ANDA SEDANG MEMBACA

58

Super Bowl XLV: Green Bay Packers Menang 'Mangkuk-Super'!

Lucius Maximus Isnin, Februari 07, 2011 ,


Super Bowl XLV dan Trofi Vince Lombardi milik Green Bay Packers


Keputusan terakhir:
Green Bay Packers 31
Pittsburgh Steelers 25

Super Bowl XLV (ke-45 untuk mereka yang tidak faham sistem angka Rom) baru saja melabuhkan tirai sebentar tadi di Stadium Cowboys, Arlington, Texas. Packers, juara National Football Conference (NFC) menundukkan juara American Football Conference (AFC), Pittsburgh Steelers dengan skor 31-25 untuk mengakhiri kemarau 14 tahun Super Bowl mereka.

Football dan Super Bowl
Pastinya ramai yang tidak faham jadahnya menatang Super Bowl dan celaka apa permainan yang dinamakan 'football' di Amerika Syarikat ini. Usah khuatir.

American Football atau Bolasepak Amerika adalah merupakan satu sukan utama di negara Uncle Sam. Dinamakan mirip dengan nama bolasepak tetapi dimainkan seakan seperti sukan ragbi, American Football telah banyak menjadi isu pertikaian utama di antara Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Kedua-duanya mempunyai prinsip yang sama, 22 pemain berebut sebiji bola tetapi dari segi peraturan serta cara permainan ia ibarat langit dan bumi. Dan atas sebab kekeliruan nama inilah Soccernet di ESPN dinamakan dengan prefiks 'soccer' bukan 'football'. Sama juga dengan versi Sokernet yang sedang kamu baca ini.

Super Bowl pula bukanlah sebuah mangkuk yang besar ya amat. Sebaliknya ia adalah kejohanan tahunan yang dianggap paling klasemen dalam Bolasepak Amerika. Asal Super Bowl ialah kesan dari penggabungan dua liga Bolasepak Amerika, yakni National Football League (NFL) dan pesaingnya American Football League (AFL) pada musim 1966. Ia mirip seperti mana bolasepak Inggeris pernah menggabungkan Football League dan liga pesaing Football Alliance pada tahun 1892.

Dengan penggabungan ini kedua-dua NFL dan AFL bertukar menjadi NFC dan AFC (C merujuk pada Conference). Selepas pasukan-pasukan menamatkan saingan peringkat liga yang dinamakan sebagai 'regular season', 6 pasukan terbaik setiap 'conference' akan melangkay ke NFL Playoffs, pusingan kalah mati yang menemukan setiap pasukan dengan lawan dari 'conference' masing-masing. Di penghujungnya ialah 2 juara, satu dari NFC dan satu lagi ialah dari AFC. Dua pasukan yang menjuarai 'conference' masing-masing inilah yang bakal bersaing dalam Super Bowl untuk penentuan juara segala juara.

Super Bowl dianggap sebagai kemuncak acara sukan terbesar di Amerika Syarikat dan ia bolehlah dikira sebagai Champions League untuk Bolasepak Amerika. Dari segi jumlah penonton seluruh dunia perlawanan akhir Super Bowl berada di tangga kedua selepas perlawanan akhir Champions League. Tetapi dari segi nilai komersial Super Bowl membawa pulangan kewangan yang lebih lumayan. Slot iklan dalam perlawanan Super Bowl XLV untuk tempoh 30 saat saja bernilai USD3 juta.

Super Bowl I bermula pada tahun 1967 dengan Green Bay Packers muncul juara edisi sulung ini. Sehingga hari ini sebanyak 18 pasukan telah menjuarai Super Bowl. Pittsburgh Steelers adalah bapak Super Bowl dengan 6 kejuaraan. dari segi 'conference', pasukan dari NFC telah menang sebanyak 24 kali sementara AFC pula 21 kali.

