ANDA SEDANG MEMBACA

70

Khutbah Jumaat: Bolasepak Malaysia Bersempena Maulud Nabi



Tak ada kena mengena sangat pun sebenarnya.

Tetapi semenjak bermulanya Liga Super, Sokernet telah cuba untuk membuat liputan dan menulis lebih banyak mengenai bolasepak tempatan. Untuk aku secara peribadi, tujuan yang utama ialah untuk menghidupkan kembali suasana bolasepak Malaysia era 1980-an dan awal 1990-an. Yakni era sebelum bolasepak Malaysia dibunuh oleh gejala rasuah dan penjajahan EPL yang dibawa masuk oleh Astro.

Penghujung tahun 2009 kita sudah memenangi pingat emas bolasepak Sukan SEA. Penghujung tahun 2010 pula kita melakukan kejutan sekali lagi dengan menjuarai Piala AFF Suzuki. Maka dengan dua kejayaan berturutan ini sepatutnya bolasepak Malaysia kembali bangkit dan mendapat tempat di hati para peminat bolasepak tempatan.

Apatah lagi, awal tahun ini kita dikejutkan pula dengan tajaan Astro kepada FAM. Tajaan yang bukan sedikit tapi RM220 juta banyaknya untuk 4 musim. Sebagai pulangan kepada tajaan itu Astro menjadi penyiar rasmi Liga M (Super dan Perdana), Piala FA dan Piala Malaysia serta perlawanan-perlawanan pasukan kebangsaan.

Dengan perkembangan ini kita menjangkakan akan ada satu perubahan positif tetapi selepas hampir sebulan ianya tidak lebih dari sekadar melepaskan batuk di tangga.

Rizal Hashim & Astro



Kelemahan Astro sebenarnya sudah jelas kelihatan sebelum terbangkitnya isu berikut. Tetapi selepas Rizal Hashim, yang digelarkan Malaysian Sports' Loose Cannon menulis artikel RTM - Rais Tak Minat?, ianya memang menjolok sarang tebuan.

Rizal Hashim khabarnya kecewa dengan RTM yang tidak lagi menayangkan siaran langsung perlawanan Liga M. Sememangnya RTM tidak lagi menayangkan siaran perlawanan kerana hak penyiaran sudah berpindah milik kepada Astro. Dan diceritakan lagi oleh Rizal Hashim bahawa RTM khabarnya enggan membayar RM6 juta kepada Astro sebagai caj yang dikenakan untuk mendapatkan hak penyiaran bersama.

Aku tahu Rizal Hashim rapat dengan Astro. Dia kerap keluar dalam rancangan Kafe Sukan di Astro Arena. Sama ada Si Malaysian Sports' Loose Cannon ini di bawah penyata gaji Astro itu aku tidak pasti.

Aku juga ada rasa hormat pada Rizal Hashim. Dia bekas wartawan sukan Berita Harian dan Malay Mail. Pengalaman beliau dalam bidang sukan bukan alang-alang. Bergesel bahu dengan atlit dah ahli politik dunia sukan dah jadi perkara biasa. Dia juga pakar bolasepak, katanya. Pasukan bolasepak yang beliau minati ialah pasukan yang bermain cara positif. Setakat Manchester United atau Liverpool dia tolak tepi.

Tapi bila Rizal Hashim meroyan RTM tidak lagi tayang perlawanan Liga M kerana tidak mahu bayar RM6 juta kepada Astro, ini sudah kronik. Sudah macam pondan di Lorong Haji Taib marahkan Mat Rempit kerana tidak mahu melanggan lubang juburnya.

Punca Rizal Hashim meroyan ialah kerana ramai yang memberikan komen di Facebook beliau tentang tiadanya siran perlawanan bolasepak Liga M di Astro Arena dan juga RTM.

Yang sebenarnya siaran itu ada ditayangkan oleh Astro pada kadar satu siaran langsung setiap minggu perlawanan. Dan rakaman satu perlawanan itu akan diulang-ulang di Astro Arena sehingga ke minggu berikutnya.

Jadi bila ada peminat bolasepak yang tegur, Rizal Hashim letak kesalahan ini di bahu RTM yang sudah berhenti menayangkan siaran perlawanan bolasepak Liga M. Tapi kenapa RTM pula yang disalahkan?

Penyiar rasmi yang berhak ialah Astro. Dan sebagai penyiar rasmi ianya adalah kerja Astro untuk menayangkan sebanyak mungkin perlawanan Liga M. RTM tidak ada hak penyiar seperti Astro, tidak ada saluran sukan khusus macam Arena milik Astro. Dan kalau Astro boleh buat saluran Supersport 1, 2 & 3 kenapa tidak buat Arena 1, 2 dan sebagainya?

Rizal Hashim juga memberi alasan bahawa dasar Astro Arena ialah menonjolkan Arena Bola Jumaat, yakni mereka mahu fokus pada siaran perlawanan hari Jumaat. Astro katanya mengharapkan RTM untuk menayangkan perlawanan Liga Super pada hari Sabtu.

Kenapa? Mungkin sebab Astro tahu perlawanan Liga Super hari Sabtu terpaksa bersaing dengan siaran perlawanan EPL. Dan adakah sebab itu Astro mahukan RTM, dan kerajaan, menayangkan perlawanan pada malam di mana majoriti rakyat Malaysia lazimnya menonton EPL?

Dan untuk mempertikaikan kenapa RTM tidak mahu membayar harga RM6 juta kepada Astro sedangkan dulu jumlah yang sama dibayar oleh RTM kepada FAM adalah sangat dangkal. Adat berjual beli, jangan salahkan pembeli kalau dia tidak bersetuju dengan harga jualan kita. Dan kalau RTM tidak mahu kenapa tidak kurangkan sedikit harga itu kalau betul Astro dan Rizal Hashim serius mahu majukan bolasepak Malaysia? Atau kenapa tidak cuba jual kepada Media Prima?

