ANDA SEDANG MEMBACA

37

Rebiu Liga Super Perlawanan 6 & Prebiu Piala FA Pusingan 2

LuciusMaximus Khamis, Mac 03, 2011 , , ,


REBIU PERLAWANAN 6 LIGA SUPER

Musuhnya Habis Binasa?

Misi pemburuan 3 piala nampaknya sudah semakin parah. Sama saja parahnya dengan Jang yang melepas nak kahwin dengan Milah. Sekalipun mempunyai slogan 'Musuhnya Habis Binasa' yang penuh berseni dan beradat ibarat luahan tutur kata Rais Yatim, Negeri Sembilan langsung tidak digeruni oleh lawannya.



Red Warriors menyambut kedatangan Negeri Sembilan ke Kota Bharu dengan satu matlamat, mem-budu-kan Jang. Dan itulah yang dilakukan oleh anak buah M Karathu. Negeri Sembilan berjaya mengikat Kelantan tanpa jaringan di babak pertama tetapi di babak kedua Jang tumbang seperti tewasnya Aidil Zafuan dalam pelukan Rita Rudaini.

S Chanturu terlebih dulu membuka jaringan pada minit ke-51 hasil tendangan percuma dari Nurul Azwan Roya. Kemudiannya penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha memastikan 3 mata penuh selamat dalam genggaman hasil jaringan minit 76 dan 82.

Kekalahan 3-0 Negeri Sembilan sebenarnya boleh dikatakan di luar jangkaan apatah lagi ini ibarat pertemuan ulangan akhir Piala Malaysia 2010. Dan dengan ketandusan gol di barisan serangan Jang setakat ini (hanya 5 gol dari 6 perlawanan) mungkin tiba masanya untuk Wan Jamak mengintai penyerang terbaru bagi mempertajamkan barisan serangan. Ayam tambatan Sokernet, Jorji mungkin pilihan terbaik untuk Jang misalnya.
Keputusan: Kelantan 3 - Negeri Sembilan 0

Red Giants Bangkit

Selangor kembali bangkit untuk mempertahankan kejuaraan liga apabila mudah menundukkan Kedah di Shah Alam. Selepas seri tanpa jaringan di Pasir Gudang minggu lalu, Kedah dijadikan mangsa oleh Red Giants untuk melepas geram meledak gol sekaligus mengukuhkan reputasi Selangor sebagai kuasa bolasepak dulu, kini dan selamanya.



Fadzli Saari (53) dan Asraruddin Putra Omar (81) muncul penjaring buat Selangor di Shah Alam untuk meletakkan Red Giants di posisi ke-4 Liga Super dengan 11 mata. Kedah pula kini terus terperosok di posisi ke-10, 2 kekalahan dari 2 perlawanan memberikan mereka rekod terburuk bermain di tempat lawan sedang mencatat keputusan seri di tempat sendiri nampaknya sudah menjadi adat buat Hijau Kuning.

Mahu atau tidak, Kedah perlu berbuat sesuatu atau kejayaan 'Double Treble' beberapa tahun dulu akan hanya jadi 'sandarkan pada kenangan'.
Keputusan: Selangor 2 - Kedah 0

Penyu Mengganas

Okay, penyu sebenarnya bukanlah haiwan yang ganas tetapi Terengganu terus memastikan bahawa jolokan kuasa bolasepak Pantai Timur bukan milik Kelantan secara mutlak. Berdepan Johor FC di Kuala Terengganu, anak buah Irfan Bakti tidak membuang masa mengutip 3 mata penuh untuk terus mengejar musuh tradisi Kelantan.

Hanya 7 minit diperlukan Hadi Yahya untuk memecah kebuntuan hasil hantaran lintang Ashaari Shamsuddin. Berselang 7 minit kemudian Terengganu menggandakan jaringan, kali ini melalui Ismail Farouqi hasil tendangan percuma.

Percaturan Irfan Bakti memastikan Terengganu terus menguasai babak kedua perlawanan dengan Johor FC yang ketandusan penyerang berkualiti gagal mengancam gawang Terengganu. Pada minit ke-77, Hadi Yahya melorong bola buat membalas budi Ashaari Shamsuddin untuk pemenang Kasut Emas 2010 itu menghasilkan gol ke-3 Terengganu.
Keputusan: Terengganu 3 - Johor FC 0

Tok Gajah Kecewakan Haris Adam

Kalau Kelantan dan Terengganu sukses selalu, lain pula ceritanya dengan Pahang. Skuad Tok Gajah terus dirundung malang sekali pun bermain di Stadium Darul Makmur.

