ANDA SEDANG MEMBACA
22
Aku belum tengok Merong Mahawangsa sebenarnya tetapi jika aku diberi tiket percuma pun aku pilih untuk tonton filem buatan orang putih. Tidak berniat untuk menidakkan kebolehan penggiat filem tempatan tetapi memang penggiat filem tempatan yang tidak punya kebolehan serba boleh. Tambahan pula, selera seni aku memang luarbiasa tinggi rendahnya.
Aku masih percaya kepada formula filem David Teoh, Mamat Khalid dan penggiat filem indie.
Berbeza dengan bolasepak, aku suka aksi perlawanan luar tetapi jika dihidangkan bolasepak tempatan, aku juga akan teruja, emo, butthurt dan sebagainya, walau aksi kedua benua ini jauh berbeza. Pemain kita tetap punyai kualiti dan kesungguhan. Semangat mereka kuat dan mereka tidak gentar. Musuhnya habis binasa la!
Tetapi bolasepak dan filem adalah dua seni berbeza, jadi... kita bersiaran seperti biasa!
EPL Masters 2011 semalam menyaksikan kembali lagenda pemain Malaysia, Manchester United, Liverpool dan EPL All Star. Walau tetah berumur dan bersara dari bolasepak kompetitif tetapi mereka masih ligat dan paling penting, masih punya semangat juang yang tinggi.
Suasana di Bukit Jalil meriah! Karnival dan pameran diluar stadium dan aksi Ultras sudah cukup untuk menaikkan mood bolasepak sebenar. The Kop menguasai hampair 60% ruang stadium dan mereka menyanyi beramai-ramai bagaikan di Anfield. Memang kelas! Di satu penjuru pula Ultras Malaya menunjukkan yang mereka tak reti penat! Makan apa bebudak ni? Memang noise!
Perlawanan pula berlangsung agak sengit. Penonton dapat menyaksikan gaya permainan mereka saling tak tumpah seperti corak mereka bermain di EPL. Kesabaran mereka menguasai bola sebelum membuat percubaan, counter attack dan aksi merebut bola secara fizikal yang agak keras. Senario sama ditunjukkan oleh pemain Malaysia. Abang Zainal kita asal kene usik terus tergolek! Memang 80an! Penonton menjerit dan terhibur aksi dive yang kalau Drogba tengok, mesti terus insaf! Inilah Master of Dive yang sebenar!
Pemain Malaysia memang 'gentar tiada'. Walau halus seperti Shahrin Majid dan Nizam Adzha tapi mereka bersaing merebut bola dengan berani. Terdapat beberapa insiden kekasaran dilakukan oleh pemain Liverpool terhadap pemain Malaysia ketika merebut bola. Ah! Liverpool, begtu bersungguh-sungguh hendak menang nampaknya? Takkan sama pemain Malaysia pun nak patahkan kaki? Tak gentle langsung!
Liverpool kalah kepada All Star tetapi menang 4-3 keatas Manchester United Master, walau sebenarnya keputusan sepatutnya 4-4 tetapi pemain Manchester United dipersalahkan kerana dituduh menggunakan tangan. Takpa, atas semangat "Tak menang piala pun takpa asal menang lawan Manchester United' diguna pakai, maka Manchester United bagilah mereka menang! Apa ada hal?
Manchester United pula bermain bagaikan Manchester United la. Andy Cole mendapat Player of the Tournament Award. Ronny Johnsen masih hebat, Captain Marvel masih seorang pengemudi pasukan yang baik. Mereka menewaskan EPL All Star 4-1 sebelum kalah di final 2-3 kepada All Star semula.
Liverpool? tempat ke 3. Malaysia tempat ke 4. Nasib baik ada Malaysia, kalau tak, Liverpool mesti corot! Terbukti pemain Liverpool dari muda sampai ke tua tak menang piala! Muda pun main untuk kalah takkan dah tua nak menang pulak? Berger, Fowler, Macca semua masih muda dan cergas cuma kemudaan dan kecergasan bukanlah satu tiket untuk jadi juara. Tak caya, tanya Arsenal.
Malaysia tetap dihati oleh semua peminat bolasepak yang hadir semalam. Kembali dapat melihat hero lama beraksi rasanya lebih sentimental dari aksi err.. Fowler! Aksi Zainal, Nizam Adzha, Ahmad Sharul Azhar, Mazlan Wahid dan Annuar Abu Bakar lebih dekat dihati. Ultras Malaya menyanyikan lagu dan disambut oleh penonton lain sudah cukup memuaskan hati aku. Mereka hebat! Mereka memberi tentangan dan berjaya menjaringkan gol ketika menentang LIVERPOOL dan EPL All Star. Malaysia ni sebenarnya sama taraf dengan Liverpool.
Kesimpulan / Aksi.
1. Gandingan EPL All Star memang hebat! Faustino Asprilla menjadi penjaring terbanyak. Aksi mereka paling terbaik justeru layak menjadi juara.
