ANDA SEDANG MEMBACA

38

Manchester United Juara EPL 2011/12

Jorji Isnin, Ogos 15, 2011 , ,







Adalah tidak manis jika Manchester United juga seri pada perlawanan pertama mereka. Sebagai sebuah pasukan yang telah 19 ( SEMBILAN BELAS ) kali menjulang kejuaraan inggeris, mereka patut memberi contoh baik kepada pasukan-pasukan lain.

Musim 2011/12 EPL telah bermula!

...dan ianya bermula lesu! satu dunia telah tahu dan menjangkakannya. Anti klimak! Soalan bocor! Undi hantu dan SPR! Kenapa? Sudah jelas lagi bersuluh, tiada satu pasukan pun yang mampu menidakkan kejuaraan ke 20 Manchester United pada musim ini! Thats it!

Manchester United kali ini dibarisi barisan pemain yang lebih menyeluruh. Baik kesebelasan utama, simpanan dan juga pemain muda di akademi/team B. Malah berani di'kabor'kan, jika Pak Alex menurunkan Team B Manchester United di EPL pun belum tentu Chelsea boleh menang, apatah lagi Arsenal.

Jangan fikir la Liverpool. Ianya sama macam terkenangkan sirap bandung di tengahari panas bulan puasa. MAKRUH! Silap-silap boleh kurang pahala puasa. Perumpamaan la...

Kemasukan Ashley Young menambah-bahayakan lagi jentera serangan Manchester United yang sedia bahaya. Kira macam Young and Dangerous la. Cleverly pula bermain baik. Sebenarnya aku sangat benci dengan Carrick dan Anderson. Aku suka kalau Carrick patah kaki atau kene langgar. Midfields yang baik mesti berani memegang bola, mencorakkan serangan, kreatif, sedikit robust dan paling penting membuat hantaran tepat. Semua itu tiada pada Carrick dan pemain Harimau Malaya hari itu. Cleverly atau Fletcher adalah lebih baik dari Carrick. Safiq juga lebih baik dari Carrick!

Pertahanan juga mendapat suntikan pelapis yang bagus setakat ini. Boleh dikatakan, Manchester United telah bersedia dari segi persediaan pemain untuk mengharungi pelbagai piala dan pentas perlawanan untuk musim ini. Jika ada yang tercedera, penggantinya pula telah tersedia. Rotation juga boleh dilakukan jika pemain kepenatan. Cemerlang betul persediaan Manchester United dibawah bimbingan Pak Alex!

Apa makan Pak Alex ni?

Valencia, JS Park, Chicharito, Evra dan Sneijder belum main lagi. Apa? Sneijder? Ya! Sneijder telah hadir ke Manchester United dan berita pembeliannya akan dikeluarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Bagaimana dengan pasukan lain? Mari kita ulas sedikit walaupun ianya membazirkan megabytes aje.

1. Chelsea - Mohon seri pada perlawanan pertama. Torres masih sama. Tidak tahu menjaringkan gol. Mungkin dia hanya sesuai sebagi 'lone striker'... atau bergandingan dengan Villa Boas? Corak permainan juga masih sama. Tiada pembelian pemain yang menarik. Sementara Boas dijangka akan dipecat pada perlawanan ke 6 atau 7.

Target tahun ini dijangka tempat ke 5 dan layak ke Europa League.

2. Arsenal - Seri juga diperlawanan pertama dan mungkin dibanyak perlawanan akan datang. Jika Arsenal menang sebarang perlawanan musim ini, dikira bernasib baik, sementara mana-mana pasukan di EPL yang tidak boleh menang lawan Arsenal dianggap bebal! Lawan Arsenal pun kalah? Biar betul?

Target musim ini - sama seperti target selama 6 musim sebelumnya iaitu, kekalkan Arsene Wenger sebagai pengurus....dan dijangka berjaya!