Rizal Hashim macam aku katakan tadi adalah bekas wartawan sukan yang berpengalaman, pakar bolasepak dan peminat pasukan bolasepak yang bermain secara positif. Tapi bila dah meroyan semacam ini memang nampak sangat yang Rizal Hashim cuba menegakkan benang yang basah semata-mata untuk kepentingan Astro.

Bak kata Pipistuta, bangang, bangang, bangang!

Safee Sali, Pelita Jaya & Hujan




Safee Sali dah selamat ke Pelita Jaya. Kita ucapkan semoga berjaya kepada anak bukan kelahiran Aceh ini.

Hal sama ada Pelita Jaya ini tercorot atau tidak, tak perlu kita pening-pening sangat. Tawaran datang dari kelab tercorot ini dan Safee Sali memang dah berazam sangat hendak cuba bermain di luar negara. Dan mungkin hanya tawaran oleh Pelita Jaya yang benar-benar memenuhi kehendak Selangor FA untuk melepaskan Safee Sali.

Soal pemain berhijrah ke liga negara lain ini merupakan lumrah biasa. Tapi di Malaysia jarang ada pemain kita yang memilih untuk bermain di liga negara lain. Kebanyakan pemain kita lebih selesa di Malaysia, senang nak pekena roti canai dan nasi lemak dengan teh, boleh tidur bawah ketiak mak selalu, dapat photoshoot tepi kolam untuk majalah Mangga dan untung-untung boleh kahwin artis.

Liga Super Indonesia memang bukan tahap liga di Korea atau Jepun. Tapi liga mereka masih juga bagus sedikit dari liga kita. Juara liga Indonesia boleh ke AFC Champions League tapi tidak untuk juara liga kita.

Kenapa tidak ke Jepun atau Korea saja? Tolonglah, kalau tidak ada tawaran masakan kita hendak terhegeh-hegeh ke sana? Dan kalau betul kita mahu pemain kita ke sana, pemain kita kena berhijrah ke liga pertengahan Asia macam Indonesia. Kerana kalau hanya jadi pemain terbaik untuk liga bawahan Asia macam Liga Super kita, memang tidak ada siapa yang pandang hatta sebelah mata pun.

Pasal hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, itu pepatah zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tengoklah yang bercakap pun siapa. Kalau nak ikut pepatah begitu, jawabnya semua pemain Afrik dalam EPL sekarang terpaksa bermain di negara Afrika masing-masing.

Zaman globalisasi ini, bukalah sikit minda tu.

70 Ulasan:

mat berkata...

hmmm...macam2 adaaa

Ejoi berkata...

Aku post link entri ni kat blog Rizal dan Haresh ok tak?

Khuzrin Kamarudin berkata...

Bukan sahaja pihak Astro perlu bersaing dengan penyiaran EPL... tp pihak pengkomen entri juga seolah mendiskriminasi... tgok lah kalau ada entri hal bola sepak tempatan... dah 3 jam pun tak smpai 5 yg komen... tp kalau entri EPL,? Chmpion lig?

Azfar Ridhwan berkata...

aku ade komen kat blog rizal hashim ni. da macam bangau oh bangau. asyik tunding jari je.

hakikatnya rizal masih tak memberi penjelasan kenapa astro tak siarkan bola sepak malaysia hari sabtu malam lepas. salahkan rtm apehal coz diorang bukan penyiar rasmi dan ade hak tidak membeli.

rm6 juta tidak relevan kerana sama harga waktu rtm sebagai penaja rasmi. walhal nak beli segelintir match saje and tak dapat letak logo rtm pun for marketing sake. logo astro ade la..

rizal kondem rtm tak beri sumbangan kepada sukan negara dan claim rtm pernah membunuh bolasepak negara. astro tidak? habis menonjolkan epl kepada sume sampai tiada minat pada liga sendiri dan tidak keterlaluan rase nyer mengatakan astro meng'england'kan rakyat malaysia! kalau ye la nak beri sumbangan pada negara, diskaun je la ke rtm n apehal astro sport package makin mahal!

Ape2 hal pun di malaysia, akhirnya kembali pada..
bangau oh bangau~

RedNema (-_-") berkata...

Aku nak print artikel ni.
Lepas tu stepler kat dahi Rizal.
Bia dia rase. Gampang yang amat.

zX berkata...

rasa lagi terpinggir ade la lepas astero amik alih

atlis masa bawah RTM ada gak tertunggu2 hari sabtu ...

entahlah

tapi malam ni katanya ada koverage piala FA antara kelate vs tganu

zaman RTM haram tadak kaver rasanya piala FA

Serigala Segalanya berkata...

Pembetulan: sekadar melepaskan BATOK di tangga.

Namun bagi maksud artikel ini.. sekadar melepaskan 'kencing' di tangga pun boleh pakai.

Kehkehkeh!

afterc berkata...

sudah kujangka..
komen saya sebelum ini dalam artikel Astro tabur duit bla bla..

http://sokernet.blogspot.com/2011/01/astro-tabur-duit-kebaikannya-untuk.html

"bila kapitalis mula memonopoli siaran sukan, ia bukan lg untuk tontonan rakyat marhaen. nak menonton siaran langsung perlawanan Liga M pun kena berbayar. siaran sukan sudah menjadi barang mewah kini.."

Pet Shop Boys berkata...

Ah Lucius, kau sebenarnya lagi hebat dari Rizal. This is from the bottom of my heart(not the other way around ok)

PELAUNG PULAU berkata...

mamat mane ntah post mende ni kat blog aku... aku control paste balik

BolasepakHakRTM said...

So0kerleak
bercerita pasal bola Bertahun-tahun RTM yang susah payah menyiarkan bola sepak kepada orang kampung dan akhirnya baru ini Malaysia menjadi juara Suzuki.

Apa yang FAM buat? Bagi hak siaran kepada ASTRO syarikat Keling Ananda.

Siapa yang bagi Ananda monopoli ini kalau bukan Rais Yatim konon semangat Melayu. Semangat Melayu hanya untuk jadi Menteri. Lepas itu semua bagi Cina YTL dan Keling Ananda!!

Siapa yang main bolasepak semua 99% orang Melayu.

