ANDA SEDANG MEMBACA

74

Liga Super: Kelate Make Budu, Selangor Layan Tempe, Sumandak Kena Enjut & Apo Kono Eh Jang?

LuciusMaximus Rabu, Februari 16, 2011 , ,


Brader Jang ni malam tadi marah dia bukan main, habis botol dibaling sambil tunjuk jari tengah pada pengadil. Kata nogori beradat?



Siapa Safee Sali?

Red Giants membuktikan tanpa Safee Sali, mereka masih mampu meledak gol. Selepas seri dalam Derbi Lembah Klang hari Sabtu lepas, Selangor butuhkan kemenangan dan 3 mata jika mereka benar-benar serius mahu mempertahankan kejuaraan Liga Super.

Dengan Safee Sali selamat di Indonesia melayan perempuan-perempuan Kramat Tunggak, harapan Selangor untuk menghasilkan gol terletak pada trio Hardi Jaafar, Amirul Hadi dan Amri Yahyah. Jelas mereka tidak mengecewakan K Devan apabila pantas mengkucar-kacirkan pertahanan Terengganu.

Tak ada Safee Sali, tak ada hal


Tetapi Fadzli Shaari yang terlebih dulu mencatat nama sebagai penjaring apabila menyempurnakan hantaran Hardi Jaafar untuk gol pertama Red Giants pada minit ke-16. Di penghujung babak pertama Amirul Hadi pula membekalkan bola buat Amri 'Red Devils' Destroyer' Yahyah meletak Selangor selesa mendahului 2-0.

Sebaik babak kedua bermula, Azidan Sarudin menambah derita skuad Penyu apabila memberikan gol ketiga Selangor hasil rembatan luar kotak penalti. Bolos 3 kali, reputasi Sharbinee Allawee selaku penjaga gol pilihan kedua Harimau Malaya nampaknya makin terus pudar.

Tetapi Terengganu juga membuktikan keupayaan mereka menghasilkan gol seperti yang berlaku di Kangar pada Sabtu lepas. Ashaari Shamsuddin menyempurnakan penalti pada minit ke-67 dan Hadi Yahya pula menerobos gawang Selangor pada minit ke-85. Namun kebangkitan Terengganu sudah terlewat dengan Red Giants memilih untuk bertahan kelebihan satu gol mereka di hujung permainan.
Keputusan: Selangor 3 Terengganu 2

Make Gapo Budok Kelate Ni?

Budu Cap Ketereh kot? Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada perlawanan menentang Red Warriors di Stadium Sultan Mohammad IV kerana Stadium KLFA dilaporkan sedang dibaik pulih padangnya. Jawabnya memang Kuala Lumpur dijadikan budu.

Dengan kelebihan yang diberikan Sultan Bola & Co, Kelantan tidak membuang masa untuk meratah Kuala Lumpur ibarat budak Kelantan baru turun dari Kota Bharu pekena bapuk di Lorong Haji Taib. Ramzul Zahini Adnan dan Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol untuk Red Warriors sedang Kuala Lumpur lebih banyak bertahan dalam misi tidak mahu bolos banyak.
Keputusan: Kuala Lumpur 0 Kelantan 2

Sumandak Kena Enjut

Johor FC tidak menghadapi sebarang masalah ke Stadium Likas seperti Kedah pada Sabtu lepas. Berdepan Sabahawks yang menerima sokongan padu dari Ultra Sumandak, Johor FC tenang dalam permainan mereka. Setakat awek pakai hot pants, pemain Johor FC dah selalu tengok di Danga Bay.

Riduwan Ma'on sekali lagi muncul penjaring Johor FC melalui gol tunggal perlawanan pada minit ke-55. Beliau kali ini mengelak dari menjadikan dirinya malaon untuk menjamin kemenangan pertama buat Johor FC pulang dengan 3 mata penuh.
Keputusan: Sabah 0 Johor FC 1

Superclasico Utara

Dua pasukan terhebat dari utara Semenanjung bertemu, dalam perseteruan antara kedua pasukan yang di antara mereka telah menjulang 11 Piala Malaysia, 6 Piala FA dan 5 kejuaraan liga. Di luar dari Kedah dan Perak, hanya Selangor sahaja yang mempunyai kejayaan lebih banyak dari dua pasukan utara Semenenanjung ini. Red Warriors dan Jang? Tolak tepi.