Juara NFC 2010 - Green Bay Packers
Packers adalah juara Super Bowl I (1966) dan II (1967) sebelum mereka dilanda kemerosotan dan gagal memenangi Super Bowl untuk 29 tahun lamanya. Mereka kemudiannya muncul kembali sebagai juara dalam Super Bowl XXXI (1996) selepas menundukkan New England Patriots dengan skor 35-21. Pun begitu Packers gagal mengulang kembali kejayaan mereka sehinggalah pagi tadi apabila muncul juara Super Bowl XLV menjadi kejuaraan ke-4 Super Bowl mereka.

Juara AFC 2010 - Pittsburgh Steelers
Reputasi sebagai juara Super Bowl terbanyak (6 kali) menjadikan Steelers sebagai faveret untuk menjuarai Super Bowl XLV (2010) ini. Kali terakhir Steelers menang pun ialah 2 tahun lalu dalam Super Bowl XLIII (2008). Malahan dalam hari-hari sebelum bermulanya Super Bowl XLV, para pengurusan dan pemain Steelers asyik bercakap mengenai sejarah dan legasi mereka sebagai jaminan bakal menjuarai kejohananan kali ini.

Super Bowl XLV
Tuan rumah setiap Super Bowl selalunya dipilih 3 atau 4 tahun lebih awal dan kali ini ianya giliran Stadium Cowboys (yang dihuni oleh pasukan Dallas Cowboys), Arlington, Texas. Dengan kapasiti 111,000 ianya adalah stadium tertutup terbesar di dunia.


Black Eyed Peas dan penari kaler hijau



Christina Aguilera diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu kebangsaan The Star-Spangled Banner dan bimbo ini dilaporkan ada tersilap bait lagu. Pertunjukan waktu rehat separuh masa pertama pula dipersembahkan oleh Black Eyed Peas melalui medley lagu hit mereka. Green Bay Packers diberi kelebihan sebagai tuan rumah dan mengenakan home-jersey sebagaimana konvensyen NFL yang menetapkan pasukan NFC sebagai tuan rumah untuk Super Bowl edisi nombor ganjil dan sebaliknya jika genap.

Suku Pertama
Packers bermula garang dan minit 3:44 Jordy Nelson melakukan touchdown selepas menerima hantaran jarak 29 ela dari Aaron Rodgers untuk 6 mata. Mason Crosby melakukan try untuk 1 mata tambahan menjadikan jumlah keseluruhan 7. Pintasan yang berjaya dilakukan Packers ke atas Steelers pula membawa kepada touchdown minit 3:20, Nick Collins melakukan pintasan pada jarak 37 ela dan Mason Crosby menyempurnakan try 1 mata untuk Packers menamatkan suku pertama selesa di depan.

Skor semasa GB14 - PS0.

*Minit dalam Bolasepak Amerika dikira secara countdown. Jarak dikira dari endzone pasukan lawan. Permainan dipecah kepada 4 suku 15 minit setiap satu.

Packers bermula garang seawal suku pertama



Suku Kedua
Ketinggalan 14 mata, Steelers bangkit dan pada minit 11:08 Shaun Suisham melakukan field goal dari jarak 33 ela untuk 3 mata. Hantaran oleh Aaron Rodgers dari jarak 21 ela disempurnakan melalui touchdown oleh Greg Jennings pada minit 2:24 dan mason Crosby sekali lagi melengkapkan try 1 mata buat Packers. Steelers kembali dengan touchdown dan try 1 mata pada minit 0:38, Hines Ward menyempurnakan hantaran 8 ela Ben Roethlisberger dan Shaun Suisham untuk try.

Skor semasa GB21 - PS10.

Suku Ketiga
Steelers terus cuba merapatkan jurang dan Rashard Mendenhall melakukan larian touchdown dari jarak 8 ela minit 10:19 dengan try 1 mata oleh Shaun Suisham. Packers pula berputih mata sepanjang suku ketiga.

Skor semasa GB21 - PS17.

