ANDA SEDANG MEMBACA

45

Penulis Tamu - Memahami masalah hutang Manchester United

Abdul Sokernet Khamis, Mac 31, 2011

Hai semua terutamanya para ABU. Okey, aku tahu korang tengah fikir idea nak bahan Man Utd tapi tak jumpa jumpa lagi kan? Tak apa, hari ini aku murah hati. Jadi mari aku bagi satu idea malar segar iaitu masalah hutang Man Utd.

Untuk yang sentiasa mengikuti perkembangan Man Utd terutamanya para ABU, mesti korang sudah terkekeh kekeh ketawa apabila membaca berita Red Football Joint Venture Limited, syarikat induk setan merah merekodkan kerugian bersih sebanyak seratus empat perpuluhan tujuh juta Pound Sterling untuk musim lepas.

"Macam mana boleh rugi nih, musim lepas bukan untung enam perpuluhan tiga juta Pound ker?" tanya mereka iaitu para ABU. Jawapannya ialah tiada Cristiano Ronaldo kedua yang dijual pada musim ini untuk menambahkan pendapatan kelab dan syarikat induknya. Senangkan jawapannya.

Okey, antara sebab utama kerugian adalah kerana sebanyak empat puluh perpuluhan tujuh juta Pound dibelanjakan untuk menggantikan loan bank berfaedah tinggi kepada bon bernilai lima ratus dua puluh enam juta Pound manakala tiga puluh juta Pound lagi digunakan untuk pembayaran faedah loan.

"Banyak nak mampus hutang, macam setan!" para ABU pun berkata.

Ya, pemilik Man Utd memang lebih setan daripada setan merah. Untuk memiliki (baca:'hostile takeover') Man Utd dulu, mereka membuat loan bank. Selepas tak mampu faedah yang begitu tinggi, mereka beralih kepada menggunakan bon untuk menggantikan loan bank. Untuk info ringkas, bon atau sekuriti mirip kepada hutang yang perlu dibayar apabila matang pada masa yang ditetapkan. Namun, pemilik bon perlu membayar kupon kepada pembeli bon, biasanya dalam bentuk tahunan atau semitahunan. Bon yang diisu pemilik Man Utd ini akan matang pada tahun dua ribu tujuh belas dengan kupon lebih lapan peratus. Ketika ini, lagu gali lubang tutup lubang dendangan Salleh Yaakob mungkin akan bermain di minda.

Tapi itu belum cukup setan lagi. Yang lebih setan apabila terkandung di dalam prospektus bon menyatakan pemilik Man Utd boleh mengeluarkan duit kelab antaranya untuk membayar hutang dan membayar diri mereka sendiri sebanyak lima puluh peratus daripada pendapatan bersih kumpulan (induk dan subsidiari) setiap tahun. Memang dasar kapitalis, lintah darat dan along. Betul-betul perah duit keluar dari kelab secukup rasa.

Kalau nak diceritakan lebih lanjut tentang hutang ini memang tak buat kerja lain aku hari ini. Bagi aku sebab utama hutang hutang ini menjadi semakin besar bila orang tak ada duit nak beli barang. Bila tak ada duit beli barang, buat hutang. Bila tak ada duit bayar hutang, buat hutang lagi besar dan seterusnya. Dari sini kita boleh nampak konsep kad kredit dari skala besar. Oleh itu berjaga jagalah wahai pemilik kad kredit dan penghutang semua. Anda semua adalah Glazer skala kecil.

"Apakah ada sinar harapan lagi untuk setan?" tanya para ABU.

Maafin saya para ABU, Man Utd bukanlah Leeds yang rebah kerana hutang. Pada tahun 1901 ketika masih lagi bergelar Newton Heath L&YR F.C (ada orang kata kalau tak tau fakta ini Man Utd fan poser namanya), kelab ini dibebani hutang sehingga diancam bankrupsi. Namun telah diselamatkan oleh John Henry dan ditukar nama kepada Man Utd pada 1902. Pada tahun 1927, sekali lagi kelab ini dibebani hutang namun diselamatkan James W Gibson. Jadi perkara hutang ini sebenarnya bukan masalah kerana pasti ada mereka yang berminat untuk menyelamatkan si setan merah.