Bertandang ke Stadium Darul Aman yang merupakan kubu kuat Hijau Kuning, Yob tidak mengharapkan kemenangan apatah lagi bila memikirkan Perak tidak pernah menang di sana sejak 2007. Lantas Yob terpaksa berpuas hati apabila hanya mampu seri tanpa jaringan bertemu Kedah.

Sekali pun kehilangan 2 mata tambahan dan kini ketinggalan di belakang Kelantan, Cikgu Jan yakin dengan keupayaan Perak untuk terus mencabar Kelantan dalam perebutan klasemen. Manakala Kedah pula terus terperosok di posisi ke-9 Liga Super dengan hanya 5 mata setakat ini.
Keputusan: Kedah 0 Perak 0

Apo Kono Eh Jang?

Misi pemburuan 3 piala? Jang gentar tiada? Musuhnya habis binasa? Nogori beradat? Iyo lah. Apo-apo jo.

Selepas dilauk Seladang di Ipoh, Jang pulang ke Paroi dengan harapan kembali menemui sentuhan kemenangan. Tetapi apa yang berlaku ialah sentuhan kecundang buat Jang.

Jang - Musuhnya Habis Binasa


Berdepan Felda United, harapan Jang mengutip 3 mata penuh nampak bersinar apabila Felda United bermain dengan hanya 10 pemain untuk majoriti masa perlawanan. Tetapi harapan tersebut lebur apabila Felda United yang berjaya merobek gawang Jang di minit-minit akhir perlawanan, melalui pemain pertahanan Ghani Rahman.

Setakat 4 perlawanan ini, Jang menang 2 dan kalah 2. Wakil tunggal Jang di Sokernet khabarnya masuk pejabat pun termonong ajo. Ingat kek Milah ke Jang oi? Kondak kau Jang diambik orang, biar omak cari an lain, ompuk orang jangan diidam. Nayo eh!
Keputusan: Negeri Sembilan 0 Felda United 1

Pahang Power Macam Pohang Steelers?

Perlawanan ini Sultan Bola sudah set. Percayalah.
Keputusan: Pahang 1 T-Team 0

Harimau Dengan Singa Sama Kuat

Harapan Perlis untuk memperolehi kemenangan pertama terkubur juga. Faiz Subri terlebih dulu meletak Singa Utara di depan pada minit ke-73 dan untuk beberapa ketika jelas kelihatan Singa Utara bakal beroleh 3 mata pertama.

Harimau Muda lawan Singa Utara


Tetapi pada 10 minit terakhir, dua pemain Perlis dibuang padang, pertama sekali ialah Sany Mat Isa dan kemudiannya diikuti oleh Munawwar Shavukah Ali. Harimau Muda dengan pantas mengambil kesempatan dari kekurangan Singa Utara ini dan di minit terakhir Gary Robbat menyumbat gol penyamaan untuk meletak Harimau Muda selesa di posisi ke-3 Liga Super.
Keputusan: Harimau Muda A 1 Perlis 1

Kesimpulan

Menang buat kali ke-3 terus meletakkan Kelantan di puncak klasemen dengan 10 mata. Mereka juga telah meledak sejumlah 9 gol dengan hanya bolos 2 selepas 4 perlawanan setakat ini.

Walaupun begitu mengekori rapat di tangga ke-2 ialah Perak, 2 menang dan 2 seri memberikan Yob bekalan 8 mata. Bersama Kelantan, kedua pasukan ini masih 'invincible' dalam Liga Super musim 2011.

Harimau Muda A terus menunjukkan prestasi yang membanggakan dengan berada di tangga ke-3 sementara Selangor melengkapkan Top 4.

