ANDA SEDANG MEMBACA

13

Hola! - Copa America 2011 (Tamat Perlawanan Pertama)

LuciusMaximus Rabu, Julai 06, 2011 ,
Baru perlawanan pertama dan semua tilikan sebelum ini sudah boleh ditong sampahkan. Dan edisi 2011 kini berdepan risiko menjadi kejohanan paling kurang gol dalam sejarah 95 tahun Copa America.


KUMPULAN A


Argentina 1 - 1 Bolivia

Evo Morales bersama potret Che Guevara yang dibuat dari daun koka

Kali terakhir maruah Argentina dicalar oleh Bolivia ialah pada tanggal 9 Oktober 1967, apabila tentera Bolivia membenam 9 butir peluru dalam tubuh anak jati Argentina dan revolusioner tersohor dunia, Ernesto Che Guevara. 1 Julai yang lepas sekali lagi Bolivia menjadi duri dalam daging kepada La Albiceleste.

Edivaldo Rojas (Naval), pemain kelahiran Brazil tetapi memilih untuk menyarung jersi La Verde merobek gawang Argentina seawal minit ke-47 melalui back heel bersahaja hasil dari tendangan sudut. Namun tuan rumah bernasib baik untuk tidak dimalukan. Menantunya Diego Maradona (eksport kedua terbaik Argentina selepas Che Guevara pastinya), Sergio Aguero (Atletico Madrid) menyelamatkan maruah Argentina dari dicalar Bolivia melalui gol penyamaan pada minit ke-75.

Argentina bernasib baik tidak dimalukan Bolivia, yang walaupun 44 tahun dulu pernah membunuh Che Guevara tetapi hari ini menjadi negara sosialis dengan presidennya Evo Morales menjadikan Che Guevara sebagai idola.

Colombia 1 - 0 Costa Rica

Falcao who?

Antara samseng jalanan Costa Rica dan kartel dadah Colombia, pastinya kartel lebih berkuasa. Walaupun sekadar menang tipis 1-0 ke atas sekumpulan hijueputa ia tetap 3 mata berharga buat Colombia dan jaminan hidup buat para pemainnya dari ditembak mati oleh kartel dadah.

Bukan Radamel Falcao yang menjadi wira, tetapi Adrian Ramos (Hertha BSC) melalui gol berkualiti pada minit ke-44. Berita baik pastinya buat Hertha BSC yang bakal kembali bersaing dalam Bundesliga musim depan.

Colombia sepatutnya boleh menyumbat lebih banyak gol, tapi striker bintang seperti Falcao dan Hugo Rodallega nampak kekok. Mungkinkah buat Falcao, fikirannya menerawang ke Stamford Bridge?

Perlawanan berikut:
Argentina - Colombia (Argentina)
Bolivia - Costa Rica (Bolivia)


KUMPULAN B

Brazil 0 - 0 Venezuela

Elvis Robinho

A Selecao, ranking ke-5 dunia dan juara bertahan Copa America diikat oleh La Vinotinto, ranking ke-68 dunia dan di mana di negara mereka sendiri bola lisut adalah sukan nombor satu sebelum bolasepak.

Bagi Brazil, lawan Venezuela adalah seperti jaminan buah dada dalam bra bikini gadis di Ipanema. Buah dada itu sudah pasti yang belum pasti adalah saiz, sama seperti lawan Venezuela 3 mata itu pasti yang belum pasti berapa ribu gol hendak disumbat masuk. Tapi bukan gol yang dapat kita tonton, sebaliknya keganjilan fesyen rambut Neymar, Robinho dan rakan-rakan.

Bagi Venezuela, seri dengan Brazil sudah kira sama hebatnya seperti Hugo Chavez berani bangun melawan Uncle Sam. Patria o Muerte, venceremos!

Paraguay 0 - 0 Ecuador

Kamon Paraguay! Sikit je lagi dia nak dedah semua!

Bila Larissa Riquelme bersumpah mahu berbogel jika Paraguay menang Piala Dunia, kita tahu itu cakap-cakap kosong. Gila apa Paraguay menang Piala Dunia?

Tapi bila sekali lagi Larissa Riquelme bersumpah mahu berbogel jika Paraguay menang Copa America, kita tahu ada sinar pelangi selepas ribut. Paraguay menang Copa America? Tidak mustahil walaupun still a long shot, tidaklah ibarat menunggu kucing bertanduk.

Namun selepas seri tanpa jaringan bertemu Ecuador kita semua tertanya-tanya, mungkinkah satu-satunya benda bulat yang dapat kita lihat dalam Copa America ialah bola dan bukannya buah dada Larissa Riquelme. Mungkinkah Lucas Barrios, Roque Santa Cruz dan Nelson Valdez sebenarnya sudah puas tengok Larissa Riquelme berbogel sampaikan mereka tidak hairan dengan tawaran yang diberikan?

Apakah nasib?

