Bekas pemain Liverpool yang akan bermain :- McManaman, Wright, Thomas, Fowler, Rob jones, Babb
Ahad ini mari kita ramai-ramai ke Bukit Jalil untuk menyaksikan Karnival EPL Master 2011 yang akan berlangsung dari jam 12.00 tengahari hingga lewat petang. Perlawanan dijangka bermula jam 4.30 petang dan kepada semua pemenang tiket EPL Master 2011 di kejohanan Mizi Sports Sokernet Futsal yang lalu, anda dinasihatkan untuk memasuki stadium lebih awal untuk mengelakkan kesesakan dipintu masuk.
Siapa pemain yang akan kita jumpa nanti?
Lagenda Manchester United akan bertemu 'bekas pemain' Liverpool FC (jika tidak pernah menang sebarang piala, tak layak dipanggil lagenda) Juga beberapa lagenda EPL seperti Zola dan David Seaman akan bermain untuk EPL All Star sementara lagenda bolasepak tanahair juga akan bermain seperti Zainal Abidin Hassan dan Khan Hung Meng. S
iapa tak datang, dia tak true Liverpool supporter!
Sokernet difahamkan bahawa bintang-bintang lagenda ini serta bekas pemain Liverpool akan berada disekitar kawasan karnival dan stadium, jadi anda dinasihatkan untuk datang awal dan bawa kamera!
Sokernet juga difahamkan yang kemungkinan pemain pertahanan lagenda, Jaap Stam mungkin tidak akan bermain kerana terdapat kesilapan teknikal. Tidak berpuashati, Sokernet terus menghubungi Stam tetapi sehingga kini Stam masih belum menjawap email kami. Desas desus kencang mengatakan bahawa beberapa bekas pemain Liverpool tidak mahu bermain jika Jaap Stam ada. Benarkah? Takkan sampai ke tua masih takut dengan Stam? kui3.
Sokernet berharap Jaap Stam akan membalas email kami.
Sementara itu, oleh kerana terdapat lebihan tiket, Sokernet ingin memberi peluang kepada 3 pembaca untuk memenangi 6 tiket percuma ke EPL Master 2011 ini.
Syaratnya mudah;
1. Terbuka kepada semua penyokong Liverpool FC yang TRUE SAHAJA. Tak true tak boleh join.
2. Berminat sila email ke sokernetmail@gmail.com dan nyatakan dalam email tersebut;-
"Saya adalah penyokong tegar Liverpool FC dan ingin melihat Fowler beraksi di EPL Master kerana.....?
3. Penyertaan ditutup sebelum jam 12 tengah malam esok.
4. Sila nyatakan nama, no. telefon dan cara tiket ini anda mahu terima
5. Penyertaan terbaik akan memenangi 2 tiket.
6. Tak pernah lihat Fowler beraksi sekitar tahun 90an,
7. Jika ada pemenang, mereka akan dihubungi melalui emel atau talipon. Tapi jika tiada pemenang, anggaplah anda semua adalah penyokong Liverpool yang tak true sebenarnya.
dan syarat terakhir;
8. Tahan bergurau cara Sokernet.
Oklah..selamat mencuba!
Kredit kepada FootballFocusAsia kerana berjaya menganjurkan EPL Master 2011 untuk edisi ke 3 ini.
17 Ulasan:
tiket tu untuk fan liverpool hingusan lagi.
takkan true fan tak pernah tengok fowler.
ada juga yg tua tapi sebenarnya tak true. seperti,support liverpool sebab benci MU.
:P
Saya adalah penyokong tegar Liverpool FC dan ingin melihat Fowler beraksi di EPL Master kerana..liverpool adalah team yang berpaksikan burung..burung melambangkan kejantanan..singa melambangkan kerakusan, meriam melambangkan kebebalan, syaitan melambangkan kejahilan, ayam takyah cakap la..jadi bila boleh saya kutip tiket?..jangan sampai burung saya marah..
kehkeh
saya gunners, tak qualify la nak join peraduan ni. huhuhu. kejam!
anyway, goodluck to all liverpool fans. 3 tiket dipertandingkan, 1 dah confirm abg jarr. 2 lagi utk direbutkan.
hantuLongkang ada peluang nak menang tu. slogan dia best.
talkIZcheap dan PetShopBoys pun mcm best gak slogan dia.
aku terlambat la nk masuk pertandinga tu...takpe la aku jawab kat sini lah...
Saya adalah penyokong tegar Liverpool FC dan ingin melihat Fowler beraksi di EPL Master kerana....saya mahu tengok samaada fowler masih lagi memakai plaster di hidungnya kerana saya baru tahu bahawa fowler seorang yang tidur berdengkur,ketika dulu plaster kat hidung untuk menangkis dengkuran belum wujud di malaysia.budak-budak sekolah aku pakai handyplast je untuk kasi nampak macam fowler.
adijaya: eh?
'tidak pernah memenangi SEBARANG piala?'
waaahh hebat fakta tu. kalau tak pernah menang liga, mungkin ada betul di situ.
tapi worthington cup tu pun dikira piala jugak.
bagi seorang yang pernah menjejakkan kaki sambil berguling2 di atas padang anfield tu,
ada afdhalnya kalau gua tak join rebut tiket tu.
sebelum menjadi true, semua orang bermula poseur.
hahah bila masa plak talkizcheap bagi slogan?
True liverpool supporter tak perlukan tiket free sbb true fan akn pegi beli tiket sendiri..hehe
Membezakan lagenda dan bekas pemain umpama membezakan glory hunter dgn true fan...kikikiki....:P
Kesian sebab tak paham maksud lagenda..hahahahaha...kene byk balajar lagi..huhuuhuu..YNWA
dem..mana jaap stam pegi????
meriam melambangkan kebebalan?ape bebal...
ciss aku bukan fan fool jadi tak qualify la nak join..ciss peduli ape legend setan sama ayam merah, aku dengar nama zola je dah teruja..little giant from italian..
adeh...tak habis lagi butthurt dgn Liverpool ke fan Man U?
tu la..dalam hati ada setan. huhuhu.
ni mane entri man U lawan arsenal nih?ingat nih game biasa-biasa ke? ingat ni game budak sekolah bawah 12 peringkat daerah ulu kenas ke?
takziah Arsenal
cilako botul
up entri time den balik kojo dah...mano nak tahu dapek tiket pree...iyoooolaahhh..
cilako botul
up entri time den balik kojo dah...mano nak tahu dapek tiket pree...iyoooolaahhh..
Catat Ulasan