ANDA SEDANG MEMBACA

13

Semangat Sukan Negara terjah Ipoh!

Jorji Khamis, Mac 10, 2011 , , ,
Ipoh MIZI tarak sombong!

25 tahun yang lalu, untuk aku mendapatkan sepasang boot bola kain berharga RM8.90, aku kene turun ke kebun getah dan menoreh dahulu. Lepas 3 hari baru boleh pergi kutip dan jual. Dapat RM10.00, cukup untuk beli sepasang kasut bola tapak getah yang ada 13 stud untuk aku bermain bola di padang dengan gembira.

Main bola petang di padang sekolah, semangat dia lain macam! Jam 3 dah tinjau langit, takut hujan. Kalau panas terik, hati berbunga aje. Kalau hujan sikit takpa, padang basah lagi sedap main. Tapi kalau hujan lebat dengan kilat, memang jem la kat rumah! Semangat nak main bola tu, kalau dibawak ke baca buku, dah ada PHD dah agaknya aku sekarang ini...

Masa tu korang semua belum lahir lagi... sekarang aje dah pandai kata 'True Liverpool supporter!'

Tapi itu dulu. 25 tahun dibawa kehadapan, dengan RM10.00 dapat juga membeli kasut bola! Bukan chap ayam seperti yang aku pakai dahulu tapi kasut berjenama yang kuat, tahan, bergaya dan harga asalnya RM150!! Ajernya iyer? Tak percaya? Inflasi sifar ini telah terbukti beberapa hari lepas dan menjadi buah mulut ramai manusia di Ipoh. Jika pegawai di Kementerian Pengguna atau Kementerian Kewangan tak buat follow up hal ini, mereka memang tak buat kerja!

Markah penuh untuk sepakmula Datuk Bandar!

Bersempena dengan perasmian cawangan ke 5 kedai sukan terkini Mizi Sports di Medan Gopeng Ipoh oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim pada 5hb Mac lepas, 20 pengunjung pertama berjaya mendapat 'deghoyan runtuh' berupa kupon membeli kasut berharga RM150 pada harga RM9.90!! WOW!! Untuk mendapatkan durian sebenar sekarang ini pun belum tentu pada harga RM10.00 sebiji! wow!

Pengunjung lain juga bertuah kerana bersempena dengan perasmian tersebut, Mizi Sports turut membawa bersama mereka bintang bolasepak tersohor Malaysia iaitu Aidil Zafuan, Safiq Rahim dan Asraruddin Putra Omar untuk menyerikan majlis. Yobs suke bebenor la teman nengokkan kat gambo-gambo di fesbuk! Ater? Jumpa superstar,ye tak?

Dimajlis tersebut, Mizi Sports juga membuat sumbangan kepada anak-anak Tahfiz dari Maahad Tahfiz Al-Quran, Al- Barakag. Alhamdullilah. Orang Perak kata, bukan semua buah durian di kebun tu kita punya, jadi rezeki yang ada dikongsi bersama. Semoga Mizi Sports mendapat pahala setimpal dengan keikhlasan sumbangan mereka itu, Insyallah.

Tepuk dada, tanya SEMANGAT!

Semangat macam ini kalau dibawa ke seluruh organisasi sukan atau korporat, semua pihak akan merasa nikmatnya. Setakat ini hanya Mizi Sports yang telah memulakan langkah penajaan pemain. Senario ini telah lama berlaku di luar negara dan banyak ahli sukan berjaya menjadi senang dalam hidup mereka hanya dengan penajaan. Contohnya C.Ronaldo.

Apakah impak penajaan pemain ini? Paling mudah tetapi paling penting juga, dengan penajaan, pemain secara tidak langsung akan menjaga mutu permainan mereka kerana hanya pemain yang bagus sahaja yang layak mendapat penajaan. Mereka juga akan menjaga disiplin mereka kerana mereka membawa nama penaja dalam imej mereka. Jika prestasi mereka merudum atau tidak berdisplin, penaja berhak untuk meminta penjelasan dan memberi amaran akan menarik balik semula penajaan tersebut. Semestinya pemain tidak mahu rugi.

