ANDA SEDANG MEMBACA

12

Perginya Seorang Proletariat

Abdul Sokernet Jumaat, April 15, 2011 , ,


Holger Stanislawski - kultus, sayap kiri, sosialis, punk dan proletariat


Siapa yang dah lama baca Sokernet pastinya tahu tentang kelab sayap kiri, St Pauli dan juga pengurus 'punk' mereka, Holger Stanislawski.

Dukacita dimaklumkan, Stanislawski telah mengumumkan bahawa beliau bakal mengundurkan diri dari menjadi pengurus St Pauli selepas tamatnya musim Bundesliga 2010/11 ini.

Bercakap ketika ditemui di kedai Burger Rokes malam tadi, Stanislawski menjelaskan "bahawa selepas beberapa tahun yang mencabar bateri saya sudah kehabisan, kita perlukan perubahan dan masanya sudah tiba untuk membawa masuk muka baru".

Stanislawski yang berumur 41 tahun memulakan karier bersama St Pauli sebagai pemain pertahanan pada tahun 1993. Beliau kekal bermain untuk kelab kultus dari Hamburg ini sehingga 2004 dan kemudiannya terlibat dalam kejuruatihan sehinggalah diangkat menjadi pengurus kelab. Bersama St Pauli, Stanislawski membawa kelab ini dari bermain di liga bawahan Regionalliga Nord hinggalah ke persada Bundesliga. Di Jerman beliau terkenal sebagai pengurus yang hadir ke perlawanan dengan jaket atau sweater hooded dan berseluar jeans.




Untuk sebuah kelab sosialis, sayap kiri dan punk macam St Pauli, bajet yang mereka ada buat bermain dalam Bundesliga tidak sampai separuh dari bajet yang dimiliki oleh kedua kedua miskin dalam Bundesliga. Dan itulah halangan terbesar buat St Pauli dalam liga kelab elit macam Bundesliga. Sekarang ini mereka terperosok di tangga ke-2 tercorot Bundesliga, hanya 28 mata dari 29 perlawanan. Ya bolasepak zaman sekarang bukan lagi permainan rakyat macam dulu. St Pauli memang ada semangat, nombor 2 tercorot pun stadium masih 'sold out' setiap perlawanan tapi semangat saja tidak cukup. Bolasepak zaman sekarang juga perlukan pemain bintang dan 'sugar daddy' yang kaya-raya. Macam Chelsea yang ada Dubuk Albino dan Roman Abramovich.

Serentak dengan pengumuman pengunduran diri ini, St Pauli akan memencenkan jersi nombor 21 kelab sebagai tanda penghormatan kepada Holger Stanislawski yang menekankan bahawa misi utama beliau sekarang ialah memastikan St Pauli kekal dalam Bundesliga musim depan.

Dalam pada masa yang sama khabar angin tersebar di Jerman bahawa kelab kapitalis, 1899 Hoffenheim bercadang untuk mendapatkan khidmat Stanislawski untuk musim depan.

Dari kelab sosialis ke kapitalis, tidak mustahil selepas ini Stanislawksi akan pakai tali leher dan blazer pula!


Wanna make my day, punk?

12 Ulasan:

saphire berkata...

Holger Stanislawski

Jimmy Pastore berkata...

gambar bawah skali tu, peh!

Hazard Ali berkata...

Gile coolio!
Slaven Billic, Gullit.. haih.. kalau laa kat Malaysia ada coach yang macam ni kan besh.. kalau Sultan Bola bagi laa...

Shankly berkata...

translaterrr .. hancur :P

mrlrie berkata...

rockkk uwkkk!!

rashideeshukri berkata...

takde Stanislawski dekat St. Pauli ibarat Bege Rokes takde mayo dan sos cili. gaya dia yang rebel tu yang membuatkan aku rasa memang wajib aku tgk game St. Pauli, walaupun play diorang takde la se'smart' Dortm√ľnd.

ye aku agree yang St. Pauli memerlukan sekurang-kurangnya investor yang kental. tapi Bundesliga bukan macam BPL dan La Liga, di mana kapitalis bole dominate share dalam kelab.

share dalam kelab byk dimonopoli oleh fans, maknanya income byk dtg dari diorang. memandangkan orang-orang St. Pauli ni kebykkannya golongan lower income, bole ke diorang splurge utk player dan manager yg best?

dewajiwa berkata...

saspen je. ingatkan 'perginya' tu untuk orang yang pergi menjadi arwah.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Salut kepada Holger Stanislawski dan St. Pauli.

Kegagalan mereka untuk menjadi pencabar utama di Bundesliga memang sedikit mengecewakan, namun kita patut meraikan Holger Stanislawski dan St. Pauli kerana mereka membuktikan bahawa di sebalik wajah bolasepak yang berunsurkan pemerdagangan komoditi pemain, merchandizing dan idol worshiping, mereka menjadi simbol kepada betapa idealisme, keyakinan dan sifat tidak putus asa manusia yang sentiasa berjuang dengan sepenuh keringat masih mampu membawa mereka ketempat yang tinggi.

Sukar untuk menjadi sosialis didalam ruang kapitalisme, namun kemampuan untuk menggegar ruang kapitalisme itu memang cukup membanggakan!

St. Pauli, Mehr als ein Club!

LollyHatesMe™ berkata...

punk never die even in blazer (or glazer) or with mancini's scarf


kalau boleh header arsenal vs liverpool la pulak haha

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

legend~

Streetwizer berkata...

we just got punk'd!

top_ace7 berkata...

Gila style.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...