Saingan Liga Super bakal berehat sebentar untuk memberi laluan pada perlawanan Piala FA yang bermula pada 18 dan 19 Februari ini. Harimau Muda A pula bakal bermain sebagai pasukan kelayakan Olimpik untuk Malaysia dalam pertemuan dengan Pakistan pada 23 Februari ini.

74 Ulasan:

faridfadhly berkata...

kalau tak silap aku yang ada tak berapa jauh dari situ, player felda yg tgh belakon injured ada tunjuk jari tengah sbb org marah dia lambat2kan game..tu yg tiba2 dia dapat hujan botol.

apa pun taktik wan jamak tak menjadi langsung..apo kono eh jang..

Trekker berkata...

tgk apo jadi kt stadium sultan muhammad ke IV, Kota Bharu semalam. klik bawoh nih.

http://www.youtube.com/watch?v=NhPbMcbmRQA&feature=player_embedded#at=203

Union Equatoriale berkata...

orang nogori memang begitu, adat perpatih ontah ke mano? sek-sek cik siti wan kembang juga yang sopan santu, penuh budi bahasa

Wanturd™ berkata...

elehh lucy. kata sultan bola set pulak. dengki letteeww pahang menang. keh3.

amuk tok gajah amuk

ijan de bunks berkata...

jang redo lagi...
bile jang nk tunjuk bakat nih..
haihhhhhhh

M.Azril berkata...

ckap jngn sebarng ckap klau xtau pe yg belaku jngn nk memburukn adat orng ngn negeri orng..pemain felda yg berpura2 injured 2 yg memulakannya bila dia yg buat f**k kat penyokong negeri..buat admin kat cini nk ckp pasal bola ckplah tp jaga lah sensitiviti orng gak jngn pndai ckp je mcm menteri..
buat saudara dikwahab jngn nk cuba bercakap klau xtau apo i2 adat perpatih n jngn lupa apa yg penyokong negeri kesyngan awk 2 buat pada final piala malaysia 2009 kat bukit jalil..

salam maaf klau agk kasar kata2 sy tp ingat bkn semua mcm 2 n bkn semua suke buat mcm 2..

Sinalau Bakas berkata...

imperial x, ingat nih sms ke nak main short form semua?

sumandak pun sama juga, sudah la masuk free, keluar suara pun teda. macam mana sabahawks mau menang ni kali?

M.Azril berkata...

sy pnya sukelah nk gna short form ke apa..
spa yg x marah bila adat negeri kau dpermainkan dan d buruk2kn..

CAKAP JANGAN SEBARANG CAKAP BURUK PADAHNYA NANTI

Mohd Idzwan berkata...

"jika gol n9 dikira, pasti rentak permainan berubah dan n9 mendapat 3 mata penuh!", ujar shukor adan

ref & linesman sama kayu!

this is paroi.

I Am Legend berkata...

Imperial X,

Baru baca Sokernet ke? Kena jentik sikit dah menggelabah? Jorji yang Ultra Jang kat sini pun rilek je rasanya.

At least Sokernet pandai bangkitkan sentimen bolasepak, especially dalam bab local football ni. Sindir sikit tu macam biasalah, kalau kau nak tahu kat England sana apa semua lagi teruk provokasi dengan sindiran between football clubs.

Karang kalau dibantainya admin blog tulis ala Harian Metro, bosan tahap gaban pula.

Bab brader Jang tu, okay betul dia marah tak ingat dunia punya. Tapi kalau ye marah pun agak-agaklah juga. Player Felda tu pun kalau tunjuk f**k mesti sebab kena provoke dulu dengan penonton kan? Senang cerita dua-dua bangang!

Benda ni bagi aku bukan hina negeri atau adat. Just simple banters selepas geng Nogori sebelum ni sibuk claimning Negeri Beradat on Sokernet. So bila admin ada peluang pulang baliklah paku buah keras.

