ANDA SEDANG MEMBACA
27
Apalah kita nak hairankan pasal Baruwah Balotelli, yang bukan saja tak kenal Malaysia tapi belacan pun tak pernah makan.
Klip video di bawah ialah sumbangan dari Encik Kamarul Zainuddin, pemain bola sebuah agensi kerajaan, pembaca tegar Sokernet, sukarelawan futsal Sokernet yang dok sibuk catat keputusan perlawanan itu hari, pencinta bolasepak (dan wanita) serta bapa saudara kepada seorang kanak-kanak riang bernama Juan.
Jadi apa yang menariknya pasal klip video tersebut? Jom layan dulu.
Juan ni baru berumur 4 tahun. Dalam umurnya baru 4 tahun dia sudah diasuh untuk ke stadium menyokong pasukan bolasepak Malaysia. Tapi di dalam stadium, si Juan ni tak mahu duduk bawah ketiak bapa saudaranya sebaliknya memilih untuk duduk sendirian berdekatan dengan Ultras Malaya. Dan sepanjang 90 minit perlawanan dia duduk seorang diri di tangga laluan tersebut, fokus kepada perlawanan bolasepak di atas padang.
Tak banyak dari kita yang boleh ingat apa yang kita buat ketika umur 4 tahun. Juan pun mungkin tak ingat pengalaman dia ke stadium tengok bola pada malam keramat itu. Tapi macam mana kita dibentuk hari ini, baik kelakuan atau pemikiran berpunca dari apa yang kita lalui ketika umur muda-muda macam Juan ini. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biar dari rebungnya.
Hishamuddin Rais selalu bilang, dunia ini milik anak muda. Macam Juan. Dan tidak mustahil Juan nanti membesar sebagai seorang rakyat Malaysia yang rajin bertandang ke stadium setiap Sabtu malam Ahad, bukannya ke mamak. Tidak mustahil juga kerana sedari kecil diasuh ke stadium, Juan juga rajin turun ke padang bermain bolasepak dan mungkin dapat berbakti kepada industri bolasepak negara.
Itu lebih baik dari anak-anak kecil yang diasuh menonton bola di Astro dan membesar sebagai pengumpul jersi ori kelab-kelab luar negara. Menghabiskan duit mak bapak sampai beratus ringgit tapi main bolanya macam haram.
Kesimpulannya buat kita semua, rajin-rajinlah ke stadium dan bawalah bersama anak kecil, atau adik anda, atau anak saudara, atau adik awek anda atau susah-susah belanja anak yatim tengok bola di stadium. Pupuk semangat bola di kalangan adik-adik dan anak-anak kita.
Siapa-siapa yang mungkin tertanya apa hal nama anak saudara Encik Kamarul Zainuddin macam ala-ala Sepanyol, itu sebab mak dia orang Madrid. Serius!
Juan - Semangat Bola

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
27 Ulasan:
1st
2nd
Juan , semoga membesar dengan cemerlang .
4th . apakata sokernet buat rombongan amal bawak anak-anak yatim ke stadium ? amacam ?
Aku dah ada anak nanti, lepas jemaah Isyak kat masjid aku bawak gi stadium... hehe
Juan mengajar aku erti 'true'. pehh, budak sekolah tadika tarbiahkan gua ni.
err... mak dia hot tak?
budak itu sgt lah comel.
haha.
dia senyum comel !
besar nnt ganti hasbullah awang kot.
pehh.. salute..
Steady Juan !
Menonton bola di astro belum tentu membesar sebagai pengumpul jersey..selalu pergi stadium belum tentu boleh jadi pemain bola yang baik..So Juan..keje sekolah dah siap ker blum..hahaha (tak de kene mengena kot)..hahaha
ah..kejap je tu. Mcm titus james palatni
gua suka entri ini
rasanya wenger dah tinjau2 juan nie..
jelmaan juan manuel mata ke?? kehkehkeh
juan ni kire macam jang la en? kire die ultras la en en?
Juan.. nanti esok besar jangan lompat pagar sekolah sebab nak pegi stadium ye.. jangan ikut abang ni..
Cheh.. ABANG le sangat...
juan!nnt dah beso pegi stadium jgn bawak mercun, jgn bakar kerusi stadium, jangan baling bekas air kat padang, jgn main laser hijau. lagi satu. dah masuk stadium kena pandai mencarut. so belajar mencarut cepat2.
teringat aku time kecik-kecik dulu... no wonder aku hebat main bola sepak :p
aahh masih jugak bukan melayu tulen.kami mau melayu tulen!ini mak dia madridas..selalu botellon ngan kwn kwn kat bernabeu dedolu..ecess.
Saya akan usahakan bawa anak saya ke stadium tengok Malaysia main. Sebelum ni saya bawa dia tengok Liverpool Masters main di indoor stadium sahaja.
Sorry.
ni wat aku nk gi stadium nie...
hurm... jgn dok jd pgnti shebby sudeh
Kompem budak ni bila besar jd peguam...:P
Btw, good effort.
Juan, nama dah ala2 player argentina juan roman riquelme, di usia begini patutnya dah diajar mcm mana nak buat ronaldinho elastico, the matthew move,zidane roulette, hocus pocus,ronaldo rabona dll bagi lembut urat2 biar tak bangku kaki tu... esok dah bersunat, dah pandai masturbate nanti barulah diajar pulak mcm mana nak diving like torres, acting like drogba, tackle like scholes... melentur buluh biar dari rebungnya!
ini barulah semangat bolasepak sebenar...
cnfirm dh besar anti budak ni jd legend agaknye kn.. :)
Catat Ulasan