ANDA SEDANG MEMBACA

25

Safee Sali Ke Bundesliga? Kau Biar Betul!

LuciusMaximus Khamis, Ogos 11, 2011 , ,


Gokhan Tore lawan Chris Lowe, dua pendatang baru Bundesliga yang dah rasa peritnya minggu sudah


Semalam kecoh bila pecah berita bahawa penyerang paling power dalam Harimau Malaya, Safee Sali dilaporkan telah mendapat tawaran dari sebuah kelab Bundesliga. Astro Arena telah pun mendedahkan berita ini yang dikatakan turut diakui Safee Sali sendiri. Bagaimanapun tawaran yang dikatakan itu masih di peringkat awal, katanya.

Kalau betul Safee Sali mendapat tawaran bermain di Bundesliga ini memang satu berita baik. Baik untuk Safee Sali sendiri dan bolasepak Malaysia secara umumnya. Cuma aku berharap Presiden FAM tak keluar TV buat kenyataan bijak berharap pemain Malaysia kekal di Malaysia untuk menyumbang kepada liga bolasepak tempatan macam yang pernah dibuatnya masa Safee Sali hendak ke Pelita Jaya dulu.

Macam biasa selepas pecahnya berita ini maka ramailah yang sudah mula mencongak-congak kelab Bundesliga mana yang bakal disertai Safee Sali (kalau betul berita ini). Ada yang meramal Bayern Munich, atau Borussia Dortmund, VfB Stuttgart, Bayer Leverkusen atau Schalke 04. Pendek kata semua kelab-kelab Bundesliga yang power. Tak ada siapa pula kot yang terfikir kalau tawaran itu datang dari FC Augsburg, SC Freiburg atau Borussia Monchengladbach pun sudah kira cukup kuar biasa sebenarnya.

Namun kelab yang paling disebut-sebut bakal menjadi destinasi buat Safee Sali ialah FC Koln, kelab Bundesliga berpengkalan di Cologne yang juga merupakan kelab penyerang kebangsaan Jerman, Lukas Podolski (tapi Podolski ini dah menghampiri ambang senja dalam skuad Die Mannschaft). Jika benar bagai dikata, bolehlah agaknya Safee Sali bergandingan dengan Lukas Podolski di bahagian serangan ye tak?

Tapi itu semua belum pasti lagi. Dan walaupun Bundesliga merupakan liga di mana banyak pemain luar Eropah tidak ternama diberikan tawaran bermain, ia bagaimanapun bukanlah liga cap ayam. Bundesliga memang terkenal sebagai salah satu liga yang banyak menghasilkan bintang baru bolasepak dari pemain yang langsung tidak dikenali sebelumnya. Dan siapa-siapa yang rajin layan Bundesliga pasti tahu betapa pantasnya permainan mereka. Purata pemain Bundesliga akan berlari lebih dari 10km dalam 90 minit permainan dengan corak permainan menyerang dan pesta gol yang merupakan perkara normal.

Setakat ini, kebanyakan pemain Asia dalam Bundesliga berasal dari Jepun. Antara yang paling berjaya ialah Shinji Kagawa, pemain tengah berusia 22 tahun yang Borussia Dortmund beli pada harga ciput sekitar EUR300,000 tahun lepas. Sekarang nilai Kagawa paling busuk pun EUR3,000,000 agaknya.

Aku sebenarnya kurang yakin Safee Sali ini 'Bundesliga material'. Ya kat dalam Asia Tenggara memang dia gempak tapi Asia Tenggara ni tahap mana je? Pemain Jepun boleh kot main Bundesliga tapi pemain Malaysia seekor pun tak ada yang main di J-League.

Mungkin betul Safee Sali bakal ke Bundesliga. Mungkin juga betul-betul bakal menyertai FC Koln. Atau mungkin yang sebenarnya Safee Sali dapat tawaran dari kelab 2. Bundesliga, yakni divisyen ke-2 bolasepak Jerman.

Bukan apa, Astro Arena ni duk pulun cakap 'tawaran dari kelab Bundesliga' tapi kena ingat Bundesliga ini ada 2 jenis juga.

Tapi, kalau dapat tawaran dari kelab 2. Bundesliga pun dah gempak habis sebenarnya. Suka hati engkaulah Safee Sali, yang penting kau glamer sebab benda yang bagus, bukan sebab Jejari Runcing atau Dahlia Teteck.

25 Ulasan:

pizli.mw berkata...

Apa2pun Safee cool je. Baguslah, takdela excited tak tentu pasal..

pepol berkata...

dahlia teteck ek,hahahaha

Solahuddeen berkata...

betul. divisyen 2 pun dah ok. mane tau buleh naik div 1 plak. sikit2 lame2 jadi bukit. ye dak.

Aziz Nasution berkata...

2.bundesliga pun kira ok lah lagi klu nak dibandigkan dengan liga slovakia..

Hizwan Nizam berkata...

tak memasal plak jejari runcing ade. cehh !

Sy's Den berkata...

Meh.

rashideeshukri berkata...

Dahlia Teck. keh keh keh. tapi gua ingat Elia yang banyak bunyik pasal menda ni, KFCM ilek je.

2.Bundesliga pun dah cukup baik rasanya.

Hello Hello berkata...

wah..ganster2

Thaqif Ismail berkata...

dahlia teteck? hahaha. cam sial name. hahaha

Tanpa Nama berkata...

Schalke 04 power bai

Najmi Hayat berkata...

doakan Safee dapat bergandingan dengan Dodolski!

Kurast berkata...

dahlia teteck..hahaha

Ozgur Cek berkata...

masuk st pauli pn dh cukup okey...

keli berkata...

Ehhh... biar betol! Bundesliga tu weiii...too good to be true.

Amcek dan kehidupan berkata...

divisyen 2 pun dah cukup bagus. yang penting, ekspirien tu. cuma, umur dah cecah 29. berapa tahun je lagi tinggal.

tapi, bagusnya, at least, kalau betul jadi pindah, maybe boleh bukak mate scout untuk usha2 player dari malaysia ni.

wan kuzain ape cerita?

Pai berkata...

dahlia teteck?...kurang pahle puasa aku hari ni..haha

Zinedine Zaiddin berkata...

Bundesliga ada 3 division sebenarnya. liga tu namanya 3.Bundesliga. Eh ye ke? Entah la. haha

Jojoe Ali berkata...

Sebenarnya.. Bundesliga ada 7 kesemuanya...

Hahaha~

JaZ berkata...

Entri terbaik!!!

cantona79 berkata...

paling bangsat pun kalu bukan shalke or leverkusen.. borussia 'menggelabah' pun ok

hartanah berkata...

khusyuk aku baca..sampai last aku gelak sorg2!! hahahahaahaa...
bkn sbb jejari runcing @ Dahlia tutut..

Streetwizer berkata...

ok lar tu...

Jimmy Stracqualursi berkata...

1860 munich pun ok. mana tau nasib baik kena undi ngan bayern kat DFB pokal, kompom astro tunjuk nye. munich derby ftw!

nasz playersz berkata...

aku ada baca rumours yang badrol bakhtiar dapat trial offer dari wigan athletic....benarkah??

Unknown berkata...

Lucius xnak komen pasal Baddrol Bakhtiar plak ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...