Kebangkitan Steelers sudah terlewat



Suku Keempat
Packers terlebih dulu memecah kebuntuan pada minit 11:57 apabila Greg Jennings melakukan touchdown 8 ela dari hantaran Aaron Rodgers dan Mason Crosby untuk try 1 mata. Ini meletakkan skor pada GB28 - PS17.

Steelers kemudian melakukan touchdown minit 7:34 melalui Mike Wallace dari jarak 25 ela hantaran oleh Ben Roethlisberger. Antwaan Randle melakukan conversion 2 mata menjadikan skor GB28 - PS25. Steelers kini berpeluang cerah memintas Packers dengan permainan berbaki 6 minit.

Pun begitu, di hujung permainan pada minit 2:07 Mason Crosby memastikan Super Bowl milik mutlak Packers melalui field goal dari jarak 23 ela untuk 3 mata tambahan.

Skor akhir, Green Bay Packers 31 - Pittsburgh Steelers 25.

Gatorade Dunk - tradisi NFL apabila pemain mencurahkan air kepada jurulatih sebagai meraikan kemenangan



Kesimpulan
Kejayaan Packers adalah bukti pentingnya jika sebuah pasukan tidak terlalu bersandarkan pada kenangan dan sejarah. Sekalipun bergelar juara Super Bowl yang pertama, Packers tidak terlalu berbangga dengan rekod sedemikian. Pada masa yang sama juga kemarau Super Bowl 14 tahun tidak menghantui pasukan Packers yang bermain dengan tenang tanpa sebarang tekanan.

Steelers pula banyak bercakap mengenai legasi dan sejarah sebelum Super Bowl ini. Mereka juga terlalu yakin dengan reputasi sebagai pasukan pilihan dan rekod 6 kejuaraan Super Bowl. Kealpaan ini menjadi punca Steelers ketinggalan melalui serangan awal Packers. Pada saat Steelers mahu bangkit ianya sudah terlambat dan Packers hanya perlu memilih untuk bertahan.

Pokoknya, tidak menang bertahun-tahun tidak boleh dijadikan alasan untuk terus gagal menang apa-apa. Dan juga segala rekod, pencapaian, kemenangan serta kenangan yang kita ada juga tidak berguna kerana semalam bukanlah hari ini.

Sesiapa yang terasa dianjing, pergi mampus.

Sumber: Amerikafutbolnet

58 Ulasan:

physawleepart berkata...

ni masuk sokernet gak?

aju ramsey berkata...

2nd !!!

kakiterbang berkata...

terbaek.. sukan kedua aku suke tgk selepas soker..

Hazard berkata...

SOKERNET cover FOOTBALL?

Takde hal. Ilmu, gua serap je.
Tadi gua layan game ni, sebab boss gua seorang Nothern American tegar, yang menjadikan Super Bowl Sunday sebagai hari kebangsaan kedua.

Dan beliau senyum gembira atas kemenangan pasukan hijau G.

Tahniah buat beliau, dan Luci kerana mengembalikan keinfoan Sokernet, walaupun cabang sukan yang lain.

Takziah buat yang kesakitan bontot.

Owh. THIRD!~

talkIZcheap! berkata...

Eye shield 21!! heh heh...

WV: yancoes, yank... heh heh heh...

dan Hazard, ko bukan third, heh heh lagi...

hantuLongkang berkata...

"Steelers pula banyak bercakap mengenai legasi dan sejarah sebelum Super Bowl ini. Mereka juga terlalu yakin dengan reputasi sebagai pasukan pilihan dan rekod 6 kejuaraan Super Bowl. Kealpaan ini menjadi punca Steelers ketinggalan melalui serangan awal Packers. Pada saat Steelers mahu bangkit ianya sudah terlambat dan Packers hanya perlu memilih untuk bertahan."
-lucius-

semalam pulak terbalik...walaupun sejarah chelsea sangat sedih kalau nak cerita, chelsea terlalu yakin dengan reputasi sebagai pasukan pilihan kerana kedudukan atas dari liverpool, main pulak kat jambatan..pada saat chelsea mahu bangkit, ia sudah terlambat dan liverpool hanya perlu masukkan poulsen dan bertahan...wahaha

Jarr berkata...