Yang minat orang Melayu. Sekarang FAM suruh RTM guna duit rakyat bagi pada Keling AStro!

Apakah halnya.

Telekom Malaysia di suruh bagi 10 juta kepada Astro? TM pun syarikiat Kerajaan Melayu.

Macam kacang lupakan kulit. SEburuk RTM itu duit rakyat dan RTM yang selama ini menghidupkan bolasepak Malaysia.

Bila dah untung bagi kat Keling?

Elok2 RTM bagi duit rakyat kepda FAM sekarang FAM mahu RTM bagi duit rakyat kepaad Keling Ananda yang dah ada 40 billion. Melayu yang buat keling ni kaya!

TM bagi FAM 10 juta. Sekarang TM disuruh bagi 10 juta kepada ASTRO.


Apahalnya? Duit rakyat bagi Keliing Ananda?

Jojoe Ali berkata...

Rizal tu.. err.. spokeperson rasmi Astro ke? Sebab sebagai staf (kalau pun dia staf), dia memang takleh bagi apa² komen yang mewakili Astro - selalunya CEO atau GM yang akan buat. Dan kalau dia bukan staf pulak, memang sah sah la takleh buat komen mewakili company orang. Haiyaa ini worang...

Pasal RTM tanak beli lak, aku rasa ada prob jugak dengan RTM. Yelah, kalau betul serius memajukan bolasepak tempatan, n kalau betul cakap Rizal yang harga 6j tu adalah sama dengan seblum ni, bayor jelah. Kome bayor, teman letak le logo kat lengan ke kaki ke.. ye dak?

Matlamat asal 220j tu dari segi penyiaran adalah supaya KESEMUA 7 game dapat disiarkan SERENTAK di SEMUA saluran tv nasional dan berbayar Malaysia.

Mungkin deme tengah berusaha. Mungkin ada term yang tengah cuba dicapai.

Ke ada unsur merajuk di sini? Mungkin ada kerabat Sukan Bola yang suka tengok Cerekarama, instead of bola malam Sabtu?

-zAp- berkata...

apa susah..pegi tgk kat stadium.at least semua game home pun jadilah..

iKHwAn berkata...

GUA TERTARIK DGN AYT NI.. "KESEMUA 7 game dapat disiarkan SERENTAK"

Lion-O (Thundercats) berkata...

rizal hashim ni tau main bola ke?? ajak la masuk futsal sokernet kalau bran...

I Am Legend berkata...

Teman udoh lama dah baca kat blog si Rizal tu pase mende ni. Dan kat sana pun ramai juga orang yang hentam Rizal ni.

Memang tak masuk dek akal, nak salahkan RTM tak nak bayor ke Astro. Udoh macam salahkan rakyat Malaysia yang tak mo makei Astro rupenye

Tanpa Nama berkata...

@ Luci @ Pipi @ Whoever:
My 2cents.

Aku adalah antara penduduk Mesia yg dah bersara tgk @ ikut bola tempatan. Bukan kerana aku ni fanboy BPL or anything. Just (dulu) aku slalu FRAST bila tgk bola ni. Time aku tgk & berharap team kita menang, time tu la kena tapau for stupid & nonsense mistakes. We all human. But we didn't get paid to play football. We didn't have thousands of worshipers. So, at least when you go international, at least don't give out goals coz of stupid fumbles. It's heartbreaking man. So, aku still keraskan hati taknak amik tau anything psl local scene.
Until the AFF? AFC? Final. Tu pun aku terpaksa & tgk (kat rumah mmbr).

Now comes to my mesej (intro berjela)

TV TV jugak. Aku rasa satu benda missing (or aku sendiri tak amik tau wujud ka dak)..is d magazine factor. Aku ingat zaman dulu, aku & adik aku akan tunggu magazine "BOLASEPAK?" sbb nak amik poster dalam tu. Zaman tu pic2 hero mcm Ahmad Sobri Ismail, Azman Adnan, Shahril Arsat, something something Suparman tu mmg menjadi kegilaan aku utk tampal kat dinding or atas meja skolah or balut buku teks subjek yg paling aku menci. Tak perlu interview melalut mcm Sokerleaks. Just pic besar gaban then letak biodata mcm Wilshere tu. I believe there's some magic abt that approach. & ya..aku tau zaman Google & Bing ni semua boleh buat image search. Tapi brapa kerat la yg nak search & pi print? Pastu mengharapkan Metro jugak (lol) nk supply pic2 kelabu, blur, noise, out of fokus, kandid, nikon, aperture & etc.
As aku ckp tadi..aku taktau majalah2 cmni wujud lagi ka dak..cuma kalau dah pupus, sum1 start balik. Walaupun aku menci Luci dgn helah beladiri Chelsea nya. Aku TERAMAT respek pada kebolehan & kemahuan dia membuat research. Aku baca...aku baca. (Artikel psl player Sabah? Swak? yg ada penyakit ka apatah tu: PRICELESS)
In a way, locals akan ada hero untuk dipuja. Locals akan ada heritage untuk di brag. Bukan setakat sokong sbb team tu dah mmg kuat or terpaksa sokong sbb lahir kat negeri tu.
Please give a thought abt this.

BTW: Aku org Perlis. = "OHH...NO WONDER LA", kata Obe.

Kap berkata...

sebenarnya, FAM nak buat study berapa ramai yang kata sayang bola sepak negara pada masa yang sama beli tiket pergi stadium.
kalau Astro siar macam EPL, boleh rosak program, beb ;)

i'msosupernotcool berkata...

tgok kat stadium?

rase-rasenye kene bukak balik isu 'sense of belonging' tu.
ye dak lucy?

Union Equatoriale berkata...

kite bakor, kite bakor rizal hashim ni!

err takde sape nak komen pasal sultan bola punya amanat hujan ke?

.Gory. berkata...

Shit shit shit!

This is all bangang bangang bangang!