Akhir kata, aku harap syarikat si Glazer tak mampu bayar hutang dan terpaksa melepaskan 'cashcow' kesayangan mereka. Namun apa ada hal, kecil tapak tangan kumpulan penyokong kaya Man Utd, "Red Knights", dulang petroleum tok arab tadahkan. Mungkin lumrah dunia, pasti ada manusia yang akan terjerumus ke lembah setan..huahuahua

45 Ulasan:

Cob Nobbler berkata...

in denial..you're in denial..
askar MUFC seriously you're in denial.

kau nak cerita pasal cerita Newton Heath diselamatkan oleh seekor anjing yang comel (sila baca history MU - John Henry selamatkan Newton Heath sebab anjing kapten pasukan yang comel dan John Henry bail that team out).

Djaman tu hutang just 250,000 pounds if not mistaken.Ini 1 billion bai.Ke nak tuduh fan Liverpool sandarkan pada kenangan - tapi tak sedar ini lagi teruk punya kenangan.

Kalau ikut inflasi hutang dari 1901 tu dengan sekarang - maybe MU hutang just around 25 juta je kot right now.But not 1 billion.

Frankie cokeupthenozza berkata...

uwaaaargghhh...menguap bca entry ni
bek tgk video ni semua, lg mnarik

http://www.youtube.com/watch?v=lYU-SeVofHs

Zinedine Zaiddin berkata...

AskarMUFC begitu yakin akan ada yg sanggup tanggung hutang 1 billion..haw3

talkIZcheap! berkata...

ini bukan denial, ini bukan keyakinan melampau..

ini pasti! heh heh...

p/s: Fred the Red pon comel, apa?

i'msosupernotcool berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
i'msosupernotcool berkata...

tapi nak find buyers untuk kelab setan ni mesti no problem la kan.
tak kesah la berape billion pon hutangnye.

ini bukan leeds di zaman jatuhnye.
ini manchester united.
if not the biggest,
still one of the biggest club in the world.

Tanpa Nama berkata...

In denial or not, anyway u look at it, this could lead to something more serious.

Benda2 gini la yg boleh mnjatuhkn kelab2 bolasepak & memusnahkn harapan jutaan penyokong. Even though i'm a LFC supporter and one of those ABUs, i wish Manure Utd won't become like Leeds Utd.

Pet Shop Boys berkata...

ABU? apa tu?

Singa Biru berkata...

boringgggg.............

shahirahkhairudin berkata...

haah.. ABU tu ape?

Singa Biru berkata...

ABU - Anything But United.. kan?

drizzt berkata...

abu - aku bukan umporno?

ops ops!!

ayobkelubi berkata...

eh?

kalau kita tak bayar ansuran kereta kita.kita nak salahkan bank ker sebab tak boleh nak tolak ansur dengan kita?.

macam tu ke?.

o0o0o0...

yzdz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
alquinin berkata...

kasihan.

Cob Nobbler berkata...

Papaseed Suarez:nanti LFC boring takde musuh LOL!

Everton,Everton tu apa natang?

Pet Shop Boys:Anything But United,Asalkan Bukan United.

ala macam kat tepi Sungai Kelang punya grafiti tu...

Askar MUFC berkata...

Susah nak diselamatkan? Dengan value MUFC USD 1.87 billion (Forbes 2010), pendapatan tahunan mencecah 200 juta pound dan promosi dan pasaran sampai ke seluruh dunia (antara brand yg paling terkenal), aku rasa ramai pelabur yang tengah memandang penuh minat.

Yang penting, jangan beli cara hutang. sebab kalo beli hutang, memang kadar faedah bapak tinggi.
Aku rasa opsyen paling baik adalah masuk pasaran saham balik.

@ayob, mmg tak salahkan bank tapi salahkan org beli cara hutang.

aku optimistik, belum sampai tahap denial kot..huahuahuahua

nwa berkata...

sbenanye aku lg xsbr nk tggu alex bersara...masa tu la baru kita tau manchester ni betul2babi or betul2 anjing

Kap berkata...

setuju dengan: Kalau ikut inflasi hutang dari 1901 tu dengan sekarang - maybe MU hutang just around 25 juta je kot right now.But not 1 billion.

paling kodok pun, man u jadi arsenal baru. terpaksa cut cost sana sini.
sir alex keluar.
piala pun tak merasa.

Tanpa Nama berkata...

ABU = Alex Butthurt Unit?

mizu_sama berkata...

ABU?aku lagi suka GEMUK..haha

hellghast berkata...

ABU apakah itu?

talkIZcheap! berkata...

kah kah!!

lagi ramai yang self-denial, buat-buat tak tahu apa itu ABU padahal dah ada kat name tag masing2... keh keh :p

hellghast berkata...

apakah self-denial?

