ANDA SEDANG MEMBACA

29

Kriketnet: Piala Dunia Kriket

LuciusMaximus Isnin, Mac 28, 2011 ,


Tahukah anda, kriket?

Ya kriket. Sejenis permainan macam rounders atau besbol tapi tak serupa. Sejenis permainan yang teknik kiraan matanya jauh lebih rumit dari bolasepak. Dan macam bolasepak serta ragbi, ia adalah permainan asal British.

Malaysia dan Pakistan tidak setaraf dengan England dalam arena bolasepak. Tetapi dalam kriket Pakistan bisa mendabik dada kerana setaraf malahan lebih hebat dari England. Tapi Malaysia dalam kriket sama kesnya dengan bolasepak. Nasib baik ada hoki, taklah malu sangat kita dibuatnya walaupun setakat kais pagi makan pagi, kasi petang makan Burger Rokes.

Sebagai bekas tanah jajahan British, kita sepatutnya mendapat barang sejemput dua kemahiran sukan yang diwarisi dari tuan orang putih. Jelas dalam bolasepak kemahiran itu 'tak mandang', sama juga dalam kriket dan ragbi. Dalam hoki adalah sikit-sikit. Mungkin masa zaman dijajah dulu nenek moyang kita lebih berminat melibatkan diri dalam sukan konda-kondi berbanding nenek moyang Australia atau India yang rajin bermain ragbi atau kriket.

Maka sebab itu apabila negara bekas jajahan British atau nama lainnya Komanwel sedang sibuk bermain kriket di Bangladesh, India dan Sri Lanka sekarang; kita semua hanya duduk ternganga cuba memahami jadah macam mana main kriket ini gamaknya.

Piala Dunia Kriket



Seperti yang kita tahu, Piala Dunia Kriket kini sedang berlangsung di Bangladesh, India dan Sri Lanka. Tanya saja pada pekerja India di Kayu Nasi Kandar, atau Bangladesh kerja kilang di Balakong mahupun mamat Sri Lanka di Bukit Ceylon, mereka pasti tidak menghadapi masalah untuk berkongsi cerita mengenai Piala Dunia Kriket.

Dianjurkan setiap 4 tahun sekali, Piala Dunia Kriket kali pertama dipertandingkan di England pada tahun 1975. Edisi ke 2011 ini ialah yang ke-10 dan sehingga kini hanya 5 buah negara pernah menjulang Piala Dunia Kriket.

1975 - West Indies
1979 - West Indies
1983 - India
1987 - Australia
1992 - Pakistan
1996 - Sri Lanka
1999 - Australia
2003 - Australia
2007 - Australia
2011 - (tengah main)

Tidak syak lagi, Australia ialah 'Brazil' dunia kriket dengan 4 kejuaraan. Apa makan budak Australia ini? Makan ekor kanggaru katanya. West Indies pula ibarat 'Uruguay', juara dunia ketika permulaan Piala Dunia Kriket tetapi kini tidak lagi power. Sementara India, Pakistan dan Sri Lanka masing-masing hanya mempunyai satu kejuaraan dunia.

England dalam kriket adalah seperti 'Belanda'. Naib juara Piala Dunia Kriket sebanyak 3 kali tapi menang haram tak pernah. Dan macam pasukan bolasepak England setiap kali Piala Dunia, mereka layak ke kejohanan Piala Dunia Kriket dengan keyakinan 'this is our year' tapi kemudiannya hampeh. Tahun 2011 ini pun sama.

Peringkat Kumpulan

Bermula dari 19 Februari, kesemua 14 pasukan yang layak bersaing dalam peringkat kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri dari 7 pasukan. Mereka dipecahkan mengikut ranking semasa dan 4 pasukan teratas setiap kumpulan akan melangkah ke saingan suku akhir.

Kumpulan A
Pakistan
Sri Lanka
Australia
New Zealand
Zimbabwe
Kanada
Kenya

Australia, ranking nombor 1 dunia hanya menduduki tangga ke-3 kumpulan setelah perlawanan mereka dengan Sri Lanka dibatalkan kerana hujan. Ini memberikan Pakistan peluang menjuarai Kumpulan A dan Sri Lanka di tangga ke-2. New Zealand, ranking ke-5 dunia melengkapkan penguasaan semua pasukan ranking teratas dalam Kumpulan A.

Kumpulan B
Afrika Selatan
India
England
West Indies
Bangladesh
Ireland
Belanda

India, ranking ke-2 dunia sepatutnya menjuarai Kumpulan B tetapi kekalahan mengejut kepada Afrika Selatan dan terikat dengan England bermakna Afrika Selatan selesa sebagai juara kumpulan. England dan Wesit Indies melengkapkan 4 pesaing suku akhir Kumpulan B dengan tuan rumah bersama iaitu Bangladesh tersingkir awal. Kesian Bangladesh yang kerja kat Balakong, duit betting dah berapa banyak kena telan kat Prabhu Remit Central Market.