Btw, nice entri macam biasa. Ada button like tak?

yetzack berkata...

nature of tv bisnes.nak tunjuk kena la bayar.even cerekarama pon kena bayar.asia cup boleh bayar,tak kan bola malaysia pon tak boleh?

tapi yang astro ni kenapa? dah ade hak penyiar.telecast jela setiap match day.

tapi kes safee sali ni memang gua bengang.dah dia dapat tawaran,kenapa nak diperlekeh-lekehkan pulak? pastu hari tu FAM terhegeh-hegeh kata nak hantar pegi selection kat jepon.apa cerita?

hantuLongkang berkata...

kasi buat fantasy football untuk liga M la...haha

pasal rizal tu, aku sokong 150% apa yang lucius tulis(walaupun panjang nak mampos...pening kepala aku baca...aku alerjik dengan tulisan panjang2 ni..haha)..

btw, pasal hujan emas hujan batu ni, kalau guna tak kena tempat, jadi la macam sultan bola...tapi, kalau dipanjangkan lagi, bawak balik emas2 tu ke tempat sendiri, lagi elok...tempat sendiri memang lagi bagus, kemana kita pergi, kompom nak balik 1 hari nanti..bila balik tu, elok kalau dapat bawak balik emas2 negeri orang tu sekali(i.e: berjaya)...

peteh tghanung peteh..ke waner, boh?

Buenaventura Durruti berkata...

Yup. Aku harapkan astro dapat tayang lebih banyak game sebenarnya. Tak perlu serentak semua, tapi at least biar la dalam seminggu tu ada 4 atau 5 game tayang, satu live n the rest rakaman. Ni tak asyik ulang NS vs Felda United sampai nak tercirit.

Pasal nak salahkan RTM, itu memang bodoh. Dah kau penyiar rasmi, bukannya agen penjual match telecast. Sort urself astro.

Rizal Hashim ni bagus, tapi on this issue nampak sgt menulis utk kepentingan asstro

ska berkata...

aku pon rase cam nak Like entry serius ni.

rizal hashim berkata...

saudara lucius, kenapa siaran di RTM penting?

berapa ramai tonton bola di RTM, berapa ramai tonton bola di Astro?

Subscribers Astro berapa ramai?

Jadi siaran di RTM lebih berkesan, lebih meluas audiensnya, sebab itu saya juga tulis demam bola tempoh hari disebabkan RTM, itu saudara tak tulis pulak kan...

Sebab itu penting RTM siarkan perlawanan secara langsung dan adanya program bual bicara bola agar mereka yang tidak ada Astro dapat tonton...

Cuba bayangkan Dunhill bagi tajaan dengan nilai RM220 juta untuk empat tahun, mesti ada untuk terrestial TV dan ada untuk berbayar...

bezanya di sini, astro pemegang hak komersil liga M yang juga penyiar rasmi...jadi ada two hats...

itu yang menimbulkan konflik...

dan saya bukan kakitangan astro, saya juga selalu dijemput ke RTM

Disebabkan saya hargai sumbangan RTM saya persoal kenapa tiada tayangan di RTM...

sekian terima kasih atas penggunaan ayat yang sopan dan bertamaddun...

hantuLongkang berkata...

"Rizal Hashim juga memberi alasan bahawa dasar Astro Arena ialah menonjolkan Arena Bola Jumaat, yakni mereka mahu fokus pada siaran perlawanan hari Jumaat. Astro katanya mengharapkan RTM untuk menayangkan perlawanan Liga Super pada hari Sabtu."
-lucius-

@rizal hashim:
kemana pergi siaran hari sabtu?...dan kenapa tiada siaran tertunda?...kenapa RTM disalahkan 100% sedangkan astro dilepaskan begitu sahaja?...

aku rasa kes ni 2 folds..RTM tak boleh disalahkan terus sedangkan astro dilepaskan...

**cuma pendapat..

flamez berkata...

'This is why most people in Malaysia prefers to know the development on England football rather than know the development on their own country. they frustrated with the politics around here and tend to ignore the issues. They would prefer to let politicians fight among each other and let them alone with their own dreams and fantasy about playing and being in England to see their favorite team playing. that would be the best for all parties'

Pet Shop Boys berkata...

hahah dulu mati2 aku ingat Rizal Hashim ni Lucius Maximus. Orang lain rupanya

Lion-O (Thundercats) berkata...

Rizal Hashim has spokenz....at Sokernet...I LOIKE...

mizu_sama berkata...

Sedap baca penulisan lucius..berilmu.

saudara rizal pun ada komen,bagus lah..

tapi astro mmg patut dipersalahkan.kenapa dah ambil hak penyiaran tapi tak guna kan hak tersebut?kenapa perlu astro nak jual pula hak itu dan bila pihak tersebut tak mahu membeli,awak salahkan rtm?baik awak salah kan FAM sbb jual hak penyiaran kepada astro tanpa tgk kontrak yang astro tak berminat untuk siarakn siaran langsung?come on la rizal..jangan la banga sangat dengan majikan baru awak tue..peace

Lion-O (Thundercats) berkata...

tapi aku as a product of the 80's and 90's, aku dah meluat nak pi stadium..dulu sanggup bergolok bergadai nak pergi stadium..pukul 2 ptg dh start naik motor nak pergi stadium nak tgk pemain pujaan hatiku bermain..last2 hampeh, semua kena angkut sebab amek rasuah..luluh hati ni bila tau yg aku kena tipu dgn pemain2 yg tak dok maruah ni...terus rasa penat dan jauh sgt nak pergi ke stadium..aku amek keputusan utk tidak akan ke stadium lagi dan Alhamdulillah setakat ini aku dah tak ke stadium...begitu juga dengan beberapa rakan2 hardcore bola dulu...

Cuba tgk golongan mana yg pergi ke stadium sekarang..semua generasi yg selepas zaman rasuah..yg hardcore dulu mungkin ada lagi yg pergi stadium tapi bilangannya mungkin dh banyak kurang..geng otai dh malas nak layan bola, semua dh arranged by tokey2 rasuah..

well rizal hashim..actually tak ramai pun yg pergi ke stadium..tak ada pun snowball effect dari kemenangan AFF cup itu hari..it's just a one-off moment saja..tengok saja game kelantan vs t-team..sepatutnya boleh full-house, apa jadi, nobody cares about malaysian football lah..

my 2 cents too..

