ANDA SEDANG MEMBACA

28

Bila Pengulas Lain Menyepi...

LuciusMaximus Rabu, Mac 23, 2011 , ,
Pengulas Sokernet yang lain diam bukan kerana mereka malas.

Mereka diam kerana kecut berdepan dengan kuasa The Yobs dan The Blues. Bukan salah mereka.

Tempoh hari semasa kejohanan Mizi Sports Sokernet Futsal 2011, dari 16 pasukan yang bertanding ada 2 pasukan yang betul-betul menarik perhatian aku. Yang pertama ialah Federasi Bangi dan yang kedua ialah Gombak Osaka. Menarik perhatian kerana kedua-duanya memilih nama yang mempunyai identiti dengan sesuatu lokasi geografik.

Siapa boleh terfikir bahawa istilah 'Federasi' boleh digunakan dalam membentuk nama sebuah pasukan sebagai gantian kepada istilah 'United' yang agak Inggeris. Dan siapa sangka nama Gamba Osaka milik sebuah kelab di Jepun boleh di-Malaysia-kan menjadi Gombak Osaka?

Nama untuk sebuah pasukan atau kelab bolasepak adalah sangat penting. Aku dah berbuih mulut cakap pasal benda ini. Dan benda sama juga diulang oleh seorang pengulas bolasepak tersohor ASEAN, Jakarta Casual dalam blog European Football Weekends:

Recent private clubs include My Team (who were formed from a reality TV show), KL PLUS (owned by a toll road operator), Kuala Muda (owned by a car showroom), Pos Malaysia (Malaysian Post Office) and Sime Darby (a conglomerate). Despite the fascination with all things English the people behind these teams, some of which are no more, don’t seem to get the intrinsic value of having people ‘identify’ with their team. Supporting a team owned by the post office? Do me a favour!


Dan FAM masih tertanya-tanya kenapa kelab-kelab bolasepak tempatan 'hidup segan mati tak mahu'. Dan kenapa pasukan negeri yang diuruskan oleh FA masing-masing masih mengamalkan corak pengurusan ala pejabat tanah atau daerah.

Ada betulnya bila Ross Yusof (deejay BFM) berkata dalam rancangan Bola@Mamak terbitan Astro, "over here it's rubbish".

Ya, bolasepak Malaysia sebenarnya memang sampah.

Bincangkan.

28 Ulasan:

kareem berkata...

awalnye kau!!

Arajo Dilangit berkata...

kamu lg awal...

lara nur berkata...

tak la awal sangat..pukoi semilan dah.. kerja kerja

hellghast berkata...

Sebab diaorang sendiri yang sponsor,nak harap sultan bola?
HAHAHAHAHA!!!!!

*aksara fichan dah mcm shin chan

Jarr berkata...

udoh udohla tu Yob.Kose mendenye.Ater udoh kene tapau itu hari, ye dak?

aRief berkata...

bersabor jela.
aku pon berharap satu hari nanti,
nama kelab T-Team bertukar menjadi Gong Badak FC @ Stadium Runtuh FC.

i'msosupernotcool berkata...

senses of belonging tu.
senses of belonging tu.

wanjebat berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
pawangBuaya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
pawangBuaya berkata...

sokernet tak nak buat liga bolasepak kecil kecilan ke macam liga basketball, hoki ngan kriket malaysia? kalo dengan pengaruh yang ade pada sokernet, aku secara jujurnya rase tak mustahil untuk sokernet mencari sponsor untuk liga kecil.. kalo pengurusan elok, lagi la tak mustahil untuk dikembangkan..

Streetwizer berkata...

pe jadah sokerleaks lak ni?

this iz sokernet liao!!!

farwalis berkata...

memang bosan pun sini.

pergi stadium, bosan. cross ke laut, cross tak sampai kepala. cross tak sampai. adoi

urmm. dah malas nak datang stadium.

Jarr berkata...

pompang pompang..end up korang gi Stadium Astro gak kan?

Chelsea ngan Liverpool dah confirm friendly ngan Harimau Malaya july nanti..date je belom dpt.Ater?

lara nur berkata...

Actually kan, nampak saudara Lucius paling bersungguh dan istiqamah entri demi entri..malahan dari 7 entri terakhir Sokernet, 5 dari nya adalah dari saudara Lucius dan 2 oleh Abdul Sokernet.

Terima kasih banyak2 sebab anda berdua kami masih ke Sokernet. Membaca dan terhibur dengan ulasan berselang fakta serta lelucon yang jarang2 kita boleh ketemu di weblog, majalah atau rancangan berunsur sukan lainnya.

Jadi pada penulis yang lain, why? Adakah kerana MU terer sangat?

I mean, adakah kerana penulis lain busy sangat? Tak de bahan menarik untuk di ulas? Lantaran kelab kesayangan masing2 kecundang pertengahan liga dan kejuaraan memaksa mereka kekal berhalusinasi dan gagal menyiapkan entri seperti sepatutnya?

Akhir, kita bukan sampah. Kita cuma taik. Yang diuruskan oleh Indah Water, bil malas bayar. Taik pun tersumbat dan membusuk. Tapi kita tetap buat tak tahu.