Saingan Suku Akhir

West Indies lawan Pakistan - Pakistan menang dengan 10 wicket



Walaupun sebelum Piala Dunia Kriket ini pasukan Pakistan dikejutkan dengan insiden rasuah, tapi apa ada hal bagi Shahid Afridi dan rakan-rakan. Spin bowling mereka sama hebatnya dengan tandoori di Restoran Jassal di Brickfields. West Indies sebuah pasukan bersejarah tidak mampu melakukan apa-apa sama seperti apabila Liverpool berdepan dengan Blackpool. Kieron Pollard antara mangsa awal Shahid Afridi sedang Andre Russell tidak mampu menyelamatkan kehancuran West Indies. Dalam pada itu, kecemerlangan Mohammad Hafeez dan Saeed Ajmal memastikan Pakistan melangkah selesa ke separuh akhir.

Australia lawan India - India menang dengan 5 wicket



Pertemuan pasukan nombor 1 dan 2 dunia berlaku lebih awal kesan dari kepincangan masing-masing di peringkat kumpulan. Ini adalah pertemuan dua gergasi kriket, pertemuan antara Ricky Ponting dan Sachin Tendulkar dan satu bilion rakyat India menahan nafas. Tetapi bermain di Ahmedabad ternyata memberi kelebihan buat India. Australia mendahului pada awalnya tetapi gandingan Yuvraj Singh dan Suresh Raina mengepalai kebangkitan India untuk mara ke separuh akhir.

New Zealand lawan Afrika Selatan - New Zealand menang dengan 49 run



Afrika Selatan yang cemerlang di peringkat kumpulan sepatutnya tidak mempunyai masalah bertemu New Zealand. Tetapi entah apa makan budak New Zealand malam sebelum perlawanan untuk mengejutkan dunia kriket apabila menundukkan pasukan pilihan Afrika Selatan. Jesse Ryder dan Ross Taylor memulakan kebangkitan New Zealand yang seterusnya disempurnakan oleh Jacob Oram dan Nathan McCullum. Sementara Afrika Selatan terus kecewa, ragbi kena lauk dengan New Zealand, sekarang kriket pun kena lauk juga?

England lawan Sri Lanka - Sri Lanka menang dengan 10 wicket



'This is our year' ditangguh untuk 4 tahun lagi. England adalah ranking ke-6 dunia sementara Sri Lanka ke-7 tetapi bermain di Colombo bermakna England macam biasa bungkus. Sekali pun diperkuatkan dengan pemain berketurunan India, England tidak mampu menepis kekuasaan Sri Lanka sama seperti mana mereka tidak mampu menolak secawan teh Ceylon. Muttiah Muralitharan berjaya dikawal, tetapi Lasith Malinga dan Ajantha Mendis memastikan Andrew Strauss dan rakan-rakan balik awal ke England.

Separuh Akhir

Pakistan lawan India

Ada 3 sukan yang ibarat peperangan buat Pakistan dan India yakni hoki, kriket dan Kashmir. Sukan Kashmir ini jarang-jarang dimainkan kerana melibatkan nyawa dan bom nuklear, tetapi tidak bagi hoki dan kriket. Sebab itu bagi Pakistan dan India, menang antara satu sama lain dalam kriket sama hebatnya menang dalam perang Kashmir. Dan tanggal 30 Mac sub-benua India bakal digegarkan lagi oleh pertarungan dua negara bermusuh ini, tanpa bom nuklear pastinya, hanya spin bowling.

New Zealand lawan Sri Lanka

Dalam ragbi memang Sri Lanka tidak dapat cari makan dengan New Zealand tapi tidak dalam kriket. Dan esok 29 Mac di Colombo seluruh rakyat Sri Lanka baik yang Sinhalese mahu pun yang sokong Harimau Pembebasan Tamil Eelam akan bersatu padu menyokong pasukan kesayangan mereka dalam menghantar New Zealand pulang awal.

29 Ulasan:

Tanpa Nama berkata...

FAM perlu belajar dari mereka...

talkIZcheap! berkata...

badminton? macam mana dengan badminton?

at least we're damn good at it (bagi bekas tanah jajahan british)!

Tanpa Nama berkata...

badminton...
olimpik dan piala thomas dah lama tak menang.

Daud berkata...

kat uia..persatuan student bangladesh sanggup melanggan pakej astro.Dgr citer harganya 400 lebih.Boleh tahan mahal gak utk tgk kriket kt malaysia ni.

Time bangladesh kalah hari tu,ada gaduh2 dgn bdk pakistan.dgr citer xtahan kene kutuk dgn bdk pakistan sbb bangladesh kalah.