Unknown berkata...

aku personally ada love and hate feeling dgn astro dan jugak rtm ni.

aku sendiri rasa dosa kesalahan terbesar jatuh pd bahu kita sbg fan bola tempatan, kau, aku, kita semua. kalau kita dah tegar dan mmg jadi makanan setiap game pegi tgk bola kt stadium, FAM, pasukan2 kesayangan kita masing2 tak terkejar2 sgt dgn sponsorship kapitalis macam yg astro bagi.

kalau untung jual tiket mencanak, merchandise ori terjual sampai sold out, ada pulak loyal fan yg insist nak beli tiket satu season (kalau ada) dan bila susah senang, capek dan kolotnya bola kita, kita pegi jugak stadium, aku rasa tak terliur sgt dgn kabur mata dek RM yg astro bagi.

kita ni byk jugak yg poser fana kt bola Malaysia ni sejak rimau2 kita mng sukan sea dgn aff je, sebelum ni bola melingkup, haram tak amik port, kaler jersi team local masing2 pun ada yg tak tau, inikan pulak nak concern letak bintang atas logo pasukan tanda mng tournament. gasak la ye tak?

tapi kita boleh pulak menggelupur pegi tgk BPL kt mamak kot tak pun bersengkang mata terkangkang dpn tv kt rumah ngadap astro utk setiap game UCL bila timenya, sanggup rabak mata tgk bola, amik mc, lambat dtg keje, sedangkan kita tak ramai pun yg nak ke stadium sokong team tempatan masing2 bila game dia main kt belakang rumah sendiri.

pd aku tak layak jugak aku rasa nak salahkan astro sesedap rasa, pasal dasar kapitalis mmg macam ni. tapi kapitalis astro adalah kapitalis unggul dan lansung tak tercabar dalam kelasnya hingga hari ni. manakan tidak, selain pandai cari lubang peluang dan ruang, tawaran astro mmg tak terkalah dgn wang picisan rtm. kalau rm 6 juta vs rm 220 juta, agaknya kita pilih mana ye?

rtm jugak macam luci kata lansung takde hak dan daya upaya, jelasnya tak kompeten utk bid hak penyiaran, kalau mampu pun, rasanya kena bid dgn rege lebih rm6 juta, dan resmi Malaysia ni yg politiknya dalam segala benda dan bernafas dgn udara politik sepanjang tahun, karang ada pulak kutu mengaruk kata membazir pakai duit rakyat nk bid siaran eksklusif. tok menteri kita pun bukan kaki bola, itu sudah pasti.

kesimpulannya, sampai masanya kita sbg fan usahakan diri ke stadium ramai2, sampai satu tahap, kita mampu dabik dada depan astro dgn rtm, bola kita mampu meriah, fan kita meriah, dan scene bola tempatan meriah walaupun usaha astro menongkat FAM dgn rm220 juta dan rtm tak mampu bid dgn duit yg sama. hal org berniaga ni kalau kita yg membeli, mmg kena pakai law supply and demand jugak, baru diorg bukak mata.

astro perlu terus kena ada, pasal diorg sekarang ni diorg je lah nadi sukan Malaysia, yang pam balik darah roh bola malaysia dgn rm220 juta, tapi rtm Tetap Unggul pasal diorg lah yg tiupkan roh bola tu masuk dalam badan Malaysia. dua2 sama penting, walaupun satu free, satu berbayar, walaupun satu business oriented, satu lagi community service oriented. pelik jugak walaupun admin sokernet bekerja xde gaji dan community service oriented, tapi boleh deliver entry yg pawe2. ini satu yg rtm kena belajar. ;)

bab rizal hashim, itu opinion dia, dan kita ada hak utk bagitau hak kita masing. terbaik luci, angle view kau bab ni mmg berbaloi di salute.

aku setuju sgt bab ni "kalau RTM tidak mahu kenapa tidak kurangkan sedikit harga itu kalau betul Astro dan Rizal Hashim serius mahu majukan bolasepak Malaysia? Atau kenapa tidak cuba jual kepada Media Prima?"

tapi kalau nak kira kapitalis, Media Prima ni mmg kaki sapu dan makan semua channel yg ada, menghapuskan pesaing secara sistematik dan lick. bertahun2 pun astro tak buleh beat rating channel media prima. bapak segala kapitalis sebenarnya diorg ni, heheh..

Buenaventura Durruti berkata...

Encik Rizal,

I think yang cuba dikupas lucius kat sini ialah kenapa nak salahkan rtm tak tayang bola.

Granted, rtm milik gomen so ada CSR di situ. Yet astro pun as private ada CSR juga.

RTM unwilling to pay 6m bcoz that was the price for them as main broadcaster before. Now with astro taking over peranan rtm dah jadi secondary.

So dari 6m they paid directly to FAM n malaysian football, they don't think they should pay d same amount to boost astro's coffer.

N bear in mind station like rtm they are not paid monthly by subscriber like astro has. Nak harap advertisement airtime saja, which we know in msian football mmg tak menarik minat advertiser. Lainlah astro, tak jual iklan pun masih dapat duit.

So ur article is like si kaya marahkan si miskin yang tak mahu beli barang yang dijual si kaya

Lion-O (Thundercats) berkata...

good insights by Buenaventura Durruti...tengah cari LIKE button..

Sinalau Bakas berkata...

rizal hashim commenting here is akin to barcelona coming to emirates n gets whipped
Sokernet is lucy's playground

Unknown berkata...

Buenaventura Durruti, i concur!

iKHwAn berkata...

rizal hasyim baru jumpe blog sokernet ni kot.. tu die mcm kompius cara pnulisan kt cni.. pape pun gua respek dgn kedua2 pndpt..

JaZ berkata...

Begini lah tulisan sebenar!ini kisah bola sepak kita!bukan hanya EPL semata-mata..