"Sesiapa yang terasa dianjing, pergi mampus."

keh keh keh...


err...errr...err...nak cakap apa eh?

kah kah kah

azuwad berkata...

adakah ini slh satu cara utk menutup kekalahan the biru semalam??

pjoe berkata...

http://www.deviantart.com/download/103184070/BUTTHURT_DEMOTIVATIONAL_POSTER_by_JamGirl0808.png

Cob Nobbler berkata...

AMAREKAFUTBOLNET!

alan zed berkata...

adakah ini satu diversion?

kah kah kah !

Azizan berkata...

setau aku dlm sukan ni selepas dapat touchdown team tu akan dpt peluang utk try for point. ada dua jenis try for point 1) touchdown 2)kick atau nama lain conversion. kalau pilih wat touchdown dan berjaya team tu akan dapat 2 point. kalau pilih kick dan berjaya dapat 1 point. takde rasanya touchdown 1 point.

aku ni pun tak tau sangat lau salah sori la lucy.

Edy G-Minor berkata...

Wah!!! Nak tengok ar game nih. Agak-agak youtube ade tak? Nak tengok live mmg tak lah kan. Aku suka giler kalau dpt touchdown dari long pass. Packers mesti ade quarterback klasemen ye dak?

Eh, eh.. Is this the first American Football ever reviewed on sokernet? Kalau ini yg first, maka sejarah sudah tercipta di situ!!!

Pipiyapong Abdillah berkata...

Haa apa lagi? Kelahi la, kelahi cepat!

Lucius Maximus berkata...

Azizan Razak, MB Kedah.

"Packers bermula garang dan minit 3:44 Jordy Nelson melakukan touchdown selepas menerima hantaran jarak 29 ela dari Aaron Rodgers untuk 6 mata. Mason Crosby melakukan try untuk 1 mata tambahan menjadikan jumlah keseluruhan 7."

Kat situ dah ada penerangan awal kiraan mata.

Touchdown - 6
Try/Kick - 1
Conversion/Rush - 2
Field Goal - 3

Selepas melakukan Touchdown, pasukan boleh memilih untuk Kick atau Rush. Sama seperti ragbi yang ada Try diikuti Conversion.

Kemudian ada Field Goal yang boleh dibuat melalui Placed Kick atau Running Kick.

Begitulah adanya, wassalam.

ijan berkata...

kahkahkah....
dan2 je ade review amerika softball..
errr futbol hahaha

lucyal berkata...

org kalah memang camni...

azuwad berkata...

lucyal i like....ekau pon prasankn...
pekejadah cter amerca ftball tah...
citer la apsal torres kuar minit ke 60 ke...kalah ase cm ne ke...toi x

makanbola berkata...

Jadah apa ni??
Kahkahkah

α.φ.a.k. berkata...

hah, meroyan dahhhh..ini namanya kuasa veto penulis sokernet to the max, kote! kah kah

aranhellstorm berkata...

ilmu ni brader.. bagus juga, selalu tgk citer hollywood, boleh la tau ape kejadahnya American Football nih...

Sokernet mungkin mau venture ke pasaran Amerika agaknya?

Azizan berkata...

aku paham. cuma istilah yang kau guna lain dari yang aku slalu baca tu yang bingung skit.

Raiden berkata...

Ni baru fakta!! Sape yang marah2 kata Sokernet asyik buat post nganjing?? tapi tu la pasal, bila ada artikel berilmu panjang camnie, komen takat 20-30 je, bile buat post wolf wolf 2-3 baris pon boleh tarik dekat 100 komen..

BTW, American Footbal tak paham la aku, komplikated sangat, rugbi lagi simple n ganas!!

Lucius Maximus berkata...

Yang selalu kau baca semestinya dalam Inggeris. Bila dimelayukan memang akan ada kekeliruan di situ.

