ANDA SEDANG MEMBACA

33

Perihal Bolasepak Bukan Liverpool Dan Chelsea

LuciusMaximus Selasa, Februari 01, 2011 , ,



Liga Super Malaysia memasuki perlawanan kedua malam ini. Semalam Liga Perdana telah bersepak mula dengan pasukan-pasukan nama merapu bersaing bersama beberapa pasukan negeri yang bernasib malang.


Nasib Jang di tangan Ayu Raudhah


T-Team bakal menerima kunjungan skuad Jang, Negeri Sembilan yang diserikan lagi dengan kehadiran pengantin baru, Zaquan Adha. Orang kata darah pengantin ni lain macam sikit jadi harap-harapnya begitulah hendaknya. Nasib Jang bergantung sepenuhnya sama ada tenaga Zaquan Adha masih ada atau semuanya telah dihabiskan oleh Puan Ayu Raudhah. Jika dilihat pada aksi Jang ketika bertemu Harimau Muda A sebelum ini jelas ada kepincangan pada skuad bimbingan Wan Jamak. T-Team pula memburu kemenangan pertama dan dijangka mampu mencabar Negeri Sembilan dengan skuad yang dibarisi bintang baru seperti Indra Putra dan Nor Farhan selain kapten berpengalaman Rosdi Talib. Sekalipun ianya home game, T-Team bagaimanapun akan bermain di Paroi kerana lampu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah tidak menepati tahap piawaian.

Prediksi: T-Team 1 - Negeri Sembilan 1

Di Alor Setar pula, Kedah bakal meraikan kunjungan Felda United, pendatang baru Liga Super. Felda United sebelum ini beraksi baik untuk mengikat Johor FC 0-0 dan membantu BN menang majoriti besar dalam pilihanraya kecil di Tenang baru-baru ini. Maka keupayaan Felda Boys ini tidaklah boleh dipandang ringan oleh skuad Kenari. Pun begitu Kedah mempunyai kelebihan kerana bermain di gelanggang keramat Stadium Darul Aman dan kelebihan pengalaman dijangka bakal membantu Kedah mengatasi Felda United.

Prediksi: Kedah 2 - Felda United 0

Tidak jauh dari Alor Setar, satu lagi perlawanan juga berlangsung di utara Semenanjung apabila Singa Utara, Perlis menjadi tuan rumah kepada Red Giants, Selangor. Dua pasukan yang memulakan musim 2011 dengan langkah kiri pastinya terdesak untuk mencari kemenangan. Stadium Utama mungkin ibarat Lion's Den untuk Perlis tetapi sang gergasi dijangka tidak mempunyai masalah untuk mencuri 3 mata penuh kali ini, dengan syarat Amri Yahyah dan Safee Sali tidak emo dalam permainan. Tetapi seandainya Selangor gagal mengutip 3 mata, nyawa jurulatih K Devan mungkin berada di hujung tanduk. Untuk Perlis pula, tugas mencari gol pastinya sekali lagi disandarkan kepada penyerang keturunan Siam, Samransak Kram.

Prediksi: Perlis 1 - Selangor 2

Sementara itu Harimau Muda A pula bakal bertemu Pahang di Shah Alam. Pahang yang kini klasemen telah membuktikan keupayaan mereka bermain ala Arsenal di bawah kendalian Dollah Salleh dengan kemenangan 3-1 ke atas Perlis tempohari. Tetapi harimau-harimau muda pimpinan Ong Kim Swee pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk membuktikan keupayaan mereka menundukkan sang klasemen malam ini dan membuktikan pada semua pasukan kesayangan Sultan Bola serta Pipiyapong tidaklah se-power mana.