Jojoe Ali berkata...

Biasa la tu.. Abu Lahab dulu pun tak ngaku Abu.. Hauhuahua...

Quarter million, 109 years ago = tak sama ke dengan 1 billion skang? Kalau pun tak sama, for sure lebih kurang sama.

At that time, 250k adalah satu jumlah yang bunyinya mustahil. Tapi skang ni, 1 billion isn't any impossible pun.

Apapun, hutang ke idak ke, klasemen tatap!

DUSH!~

rashideeshukri berkata...

kalau kira inflation rate 100 tahun lepas dengan currency flactuation UK, rega 1 billion tu sebenarnya jauh gak dengan 50K hutang time2 newton heath dulu

kita kena ingat yang british adalah satu kuasa yang kuat dulu sebab imperialism, tambah lagi industrial revolution dekat sana. jadi ekonomi masih lagi kuat disebabkan reserves yang stabil

selagi bank tak arahkan glazer bayar hutang macam hicks dengan gillet kena, selagi tu la glazer akan cuba kekalkan seat dekat MU tu gak, tapi sampai bila? sampai MU hutang dah 2 billion?

kalau MU company GLC, boleh la bailout, 2 billion tu tokey minyak pun mandi bunga dulu sebelum nak bayar haha

by the way, aku memang nak sgt tgk MU tanpa pakcik alex

Trekker berkata...

x kisah la hutang banyak mana. janji menang cup.

GGMU

Jojoe Ali berkata...

Melihat MU tanpa SAF, bagaikan menonton Superman lawan Batman dalam satu movie, dengan orang jahatnya ialah raksasa Gorgon dan Fauzi Nawawi. Cun! Count me in!

Owh, btw.. banner itu sangat fuk skali! Hahahaha~

AKSARA : 'bushal' = bulshit shial...

rashideeshukri berkata...

baler, letak la stpaulinet ke, napolinet ke, baru tak gloryhunter sangat kan

ZombA berkata...

xnak sembang pasal Man U...

CANTIK DOWH BANNER!!!!
KAH KAH KAH...

Jojoe Ali berkata...

BALLACK tu yang tahan tuh.
Sandarkanlah lagi kenangan itu.. apa ade hal...

aRief berkata...

banner mcm shait~ hahaha
naiss~
i loike~

ijan de bunks berkata...

nampak kat pipi ni abes die tepek muke henry lg nih...
nk buat pertandingan header ke??haha

drizzt berkata...

jangan jadi selangornet dah la haha

adinda anna liyana berkata...

mcm haram header...agak2 ar... dari chelsea, baik letak pahang..

mizu_sama berkata...

aku suka header nie.kekal kan sampai chelsea menang UCL yer..hehehe

Streetwizer berkata...

glazer pon cm haramm.....anyway the header....cam sial...

Tanpa Nama berkata...

header melambangkan TROLL bahawa sokernet asyik cite pasal chelsea hahaha..

Tanpa Nama berkata...

CHELSEANET..i like
ABU = Another Butthurt UMNO

Mohd Idzwan berkata...

ape kejadah header??
mane £50m man??

kekekehhhh...

ska berkata...

woi pagi tadi game St Pauli vs Schalke 04 bapak haru... mcm cite perang pon ade aku tgk.. siap ref kene baling benda..pastu suspend game. sape2 ulas la woi... gile best ah team skinhead tu....

Tengku Firmino berkata...

fening jugak baca articles ni..but dat sokernet..HuHuHu..tak kira lah ABU ker..Hutang ker..Setan Ker..yang penting Liverpool Menang mlm ni..YNWA..go go go Suarez!

gula-gula berkata...

ada je nanti yahudi mabuk selamatkan, tu pun dengan hutang jugak kot..ni kan kelab illuminati freemason? btol tak abu abu skalian?

-KingSyahmi- berkata...

tahukah anda MU mng td?

comeback lagi?

creater berkata...

Tidak ada buyers ?
Masakan Glazer sampai keluar statement 'United is not for sale'.

Jika hutang dilangsaikan, nescaya keuntungan MU memanglah berlipat-lipat kali ganda.

Tak percaya ?Sila Cari, kelab dari England manakah yang berjaya melebihi 100 mil. operating profit..buat pertama kalinya dalam sejarah...

Semestinya, pak2 Arab berminat...keh3...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...