ANDA SEDANG MEMBACA

32

First Day Saya

pakkordi Khamis, Ogos 25, 2011
Masihkah anda ingat hari pertama masuk kerja atau masuk kelas? Orang kebanyakkan akan terus buat kerja macam mereka tu mesin fotostat: masuk dokumen, buat 3 copy, keluar lah 3 salinan fotostat.

Tapi saya, saya takkan terus buat kerja. Saya akan cari "lubang ular" dulu. Pot melepak, merokok dan curi tulang. Yes.

Saya telah cuba cari lubang itu di Sokernet, tak jumpa. Maklumlah sistem pengurusannya yang cekap dengan pak guard, pintu depan cermin frosted sliding otomatik menggunakan alat bacaan retina, cap jari dan suhu telinga untuk buka, tingkap bukan naco dan paling penting sekali berada ditingkat atas tapi tak perlu naik tangga.

Tugas saya mengulas apa yang patut. Itu arahan rakan kem pasukan bolasepak Liverpool "Terlalu Power (TM)", Jannah dan Dingin. Tugas saya juga ialah untuk mengembalikan semangat jatidiri peminat pasukan bola Liverpool yang hampir punah musim lepas akibat kemelut ekonomi, pemain dan pengurus yang bergelut dengan apabenda ntah. Hinggakan pengulas kita, Jannah menyepi di pedalaman Sabah dan Dingin punya rambut jadi kusut masai bukan main.

Peminat Liverpool migrasi dan bersepah-sepah dimerata-rata pelusuk internet. Ada yang masih membaca Sokernet dan ada yang hempas laptop, tendang meja, terus potong akaun internet.

Semua gara-gara perang saraf dari kem lawan yang selalunya terang tetapi kadangkala halus. Halus sangat bila masuk tandas baru dapat faham kehalusannya itu. Mereka menggunakan gambar "budak pakai jersi Liverpool duduk atas curb jalan sambil menangis" dan "tin sardin cap ayam 1892" dalam taktik psiko mereka. Chis! Tak bergaya langsung!

Jadi, para peminat pasukan bolasepak Liverpool "Terlalu Power (TM)", marilah kita bersatu kembali dengan tangan saling berpegangan dalam memantapkan minda kita dari serangan psikologi ini. Kita harus gentle dan macho.

Oh sebelum saya terlupa, dalam pertandingan Carling Cup (yang mana semua team EPL akan lawan jugak team corot dari mana saya tak tau) pagi tadi, Exeter (team merah) 1 - Liverpool 3. Team merah lain kalau lawan Liverpool musim ini, memang jadi barai manakala Exeter pula saya rasa takde chan langsung akan naik EPL.

#YNWA ./

32 Ulasan:

ibnu sina inamza berkata...

1st!LOL

Unknown berkata...

dengan exeter pun stil bolos satu. macam mana ni?

LS berkata...

haha barai siak

mrlrie berkata...

exeter tue team 9 sebelah anjuran belia 4b kg.dodol ka?

Jarr berkata...

yeahhh!!cayalah pakkordi sudah masuk jadi pengulas kem Liverpool!Tahniah bang!

Kasi hardcore ini Liverpool!

talkIZcheap! berkata...

selamat datang dan selamat berjuang, heh heh...

dulu baca dan komen jer, sekarang dah jadi pengulas, fan sokernet akan mengebom anda dan pasukan anda secara lebih direct, bahkan akan kena bom dari pengulas yang lain jugak, so kekuatan mental amat perlu di situ...

Silap-silap haribulan boleh kena serangan pribadi seperti yang dilakukan kardio terhadap Nazri dan FdausAmad, ataupu Klasemen Forever terhadap Danny :p

jangan segera hilang selepas satu musim, good luck :p

-Liverpool amat Exited selepas menang dengan Exeter pagi tadi yer??

ijan de bunks berkata...

letak la muke kordi. sedap sikit nak bahan nanti.

Jarr berkata...

korang ckp mcm pakkordi ni budak budak baya korang..kahkahkah.

lawak lawak...

saudagar gaRAM.. berkata...

mohon welcoming commitee sediakan jamuan ringan pkl 4 ptg nanti..

Alif Ozsmarani berkata...

Steady aku! pak kordi!


YNWA!

FdausAmad berkata...

