ANDA SEDANG MEMBACA

20

Hola! - Copa America 2011 Menjelang Suku Akhir

Lucius Maximus Jumaat, Julai 15, 2011 ,
Nak bercerita pasal Copa America sekarang ini memang susah sikit. Ini kerana Malaysia sekarang sedang sibuk bersaing sengit dalam English Premier League, melawan 2 kelab Big 4 dan satu kelab bekas Big 4. Benda-benda macam kelayakan Piala Dunia atau Sukan Olimpik memang FAM letak tepi dulu. Cerita pasal Red Warriors menang Liga Super pun dah tak kedengaran langsung. Penangan EPL katakan.

Belum pun selesai saingan Harimau Malaya dengan kelab EPL dah bermacam kontroversi timbul. Pertama masa lawan Arsenal bila ada dakwaan mengatakan bahawa peminat Arsenal 'boo' Harimau Malaya. Kedua bila laki Rita Rudaini cedera dalam perlawanan tersebut. Kesetiaan rakyat Malaysia mula dipersoalkan, sama ada setia kepada Arsene Wenger atau Rajagobal? Ingat kita tidak boleh derhaka kepada Raja(gobal). FAM pula dipertikaikan kerana ghairah mahu berlawan dengan kelab EPL sampaikan laki Rita Rudaini tercedera. Sekarang nasib Malaysia dalam kelayakan Piala Dunia dan kepuasan batin Rita Rudaini berada di hujung tanduk.

Tidak cukup dengan itu, semalam puluhan ribu peminat Liverpool dan seorang fanatik Manchester United turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Hasilnya beberapa video tersebar di Youtube hari ini mengenai penindasan hak memakai baju kesukaan dengan bebas.

Perangai penyokong Liverpool ini memang dah macam perangai kerajaan Barisan Nasional. Dua-dua nampaknya jenis suka haramkan pemakaian baju tertentu. Cuma beza antara Barisan Nasional dengan Liverpool ialah yang satu selalu menang pilihanraya umum sementara yang satu lagi tak pernah menang EPL.

Tapi kutu yang pakai baju Manchester United itu juga bangang. Terbawa sangat perangai 'not arrogant just better' yang selalu dilaungkan mereka barangkali. Bangang apa pakai jersi Manchester United pergi Bukit Jalil padahal bukan Manchester United yang turun pun? Nasib baik kat Bukit Jalil, kalau Anfield aku rasa boleh jadi peristiwa berdarah mungkin.

Pakai baju ikut suka hati memang hak masing-masing. Tapi tengok tempat dan keadaan. Macam kata seorang penulis di sebuah blog bolasepak yang tak sehebat Sokernet, "tak akan kau nak pakai baju 'I Love Israel' masuk masjid?". Dan bak kata lelaki tua penyokong Liverpool pula, "we all turn into savage children when it comes to football". Perangai penyokong Liverpool yang suruh buka baju memang nampak macam budak-budak tapi itulah bolasepak. Tang situ yang membezakan antara legitimasi penyokong Liverpool menghalang kebebasan memakai baju ikut suka dan kebodohan kerajaan Barisan Nasional nak haramkan baju warna kuning. Dalam politik tak boleh berperangai budak-budak macam dalam bolasepak.

Nasib kes ini berlaku atas nama kelab luar negara jadi ianya terhad sekadar dipaksa buka baju. Hari itu masa perlawanan terakhir Liga Super di Stadium Likas, depan mata aku sendiri bukan setakat kena buka jersi Kelantan tapi siap kena taruh lagi. Nasib baik amalan penggal kepala dah lama diharamkan di Sabah ini.

Okay berbalik kepada Copa America, berikut tilikan Sokernet untuk perlawanan suku akhir nanti:

Colombia - Peru (Colombia)
Argentina - Uruguay (Argentina)
Brazil - Paraguay (Brazil)
Chile - Venezuela (Chile)

Itu sajalah rangkuman Copa America setakat ini. Celaka kelab EPL punya pasal lah ni!

20 Ulasan:

Lucius Maximus berkata...

Celaka lepas pos entri baru gua dengar ura-ura kata Rita Rudaini ni dah bercerai.

Mana satu ni? Susah betul kalau nak tulis bab bolasepak kena sangkut-paut dengan dunia artis. Gua dah la jenis tak layan Melodi!

siputgulung berkata...