Tak gitu?

drizzt berkata...

kah kah kah ...

ramai gak yg butthurt kali ni huhuhu

Union Equatoriale berkata...

kahkahkah...

parody le dude, parody. bila aku cakap cik siti wan kembang sopan santun, its a parody ler.

aku bukan kelate pun.

'enjut lebah enjut'

Ejoi berkata...

Persamaan macam budak kelantan baru turun KL dan balun bapok kat Lorong Haji Taib tu memang lawak tahap gaban!

Imperial X - Taip elok-elok sikit bro. Payah orang nak faham short form pelik tu. Rugi kau sebab tak guna semua keys kat keyboard tu. ;-)

Plus Ultra berkata...

ok la aku suggest lucy dengan sokernet lepas ni tulis ikut artikel bolasepak gaya utusan dan harian metro.

lepas tu kita semua sangap dan bunuh diri.

dan imperial x boleh sembang pasal tudung bukan menutup aurat kat blog dia

M.Azril berkata...

saudara I Am Legend dah lama baca tp adat ni sensitif agak2 lah.tp ada ke yg mngutuk adat yg di amalkn negeri lain xde kn.

juz panas ngnstement yg di keluarkn oleh dikwahab

M.Azril berkata...

bahan tulisan saudara admin maximus ni mmng sentiasa buat edisi bakar hati dan bakar diri pembaca mmng dah tau pun .kerjanya memang membuat panas.tp penulisan bagus juz smtime buat ada yg tersinggung klau orng 2 masih berpegang pada adat anyway penulisan dia mmng berjaya wat ramai panas..

Jarr berkata...

nak bergaduh pi main kat burkina faso la..
FA Cup aku tgk big team banyak dapat bye..goyang kaki tunggu next round.

oh aku adalah peteh ganu peteh.

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah,
sakit bontot weiii

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

@ Mohd Idzwan - Bagaimana gol itu hendak diambil kira apabila pemain Negeri sudah berada di dalam keadaan curi ayam?

Jangan salahkan penjaga garisan dan pengadil sekiranya pasukan kegemaran anda tewas. Takkan anda mahu kemenangan Negeri Sembilan disandarkan kepada 'kerjasama' dari pengadil? Mahukah anda melihat Negeri Sembilan mengikut resam Manchester United?

Kekalahan Ultra Jang bukan kerana kesilapan pengadil dan penjaga garisan, tetapi disebabkan oleh taktik bola jauh (long ball) yang dimainkan oleh Wan Jamak dan akibat memandang rendah kekuatan budak-budak pengait kelapa sawit.

Mungkin kekalahan kedua berturut-turut ini dapat menyedarkan Ultra Jang supaya tidak terlalu riak di lain masa dan menyedarkan mereka bahawa memandang rendah pihak lawan bakal membawa padah.

Ingat pesan Hantu Kak Limah : "Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas!"

PS - Mungkinkah kekalahan itu disengajakan atas alasan untuk mengambil hati Isa Samad?

Unknown berkata...

"Pahang Power Macam Pohang Steelers?

Perlawanan ini Sultan Bola sudah set. Percayalah.
Keputusan: Pahang 1 T-Team 0 "

kalau lawan T-Team tu sultan bola tak masuk campur lagi...dia hantar pipi je kasi settle kan...

Trekker berkata...

aih..n9 butthurt. kelantan rilek je kena bantai dek pengulas sokernet (obe)..x ada bende pun. silap silap, butthurt n9 pun turut membantai penyokong kelantan setiap kali ada entry psl kelantan.

gelate ttp rilek.

GKG (gomo Kelate Gomo)

dinie muhaimin berkata...

aku tak paham kenape si amoi pi mai pi mai tang tu (lucy) ni tak suka sangat kat pahang...

cer citer... cer citer... cer citer...

Mumia.Megat.Menjelma berkata...

Alhamdulillah smpat jgk salawat dlu smalam...

GKG!