Hal 1:

Astro harus meningkatkan isi kandungan,sedikit memilih (selective) dalam memilih pengulas terutamanya dalam Kafe Sukan & Bola@mamak..

Seperti contoh,isu pembuangan ahli sepak takraw senior dari skuad,dipanggil nya kedua 'beruk'(terlompat,terkinja kinja bukan beruk namanya?)perang psikologi konon!pfft

Bola@mamak unggul dengan kewujudan ross & jason dasey dahulunya Karathu dan yang terbaru robert alberts!tapi dek kerana pengacara nya yang seolah 'ayam hilang kepala' mengutarakan soalan2 yang dangkal dan kebudak budakan merencatkan talkshow itu. Saya faham yang ianya bersifat santai tetapi santai tidak bererti sampah bukan?

Dimanakah Liga Super dll didalam Astro?Jason Dasey yang bukanlah rakyat Malaysia sendiri bertanyakan di dalam rancangan itu dimanakah perbincangan tentang Liga Malaysia?Mengulas tentang siaran lansung,jangan risau masih ada yang mahu menyaksikan perlawanan tempatan hatta siaran tertunda sekalipun.Buktinya,RTM setahun dua yg sudah

Hal 2:

Gila x kejar hujan emas?????Emas dalam bentuk pengalaman,sumber pendapatan dan paling penting pembuka mata dan peluang rakyat Malaysia!Safee memang seorang yang bijak dan citanya-citanya untuk bermain di liga A-League harapnya tercapai.

ijan de bunks berkata...

salute***

ak mmg suke luci punye entry..
this is priceless...
cik rizal lepas ni harap2 blh consider blk...

hidup kan balik semangat bola sepak malaysia..

skrg ak da start emo dan hampir nangis bile negori kalah..
this is good i think sbb ak da x kisah sgt kalau arsenal kalah :)

foward kan entry ni kepada pihak berwajib...

Wanturd™ berkata...

yang aku tak paham, kenapa la format liga super ni nak kena main serentak? dari dulu lagi. patutnye dah mula fikir strategi pemasaran sikit. buat dua hari. sabtu ada match, ahad pun ada match. kat situ kita boleh dapat 2 perlawanan live seminggu. lagi cantik kalau dapat main petang sabtu, malam sabtu, petang ahad, malam ahad. dapat 4 perlawanan live seminggu.

kalau taknak main petang, sebab tak tahan panas matahari contohnya, buat 2 perlawanan live, dan dua tertunda. itu pun aku rasa dah cukup buat aku sujud syukur.

atleast ada jugak lah peluang aku tengok game pahang dari kl ni. keh3

Lion-O (Thundercats) berkata...

Referring to Jaz punya entry ttg bola@mamak..yg tanya tu bukan jason dasey tp Dez Corkhill, dia tny ada perlawanan sumbangsih pd mlm ini tp tak dibincangkan..tau apa budak botak keling dalam bola@mamak tu jawab..who cares about Malaysian football, nobody watches it anyway..haramjadah punya keling..mcm tu Astro boleh ambik jd panel bolasepak dia..at least dez Corkhill ada gak inisiatif nak cakna ttg bolasepak Malaysia..yg depa tau Liverpool, Arsenal, MU...

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Nanti bila gua dah ada TV, gua masuk campur. Sekarang gua perhati je dari jauh dulu.

Point of View berkata...

tengok standard penulisan wartawan sukan di malaysia je & kita leh faham mcm mana wartawan mcm rizal hashim boleh fikir mcm tu

dan serius, tak pernah aku jumpa ayat mcm pasukan bolasepak yg diminati ialah pasukan yg bermain secara positif. like wadahel?

ni sama mcm bila kita tanya org apa makanan kegemaran & dia jwb makanan yg halal

tobat rasa nak bagi penampaq!

Pet Shop Boys berkata...

Rizal kena jawab yg ni:

1) Kenapa ASTRO ambik Abbas Saad sebagai commentator sedangkan dia kaki korupt. jangan ingat fan bola Malaysia dah lupa sejarah. Dengan ambik Abbas Saad itu seumpama menghina rakyat Malaysia juga dan meyokong kejatuhan bola sepak tempataan dahulu.

Instaed of picking Abbas Saad, baik ambik Azizul Abu HAniffa.

Point of View, ayat tu Lucius yang tulis dengan his choice of words. Bukan Rizal yg kata macam tu.

nwa berkata...

yg bola@mamak tu mmg mcm sial...aku penah tgk skali aritu,drang tgh hot2 gebang dgn john barnes tetiba sape tah bangkitkan liga super...trus semua ketawa sinis...mcm pantat,trus aku tukar chanel!aku rasa pungulas mat saleh dlm tu sume ok je kalo nk ulas pasal liga super,tp pengulas local je yg poyo..bdn dhla gemok2 sume..pengulas local yg aku salute ttp shebby.Shebby mmg terbaik,even sibuk ulas epl,la liga,etc...tp die still ada kolum kat hmetro cite pasal local football...dan point2 die sgt menampakkan die mmg pro...player local pun die kenal,kdg2 player yg die kenal aku pun xkenal..mmg malu...yela igtkan die fokus kat liga eropah je...talkshow bola plg best ttp monday night review...dan yg paling sucks jd rebutan antara bola@mamak ngan kafe sukan(bila ada rizal hasyim...kalo haris deol je mmg best,kdg2 aku tgk haris deol tu byk kali je nk smack rizal ni,tp die pikir yg mentaliti rizal mmg tahap tu je nk wat cane,kahkahkah))

nwa berkata...

*monday night verdict

PELAUNG PULAU berkata...

menatang hape maksud malaysian sports loose cannon ni? magazine bola ke???

Norhafiza Yusoff berkata...

kalau nak tgk stadium yg pnuh tiap kali game, g ssm4, kelantan.
arena bola sepak sekarang dah meningkat.
penyokong kelantan dah jadi sama cam era 80's 90's dulu.
dan nak tau pemimpin bola yang tak ada kepentingan peribadi, contohi TSAM

ron97 berkata...