Aku yang tulis pun tadi jenuh nak susun ayat.

Azizan berkata...

tu la pasal. tadi masa baca try aku dah teringat ragbi dah.

keli berkata...

mak aihhh... kakakakaka..hape nih? Gua lngsg x tgk american football...nak komen ape yer?

Penari kaler hijau tu mmg cool...Itu je bley dikomen...kikiki..

dikwahab berkata...

itu sebab ko jadi bodoh keli. komen pun bodoh

keli berkata...

Org kalo kecik2 dlu semulajadi bodo bile besar suka kata bodo...kikiki....lalala...btol x?

Hazard berkata...

KELI : Buat pertama kalinya gua suka komen lu. Err yang sebelum Bungwahab tu, maksud gua. Hahaha.

keli berkata...

Kakakaka..hazard gua lyn jer...
Kalo football kne tkr soccer maknenye....
Soccer Association of Malaysia - SAM
Kakakaka...bijaknye gua....kikiki

zX berkata...

panjang berjela tapi bab pergi mampus tu je yg aku paham...

amareka futbol? demm!

frwls berkata...

saya suka fakta!

mdfaizal berkata...

baru aku faham knp selalu ada prlawanan Super Bowl neh. selama ni ingat mcm final biasa2 jek.

zan berkata...

nice try brader! hehehe

WQI082M berkata...

ni link untuk download game superbowl.....

http://www.scenedowns.com/tv-shows/sports/26890/...

MU?haktuih....

asks berkata...

Woi.. woi..

Ini sokernet la. Kalau futbolnet aku boleh terima lagi kalau nak cerita pasal amerikanfutbol. Haha...

talkIZcheap! berkata...

belajar jer American Football dari manga Eyeshield 21...

jangan kata peraturan, dengan taktik-taktik ngan teknik2 latihan sekali die citer...

Hazard berkata...

Alah.. Juara Lagu, Muzik Muzik lagikan diulas.. apa sangatlah acara sukan paling tinggi rating di dunia ni.. ye dak?

AKSARA : 'roloweba' = elokobi???!! nak kena terajang??!!

Zinedine Zaiddin berkata...

Kejadah tak paham satu benda pun..wa sapot aje..hahahahaha

kitt berkata...

layan..ade info gak pekebende yg super bowl sangat tu..yg dulu ade cite pasal wardrobe malfunction semua tu.

ah, pegi mampos la...kah kah

paWANgbuaya1 berkata...

setiap kali aku tengok video bolasepak dan jugak bolasepak amerika kat youtube, selalu akubace komen pergaduhan antara penduduk amerikan ngan penduduk eropah.. selalu gaduh pasal name.. yang tak leh blah sorang penduduk eropah tu menganjing supaya american football ni dinamakan "handball"... haha..

tapi ape ape hal pun aku suke game ni sebab banyak main taktikal.. quarterback kenetau banyak taktik sampai kat tangan ngan perut ade die punye kertas taktik.. banyak punye hal.. tapi aku tak suke game ni sebab selalu je stop.. tak macam bola stret je sampai 90 menet..

ayobkelubi berkata...

o0o0o selama ni gua ingat undang2 american football ni sama jek ngan ragbi. lain rupanyaaa...baik!.

keh keh keh..ni kat twitter ada soalan : Penyokong pasukan manakah yang paling mudah tersinggung di Sokernet?. Hah, jawap!.jawap!. kah kah kah!.

Ejoi berkata...

Secara peribadi, aku lebih sukakan taktikal di dalam American Football berbanding bolasepak.

Disamping itu, aku rasa American Football adalah the last fortress untuk lambang lelaki alpha. Bolasepak sudah jadi lembut kerana ia sudah biasa dicemari banyak drama, lakonan dan tipu daya dari pemain-pemainnya. Tak lupa juga pemain bolasepak semakin 'jambu' dan tidak fizikal (Patrick Viera, Drogba dan Ronaldho Brazil, Khairul Anuar Selangor dan Halim Napi Kelantan antara spesis pemain yang tiada rupa hansem tetapi mempunyai bakat dan bermain fizikal di dalam sukan bolasepak). Di dalam American Football, sama ada kau berjaya lepas dari rempuhan atau kau kena pin down dengan Quarterbacks yang kebanyakkannya badan sama besar dengan gorilla silverback. Tiada ruang untuk kau berlakon.