Adleen berkata...

kalau baca balik komen dikwahab betul2 boleh tangkap maksud dia:

orang negeri memang begitu, ada perpatih entah ke mana -> lebih kurang kepada sekarang ni adat perpatih ni dah kurang diamalkan secara meluas, especially bab pembahagian harta tu

cik siti wan kembang juga yang sopan santun, penuh budi bahasa -> parody katanya, lebih kurang macam orang kelantan bahasanya lembut, tapi kenapa bila dalam stadium suka baling mercun dan botol?

zX berkata...

mebbe sebab jarang kena bahan .. dah kena skit truh butthurt

kelate kena bahan hari² .. apa ada hal

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Adakah dinie muhaimin ini mempunyai pertalian dengan pemain Kedah, Mohd Khyril Muhymeen?

Sinalau Bakas berkata...

silakak sia pula kena marah sound dia guna short form! muhau!

bah kalau ikut sukati ko mau guna short form jadi sukati urang lain juga bah mau perli ka kutuk ka.

nanti n9 datang sabah ko ikut sama la, sia kasi ko minum montoku baru ko ada happy sikit

ko rilek ja bah!

Buenaventura Durruti berkata...

Kedah saja malas nak menang dengan Perak. Semangat setiakawan Hijau Kuning dan Hitam Kuning katanya.

p/s: pasal Jang, malas den nak cakap.

Unknown berkata...

imperial X, jgn duk pegang sgt adat tu kalo adat tu mengarut. kalo ok, pegang la.

(mungkin) adat angpa tu baguih, (pasti) pengamal nya yang tak baguih. tu apa2 yang buruk pengamal yang buat, adat yang dapat busuk.

kepada imperial X, tomonong la jang ngan adat2 jang tu.. tuih

Kerteh Kickers berkata...

sbnrnya yang paling sopan santun dan lembut bahasa ialah ganu

sebab dia cukur jamban dalam jambang

end.

blogtakterbatas berkata...

Hek eleh,bukan tunjuk kote pun.Kah3.Woit,standard la kan penonton provokasi.Tapi kalau player termakan provokasi,maka bangang dan tak profesional la player tu.Jgn slh fhm,aku bukan nak menjustifikasikan tindakan penyokong waghih den tu betul eh.

Jarr berkata...

@kerteh kickers...kah kah kah.
cukur jamban dalang jambang starang baroh...

org ganu la sopang santung..dohla sopang santung..comel pulok tu...wakakakakaka

faridfadhly berkata...

penonton/penyokong yg duduk kat tgh2 stadium ni biasanya mengamuk, marah2 n maki player sendiri kalau main teruk n of course pengadil..n season ni juga kita tgk ultras2 dah mula berkembang

so kalau taknak emo2..join dekat port ultras je suda kalau kalah pun rasa cam menang. tak gitu?

ijan de bunks berkata...

ntah...chil sudah walaupon kalah...
xkan nk mng semua game..
ngamok plak arsenal nnt LOL

julu berkata...

peteh ganu peteh
dok dang starang nok kejor selangor..

BigMek berkata...

orghang nogori pun tak boleh kena jentik juge?

Kap berkata...

Selangor score banyak, bocornya agak serius.
mohon pengurusan boleh berkira kira untuk membeli Casillas daripada keuntungan menjual Safee.
hahah.

aRief berkata...

dakpela kaloh ngan slangor.
sek2 kite bangun smula pahni.
rajin2 la turun stadiung
bereh sek kite!

PGP (Peteh Ganu Peteh)

Abi-iRFAN berkata...

Jang? JUNK? erk..

Ozgur Cek berkata...

kesian imperial X yg mempertahankan adat perpatih negerinya....keh3

I Am Legend berkata...

@Durruti

Tak apa seri, Yob terime seadanya. Lagipun keme main away game. Bukan macam satu team tu, main away kat KB. Apekehenye?

Ater bior lantak deme.Tak ngape, Yob terime.

Din Guerreroz berkata...

jang kene trajang lagi la... KL kalah kat tempat sendiri relax jek... keh keh keh...

Bunut Payung FC berkata...

jadi apa masalahnya kalau game kl tu main kat kota bharu?

kelate takde masalah main kat mana pun. kalau nak main kat ipoh 2x pun takde hal

Gomo Kelate Gomo!

