ANDA SEDANG MEMBACA

19

D-Day Ialah Dortmund's Day

LuciusMaximus Rabu, Mei 18, 2011 , , ,


Okay, Chelsea tidak menang EPL musim ini. Tahniah Manchester United!

Tapi di Jerman, Borussia Dortmund langsung tidak mengecewakan. Kejuaraan Bundesliga ke-7 secara rasmi telah menjadi milik Die Schwarzgelben pada 14 Mei lepas apabila Bundesliga melabuhkan tirai. Borussia Dortmund muncul sebagai Deutscher Meister 2010/11 dengan sejumlah 75 mata, 7 mata mengatasi pencabar terdekat Bayer Leverkusen di tempat kedua. 'Manchester United Jerman', Bayern Munich menduduki tangga ke-3 Bundesliga.

Berikut lagi gambar-gambar keraian Borussia Dortmund. Bukan selalu katakan, silap-silap musim depan dapat kat Bayern Munich balik.

Melakar tatoo kenangan berupa Mangkuk Salad dan wajah Juergen Klopp


Open top bus!


Dede dan rakan-rakan kali ini dengan Mangkuk Salad yang sebenar


Satu Sudtribune berkongsi satu replika Mangkuk Salad


Budaya bakar flare ni katanya terikut dengan Ultras Harimau Malaya


Pesta jalanan di kotaraya Dortmund


Upacara merembat rumput Wesfalenstadion untuk kenang-kenangan


Pitch Invasion!


Sudtribune


Sudtribune sebelum bermulanya perlawanan terakhir menentang Eintracht Frankfurt


Dan Sudtribune melimpah selepas perlawanan


Kapten pasukan, Sebatian Kehl adalah lelaki bertuah malam itu

19 Ulasan:

Muhaimin Rohizan berkata...

Sahin dah takde..next year Bayern balik la menang

top_ace7 berkata...

Piala tu dah macam rim bas ekspress dah aku tengok. Hahaha. Kudos Borussia Dortmund. See you in Champions League.

Muhaimin Rohizan berkata...

first eh ? Glory Glory Man United

talkIZcheap! berkata...

wow! Stekelenburg terlepas piala ala-ala Sergio Ramos... vDs ada rekomenkan mamat tuh, tapi macam ni punya gaya, terima kasih sajalah... huhu

Aziz Nasution berkata...

cacah tattoo muka coach, curi rumput padang..perghhh lagi gila abe2 jerman ni...

bojan berkata...

nasib baik roman weidenfeller takde buat lawak macam stekelenburg buat! ayuh bayern munchen bangkit semula musim hadapan!

Tanpa Nama berkata...

dengar cite mangkuk salad dorg jatuh bas juga???

Baca sampai muntah! :
Kenapa Fan Man United Benci Glazers?

Jojoe Ali berkata...

Lorh.. kata 'won't say no for Man United', tapi 'tangkap mangkuk' pun tak lepas.. ape cer...

Streetwizer berkata...

menganjing ramos katanya...

yzdz berkata...

Dalam menulis article, tiapa yang lebih baik melainkan Lucy

Berto berkata...

Dapat kat Bayern balik next season, kompem!

hellghast berkata...

Menganjing Sergio Ramos konon...kalau sergio ramos gua boleh maafkan sebab dia main defend pakai kaki,stekelenberg memang bangang sebab dia selalu guna tangan.takkan pegang piala pun fail! lagi mau pegi Man Lu! hahaha!!! jadi Barthez la

rashideeshukri berkata...

aku rasa kalau Dortmund tak jual Kagawa, Dede, dan lain-lain, tak mustahil Dortmund boleh makan salad dalam mangkuk tu ramai-ramai lagi next season.

tu sebab Klopp tak kisah pun kalau Sahin takde. sebab game diorang tak build mainly on Sahin. try tengok game Dortmund season ni. orang jaga Sahin, tapi yang lain boleh je skor.

rashideeshukri berkata...

Kehl dengan Gotze tu boleh tahan jugak. Germany tak try panggil masuk national team ke?

Hazwan berkata...

cabut rumput yg x tahan tu

keli berkata...

Izinkan gua melaungkan,
YNWA!
Ahakkkkakkaka...

Bro tatoo tu mmg dasat...mmg true.

Unknown berkata...

bagus klopp nih, muda lagi, boleh start era die kt dortmund

eswandyasre berkata...

gua harap wolfsburg melawan garang season depan !

Jimmy Stracqualursi berkata...

harap diorang bole kasi kekal momentum untuk season depan. kalo boleh tambah squad depth, beli la budak mainz 05 tu schurrle ke ape name die. barrios, mats hummels, subotic tu sume ikat awal2, jangan kasi kuar macam sahin tu. next season misi adalah untuk angkut 3 piala, amen.

@rashideeshukri
goetze ngan kehl dua2 tu full german international. ade one time dulu kehl ngan florian kringe main tengah memang dasat la 2 ekor tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...