Tp satu je yg respect kt bdk2 main kriket kt uia..dorang main pukul 2 ptg sampai pukul 5.tgh panas2 main kriket sbb ptg padang bola bdk2 bola lak nk guna.

jkol berkata...

trbaiklah ulasan anda....anda mmg pncinta sukan......moga2....all asian final di India nnt...huhu...

rashideeshukri berkata...

sampai sekarang aku tak tau macam mana nak kira point untuk kriket ni, tenis yang jarang2 aku tengok pun ada la ilmu sket2.

jumud lagi aku ni. adoyai.

kitt berkata...

howzattt!!!!


WV : Ovene - padang kriket dipanggil oval ya..

gua dulu main kat sekolah.smpai skrg gua rasa kesannya sebab "tan" tak hilang2..

se7en berkata...

padang belakang flat rumah aku dulu ada jugak set-set india main kriket, tp sejak demam piala suzuki, jgn harap la diorang dpt main kriket, kena conquer padang dgn budak2 melayu lawan bola 20 sebelah... semua nak jadi safee sali, yer padang yg dulunya lalang tempat ular lidi bertendang kini penuh lubang sana sini mcm kena lanyak jeep 2x2, ntah diorang main bola ke membajak sawah...

Ozgur Cek berkata...

malaysia dalam kriket sama dengan malaysia dalam bola sepak

Berto berkata...

yes, australia kalah, hidup Sachin Tendulkar!

hantuLongkang berkata...

aku tau lighter cricket je...tak tau pulak lighter tu bole buat jadi piala

matt Dark berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
matt Dark berkata...

wah!!! cayalah lucius maximus!!!cover pasal kriket!!
SRI LANKA will be the champ!!!
tetapi ozzz ttp hebat mempunyai record 34 unbeaten since 1999!! tp tahun ni buka thun ozzz

Ozgur Cek berkata...

Who has scored the most first-class centuries in history?
a)Sachin Tendulkar
b)Ricky Ponting
c)Michael Slater
d)Jack Hobbs

FeRoZ SuLaiMaN berkata...

sri lanka punya bowler power...itu jer yg gua tau...

gua rasa sri lanka jumpa pakistan final

NBA x mo update ke?? derrick rose tengah mengganas tu..the next jordan

Pet Shop Boys berkata...

Apa agaknya sukan yg Lucius tak follow ek?

ezham berkata...

ape makan bowler sri lanka tu. Testis harimau gamaknya. Spin power gila.

kitt berkata...

muttiah tu gamakanye meramas rempah di waktu lapanh, so apeadehal nak spin cricket kan..

WV : spinf.. SPOT ON!!!

Jojoe Ali berkata...

PSB punya soalan gua like, entry LUCY gua like lagi sepuloh belas kali!

Nak elak tan, buat cam gua - main dalam dorm. Walaupun tak tan, dapat jugak aa parut di badan dan di hati, 'hadiah' sebab kasi tingkap pecah. Seniorku memang terbaik!

Huhuuu...

matt Dark berkata...

Tendulkar laaaa!!!!

Sri lanka semua power!! Malinga paling style!! bukan senang nak main bola "slinga"..
Tp batting opners diorang mmg plaing aku suka!the best partnership! Dilshan dgn tharanga stay sampai 45 overs kot masa lawan apa aku tak ingt!!

pakkordi berkata...

Nak terer main kriket kena pandai cakap bahasa inggeris. Ko tengok captain Sri Lanka iaitu Kumar Sangakkara, nama macam cilaka tapi cakap bahasa inggeris macam Sean Connery.

Sri Lanka!

Kamen Rider berkata...

ape mkn budak2 ni sume tau pasal kriket? aku haram jadah xtau pasal kriket.

PELAUNG PULAU berkata...

west indies ni negara apa??

Ismail Fitry berkata...

Cayalah Lucius, tak sia sia aku hari hari baca sokernet.

Dah 2 tahun aku duduk kat New Zealand ni. Kat sini cerita pasal bola adalah sikit sikit, itu pun masa World Cup lepas sebab team All Whites yang tak pernah kalah dalam group stage tapi tak layak masuk peringkat kalah mati.

Kat sini kalau tak cerita rugby Super 15 (Crusaders, Hurricanes, Highlanders etc) dan All Blacks, mesti cerita pasal kriket.

Untuk world cup kali ni dah tentu aku sokong Black Caps. Kalau dapat kalahkan Sri Lanka boleh ada peluang menang piala.

Cheers.

lantaknet berkata...

blog bola... ape harem jadah ulas pasal kriket...poyo

mizu_sama berkata...

soalan serius yang perlukan jawapan serius.

betul ke sukan kriket ni sukan no 1 dunia?tak pun paling kurang top 3?

sekian.

rashideeshukri berkata...

@pelaungpulau: west indies ni tak salah aku gabungan negara2 pulau dekat US tu, bekas tanah jajahan british gak

amirul berkata...

wahhh..kriket!
serius gua rindu giler nak main kriket..dah lame tak sentuh bat..hahaa
jom2 buat team kriket..hahaha

Streetwizer berkata...

adakah razali umar kandasamy pon suatu hari annti main kriket jugak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...