Ozgur Cek berkata...

musim lepas main kt KL pn ramai fan kelate...apa ada hal?

Point of View berkata...

manchester united main kat bukit jalil pun ramai penyokong, harimau malaya pun takleh celen

keli berkata...

Biar mati anak jangan mati adat....hehe

ilusikunci berkata...

ado limo fakta kenapo jang kalah
1)budak2 nogori main tah apo namo eh tah malam tadi...terhangak-hangak...tak cukup tido ko apo??
2)yang wan jamak kua kan si shahurain tu buek apo?baik kau kuakan si bangang mahathevan tu..
3)dah tau si mahathevan tu bangang..yang lain2 tu sumo plak poie naik sampai dopan gol buek apo??poie la sapot si bangang panjang tu..nak main long pass,macam la topek bona kau pasing..
4)nismilan main 4-1-5...tak ponah dibuek orang...
5)budak2 felda main style kampung2..main takik,tungkai tak ingat dunio..tapi bilo kono merengek macam budak kocik..bangang..

kesimpulan eh,duo2 eh main cam bangang..paneh jiwo rago den poie nengok budak2 ni main...ikut ati baik den poie layan gadis kek ijan beger..ado gak paedah eh..

keli berkata...

4-1-5 kakakaa....

ijan de bunks berkata...

cilake...ijan berger mmg terbaik..

Askar MUFC berkata...

@POV,

masa tu bila amri yahyah skor semua yg pakai jersi MU pun bersorak sama. dalam hati teringin gak Malaysia menang..huahuahua

walaupun Kedah tak baper kuat skarang, tapi Stadium Darul Aman tetap jadi kubu kuat Sang Kenari, ingat senang ker Perak nak bawak balik 3 mata dari situ.

~Pulun Kedah Pulun~

aranhellstorm berkata...

viva selangor!

salah info, terlepas keriangan di stadium. damn

keli berkata...

Gol Fadzli Shaari mmg lawa....

talkIZcheap! berkata...

Superclasico Utara? kah kah kah!! :P

memang dah jadik format lah kiranya ni ye, bila bab Liga Super tajuk dia memang akan panjang2??

sayahebat berkata...

biar gwa cut and paste disclaimer untuk enchek imperial X:

"Ini website bolasepak Indie dan ditulis dengan nada sinis dan humor. Kalau rasa sakit bontot team korang kena menganjing pasal dah 2 dekad tak menang liga sila ke SANDARKANPADAKENANGAN.COM. Kalau sakit bontot pasal team korang kena maki team kanak-kanak Taski Wenger sila la ke website lain juga. Kalau nak serius jugak sila angkat kaki, jalan terus ,belok kiri le lepas tu sila pergi mampos"

ilusikunci berkata...

cilako...brader dalam gamba nismilan tu macam den kona amek!!!anak acik jiran blakang gumah den tu...nauzubillah maghin kocik2 kan main ontok yo..ini jam macam ungko perangai...tang pipi tu dah dapek cam dah

Raiden berkata...

jang kena TeraJANG..haha biar la diorang nak emo, kurang2 ada la nampak semangat ultras dalam local bolasepak Malaysia dah berkembang..

Papehal pon, The Yobs still maintain unbeaten~

Tanpa Nama berkata...

apo2 ajo hahahaha...

den tongah tunggu game arsenal vs barca ni hahaha...

setakat kl tu bare nipih jah haha..

awok rasa kite kene buat perak mcm umah kak limah..

kita bakor! kita bakor! haha

Point of View berkata...

pengaruh yob jelas terasa kuat di sokernet ni

Plus Ultra berkata...

mamak mana ada tayang game roma vs shakhtar donetsk eh?