Bertemu Sabah tugas mudah buat Dollah Salleh dan Pahang tetapi mereka jelas ketar lutut berdepan dengan pasukan yang dikuasai Ultra Sumandak. Razlan Oto meletakkan pelawat di depan pada minit ke-31 dan kemudian Leopold Alphonso menambah gol ke-2 Sabah pada minit ke-70.

Tetapi mungkin kerana campur tangan saat akhir Sultan Bola, Pahang berjaya bangkit melalui R Surendran (71) dan Famirul Asyraf (79) buat kedua-dua pasukan berkongsi mata dan kekal di bottom half Liga Super.
Keputusan: Pahang 2 - Sabah 2

Budak Felda Terus Mara

Bukan senang menjadi sebuah pasukan kelab dan bermain menentang gergasi-gergasi pasukan negeri. Tetapi setakat Perlawanan 6 ini Felda United membuktikan mereka mampu bersaing sekalipun menjadikan pasukan kelab lain sebagai mangsa.



Menentang T-Team yang berada dalam zon penyingkiran, Felda United mudah membolot 3 mata penuh bagi melonjak diri ke posisi ke-5 Liga Super. Farderin Kadir (61) dan Zamri Chin (66) muncul penyumbang gol buat pasukan tuan rumah di Stadium MBPJ.

T-Team yang menang kali pertama minggu lepas kini kembali tertekan. Indra putra, Azizi Matt Rose dan Nor Farhan yang diharap dapat memperkuatkan barisan kesebelasan T-Team terus mengecewakan sedang Yunus Alif masih gagal mencari penawar yang diperlukan.
Keputusan: Felda United 2 - T-Team 0

Yob Kekal Rekod Tanpa Kalah

Perak yang setakat ini telah mengejutkan ramai pihak dengan pencapaian luar jangkaan berdepan ujian getir apabila didatangi oleh Ong Kim Swee dan Harimau Muda A beliau. Tetapi Yob seperti biasa steady seperti M Daud Kilau.

Selaku pesaing rapat Kelantan, Cikgu Jan pastinya mahukan 3 mata penuh tetapi ianya agak sukar kerana Harimau Muda A setakat ini hanya tumpas sekali itu pun secara tidak sengaja kepada Negeri Sembilan. Dan seawal minit ke-12 apabila Wan Zack Haikal mengejutkan segenap Yob dan Yong melalui jaringan beliau melalui satu serangan balas.

Perlawanan yang disiarkan secara langsung jelas menarik dengan Yob terus menggandakan asakan untuk membalas gol Harimau Muda A. SJ9 dan AR14 memberikan gandingan mantap tetapi pertahanan anak buah Ong Kim Swee tetap utuh menahan asakan Yob.

Cikgu Jan memilih untuk memasukkan El Tornado di hujung permainan ketika Yob kelihatan bakal tumpas buat kali pertama musim ini. Tetapi penyelamat terakhir umat Yob rupanya ialah Noor Hazrul, tendangan percuma dari beliau menembusi dinding pemain Harimau Muda A pada minit ke-86 untuk gol penyamaan.

Yob terus kekal di posisi ke-2 Liga Super tetapi kini ketinggalan 2 mata di belakang Red Warriors sementara Harimau Muda A jatuh ke posisi ke-6 selepas pesaing terdekat lain masing-masing mencatatkan kemenangan.
Keputusan: Perak 1 - Harimau Muda A 1

Singa Utara Terus Kempunan

Jauh di utara, Perlis yang masih lagi belum pernah menang musim ini terus kecewa. Meraikan kunjungan Kuala Lumpur ianya peluang terbaik untuk Singa Utara mencatat kemenangan pertama tetapi hanya seri tanpa jaringan mampu dihasilkan.

Jurulatih Perlis, Mustakeen Omar juga telah secara sah meletak jawatan beliau, menjadi jurulatih pertama yang menjadi mangsa kepincangan pasukan sendiri musim ini. Jurulatih Kedah, Ahmad Yusoff adalah pilihan utama untuk menjadi mangsa ke-2.
Keputusan: Perlis 0 - Kuala Lumpur 0

PREBIU PUSINGAN 2 PIALA FA

Saingan Piala FA untuk Pusingan 2 bermula malam ini dan esok, melibatkan semua 16 pasukan termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah yang mendapat 'bye' pada Pusingan 1.