Prediksi: Harimau Muda A 5 - Pahang 0

Para Yob sekalian dijangka bakal memenuhi Stadium Perak malam ini apabila skuad Seladang menerima kunjungan skuad Lebah, Johor FC. Selepas memanaskan badan dalam pertemuan dengan Kuala Lumpur di Cheras hari Sabtu lepas, kini sudah tiba masanya Perak membuktikan reputasi mereka selaku kuasa besar bolasepak Malaysia sebagai satu-satunya pasukan yang tidak pernah disingkirkan dari Liga Super. Sekali lagi jurulatih Norizan Bakar akan mengharapkan gandingan Shafiq Jamal serta Akmal Rizal untuk mengepalai barisan serangan Perak. Ketiadaan Razali Umar Kandasamy yang khabarnya kini di Liverpool untuk sesi ujian pemilihan pengganti Nando Torres tidak menggusarkan para Yob sekalian. "No player is bigger than the club," kata mereka dan "Perak is bigger than Liverpool," tambah mereka lagi. Ater?

Prediksi: Perak 2 - Johor FC 1

Legend

Derbi Pantai Timur bakal berlangsung malam ini apabila dua jiran bermusuh, Kelantan dan Terengganu bakal bertarung nyawa di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu. Kelantan, segar dari kemenangan Piala Sumbangsih mereka bertekad mahu memastikan hegemoni mereka ke atas Terengganu terus berkekalan. Kedua-dua pasukan merupakan pesaing sengit dalam perebutan tempat kedua Liga Super 2010 tetapi Kelantan akhirnya berjaya mengatasi Terengganu dengan kelebihan 6 mata di penghujung musim. Jurulatih baru Kelantan, Datuk M Karathu membuktikan beliau bukan sahaja hebat sebagai pundit Astro Supersport tetapi juga mampu mengisi tempat yang dikosongkan oleh B Satianathan. Tidaklah menghairankan kerana selaku bekas jurulatih Perak, Karahtu memang seorang legend. Tetapi, keupayaan Terengganu tidak boleh dipandang enteng apatah lagi dengan pemenang Kasut Emas musim lepas, Ashaari Shamsuddin di bahagian serangan dengan dibantu oleh Joseph Kalang. The Tinkerman, Irfan Bakti mungkin melakukan sedikit rombakan pada skuad Penyu selepas mereka hanya mampu seri tanpa jaringan menentang Sabah sebelum ini.

Prediksi: Kelantan 3 - Terengganu 1



Kelebihan di Sabah ialah di sini ada suratkhabar tempatan sendiri. Ada New Sabah Times, Borneo Post dan Daily Express. Bila ada suratkhabar sendiri maka pastinya ada cerita mengenai pasukan sendiri, betul tak? Dari Daily Express tersisip berita mengenai pasukan Sabah yang bakal bertandang ke Cheras malam ini untuk bertemu Kuala Lumpur. Kejayaan mengikat Terengganu di tempat lawan di lihat petanda positif oleh jurulatih Gary Phillips yang menjangkakan Sabahawks bakal mengutip 3 mata malam ini di Cheras. "Saya yakin bahawa kami boleh menang perlawanan ini jika para pemain mampu menyamai usaha pemain lawan, kami mendapat keputusan baik sewaktu melawan Terengganu minggu lalu, yang mana sepatutnya memberi kami keyakinan untuk beraksi baik menentang KL," kat Gary Phillips dipetik dari Daily Express. Sabah yang mencatat 3 kemenangan dari 4 perlawanan pra-musim di Singapura dijangka tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengatasi Kuala Lumpur di Cheras.

Prediksi: Kuala Lumpur 0 - Sabah 1

Untuk perlawanan malam ini, Astro Arena bakal menyiarkan siarang langsung pertemuan Kuala Lumpur lawan Sabah di 801 pada jam 8.30 malam.

Prediksi kali ini dibuat oleh Wat Tokek Tong Siam oleh Tok Sami Pipiyapong Pue-on. Bukan senang nak teka keputusan perlawanan Liga Super, bukan macam EPL yang predictable sangat.