@ Edy G-Minor - Link dibawah merupakan video untuk larian paling jauh di dalam Superbowl, the 100 yard run :

http://www.youtube.com/watch?v=Unpgqt9ypXI

Saksikan bagaimana hebatnya pemain Steelers yang lain memberikan ruang dan perlindungan kepada James Harrison untuk melakukan lariannya.

Trivia - Super Bowl merupakan hari kedua selepas Thanksgiving di mana rakyat Amerika memaksimakan tabiat pemakanan mereka.

"Pokoknya, tidak menang bertahun-tahun tidak boleh dijadikan alasan untuk terus gagal menang apa-apa. Dan juga segala rekod, pencapaian, kemenangan serta kenangan yang kita ada juga tidak berguna kerana semalam bukanlah hari ini." - Greenbay Packers = Arsenal!

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Kita perlukan pemain bolasepak yang bersifat seperti pemain hoki ais mendiang Bob Probert untuk bolasepak!

Si Patrick Viera dan Jaap Stam sudah hampir-hampir memiliki sifat Bob Probert di atas padang. Pemain-pemain seperti mereka itu akan memastikan pemain lawan berfikir 2-3 kali sebelum berlakon diving untuk mendapatkan tendangan penalti.

hantuLongkang berkata...

@Ejoi:
american footbal is for pussy!...they're armed to their teeth for what?...because there're more ruthless collision?...meh!..and bloody me, the game stops every 5 sec..you want physical, always go for rugby..rugby makes american footbal looks like a pyjamas party with pillow fight...hahaha..and 'soccerball' is not a physical game...

as for tactical, every game has different tactics...but the theory is still the same...you must outwit the other..and your tactic always depends on how you can get the best out of your players...more tactics doesn't make the game more beauty..beauty lies in the eyes of the beholder..

miahahaha..apa aku merapu aku pun tak tau..yang penting, american footbal sucks..at least for me...hahah

FeRoZ SuLaiMaN berkata...

sangat celaka bila arsenal leading 4-0 pastu bleh seri pulak

lagi celaka ialah gua korbankan cuti rehat gua untuk sokong The Pittsburg Steelers...kalah pulak..sia2 cuti rehat gua sehari sebab nak tengok live superbowl kali nih

gua harap gua x lakukan kesilapan yang sama masa final NBA nanti...
tu pon klu Lakers x masuk final la...klu lakers masuk final, kompom gua cuti jugak!!!

apa2 pon...maroon 5, Black eye peas ngan Slash memang sempoi...

Ejoi berkata...

@ HantuLongkang

Dulu aku pun macam kau. Aku pun dulu rasa yang American Football ni tak ganas sebab kena pakai pad dan sebagainya. Tapi bila aku mula faham tentang sukan American Football secara keseluruhannya, sejarahnya dan segala yang berkaintan, persepktif aku terhadap sukan ini mula berubah. Kalau kau buat perbandingan dengan rugbi, takle dan rempuhan dalam American Football lebih merbahaya dan itu sebabnya ada helmet dan segala pad. Walaupun ciri keselamatan itu ada, kecederaan tetap berlaku. Rugby pada aku lebih gentleman, sebab pemain-pemain rugby ada undang-undang ketat dalam buat takle. Bukan sebarang2 kau boleh buat takle.

The stoppage after every successful tackle/down is what make the game interesting. It makes each second precious and a chance to each teams to change their tactic according to the game. Setiap kali blitz akan menghasilkan sesuatu yang tak dijangka dan mengejutkan.