3. Manchester City - Bakal memberi saingan hebat kepada Manchester United? chaait! Kun Aguero bakal flop. Tevez terus bising nak balik Argentina sementara Mancini akan dipecat. Ballotelli pula disahkan mempunyai otak sebesar biji kundang. Jutawan Arab Sheikh Mansour ini adalah contoh orang islam banyak duit tapi belanja ke tempat-tempat tak berfaedah kepada pembangunan islam. Rakyat Eutopia masih melarat dan kebuluran semenjak tahun 80an tetapi tidak mendapat bantuan sepatutnya. Orang islam sibuk nak buat bangunan tertinggi la, beli pemain berjuta-juta pound sterling la, sementara orang putih macam Bill Gates sibuk buat kebajikan. Apa nak jadi ni? Ini petanda apa ni?

14. Liverpool tolong sedar diri cepat. Dapat kekal di EPL lagi dah kira syukur dah tu. Sebagai pasukan yang mencintai dan mementingkan sejarah, Liverpool sepatutnya banyak belajar dari Ali Rustam. Bagaimana Ali Rustam berjaya membangunkan Melaka dari sebuah negeri penuh sejarah kepada sebuah negeri maju 2010. Mereka sepatutnya bertandang ke stadium Hang Jebat dan menentang pasukan Melaka sebagai pemanas badan, ini tidak, sibuk nak lawan Harimau Malaya!

Liverpool dan Sharbani adalah punca sebenar Harimau Malaya gagal kepusingan seterusnya Piala Dunia!

hmmm... lebih baik kita bertahajjud dari bercerita hal Liverpool.

selamat berpuasa dan jangan lupa bertarawikh dahulu sebelum tengok bola!


38 Ulasan:

Jorji berkata...

Sahurrrrr!!

balaci terhormat& co. berkata...

b.uTO..haha

Nabil Hussein berkata...

ini...ini....ini adalah geniusss~!!!

Tanpa Nama berkata...

first match pong dah macam harommm kn ulas..hahaha..

Hizwan Nizam berkata...

entry ni cukup celaka aku kira. haha, jorji adalah sangat sengal, tapi gua tetap suke !

glory2 !

idysur tagem berkata...

pepatah orang putih ada mengatakan,jangan kira ayam sebelum telur menetas.

kalau tengok first game dah tau siapa juara epl,tentula bolton akan menang epl tahun ni!

mdfaizal berkata...

sharbani?
cikgu bola skolah mana ni?

M. Umar M. Salleh berkata...

kesian Man City, jadi kaya salah, tak jadi kaya, banyak hutang pun salah..LOLZ!

City Till I Die!(CTID)

Aguero! WelKUN to Manchester!

hahaha..

r.k berkata...

ManU memang power , menang lawan West Brom .

team yang dah dekat 51 tahun tak boleh kalahkan ManU .

ManU memang power boleh menang lawan West Brom .

Power power ..

Klasemen Forever berkata...

1st game dah menyalak. lu menyalak serupa itu anjingg. west brom pun lu mau kecoh seperti itu anjinggg. haiyaaa

Lucy_al berkata...

menang ngan west brom leh jd champ epl 2011/12 siot..peh hebat nye...






*mangkuk ayun punye entry

dsrwcxf berkata...

hahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaahahahahahaahhaahahah

camna nak like 19kali?

LS berkata...

Klasemen forever kembali lagi! Terlepas dari neraka ke dik?

BTW. MU start dgn cemerlang. baik, baik.

SocketWorld berkata...

pemain West Brom paling annoying buat pemain MU(&MU fans) = MUlembu.
~asyik terjah saja..
(vidic kuar sebab x tahan..)

Shank berkata...

hehehehe .. apa nama mangkuk hayun tuu ..
De_gea .. bunyik mcm massimo Taibi ..
kah kah kah

guwa letak dunhill+2 batang nusantara merah _
mamat tu jd golkeeper smpai bulan 11 jer.

Shank berkata...

dan sapa sapa yg letak mamat tu jd golkeeper kt fantasy ..
baik tukar awal awal ..

talkIZcheap! berkata...

menang ngan West Brom kalu tak dapat jadik juara Liga jugak, yang seri dengan Stoke, striker tak score-score... kena kad merah ngan Nukasel dan yang seri lepas leading, penalti tak masuk tu, tak tahu lar aku,... hahahaha-HA!!