Jangan kerja smeinggu tak tahan pressure, lepastu resign sudah la..

kahkahkah!

Anyway,
Welcome Pakkordi!

Tanpa Nama berkata...

Welcome pakordi,

Meriah lah nanti, boleh clowning around :p

pakkordi berkata...

Orait and tq.

Let's roll!

Azlan Zed berkata...

welcome on board !

#yenuwa

r.k berkata...

boleh lah nak jadi pengulas Liverpool . Team lain punya pengulas dah cukup power , nak-nak lagi Chelsea . tak perlu ramai-ramai . Cukup Lucy seorang . ye dok ?
kah kah kah

Semoga tak tiru perangai Pipi ye Kordi .

rashideeshukri berkata...

kesian dah gua tengok Dingin. dah tak keruan memikirkan macam mana nak jawab Jorji tiap-tiap minggu.

nanti gua try hantar gambar fresh dan terbaik dari ladang Anfield okay.

Unknown berkata...

this is our year, #YNWA

hantuLongkang berkata...

hiyahh..itu dia pakkordi udah masuk kem...

selamat menyebarkan propaganda liverpool dan 'menghina' team2 lemah lain..
dan selamat mengular :D..

pakai 'saya' tu saja nak bagi nampak jinak ke mula2 masuk kerja ni?..haha

YNWA!

Qazwsx berkata...

mula2 masuk kerja staf sama umur pun kita panggil abang.1st day pny pasal.ari 1st guna 'saya' dulu la.BTW.wat entri mantap ok.sekali bongkak xsalah kan.hahha

Le Ali berkata...

tahniah brader kordi! ke pakcik? hehe.

Jojoe Ali berkata...

Seperti mana terernya Liverpool leh menang dengan Exeter, begitu jugalah terernya Pak Kordi mengulas nanti.

Best of lucksss. Extra S for extra luck.

hellghast berkata...

time mula2 pakkordi jadi freshies la kita boleh keji dan hina sebaik mungkin,nanti kalau cap jari dah kering kita kena keji balik! hahaha!!!
congrate Pakkordi...btw takde ke pengulas La Liga woih!

MDM FARAH FAIZURA berkata...

Selamat datang dan selamat berjuang Tuan. Lega rasa hati. haha. YNWA!

zu berkata...

aku saspek umur pakkordi tiga kali ganda umur aku ni.
harap dengan kemasukan pakkordi, kem liverpool tidak akan sunyi lagi paling busuk pun sekali seminggu.
kalau perlu bersilat, kita langgar je.
YNWA.

farwalis berkata...

pak kordi masuk, maka gua dengan rela hati beli laptop baru dan pasang internet di rumah.

keli berkata...

Lawan jangan tak lawan. Kasi pangkah kem2 lain.
Gua harap entri Pakkordi lebih bercorak attacking. Defensive Jannah dgn Dingin boleh handle kot.

p/s: Jangan guna akaun Abdul Sokernet udah ler...kikiki. Selamat bertugas Pakkordi.

YNWA. Liverpool power

Lion-O (Thundercats) berkata...

ambil 3 bugger untuk defend 1 team yg yawn gila...wateva

nmz berkata...

yess pakkordi dah join kem liverpool sokernet! selalu baca komen beliau di blog. semoga kem liverpool semakin kuar di sokernet! YNWA :D

Ozgur Cek berkata...

welkem...welkem...huhu..
1st day dah sembang kencang, arap2 lpas ni lebih kencang & xmenyepi mcm pngulas lain..
walk on..walk on..
YNWA!!

ayobkelubi berkata...

jarr : itu lah pasal...apa derang ingat pakkordi tu baru mummayiz ker apa?.

apa-apa pun, gua dgn jarr akan jadi pelobi utama untuk pak kordi pada PRU ke 13 bagi DUN ANFIELD!.

steday pak kordi...siap lah lu orang semua...season ni gua dah pakat ngan jarr ngan pak kordi nak ngamuk habis2san..

selamat hari raya yo!.

Streetwizer berkata...

steady pakkordi...blnja aku ayam golek bukak posa ni...:p

kareem berkata...

sial lambat wish pakkordi. apapun, slamat menjadi pengulas pakkordi!

Gua mohon pengulas kem arsenal juga ditambah. Mana larat pipi nak hendel sorang-sorang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...