Perlawanan berikut:
Brazil - Paraguay (seri)
Venezuela - Ecuador (Venezuela)


KUMPULAN C

Uruguay 1 - 1 Peru

Machu Pichu FC - Selamba mengikat Uruguay

Kalau Argentina dan Brazil sudah seri, maka tidak hairanlah Big 3 Amerika Selatan yang terakhir iaitu Uruguay juga turut mendapat seri. Senasib dengan Argentina, Uruguay ketinggalan di belakang terlebih dulu apabila Paolo Guerrero (Hamburger SV) meletak Peru di depan pada minit ke-23.

Nasib baik Kop hero, Luis Suarez yang bergigi arnab muncul penyelamat maruah 3.5 juta rakyat Uruguay apabila merembat masuk bola pada minit ke-45 hasil lorongan through ball dari rakan lama beliau di Ajax, Nicolas Lodeiro.

Brader otai Diego Forlan bagaimanapun masih belum mahu mengganas.

Chile 2 - 1 Mexico

Bukan bendera Texas mahu pun Melaka

Mexico sebagai pasukan jemputan membawa skuad bawah 23 mereka, di mana 8 dari pemain skuad terpaksa ditukar pada saat akhir kerana insiden membawa pelacur masuk ke hotel penginapan. Bawah 23 dah pandai bawa anak gadis orang masuk bilik.

Maka dengan itu ia sepatutnya tugas mudah buat Chile yang sejak kebelakangan ini juga kurang kick jika dibandingkan dengan cili padi. Pun begitu El Tri yang terlebih dulu di depan, hasil jaringan pemain berusia 19 tahun Nestor Araujo (Cruz Azul).

Tetapi Chile bangkit pada separuh masa kedua. Terima kasih kepada lebih 10,000 penyokong La Roja yang menyeberangi sempadan Chile-Argentina bersama bendera gergasi (perlawanan diadakan di San Juan yang berdekatan sempadan) untuk menyorak pasukan mereka. Esteban Paredes (Colo-Colo) menyamakan kedudukan pada minit ke-66 dan kemudiannya pemain tengah Arturo Vidal (Bayer Leverkusen) menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-72.

Perlawanan berikut:
Uruguay - Chile (Uruguay)
Peru - Mexico (Mexico)

13 Ulasan:

LuciusMaximus berkata...

1st lil puta!

Unknown berkata...

arturo vidal hero chile

Cob Nobbler berkata...

Lucy - kelayakan WC tahun lepas - in 2009 - Bolivia pernah belasah Argies 6-1. Masa tu Diego Maradona manager.

Gua sebagai fan Albiceletes memang awal-awal cakap - Bolivia ini memang team badi Argentina.

Dari djaman Guevara sampai djaman gol Rojas celah kangkang si Banega - memang Bolivia ni badi beb. Badi!

Zinedine Zaiddin berkata...

Masa kelayakan yg Argies kono bantai 6-1 tu kalau tak silap time tu lawan kt Bolivia. Altitud lebih dari 2000 kaki dari paras laut, Brazil pun pernah merasa kena titik.

Satu advantage buat Bolivia, cumanya dah lawan kat tanah bawah gunung pun Argies kena gol celah kangkang gak ni..ce citer ce citer.

I Am Legend berkata...

alah masa copa america buat kat bolivia pun dulu yang juara bolivia jugak, pasal tu evo morales ni bising bila fifa nak haramkan main bola atas gunung...

tapi tulah, sekarang dah turun kaki gunung pun terer jugak bolivia ni!

apa pun gua harap sgt paraguay tak mengecewakan. asyik tengok lurah atas je, nak juga tengok lurah bawah ye dok?

hellghast berkata...

Lucy gua kecewa lu block fb gua sebab gua kata kucing lu comel same mcm lu!

ok berbalik kepada komen! aku rasa team2 ni baru start main,belum nampak lagi power dia,sedangkan Sepanyol game pertama pun tewas dengan Switzerland!
kita tengok second game mcmana! tapi aku harap Bolivia,Mexico,Larissa dan Forlan menang copa Amerika!

10 tahun lepas sebab aku tgk Copa ni la aku hampir terlupa ade ujian lisan SPM! sebab nak tgk Mexico menang lwn Brazil! nasib baik menang! Jared Borgetti FTW!!!

Aksara tenati,mcm tenat masing2 nak score gol ke ape!

Hizwan Nizam berkata...

"Bukan bendera Texas mahu pun Melaka"
haha. macam sial.

Ozgur Cek berkata...

kalau dulu dupla aniquiladora dari Chile xmenjadi...
gua rasa tripla aniquiladora dari Uruguay pun xmenjadi jgk..

rashideeshukri berkata...

patut la gua tak nampak line-up Mexico yang biasa. kantoi beromen rupanya. dekat Amerika Selatan pun ada jabatan agama.

kamon Larissa kamon!

keli berkata...

Hampeh memang tak banyak gol...sekarang Copa America dah berjangkit dengan european football.

Alamak lagi sket jer tu....kakakaka..terbaik die punye boobs.

kareem berkata...

gampangan apakah argentina ni asyik seri je?gua lagi layan FWCC kat jerman daripada layan copa ni...

Streetwizer berkata...

kemon Chile kemon!

bojan berkata...

mati mati aku ingat tu bendera melaka! hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...