33 Ulasan:

ijan de bunks berkata...

nk fest la haha

r.k berkata...

harimau muda - FAM vs pahang - FAM
diadili referi - FAM .

interesting match yo !

Ejoi berkata...

The Yobs is BIGGER than The Kops!

Yeah!

Mr. AL berkata...

"No player is bigger than the club," kata mereka dan "Perak is bigger than Liverpool," tambah mereka lagi. Ater? LOL

kamon silverstate ultras, kita sapotttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!

hellghast berkata...

Hahaha!!! Harimau Muda A 5 - 0 Pahang...

btw angan la predict2 mcm ni,aku takut jadi terbalik mcm perlawanan pertama tu...

Union Equatoriale berkata...

johor fc bakal menyengat seladang. apa ada hal?

Tanpa Nama berkata...

Johor FC : Kelab terhebat tanah air...

I Am Legend berkata...

Dua tenaga anak Kedah bakal menjulang Seladang ke puncak klasemen. Apa ada hal?

Point of View berkata...

biaq pun negeri aku cekeding je besaqnya, aku tetap yakin singa utara mampu menundukkan gergasi merah. baguih dok ada!

Edy berkata...

sabahawks! tatap la bah tu!

Union Equatoriale berkata...

sanctuary komen entri nih, terselit di sebalik bebudak liverpool yang kecoh macam haram!

takpe, diorg semua born in liverpool, eat belacan at home.

gua harap astro akan dapat siar lebih banyak game bola liga super. tak dpt semua takper, tapi satu malam biarla ada 2 game live, guna la cenel supersport satu lagi

then game yg lain boleh tayang delay atau rakaman. bukan apa game away johor fc gua tak dpt nak follow, kena lak main kat sabahhawks!

Haris Adams berkata...

Bontot ko la predict HMA menang smpai 5-0..bajet seladang ko tu dah power sangat??menda seri je bebb..sepak penalti pon tak gol..ape ingat beckham ke sepak penalti tak gol??hahahahha!!!angan laaa..amik pon player2 kuda tua je mennn..xpee..kita tengok atas padang..jangan syok sgt predict team laen..takot seladang kena sembelih je malam nii..hahaha..Sultan bola??cerita lamaaaa..kelantan pon penah diselamatkan..so what??TALK TO DA HAND LAAA..

I Am Legend berkata...

Haris Adam, baru baca Sokernet ke? Talk to the hand konon. Pelior.

aranhellstorm berkata...

selangor should play Sritharan as starting 11. Kurang dia kelihatan seperti player import, tinggi, sasa dan berkaki panjang.

Safiq Rahim macam dah jadi star sangat, dengan referee nak hangin2 konon menang AFF dengan dirinya menjadi kapten boleh claim dah bagus sangat?? tapi main hampeh gila, patut K Devan left out dia dari skuad biar sedar sikit.

harap boleh menang ngan Perlih. Tapau 5 bijik aku predict.

Giant is bigger than Seladang. it is a fact. kah kah kah

Point of View berkata...

brader scouser dr selangor, amboi cakap kot sedap hang no? jgn dok konpiden sgt, singa utara kat kandang sendiri lain macam dia punya feel. silap2 bukan safee sali je, sekali k devan pun kena ngap!

Arajo Dilangit berkata...

smpai 5-0 aok letak pahang kna lucy...kawan rase keputusan dia terbalik tue...hehe...

Askar MUFC berkata...

Sang Kenari terbang tinggi. Pulun Kedah Pulun..huahuahauha

Tanpa Nama berkata...

fan pahang plak butthurt..hahaha
bagus2..ade kemajuan kat liga super..

ijan de bunks berkata...

haha...ujan x bpe best x blh tgk bola...cilakak

hobin jang hobin

hellghast berkata...

try main kat Johor la bola minggu ni,kita main bola atas air,masing2 pakau perahu kuali besar,pakai pendayung,kita tengok sape boleh score....hahaha!!!

hantuLongkang berkata...

alahai dikwahab...apakejadah ko duk asyik cakap budak liverpool layan liverpool je sampai nak jadi warganegeri liverpool ni?...ada sunatkah belum?...orang lain sunat time cuti sekolah ujung taun, kang ada yang kena sunat time raya cina..

anyway, terengganu boleh makan itu kelantam..so kelantam 0-1 tghanung..hiyahh

Tanpa Nama berkata...

senang je nak tahu sape yang baru baca sokernet hahaha..