Berikut susun atur perlawanan dengan pasukan ditilik menang oleh Unit Paranormal Sokernet bertanda *.

Negeri Sembilan* - Kuala Lumpur
PKNS FC - Pahang*
Perak* - Sime Darby FC
ATM - Terengganu*
Selangor* - Harimau Muda B
Harimau Muda A* - Johor
Johor FC - Kelantan*
Felda United* - Kedah

Berita gembira buat adik Haris Adam, Astro Arena bakal menyiarkan perlawanan PKNS FC lawan Pahang esok.

37 Ulasan:

LuciusMaximus berkata...

Siapa main 1st anak tak sah taraf!

lara nur berkata...

2nd!

anerp berkata...

3rd

Khuzrin Kamarudin berkata...

Johor FC dianak tirikan... =,="

talkIZcheap! berkata...

jadual Piala FA tu, yang ada * tu apa maksud dia? Faveret kah? Sape main malam ni, sape main esok?

-aku yg tak baca paper (lagi)-

btw, T'ganu still penyu ke? Bukan dah tukar Nemo ke? keh keh... :P

GKG!!

lara nur berkata...

faveret menang oleh Sokernet kan? selangor ada tu. *koff*

talkIZcheap! berkata...

kah kah! camner aku bleh terlepas dua baris ayat tu? sengal, sengal...

tuan director berkata...

kedah kena ngan felda?

LS berkata...

Part yg aku nak highlight.

HARIS ADAM.

tu jer.

Aksara: colog

nasib baik bukan kolom. mmg haris adam betul lah!

lara nur berkata...

Sultan Bola ni kan dia ada macam kuasa ghaib ye? Ilmu batin tahap tinggi punya? Sebab kalau bukan seri, Pahang memang kalah la eh?

Azfar Ridhwan berkata...

peh.. smayang jemaah ramai2 mintak hajat. patut la N9 kalah teruk. bala tu asyik beromen dengan artis. kah kah kah.

Wan Jamak dah ketandusan idea taktikal agaknya. Penyerang kebangsaan Fakri Saarani tu cam sampah je. Haih.. N9 kene focus piala FA nampaknya.. bermula malam esok di Paroi!

Buenaventura Durruti berkata...

@wan perlis,

Dengan gaya Kedah la ni, aku nak tak nak terpaksa setuju dengan prediction Lucius. Felda hari tu mai Aloq Setaq dia boh seri apa?

Tak mustahil la Kedah kena pulun ngan Felda. Ahmad Yusoff cepat letak jawatan! We want Azraai Khor!

Bunut Payung FC berkata...

dont mess with red warriors!!!


yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Hambali ® berkata...

jahnam perlih taun ni ... hoh

DIYSAR berkata...

Buenaventura Durruti: nak Azrai Khor, hang ingt KFA nak amik dia blik kaa?? amik p laa dia pon klu KFA tu bangang mmg x jadi pa,bukan AY jaa kena ltak jawatan, tu khazali din dgan geng dia tu kena berhenti skali, nak kena tguq dan sultan baru berakai kot. Kalaulah DAB ada lagi x jdi lagu ni

hantuLongkang berkata...

"btw, T'ganu still penyu ke? Bukan dah tukar Nemo ke? keh keh... :P"
-talkIZcheap!-

haha..sek2 tghanung dok mmaing tukor2 nama rater-riti, boh..haha

"penyu" dah elok..taknak jadi macam kijang mas tukar jadi red warriors..dah macam bunyi nama bas ekspress aku dengar..hahaha

Nemo si 'ikan badut'(clownfish) hanya sesuai untuk pasukan yang suka tukar2 nama, bakar2 kerusi, tempek2 bintang, tak boleh bersentuh bahu dengan penyokong lain..haha

-zAp- berkata...

kedah main mcm haram.taktikal mcm budak sekolah.everytime p stadium buat sakit hati..tp aku p jugak.pelik btoi

talkIZcheap! berkata...

kijang mas, red warriors, kok2 mano dgr pon ganah jugok...

sentuh bahu wat mende? sentuh bontot lar baru care... keh keh!!

ok lah, malang nih nak tengok penyu telor, nok tido awal... :P

Streetwizer berkata...

hampeh btui...bkn stakat sultan bola aja,...haris adam pun cmpur tangan...

ijan de bunks berkata...

sial je kalah dgn sek2 budu 3 0..
mmg down tp xpe..
berdiri teguh di balakang WJ dan ayu raudah...rita hanyalah kenangan jang..RIP
'musuhnya habis binasa'

hantuLongkang berkata...