"Cuma beza antara Barisan Nasional dengan Liverpool ialah yang satu selalu menang pilihanraya umum sementara yang satu lagi tak pernah menang EPL."hahahaha!xbole blah statement ni

Nwx berkata...

macam haram. tajuk pasal copa. tapi tulis pasal copa 5,6 baris yang akhir je..

mr dimaz berkata...

brazil skali lg bertemu paraguay x leh makan lg x tau la...

**chile mgkin ke final..

3rdfrom9 berkata...

bkn sorang la wei .... 3 org semua yang meletup sorang nie jer sebab keluar youtube. Jangan degor berita sok gantung diri suda sebab dah famous dlm youtube ..... YNWA

ijan de bunks berkata...

kahkahkah ulasan copa yang paling menarik, tak payah letak gamba awek2 argie lagi, cukup meletak kan name rita sudah mengindahlan artikel ini.
fyi rita belum cerai lagi dengan aidil. sekian saya nas ahmad melaporkan untuk melodi

talkIZcheap! berkata...

Copa America? apa tuh?? Drawing Contest??

keli berkata...

Sile tukar tajuk entri ni...cam haram. Terkena gua...cuma ada tilikan jer untuk Copa.

'kepuasan batin Rita Rudaini berada di hujung tanduk'
Terbaik...wakakakak.

Btw, isu pasal baju memang tengah panas sekarang. Hari Sabtu sila pakai baju kuning. Kah kah kah

rashideeshukri berkata...

kah kah kah. kita kena troll ke ni?

Jimmy Stracqualursi berkata...

insiden stadium likas tu ada masuk youtube tak? gua nak link. bukan slalu dapat tengok set klate kena pwned ehehe.

Streetwizer berkata...

ok karang tgk liverpool plak...

veri: pipsta = pipistuta?

Nwx berkata...

2 tilikan lucius dah salah. kite tengok agi dua tilikan apa cer..

hantuLongkang berkata...

i hate to chime in when people are in their political rambling frenzy aka dragging everything and anything along with their political shitness...it'll mess up my zen aura if i get into it...

tapi memandangkan aku memang takde aura bukan2 ni, aku nak mencelah jugak :D...

perumpamaan penyokong liverpool dengan BN tu memang kelakar...it gives me a good chuckle(good point by the way)...

tapi.....aku rasa elok kita elakkan dari masukkan parti politik dalam penulisan yang takde kena mengena dengan politik, macam bola...

cukuplah dengan segala macam cerita politik dari parti pemerintah dan pembangkang kita dengar hari2...yang mana kedua2nya untuk kepentingan mereka sendiri...rakyat dapat taik..

don't tell me Bersih is a real deal...or 1Malaysia is not just a brand...bla bla etc etc ffs...those are all lies!!..look great on headlines and manifestos though...(and dont be a fool telling me certain media is unbias unlike its counterpart either)...

jadi, bila bercakpa pasal bola, atau pergi staidum tengok bola, atau main bola petang2, rasanya tak payah la nak bawak politik masuk sekali...walaupun hanya perumpaaan...it kills the laugh..

kalau nak jugak...buat satu parti cap bola...sapa2 sokong team lemah macam MU, kena paksa 5 tahun kerja berat buat landasan keretapi dari perlis sampai sabah..hahah

//argentina...hahah

hantuLongkang berkata...

tulis panjang2 tak keluar pulak...ni yang rasa nak pergi bakar semua pusat dangdut ni...hahah

pakDin berkata...

abenda ko ngarut hantu??

TENGKU berkata...

hoi lucy...prediction copa ko semua salah...bangang...hahaha

hantuLongkang berkata...

@pakDin:
part mana yang aku mengarut tu?...
part bola dan parti politik?
part rakyat dapat taik?
part MU pasukan lemah?
part pusat dangdut terbakar?
part aku curi itik satu reban?...

kehkeh

FeRoZ SuLaiMaN berkata...

Colombia - Peru (Colombia)
Argentina - Uruguay (Argentina)
Brazil - Paraguay (Brazil)
Chile - Venezuela (Chile)

SEMUA SALAH!! hahaha

the writer berkata...

lucy.kalau kau jadi tukang tilik konfem dah bangkrap sekarang ni.tak pun kena bakar dengan customer kau.hahahaha

Cob Nobbler berkata...

Semua tilikan kau tu salah belaka Lucy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...