"yang terlebih butthurt" haha


hok petim kelate mene lawe teganu..nasib baik lawan kat kb..kalo tak kene main petang wahaha

aranhellstorm berkata...

POV: half time 0-0. Maybe 5 bijik akan hadir di separuh masa kedua. hehe

ijan de bunks berkata...

pahang sudah kne skrg ni :)

kareem berkata...

kahkahkah...gua plg tak boleh blah baca budak baru nak up bace sokernet..kahkahkahkah..lawak gile khinzir btul depa nih

I Am Legend berkata...

Haris Adams mana woi? Talk to the hand punya team dah kena tapau dengan budak-budak!

Apa pun Seladang 4 mata dan atas Pahang. Talk to the pelior la!

Ater?

Union Equatoriale berkata...

cilake kemenangan perak nasib je, last minute goal, heheh!

hantulongkang, saya dah lama sunat bang. jgn la butthurt sgt, dah la korang butthurt kronik psl nando blah, ni nak butthurt lak psl kena perli taksub liverfool?

bangsa korang yg rajin lepak mamak tgk epl boleh kondem bola mesia, kami yg suka bola mesia pun boleh kondem epl dan plastic fans kedai mamak hehe

Berto berkata...

key ell menang weh key ell menang, jadi jelaslah Helang Warga Kota lebih mengancam dari helang borneo, keh keh..tp padang cheras makoih punya la teruk

Point of View berkata...

adus kalah lak singa utara, adakah perlis bakal jadi pasukan belasahan?

btw dikwahab, cayalah. teruskan mengguris emosi org2 melayu liverpool haha!

hantuLongkang berkata...

alahai dikwahab...1 kali ko sound aku itu hari pasal aku fanatik liverpool pasal aku saja joke pasal piala asia, itu kira gurau, dik...6-7 kali ko bagi point sama kat semua orang, itu dah kira pendapat, dik..takde la nak butthurt pasal pendapat ko, pasal itu pendapat ko...tapi kasi simpan je la pendapat adik tu jauh2 ye..adik sokong jepun ka, iran ka masa piala asia tu kira plastik cap apa pulak?..haha

itu hari aku ada suh ko kirim salam sama cikgu geografi, ada kirim?..kasut sekolah basuh cepat2, jangan tunggu habis raya...haha

kita lupakan plastik dan sekolah.. abang mau cakap pasal bola malaysia pulak pasal abang memang plastik punya malaysian...kelantam boleh menang sama selangor ditempat lawan, tapi seri dengan tghanung di tempat sendiri...jangan main2, dikwahab oii..haha

itu T-Team terpaksa lawan semua game kat tempat lawan sampai staidum siap, itu nak kira macam mana pulak, dik?..nasib baik je tu nogoghi main kat paroi walaupun sebona eh kono hoben kek T-Team kat tegahnung patutnyo eh..ok dah dik, meh abang belanja Tora2...moh kite ke kedei..hahaha

I Am Legend berkata...

Apenye yang kamu libang-libung ni longkang weh? Idok le teman paham. Mike nengok Liverpool je udoh le...

hantuLongkang berkata...

keme bukan apa, legend..keme idok sior libang-libung ni...ater, adik2 komen nampok kartun..keme sekolahkan bior pandei..idok ler pandir besor esok2...hahaha

zexter berkata...

mane pahang mane !!!!! talk to the hand ye...hihihiihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...