@lion-o
dez corkhill tu pun bengap jugak..dah dia tu bos arena patut dia la yang buat rancangan utk liga M

Emoon Zulhilmi berkata...

gua tak kisah kapitalis yang berhak atau tidak,rtm yang salah atau tidak..

Gua ingin tengok bola malaysia live je kalo xdapat pergi stadium..

-This is the yobs-

arwan berkata...

gua skarang xtengok da liga M..
kalo dunhill jadi penaja..
kemungkinan gua tengok balik liga M..

JaZ berkata...

Betul2,dez corkhill!jason dasey tu yg 4-4-2.huhu

Monday Night Verdict juga yang terbaik!

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Emoon Zulhilmi mengutarakan isu asas dalam perbincangan yang panjang lebar ini. Iaitu siaran langsung untuk Liga Super.

Sebagai satu saluran sukan yang percuma sekiranya melanggan Astro, saya boleh memahami sekiranya terdapat pertindihan/perebutan slot antara siaran langsung Liga Super dan acara-acara sukan yang berkemungkinan berlangsung di hari yang sama (Sabtu malam) di saluran Astro Arena. Di sini Astro Arena perlu berlaku adil dengan memberikan peluang kepada peminat sukan selain bolasepak untuk menikmati sukan mereka secara langsung di waktu yang sama dengan perlawanan Liga Super. Apabila situasi ini terjadi, Astro Arena boleh membuat siaran tertunda untuk Liga Super.

Namun amat mendukacitakan apabila Astro Arena tidak menggunakan potensi yang ada untuk menebus segala kelemahan yang ada pada RTM sebelum ini di dalam menyiarkan perlawanan Liga Super apabila Arena hanya menumpukan kepada satu perlawanan Liga Super yang diulang tayang berpuluh kali, seperti iklan Petronas untuk Hari Perayaan yang diulang sebanyak mungkin di waktu perayaan.

Pada saya, selain menyiarkan siaran langsung untuk perlawanan pilihan, Astro Arena SEPATUTNYA menayangkan perlawanan yang lain secara tertunda di waktu yang lain. Sebagai siaran sukan 24 jam tanpa henti, Astro Arena berpeluang untuk menyiarkan keseluruhan perlawanan Liga Super secara tertunda dalam masa 2 - 3 hari atau sebelum perlawanan seterusnya berlangsung kerana mempunyai slot masa siaran yang banyak, namun kelihatan Astro Arena GAGAl untuk mengeksploitasi kelebihan ini. Apa yang boleh dilihat, slot siaran disia-siakan dengan rangkuman Sukan Asia di Ghuangshou yang pada hemat saya sudah basi untuk dihidangkan.

Dengan adanya bahan sukan baru yang amat diminati oleh kebanykaan penonton pada setiap minggu (Liga Super), sepatutnya Astro Arena boleh mencipta lebih banyak siaran tertunda dan slot-slot sampingan yang menjadi penambah rasa kepada perlawanan-perlawanan Liga Super yang baru berlangsung.

Akhir kata, saya berharap supaya segala kekalutan ini dapat diatasi, segala kelemahan dapat diperbaiki, dan semoga kita semua akan mendapat yang terbaik dari sukan bolasepak tempatan.

-The Yobs, The Great!-

mdfaizal berkata...

Aku sokong habis dgn ulasan TTB atas ni. Ntah apa2 astro arena asyik tayang Rangkuman Sukan Asia..

Yg lebih aku hangin.. Astro Arena boleh pulak tayang perlawanan tertunda Liga Hoki Malaysia utk game2 lain.

Tapi utk Liga Super/Perdana, hampeh! Dahla siaran highligts 30 minit je (rancangan Masa Tambahan).

Adam Ruslan berkata...

Ramai sangat tulis panjang-panjang. Meh sini aku simpulkan.

1. Rizal Hashim suruh RTM beli hak penyiaran bersama RM6juta dari ASTRO sebab skarang ramai komen tiada siaran langsung dari RTM.

2. Rizal Hashim juga suruh RTM siarkan siaran langsung malam Sabtu. Astro siarkan malam Jumaat je.

Tapi RTM taknak kedua-duanya maka:

3. Lucius suruh Rizal Hashim mintak Astro kurangkan offer RM6 juta. Sebab hak penyiaran bersama. Bukan esklusif. Dulu RTM bayar RM6 juta hak esklusif. Rizal kata, dulu RTM boleh bayar Dunhill? Tapi Dunhill takde cenel sendiri, jadi tiada konflik pemilihan siaran. Ni Astro ada Arena, sure Arena pilih match yang lebih menarik, tak gitu Rizal?

4. Lucius juga suruh Rizal Hashim mintak Astro jual hak penyiaran bersama kepada Media Prima (dan mintak Media Prima siar siaran langsung malam Sabtu -> aku yang tambah sendiri). Tengok Media Prima boleh nego ke tidak dengan Astro. Kurang-kurang MP ada 4 cenel sendiri berbanding RTM.

Err cuma, power ke Lucius untuk mintak Rizal Hashim mintak ke Astro point 4 & 5?

Jawapannya bergantung kepada kesungguhan semua pembaca Sokernet untuk bergabung dan memberi sokongan kepada kedua permintaan Lucius tersebut. Yeah!.

Dan power ke Rizal Hashim nak mintak kat Astro memenuhi permintaan Lucius?

Eh, Loose Cannon.. mesti boleh!

Sekian.

WC - ralate.

ralat juga sebab aku pon tulis panjang2.

kareem berkata...

yg penting razali umar travel sekali ngan team perak mlm nih...moh kome

Unknown berkata...

bola@mamak tu, bab duduk mengangkang sambil bermalas atas kerusi mamak tu mmg scene mimpi ngeri, lepas perasan diorg mcm nganjing bola kita, then dengar je diorg start gebang dlm tv, gua pun cabut lari rasa macam nak baling tv. bodoh punye pengulas, terutama pengulas lokal. ilmu xde,x cukup kasih sayang dgn bola tempatan, maklumlah,besarnya pun bwh tempurung katak BPL semata2.

nak2 pulak lepas ns kena hentak dgn felda palong 9,lagi bebulu je tgk.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Mungkin Cafe Sukan di Astro Arena boleh menjadikan isu yang dibincangkan ini sebagai bahan untuk episod yang akan datang.

