ANDA SEDANG MEMBACA

29

Gol Sepak Gunting Safee Sali Semalam

Obefiend Weiland Isnin, April 04, 2011 , ,
Cayalah bro...

Torres gagal menyumbakant gol. Begitu juga dengan Jemaine Defoe serta Robbie Van Persie. Ini tidak mengapa kerana Harimau Malaya kita, Safee Sali berjaya menyekor untuk Pelita Jaya. Gol terkini beliau ini mirip gol Eidur Gudjohnsen ketika menentang Leeds suatu ketika dulu. Hanya Safee Sali dan Eidur mampu melakukan gol sebegini. Pemain lain tak mampu kerana mereka tak cukup kecekapan dan kepandaian untuk melakukannya. Ini bukan mitos. Ini bukan lelucon buatan di pagi isnin. Ini ialah fakta.

Dalam perlawanan liga Indonesia baru-baru ini, Pelita Jaya membenam Persijap Japara 2-0.

Tahukah anda walaupun menang, Pelita Jaya ,masih dalam relegation zone. Sugguhpun begitu form Pelita Jaya adalah antara yang terbaik in the last 5 matches. Kalah 2 dan menang 3. Secara keseluruhan dalam 5 kemunculannya untuk Pelita, Safee sudah menjaringkan 4 gol. Terbaik!


29 Ulasan:

shahirahkhairudin berkata...

first !

top_ace7 berkata...

Seken! Terbukti Safee Sali boleh beraksi cemerlang di sana. Mungkin lepas ni masuk Selangor semula? Wow.

Obefiend Weiland berkata...

4 gol in 5 matches

i say he is adapting well......

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Gol Safee Sali ini jauh lebih hebat dari gol Perogol Nenek a.k.a Pencarut Hebat Syaitan Merah yang begitu diagung-agungkan oleh peminatnya yang emo tak bertempat tidak lama dahulu.

PS - Ulasan The Yobs membenam Buruh Pengait Kelapa Sawit Felda dan ulasan-ulasan untuk perlawanan MSL minggu lepas tidak adakah? Jangan hampakan kami Sokernet!

lara nur berkata...

meremang bulu roma menengok video di atas. tak tahulah kenapa.

rashideeshukri berkata...

kembalinya TTB di sini diibaratkan sirih pulang ke gagang, caya la TTB!

player Selangor tu, tengok! tengok! gol Hardi Jaafar hari tu pun cantik gak

talkIZcheap! berkata...

nak 'mencarut' kat entry Liga Eropah dah tak boleh, datang la 'mencarut' kat entry liga tempatan pulak, ye dok?

Baik aku jugak, boleh je nak 'mencarut' kat mana-mana entri, ape ade hal, dua-dua pun team aku top of the table... keh keh!

-GloryHunterSejati-

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

@rashideeshukri, Hardi Jaafar merupakan seorang pemain yang mempunyai passing dan tendangan yang hebat. Sewaktu dia bermain untuk Perak, beliau banyak membantu bahagian serangan dengan passing yang tepat dan menjaringkan gol dari sepakan percuma. Cuma kelemahannya ialah beliau mempunyai tubuh yang kecil dan ini mudah bagi pemain lawan yang mempunyai fizikal yang lebih besar untuk 'mematikan' larian solonya. Dan tak lupa juga beliau juga mudah pancit, satu fenomena biasa bagi kebanyakkan pemain Malaysia, terutamanya yang sudah berumur.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

@talkIZcheap!

Saya Barca (top of the table), saya OK.

talkIZcheap! berkata...

"Dan tak lupa juga beliau juga mudah pancit, satu fenomena biasa bagi kebanyakkan pemain Malaysia, terutamanya yang sudah berumur."

mungkin diorang kena ambik tips dan contoh dari player antarabangsa yang ada 'jangka hayat' karier yang lama tapi tak mudah pancit...

hurmm, Ryan Giggs, maybe...

daklol berkata...

