpj tu bukanlah tempat lawan sebaliknya boleh kira sebagai stadium berkecuali. hang pun tak skola sebenaqnya...
aku tau hang akan cakap balik yang "stadium mbpj tu kat kelana jaya dalam negeri selangor so boleh kira sebagai tempat lawan". betui dan tak betui. betui tang stadium tu kat selangor dan fan selangor ramai senang pakat pi turun. tak betui tang secara teknikalnya, stadium tu masih bukan dikira sebagai gelanggang lawan.
aku pi cek laman fam, sekali tu ja pun terengganu main home game bukan kat kuala ganu. selebihnya tetap main kat sana. t-team ja yang malang sikit byk home game dia mmg betui2 main tempat lawan.
lagi pun, kalau main bukan kat stadium sendiri takdak masalah pun. tengok kelantan main la tang mana pun fan tetap ramai. tapi aku tak tau la kenapa terengganu dia punya fan macam segan nak mai stadium. mungkin macam dikwahab cakap orang ganu ramai yang lahir kat liverpool macam hang kot.
jadi, toksah nak dok loqlaq sangat..
haha...kalu tang stadium lawan tu dah betui dah(main teknikal2 la pulak haha)..tapi tang berkecuali mana yang hang takpaham ni POV?...kalau main stadium kat selangor, kira berkecuali ke?..habaq mai sat..
aku memang tak sekolah pasai orang pergi sekolah aku pegi main bawah jambatan...tapi, aku tau la jugak geografi2 ni pasai cikgu geografi aku body maria farida..kelana jaya daerah Siam kan?...kelantan pulak rakyat merata, jenis anak ramai..hahah..
memang la sekali tu je(terengganu tengah usaha nak main kat terengganu jugak)..tapi yang sekali tu, pasai apa depa tak bagi?...lawan sabah bagi pulak..hang jangan nak loqlaq..hang main stadium sendiri hang boleh la cakap lebaq...hahaha
oh..aku baru paham..ko pertikaikan pasal ayat "home game T-Team dan terengganu akan terus main kat tempat lawan"...
terus disitu membawa kepada maksud "diteruskan"..."perlawanan rumah bagi T-Team dan Terengganu akan diteruskan bermain di tempat lawan tetapi Terengganu akan terus berusaha untuk membawa perlawanan rumah ke satdium terengganu"...
susah pulak lain2 bahasa kebangsaan ni...haha..apa lagi "terus" yang ko tak paham?...teruskan..haha
**aku memang takde kijer..budak tak sekolah mmg susah nak dpat kijer..haha*
come to back hantulongkang, Reds brotherhood...!!!
ape lagi yang hang tak puas ati ni dikwahab...
pi carik abang hang tu yang dh lama menghilang rindu plak ngan bungwahab..
team teman mmg lambat benor panas mlm td. tapi xpe bak kata kawan2 teman dari lambor "bior lambat ase menang".
team kome pulak?
ce cite ce cite...
mau aje bawak orang2 kampung pisang.
baru merioh ade kak limah.
Bila teman mikiorkan balik, teman rasa nampak biul pulak si hantu longkang ni. Ater teman harap arnahellstorm pun mikior le jangan main bekap je ikut suka. Deme makan taik ater mike pun nak makan taik?
hahahahaha iamlegend.. baru la brotherhood..baru la Hung Hing..back up membabi buta..
kah kah kah
Ajenye ye! Nasib deme idak buh lambang Perak jadi avatar, kalau tak teman pun kena nyokong sama. Tumpo!
@i am legend:
ater, doh komen pon kartun..keme balas komen 10x kartun jugok le..tumpor aku cakap peghok arini..hahah
@aranhellstrom:
haha..hung hing apakebenda kat sokernet ni?..layankan ajer...haha..
@dikwahab~agak2 cakap team bodo or tak power...boleh bawak gadoh der...
Catat Ulasan