Memang Bolton akan juara tahun ni!! :p

Hafizzuddin Rubaee berkata...

rameinye yg jelez dgn keagungan menyu nih...sedar2lah diri okay...berpijaklah pada bumi yg nyata..kalo nak harap kuda tua dan dubuk lior sume memang assalamualaikum lah..kalau nak sandor pada kenangan memang selame-lamenye berzina depan kamera je lah.lol. same lah jugak dgn team geng budak sekolah..juga kelab minyak..duit berjuta-juta gunelah bantu saudara seislam nun di sane...opsss~

p/s: jorji: hang udoh mcam Pak Belalang..Bole tilik sape menang epl season nih..ahahaaa...menurut pengamalan saya, sesiapa yg xnampak tilikan saya ini, dia anak luar nikoh..kah3~ =.="

ijan de bunks berkata...

ces young menjaring kan gol naseb(ramai setan emo statement ni nanti)

tapi tengok game pertama semua kelab main ala2 x power lagi. yang sedap nye ialah barton kene pijak dengan song sambil2 kene lempang dengan gervinho

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

hi klasemen forever

ayobkelubi berkata...

umang ai jorji..bunyi riak tu macam tak nak kumpul pahala puaso yo warih?. keh keh keh..

top_ace7 berkata...

Barisan pertahanan muda MU akan di uji untuk 6 minggu mendatang di sebabkan kecederaan Vidic dan Ferdinand. Kalau diorang maintain dan De Gea kasi masa sikit, gua syak MU treble tahun ni. Kah kah kah!

rashideeshukri berkata...

ahhh entry kotey. sntry ni pun sebenarnya dah kira tak adil macam SPR (ni gua ikut cakap lu je) jugak. cilake apa baru first game dah menganjing takbur jahat macam ni.

dah 51 tahun WBA tak pernah menang dengan MU. kalau tambah lagi setahun apa salahnya kan?

kushyrie berkata...

ramai giler butthurters kat sini..

1 game 1 menang dah banyak ni komen..

kita tunggu 37 lagi games

Streetwizer berkata...

kita tgk mnggu dpn cmner plak menyu lwn tottenham...

Unknown berkata...

ok, aku copy entry ni utk counter blk hujung season nih, haha

keli berkata...

Hehe...ini memang tak patot. Baru 1st game weiii dah claim bakal champions. Cehhh..Ada ke patot..

Btw aper jadah Liverpool dgn Ali Rustam? Tapi sejarah mungkin berulang..kakakaka..

Jojoe Ali berkata...

Ko nampak kapal kat dalam logo MU tu? Nampak? Ha.. itulah...

AKSARA : ovesto. oh, best betol.

talkIZcheap! berkata...

tengok minggu depan? baik tengok season depan je terus, dapat ke tak MenYU kekal juara...

Tahun ni cam hampir pasti dah juara aku tengok, ngeh ngeh ngeh :p

jejakapopcorn berkata...

19 kali maaa juaraa!..Ko hadoo?

RattleHead berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
RattleHead berkata...

standard la fan MU.....baru pegang title 19 kali juara (tak sampai semusim lagipun)dah menyalak bukan2...liverpool pegang title tu bermusim-musim takde la menyalak mcm ni huhuhuhu....bila menang menyalak mcm anjing polis....bila kalah tak buka FB,tak kuar rumah dan berkabung tak nak campur masyarakat hahahahaha......jadi Fan Kelab syaitan...perangai pun ikut syaitan la kuikuikui...poyo siut fan MU ni hahahaha

Jojoe Ali berkata...

Liverpool menang tu, iRC pun tak wujud lagi. Nak menyalak kat celah mana? HAHAHAHA lucu.

talkIZcheap! berkata...

mesti lar menyalak time menang, takkan nak menyalak time kalah?

Kan ke bangang namanya tu [menyalak time kalah]??



-Nice one hazard, ha-HA!

RABUN berkata...

sila terawih sambil pakai jersey setan...perghh

Jorji berkata...

hazard 1 - 0 Liverpool

kekeke

faridzainal berkata...

kahkah..
kelakar la salakan si kepala rattle ni.

terbangang

Azlan Zed berkata...

pak alex makan kuih koci. biasa la set atuk-atuk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...