Air Molek United, anyone?

Jojoe Ali berkata...

Setia Peranakan Perai Football Club - kelab yang arwah Abah aku uruskan satu masa dulu. Takde mana² peranakan pun yang hulurkan apa², semua pakai gaji bapak aku yang masa tu salesman kereta cabuk je. Tapi menang Liga Amatur Penang.

Cara yang sama, arwah Dato' Ahmad Basri Akil guna (duit sendiri, maksud aku). Hasilnya, Kedah dan treblenya.

Kesimpulan - tak yah nak tunggu Sultan Bola sponsor pun, semua ikut nawaitu sendiri. Ater, team Sultan Bola tu hebat sangat ke pun walaupun disponsor dan dibackup kuat?

Idok le juge, ye dok? Inilah perangei orang Melayu kite, semua nak harap sponsor. Takde pentingkan English edukesyen lansung.

Kueng kueng kueng.. tahi bebenor...

AKSARA : 'sumadep' = sepupu sumandak?

ayobkelubi berkata...

Itulah, bila nama kelab di tubuhkan atas nama syarikat adalah disebabkan mengikut telunjuk CEO yang gemok2 mahukan nama serta elaun bulanan atas alasan "menyelia" kelab walhal datang tengok pun tak pernah.

ptuihhhh!.

hantuLongkang berkata...

aku rasa tak patut persoalkan kenapa pengulas selain lucius jarang masukkan entri baru...semua pengulas mengulas atas dasar hobi(ingat takde ke hobi mengulas?..try lepak tengok drama melayu dengan makcik2 kantin..kehkeh)..

jadi kalau diorang terpaksa mengulas kerana nak memuaskan nafsu pembaca, aku rasa diorang tak dapat menulis secara fun dah...tulis kerana terpaksa = jilat aiskrim cepat2 sebab dah cair

anyway...nama kelab macam nama funfair satu hal, perlawanan hampir semua main masa serentak...10 channel tv pon x cukup..

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

"Jadi pada penulis yang lain, why? Adakah kerana MU terer sangat?" -lara_nur

Pada pendapat saya, berkemungkinan rasa kecewa kebanyakkan penulis (serta pembaca) Sokernet terhadap pasukan liga tempatan membuatkan mereka tawar hati untuk menulis tentang liga tempatan.

Untuk mengubat hati yang luka dan kecewa, mereka melihat kepada pasukan bolasepak Inggeris yang mempunyai sejarah yang lebih gemilang, kejuaraan yang bertimbun-timbun, pemain yang jambu dan skandal yang hebat untuk dijadikan pegganti kepada pasukan liga tempatan yang mereka minati. Mungkin dengan cara itu, kekecewaan mereka itu sedikit terubat.

Apapun, saya juga begitu berharap yang penulis-penulis Sokernet dapat mengambil kesempatan di atas kemeriahan bolasepak tempatan yang bermula dari kejuaraan Piala AFF tahun lepas untuk berusaha memupuk kecintaan dan sense of belonging kepada pasukan liga tempatan.

Kalau ada antara kita mampu menangis apabila Liverpool terjerumus ke tangga bawahan liga BPL atau melihat kaki Nani tercedera tidak lama dahulu, kenapa tidak untuk kita menangis melihat Negeri Sembilan terjerumus ke tangga bawahan liga tempatan atau melihat kecederaan teruk M Sivakumar?

r.k berkata...

oke , ROss Yusoff cakap sampah , memang ada benarnya .

tapi , sampah kalau tak diselenggara berulat akibatnya . kalau mereka betul-betul pintar bab bola , dengan peluang dan kesempatan membicarakan perihal bola yang ke udara seluruh malaysia tidak salah jika ia dibincang dan dikupas supaya permasalahan ini tidak lagi dipandang enteng . jika mereka yang sekurang-kurangnya berpeluang seperti itu pun buat tak tahu dan enggan berusaha memperbaiki bolasepak tempatan , inikan pula orang lain .

dan ghua berani bet , jika kutu-kutu seperti Lucy , Noob Cobler mahupun J or Ji yang mempunyai peluang tersebut , pastinya ia akan digunakan sebaiknya , bukan ?

aSr1 berkata...

12 admin, luci yg active skrg..gua respect sama lu luci...sy cadang tambah blog admin..tapi hari tu sy sent artikel g sokernet tak sampai2..ada error pulak..btul ker email tu?

Unknown berkata...

mungkin akan wujud pasukan Istana Budaya dari kaum kerabat??

lara nur berkata...

"..kenapa tidak untuk kita menangis melihat Negeri Sembilan terjerumus ke tangga bawahan liga tempatan atau melihat kecederaan teruk M Sivakumar?"

Horeyy for this! I mean, ya kita tumpang kasihan pada Sivakumar, tapi yang Jang tu awal2 season dah tunjuk kerek. Musuhnya habis binasa la sangat..dengan budak2 Felda pun "binasa". Satu pesen la dengan Liverpool tu.