2. Manchester United adalah lagenda yang tak perlu diulas lagi. Naib Juara.
3. Liverpool. Terbukti mereka sudah mencuba sedaya upaya, baik dahulu, sekarang, pasukan lama atau baru, mereka tetap The Biggest L O S E R! Sementara supporter mereka memang hebat. Satu kombinasi sia-sia disitu.
4. Malaysia Tanah Air ku.
5. Adegan penari masa rehat sangat tak patut, buang masa dan 'cheap'!
6. Keputusan peraduan tiket free EPL Master telah dimenangi oleh 2 pembaca dan mereka adalah supporter Liverpool yang tak True sebab tak datang! Anda tahu siapa diri anda.
7. Aksi sekumpulan penyokong Manchester United chanting 'loser!'loser! kepada The Kop dan menyanyikan lagu 'Pulang marilah pulang (Geylang sipaku Geylang)' apabila Liverpool kandas awal memang meriah dan cari pasal!
7. Ketika Liverpool lawan EPL All Star, seorang penyokong meniup wisel penamat dan game terus berhenti. Semua pemain termasuk pengadil terpinga-pinga atas padang. Memang lawak master!
P/S :
Harap edisi akan datang penganjur sila bawa Arsenal Masters la pulak. Tertanya-tanya Pipiyapong, mana Arsenal Masters? Terus dia lepak dengan fanatik The Kop!
Terima kasih FootballfocusAsia, Zin Shahar, Van Kordi, fanatik The Kop yang membantu SOKERNET mendapatkan tiket percuma. Juga Zan sebab tukarkan pass aku dengan cepat!
Jumpa lagi di EPL Master yang akan datang!
EPL Masters 2011 ; Lebih Lagenda dari Merong Mahawangsa

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
22 Ulasan:
Haha!
gua 1st ke?
oh.. 1st
kesimpulan/aksi yg no.7 tu mmg lawak..cam haram...nk gak tgk muka ref time tu..hahaha..
hahaha then no1 dan 2 siapa?
knape ada dua no.7...mana no.8...hehe...
aa .. kesal tak dapat pegi ..
iskk ~
soalan : fowler ade pelekat idong lagi?
Sama2.
Andy Cole score gol sendiri masa lawan Liverpool, ko tak cerita pulak eh? Lahanat! Kah kah kah.
"Aku masih percaya kepada formula filem David Teoh, Mamat Khalid dan penggiat filem indie."
Gua suka part nie. :)
makan free oleh standard chartered ko tak letak Ji?
kikikikikiki
gile teruja nampak legend2 dpn mata..xsia2 aku bawak kamera..dapat salam dgn macca pun dah bangga gile..haha..
"Liverpool kalah kepada All Star tetapi menang 4-3 keatas Manchester United Master, walau sebenarnya keputusan sepatutnya 4-4 tetapi pemain Manchester United dipersalahkan kerana dituduh menggunakan tangan"
*macam2 lah alasan..kehkehkeh
brapa kali 7 daaa....
aksi n lawak no.7 (kedua-dua) dilakukan oleh group yg sama iaitu group kami, ah sungguh indah situasi tersebut, hahaha
Baru nak puji.. haih...
Liverpool. Terbukti mereka sudah mencuba sedaya upaya, baik dahulu, sekarang, pasukan lama atau baru, mereka tetap The Biggest L O S E R! Sementara supporter mereka memang hebat. Satu kombinasi sia-sia disitu.
Part ni mmg aku tergelak.
aku cek email awal pagi before g keje..kalo aku tau aku menang tiket free dh lama aku terus ke kl.
aku bkn penyokong liverpool,tapi aku nak tgk zola.
err zola xde main ke semalam?xde ulasan pun
pehal ko nie bengap sgt?x tgk lg dah kate x bes.cter hikayat merongwangsa thp hollywood.grafik yg lawa,sound effect lawa.jln menarik.jangan menyesal sbb x tgk suda~
pi da kate org malaysia.
Best gile ahh fan Kop...seriyesssssliii....
Kesimpulan
Entri ni mmg nak doggy liverpool jugak...Butthurt kalah dgn liverpool lah tuu.....Booooooooooooo...Elleeeeh MU pon tak menang gak...bweeekkk....:P
Merong Mahawangsa tgk trailer die cam gempak...best kot. Kos pembikinan juta2 woooo.....!!!
bagus entri ni...walaupun nampak masih bengang dengan pengadil...budak2 Mu, memang macam tu..kehkeh
Liverpool bukan saja tak menang tournament ni,fan liverpool pun tenggelam,kalah chant teruk dek penangan Ultras Malaya :D
ate kome ...ultras malaya tu satu stadium bersorak sesame..fan manyu langsung x dengo suare, kalu ade pon tu suare bangang...x de kote gamaknye yop...
Catat Ulasan