Bayangkan penajaan ini sesuatu yang besar di Malaysia, ramai pemain ditaja oleh konglomerat seperti Ratu Squash Nicole David ditaja oleh CIMB, pasti mutu sukan negara akan melonjak naik. Secara tidak langsung, anak muda akan lebih bersemangat untuk menonjolkan diri mereka ke persada lebih tinggi. Siapa untung? Negara, penaja dan pemain itu sendiri!

Impak kedua yang boleh juga berlaku dengan penajaan ialah pemain akan bebas dari bookie. Mereka punya cukup gaji, cukup wang dan mereka punya banyak tanggungjawab sebagai Duta untuk dilakukan. Justeru sukan akan menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan di Malaysia.

Banyak lagi kelebihan yang boleh kita perolehi dengan gabungan korporat dan sukan. Semua ini datang bukan didorong oleh keuntungan semata-mata tetapi S E M A N G A T !! Semangat ini adalah Semangat Sukan Negara dan Mizi Sports nampaknya adalah 'trendsetter' kepada senario pembangunan sukan dan penajaan tersebut.

Bravo Mizi Sports!!

Bakat dan masa depan mereka dijamin.

Suatu hari kelak, mereka pula yang duduk dikerusi menjadi STAR.

Hensem Jang ni kan?

Diadakan juga mini streetsoccer bersama bintang bolasepak Malaysia, Raja Lawak dan pengunjung, memang menarik! Untuk melihat gambar-gambar menarik bersempena karnival perasmian cawangan ke 5 Mizi Sports, sila ke laman Facebook mereka di;

http://www.facebook.com/album.php?aid=82473&id=107564895966156

Sapa takda facebook, dia tak semangat!

Datang beramai-ramai membeli peralatan sukan anda di;

Mizi Sport Centre
No.200B-1,Burger Houz,
Jalan Raja Dr.Nazrin Shah,
(Jalan Gopeng)
Medan Gopeng 31350 Ipoh, Perak.
No.Tel : 012-5215075

Ater Yob? Takkan habis kat kedai teh aje.. takda alasan lagi dah nak malas bersukan.

Semangat!!

13 Ulasan:

Zinedine Zaiddin berkata...

First! HAHAHAHA

wajib pergi ni..nak carik kasut futsal baru. leh join sokernet futsal~



aksara: redusi...reduction?

talkIZcheap! berkata...

hebat!

artikel dan pengisiannya, rasa macam baru first time baca jorji punya artikel, refreshing dan cara nganjing Liverpool yang terbaik dari kalangan Penulis sokernet yang lain :p

patutlah Jarr pernah sentap dengan jorji sedikit masa lalu... :p

p/s: steady jarr! :D

Jojoe Ali berkata...

Terbaek!
Tak datang MIZI, tak semangat!
Takde Fesbuk, tak semangat!
Takde boot kicap, tak semangat!

Ater.. bilenye Mizi nak bukak kat Kolumpo pulak? Ajernye iye...

rudz berkata...

Mizi sport dah selamat dah, tapi web sokernet ni tak selamat-selamat lagi.

Tab "Entri Mengikut Pengulas" tu ape hal nya yob, ada category 1 , sub category 2.

Ater ,.. saje jer nye ker??

Jarr berkata...

dah aku plak yg dipetiknye.

I Am Legend berkata...

Peh idak le teman tau yang Mizi dan bukak kat Ipoh. Ater mau gelabah al-Ikhsan la ghopenye

Plus Ultra berkata...

Demm apa hal tak cerita awal yang ada bagi voucher apa semua ni? Cilakak dah melepas cis!

ijan de bunks berkata...

x sgke joji punye entry ni syok2 mcm luci punye...best jgk bace nye..
jang sorg yg ensem 2 mggu ni main bola elok2..
jgn kalah dgn selangor..
semangat sukan negara

keli berkata...

Gua pye boot kain dlu brand Gold Cup beli kt kedai uncle lim...mmg byk kegunaan boot tu selain dari men bola...kikiki

hantuLongkang berkata...

meja snooker ada jual tak?

Jorji berkata...

Keli : gold cup! itulah jenamanya. aku puas cuba ingat tadi! TQ!

shukri hidayat berkata...

bile nak bukak kat kolumpo?

Streetwizer berkata...

ptg ni gak gua pegi insyaallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...