Start season je mula la mendabik dada this is our season lah, our year lah.. heh

Untuk para penulis Sokernet yang lain, tak apalah. Berdikit2 suburkan sense of belonging kepada pasukan liga tempatan seperti mana yang di anjurkan oleh saudara TTB...korang banyak follower, malah mungkin yang tahap ULTRASOKERNET pun iya ada rasanya..tak boleh usik sikit ribut satu blogosfera..peh

PELAUNG PULAU berkata...

"Nama untuk sebuah pasukan atau kelab bolasepak adalah sangat penting. "


*cough* SOKERNET *cough* MUDA *cough*.....

kahkahkah!

Ozgur Cek berkata...

selagi lucy tak masuk astro arena,
selagi tu la bolasepak Malaysia macam sampah...
come on lucy..you can change our fate in football!!
-MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA-

Jose Villas Stramaccioni berkata...

Bola sepak moden asasnya adalah suatu permainan yang dikomersilkan dan seterusnya menjadi industri .

Dan bila menyebut industri , pastinya keuntungan dan pulangan akan dijadikan ukuran kejayaan .

Di Negara maju seperti England , Itali dan Spain , mereka betul betul menjadikan sukan ini sebagai satu industri yang menjana pendapatan seterusnya keuntungan.
Jadi mereka , mengurus pentadbiran dengan baik dan professional agar keuntungan dari industri ini mereka dapat semaksimum yang mungkin .

Pentadbir dianggap sebagai majikan , pemain dan staff sebagai pekerja , dan peminat/penonton sebagai pengguna/pembeli .

Cara mereka mentadbir ?

Lihat sahaja kelab Chelsea FC (Semua kelab professional) , mereka merangka pentadbiran kelab dengan baik . Pentadbiran kelab dan pentadbiran agenda bola sepak mereka asingkan dengan sistematik agar tiada pencampuran melampau .
Pentadbiran kelab(admin) , mereka lebih memfokuskan untuk penjenamaan kelab , urusan gaji , penaja , stadium , hubungan dengan kelab “feeder” mahupun “parent” dan sebagainya .

Jadi disini , jawatan seperti akauntan , penjaga padang , pegawai perhubungan dan sebagainya memain peranan penting dalam memastikan semua lancar.

Pentadbiran bola sepak pulak , mereka nampaknya lebih kepada fokus memberi kualiti pada peminat/ pembeli tiket khususnya .
Jadi , mereka mereka yang dilantik untuk menguruskanya pastinya dari golongan golongan yang cerdik pandai tentang selok belok bola sepak agar dapat memberi impak yang maksimum dalam hasil .

Sebagai contoh , Frank Anersen yang memegang jawatan Sporting Director (Pengarah Urusan) adalah bekas pemain bola sepak Denmark , Micheal Emelano (Assistant Manager) bekas jurulatih bola sepak wanita sebuah Uni di Amerika sehinggalah ke Ancelloti pengurusnya dahulu adalah pemain hebat AS Roma dan AC Milan .

Jadi hubungan yang baik ketiga tiga elemen ini , akan membawa kepada sebuah industri yang maju dan hasil yang baik .

Bukti hasil yang baik adalah kualiti permainan yang ditonjolkan oleh pemain diatas padang.


Tetapi di Malaysia , pentadbiran nya masih lagi persis pengurusan JKKK . Terlalu politik dan sampah .

Sesiapa mempunyai kuasa , dialah pemilik mutlaknya . Boleh memecat , memberi imbuhan , memberi tekanan malah boleh mengomen sesuka hati tektik permainan sesuatu pasukan bola sepak .

Setiausaha persatuan apakah dari bekas pemain bola sepak ? Wujudkah jawatan akauntan dalam persatuan , penjaga padang , hatta jurugambar pasukan ?

Dari sini , nampaklah bahawa pengurusan persatuan bola sepak Malaysia masih bersifat sampah .

Jadi jikalau pentadbiran sampah , apakah kita boleh dapat suatu produk tidak sampah dan kualiti permainan yang tidak sampah ?

Jawpannya tidak .

Maka tak salah , jikalau aku kata bola sepak Malaysia SAMPAH .

Kucing Hitam berkata...

secebis atom pun aku tak penah kesah dgn bola sepak msia ni. sampah, sape kesah? sama ada nk bakar, buang dlm sungai, takpun recycle balik. nama pun sampah.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

"Advance, and never halt, for advancing is perfection. Advance and do not fear the thorns in the path, for they draw only corrupt blood."

Kalau dibiarkan berterusan tanpa kita suarakan ketidakpuasan hati, maka akan berterusanlah ia membusuk dan merosakkan.

Selagi ada peluang untuk menyuarakan pendapat dan komentar, gunakanlah sebaiknya.

Kalau tidak dapat menumbangkan pokok, cukuplah sekadar membuat angin yang mampu menggoyangkannya.

ska berkata...

thanks for the credit bro Luci.. gua akan pastikan team gua masuk tiap2 tahun (walaupon x berjaya masuk quarter setiap kali main).. keh keh..

Gombak Osaka FC
Gombak, Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...