IF you want physical, rugby is not a good example. There is nothing physical if you wear pink and play rugby just like what Stade Français have done.

talkIZcheap! berkata...

kalo bran, main taekwondo lar... keh keh :P

FeRoZ SuLaiMaN berkata...

yg penting, lucius dah bg entry yg sangat bagus...

* gua masih x puas hati kat mendenhall...macam mana la dia bleh kena force fumble...klu x kompem steelers menang...

n playbook untuk 2point conversion Steelers sangat, sangat, sangat sempoi!!!

encikmasen berkata...

@ ejoy

try la main ragbi bro..baru la tau fizikal tak fizikal..



btw, mana citer bola sepak malaysia? safee sali pindah pelitajaya weh..

mana? mana? asyik nganjing team epl je..

Anba berkata...

satu sahaja yang tak suka tentang amerikan football the term football digunakan...kebanyakkan masa bola itu dipegang dan dibawa lari oleh semua pemain...
berbanding dengan SOCCER dimana
hanya Penjaga gol yang boleh memegang dan menangkap bola...yang lain kn guna kaki je...
so mana satu yang wajib dipanggil Football...?
Hegemoni Aerika tidak mengenal mana mana batasan...
Only Suckers call it Soccer...
P/s
Kalau nak sukan Ganas ..boleh try
Boxing dan Tomoi...ada statistik untuk back up faktor keganasan

phyzL berkata...

x suka amerika futbol sebab ada "amerika" kat situ..

amerika tu
1.ego melampau
2.delusional melampau
3.luar amerika x wujud..tu sbb bila menang pape (game yg deorg reka) deorg la world champion..apa barang compete with da rest of the world..
4.org luar amerika terkinja2 ikut game2 rekaan amerika nih, sy tumpang simpati sebab tertipu ngn propaganda amerika nih..hehe

ni apa aku pikir jer.. ;p

Acaii berkata...

Satu benda yang aku tak suka American football ni selain dari game orang amerika ialah penggunaan sistem ukuran diaorang. Kita tak boleh jangka yards, feet dsb sebab kita guna meter untuk benda yang sama.

Contoh : The team has failed to advance the ball 10 yards on its first set of downs and has to punt the ball.

What the hell it means??!!

bila tak tahu tu kita kurang hargai apa yang diorang suka gila,hehe

hantuLongkang berkata...

@ejoi:
safety gears make more ruthless tackle possible..take out the safety gears, and the american football would be a midget compared to rugby...haha..

takde la nak kata rugbi lagi power dari american football ke apa...dua2 ada kelebihan masing2..cuma kurang setuju bila dibandingkan 'soccerball' dengan american football in term of physical intense..

americans selalu cakap, football(the proper football i.e soccer) is just for girls(thus the movie, bend it like beckham) sebab soccer tak boleh tackle keras..kalau tackle keras, macma mana nak wujud zidane, messi, etc?...never compare football(soccer) with american football...

and harder collision impact doesn't make the sport as 'the last fortress of alpha male sport'...it just make the sport, well, 'the last fortress of collision orgy'...try rodeo, or tomoi, or just the 'ol bull run..let's see what is the real alpha male..haha

LoStGuErReRoZzZ... berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
LoStGuErReRoZzZ... berkata...

Punyerlah panjang citer... Point die nak menganjing liberpool jek??? keh keh keh...

keli berkata...

Komen ejoi dgn longkang best.....rugby dgn american football yg mana satu pussy dan yg mana yg ganas...ishish..tp gua kdg2 ade gak lyn tgk RBS six nations rugby...

FeRoZ SuLaiMaN berkata...

jom layan rbs six nations kat setanta...

rugby ganas...
american football pon ganas...
bola sepak bpl pon boleh jadi ganas klu diorang nak ganas jugak...
klu x ganas, x de la sampai nak patah2 kaki adik2 arsenal...

yg penting semua kena ikut rule...klu x ikut rule, sport macam cricket pon bleh jadi ganas...cube klu kayu pemukul bola tu diorang wat pukul kepala lawan,, x ke ganas???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...