@talkIZcheap!:
haha..sentuh bahu tu aku exaggarate je..kawan aku belambak sek2 klantam..final klantam-n9 itu haripon aku pergi, duk kat penyokong klantam...pasal tiket budok klantam sponsor..haha..

korang menang aritu, aku happy jugak la...tapi tak sama macam happy masa tghanung menang dengan perak eons ago..1st half budak2 tghanung diam, 2nd half tiba2 riuh..walaupun kena tinggal lagi masa tu..ah!..sandar kenangan ke tak sandar ke apa aku kesah?..aku liverpool..haha

malang ning ke esok, boh?..asko dok asko, tghanung peteh blake bia berdamor..hahah

Kerteh Kickers berkata...

tghanung peteh blake! malang esok boh!

sek kelate mari KT nanti, kite peteh lagi! tempek bintang mende kalau perangai binatang ye dok?

Bunut Payung FC berkata...

ganu? gapo dio ganu? ganu ni history dah, penyu peteh guano? wat kepok gete le!

ijan de bunks berkata...

pengalaman 8 org fan n0gori yg poie stadium ari 2...
arapnye jorji blh ulas skit smangat dieorg

http://www.facebook.com/note.php?note_id=146115062118927&id=181813531846789

hobin jang hobin!!!

keli berkata...

Sume loghat keluar kat komen ni...best plak gua bace...kakaka...

Musuhnya habis binasa....sape yg binasakan sape ni....patutnya tukar musuhnya yang membinasakan...kakakaka..

Walopon gua sokong selangor tp gua tak sampai tahap ultras lagi...tengok pon banyak kat TV je...Gua harap selangor akn troskan prestasi mcm ni walopon tanpa safee sali. tapi sumpah gua tak bakar jersi safee sali sbb jersi safee gua takder...kakakakaka..

hantuLongkang berkata...

@Kerteh Kickers:
ye doh, boh..haha

dakpe..bakor lagi..bia kita ppakak bakor ssining, beng bakor kkusi..ke guaner sek dia?..kehkeh..

Mumia.Megat.Menjelma berkata...

Kalo Haris Adam emo & push ckit lg tu x mustahil blh menang...

Btw, Gomo Klate Gomo...!!!

Budak Semat berkata...

Tak sabar weh brasa nak jupo pahang. Piala FA tu kito tolok tepi dulu.

Brasa runsing jugak nak btemu negeri berdaulat ni. Adik haris adam perlu amik perhatian, update la sikit entry tu woi. kekekeke.

@kerteh/hantu - dok rok starang dok pakak bakor ssinig. Mari main bakor tempat ambe la pulok nati. Bulih main gentel kepok leko duo. kekeke.

aRief berkata...

kalu dopleh peteh,
kite libah ngan kepok leko.
haaa..

napok nok main kepok gete ngat awok ye..


PETEH GANU PETEH.

Tanpa Nama berkata...

sumandak pakai coli laser.

Norhafiza Yusoff berkata...

baloh apo gak klate-ganu
jire jah pon.
ikut sek aku r bunyi supo bas express ko gapo
ahahhaa
go pantai timur!
go adik haris adam!

Emoon Zulhilmi berkata...

penyokong kelantan sangatlah diundang memeriahkan stadium2 disebelah utara..
Kami banyak lighter!
hahahah!!

-THIS IS THE YOBS-

Jarr berkata...

teghanu mmg sedak..
tapi awek padang beng sedak agi..hahahaha

game mudoh ning...semata je ngan selangor..3 mata ngan kelatang..dang agi nok kejor..

peteh ganu peteh!
YNWA ganu YNWA!

Jojoe Ali berkata...

DIYSAR : Usah dikenang kisah lalu. Al Fatihah untuk beliau.

*tak pasal pasal aku dari negeri jiran pun sebak skali. sighu betui...

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Slogan "Musuhnya habis binasa!" itu bukan lagi mencemaskan lawan, tetapi ianya mengundang air mata pihak lawan apabila melihat kepada keadaan pasukan yang menggunakan slogan itu.

- THE YOBS, THE GREAT -

AMRI berkata...

N9 OUT

Musuhnya habis binasa xleh pakai dah...
kah3

ijan de bunks berkata...

xpe,menag kalah ttp n9
hobin jang hobin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...