Jadikan episod itu sebagai slot untuk merungkai segala kekeliruan dan permasalah yang timbul, TETAPI bukan tempat untuk menuding kesalahan.

Satu penyelesaian yang lebih berkesan dan menguntungkan semua pihak perlu dicapai untuk memastikan momentum kejayaan bolasepak negara sekarang dapat diteruskan. Jangan kita bantutkan segala keghairahan tentang bolasepak negara sekarang ini dengan permasalahan yang boleh menjerumuskan bolasepak kita kembali ke zaman gelapnya.

@ Kareem - Walaupun Razali berada di dalam rombongan The Yobs ke Paroi, adakah dia akan diturunkan untuk perlawanan Piala FA malam ini?

-The Yobs, The Great!-

jerong berkata...

ttb ni wartawan sukan ke..deret ulas panjang2...

kejor yob kejor...yeah!

Askar MUFC berkata...

Peh..sekali sekala TTB nih cakap secara serius, padu juga isinya..huahuahuahua

Tapi betul apa yg TTB dan Emoon Zulhilmi kata. Kat Malaysia nih ramai orang yg tak dapat pergi stadium nak tengok team negeri masing masing, contohnya sebab bekerja ke KL. Takkan tiap tiap minggu nak balik kampung sebab nak penuhkan stadium kot. Kalau ada banyak stesen TV dapat siarkan bola sepak tempatan, tak kiralaa secara langsung ker tertunda ker, mesti ramai orang yg nak tengok punya.

hellghast berkata...

aku tak cukup gemar bila buka channel 801,Astro siarkan Rangkuman Sukan Asia,dah naik berbulu aku tengok,kalau siarkan balik Rangkuman Piala AFF lagi bagus...

mdfaizal berkata...

lg satu biasa kita dengar, kalau buat live bnyk2. kang org tak pegi stadium.

hampeh!.. kalau takde liputan, live, siaran ttunda.. mcm mana rakyat malaysia nk kenal player2 yg ada kt msia. promosi tu penting beb. setakat nak harap papar, sokabar.. mana ckup.. media elektronik yg paling ssuai.

cth la plawanan liga perdana kelab terbawah. tp disbbkn kecanggihan teknologi penyiaran... match trsebut boleh dijadikan menarik dan hebat utk ditayangkn di tv.

r.k berkata...

happily read the article and enjoy the comments by mates . wow . not a single HARSH sentence in the article and any of the comments .
shows : we malaysian care and taking football issues seriously .

1. bola kita high dia punya aura hari sabtu , kejadah apa nak highlight bola jumaat SAHAJA ?

2. bola kita main serentak . kalau tak boleh nak live lebih dari satu match , match yang lain rakam , bagi dekat rtm / media prima untuk siaran ulangan . ( bagi ? kena bayar la XD )

3. astro penaja rasmi , jika jumlah orang yang tengok bola meningkat , astro ada hak untuk jualan merchandise , promotion right ? ... lagi banyak game yang boleh ditayangkan (live/delay) lagi banyak orang yang minat bola . buat step dari sekarang pun oke apa , kat astro ada 4 tahun hak penajaan ..

4. banyak siaran takut orang taknak ke stadium ? takut-takut nanti sebab tiada khabar dan siaran , orang tak tahu pun ada perlawanan yang berlangsung . :)

5. orang yang ada astro , ada rtm . orang yang takda astro pun ada rtm . orang yang takda TV macam Pipistua saja yang takda rtm . nampak tak betapa canggihnya peluang untuk orang menonton rtm ? astro patut gunakan peluang ini , paling cikai pun rtm boleh beri credit kepada astro untuk setiap perlawanan yang disiarkan . marketing lah macha ...

6. Sembang SaFee Sali ke Pelita Jaya , kelab tercorot . Mahunya Safee Sali berjaya mengangkat Pelita Jaya naik ranking liga indonesia , silap-silap berjaya ke AFC Champions League mulalah kata Safee Sali tu abang angkat masing-masing .. pffft .

7. We care . Musuhnya Habis Binasa !

* kalau tak silap hantu longkang ada petik pasal super league punya fantasy . dah ada dah mate , dah 2 3 tahun dah , tapi tak sure la tahun ni ada ke tak . cube google . ghua dah lupa lah link . nanti ghua cari , ghua paste sini yo !

ijan de bunks berkata...

xde la cun mane fantasy malaysia ni tp ok la dari xde..
tgu ape lg join la cepattt..
bajet pon diorg ksi 70 juta je :)

http://bolafantasi.com/main/index.php

aRief berkata...

http://bolafantasi.com/main/index.php

nk taruk full player klantan pon xpe dlm team. haha

Kerteh Kickers berkata...

rizal hashim ni bagus, tapi artikel dia yg ni nampak sgt melebihkan astro, tu yg kena tiau tu!

Pet Shop Boys berkata...

Chelsea vs Everton sape menang? aku miss ah game tu.

harap2 Torres score.

Dan tahniah pada Chelsea kalau berjaya beat Everton. Harap2 dpt mengekalkan piala FA.

Nerzhul berkata...

assterol

Tengku Firmino berkata...

Komen Bro Rizal 'backing' Astro hanya dia yang tahu..Takkan nak cakap yang bukan2 pasal Astro yang selalu panggil dia..kita pun tak boleg tuduh sebarangan..tapi pasal rege Astro tawar kat RTM..agak mahal tapi yelah..Astro bukan ditubuhkan untuk bagi charity kat orang awam..drg kaki business..money comes first..

http://tengkusidek.blogspot.com/2011/02/penangan-rizal-hashim.html

daimpressive berkata...

Ni lagi satu utk Encik Rizal Hashim:

http://suaraserak.blogspot.com/2012/01/dengan-izin-pandangan-untuk-encik-rizal.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...