Sokernet,lain kli jgnlh gne perkataan kecekapan dan kepandaian dan Safee Sali dan Eidur mampu melakukan gol sebegini.perkataan sperti ini sperti pemain antarabangsa tdk penah spkn bgitu
ini bru (x tau kli kbrape)safee sali goal cm tu pemain lain sdh bnyk kli membuat sperti goal itu

gula-gula berkata...

y so serius 'da great'?

zzzzzz

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Kalau mengeja dalam Bahasa Malaysia, sila gunakan huruf vowel untuk membentuk perkataan.

Tidak menggunakan huruf vowel dalam mengeja perkataan dalam Bahasa Malaysia boleh saya simpulkan sebagai perbuatan manusia yang bengap.

keli berkata...

Tolong jangan bukak kelas bahasa mahupon kelas mengeja kat sokernet ni....gua bagitau awal2...

mart gee berkata...

steady!!!!

rashideeshukri berkata...

tangan gua dah gatal nak bukak kelas Bahasa Melayu ni.

aku pening la baca komen-komen yang macam tu. macam tengah dengar orang Sarawak bercakap pulak, sepatah haram tak faham.

galileo berkata...

tahukah anda...
walaupun pelita jaya berada di kedudukan ke 14..
pelita tidak akan relegate...
ini kerana ada 3 team dari ISL telah menarik diri dari di awal musim...

adijaya berkata...

ini bukan game "baru-baru ini", ini game last nite. safee sali byk gile peluang nak score, tapi dapat sebijik jer. huhu. tapi dia memang perform sepanjang game, tak macam torres. gua tengok full match kat antv.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

"tahukah anda...walaupun pelita jaya berada di kedudukan ke 14..
pelita tidak akan relegate...ini kerana ada 3 team dari ISL telah menarik diri dari di awal musim...


Cerita ini sudah seakan sama dengan pasukan Pahang. Sekiranya ini benar, maka semamangnya ia tidak gentleman!

Apa guna kekal di liga hanya disebabkan pasukan lain menarik diri?!

Jojoe Ali berkata...

Aq pn xtw ptt bkk kls bhs @ x.. smbg cm pky. H h h h h !!!

Obefiend Weiland berkata...

@ADIJAYA

tengok TITLE

dan BARU BARU INI dan semalam kan sama

semalam baru berlalu

galileo berkata...

ttb~hahaha...boleh lak ko samakan dengan Pahang,lain kes kot,suka2 ko je nak samakan dengan Pahang,kesian Pahang tak bersalah pun,sultan je yg salah...haishhh~

Streetwizer berkata...

for the fat guy type category, safee sali wins...

adijaya berkata...

sorry abg Obe, saya tak berniat nak salahkan title. mungkin saya yg salah. tensen betul arsenal main cam celake. 0-0 kat home memang result yg bangsat. kalau zaman jepun, confirm dah kena bunuh ngan jeneral.

by the way, team abg Obe power betul. blackpool dibantai nya 3-0.

chelsea suram. liverpool suram. petanda man utd akan menang title. damn!

Kap berkata...

Sultan Bola, sila jawab dakwaan TTB.
hahah.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

@Hazard Ali - Senak telur orang apabila mahu membaca komen anda itu. Apapun, saya hanya ada satu soalan, bagaimana saya mahu bunyikan 'pky' seperti yang anda tulis itu?

Jojoe Ali berkata...

TTB memang terbaek! Bubbylah.. Hahaha~

sinach zawawi berkata...

safee mungkin x pulang balik ke malaysia. pasukan persib bandung (ke ape nama dia) masih kejar safee ni n target dia nk dapatkan jugak tahun depan(aku lupa mane link berita ni).n with this consistency of safee sali, xmustahil dia pergi lebih jauh tahun depan. ke aussie maybe. n bukak mata dunia ttg bolasepak kita.

jumari jipan berkata...

gua nak bagitau, safee nii orang Tapah, kampung gua. kah3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...