Raiden berkata...

mana pipi?? mesti tengah laju tulis post pasal kanak2 Arsenal bedal Barca..haahhaa..

zX berkata...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm

kah kah kah ... mb deme pun dah butthurt ... ai ai ai!!!

hellghast berkata...

banyak betul komen2 hahaha satu je aku nak sebut...

~~~Enjut Lebah Enjut!~~~

PELAUNG PULAU berkata...

celaka liew kit kong tu..memang celaka...padan muka kene jari tengah kat brader senawang..padan muka...kahkahkah!!
THIS IS PAROI!!!



p/s musuhnya habis binasa tu salah satu line dalam lagu negeri sembilan

Tanpa Nama berkata...

orang pahang memang payah mengaku yang dia paling sopan santun.

Sultan sendiri kena kutuk pun takde apa hal nak butthurt2 sana sini.

ikut resmi tok gajah.

sokernet is sokernet.

legal is legal principle!

hellghast berkata...

sultan bola?apakah itu?hahaha!!!

lagi mau kongkong pemain Malaysia main kat luar,nak pegi world cup tapi tak nak pemain Malaysia maju...apebenda punya sultan? hahaha!!!

Emoon Zulhilmi berkata...

kalau nak mengadu pasal adat resam,boleh ke website kementerian kebudayaan dan kesenian.

-THIS IS THE YOBS-

Tanpa Nama berkata...

gua sokong sultan boal dan gua ok!

Tanpa Nama berkata...

'SULTAN BOLA' !!!

faking betul jadi salah taip ni.

shahril mulox berkata...

Osah malu amek den mo imperial X nih (ko penjajah ko?). Ko apo heboh bona mo adat pepatih ni? HAMKA pun daghi 50 taun maghin dah kritik adat pepatih ni tak selari mo Al Quran dan Sunnah. Err.. ko kona ko tak HAMKA nih? Dah la budak kocik. Main bola la wei. Adat kunun

hantuLongkang berkata...

"dok dang starang nok kejor selangor.."
-julu-

haha..sek2 perak je hok mmmaing kejor pah ke suk...lik kita bahang peteh pah ceroh..kih dok peteh mmolek hok kena 3 utir duu..haha..takdok hal, boh...pah2 ning, kita peteh bia teghanding pah bowoh seat stadiung sekor2...nge keeper2 kita ppakak peteh

hantuLongkang berkata...

doh waner dok tubik aku komeng panjang jjenggoh sakni, nnatang..haha

Tanpa Nama berkata...

Salam semua. sebagai fans N9 aku agak terkilan semenjak lama aku baca sokernet. ni first time aku rasa kecik hati. tak kesah la nak cakap fans tunjuk f**k tu ke apa. sebab bagi aku benda ni biase je. xde masalah pun. Kalau ultras luar negara pun tunjuk f**k ni benda common. tak kesah la kau nak cakap apa kat mamat tu.

yang aku nak perbetulkan kat sini. fans tu bukan tunjuk dekat pengadil. LIEW KIT KONG yang tunjuk dekat fans dulu. so jangan kata brader tu je. sesiapa pun akan melantun. standard la. so aku harap kau tolong la edit balik post ni. tak sedap la kan. harap dapat bagi kerjasama and kaji dulu sebelum post apa2. aku faham sokernet ni bukan blog skema. tapi bila ada benda salah faham macam ni la yang buat kita berpecah. harap maklum. terima kasih.

blogtakterbatas berkata...

Shahril,tak salah doh Imperial X nak pertahan adat dio.Hamka pun tak salah bilo dio kritik adat.Shahril kau tau tak yg adat tu ado ompek - adat yg sebona adat,adat yg diadatkan,adat yg teradat dgn adat istiadat.Mungkin Imperial X potahankan adat yg sebona adat.Yg Hamka kritik tu mungkin adat yg selain dari kategori adat sebona adat.
Lu tengok lu tengok..gua tak mau pulak blog ni bincang psl adat pulak.Kang ada pulak yg meluat.Tapi lu pny tulisan tu..walaupun lu guna nama Hamka buat2 tunjuk pandai tapi nmpk la lu pny inferiority complex..kahkahkah

Emoon Zulhilmi berkata...

hazim judan ni tegas jugak gua perhatikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...