Selamat Hari Malaysia yang ke-48 diucapkan buat semua warga Sokernet. Tahun ini kita menyambut Hari Malaysia setelah sambutan Hari Kebangsaan yang lazimnya diadakan setiap 31 Ogos 'ditunda' atas sebab bertindih dengan Hari Raya Aidilfitri. Lebih luar biasa lagi sambutan tahun ini diraikan dengan rakyat Malaysia kini dalam dilema setelah munculnya cerdik pandai yang mendakwa Malaysia tidak pernah dijajah, sebaliknya hanya dinaungi oleh British selama ini.
Sejak kebelakangan ini aku banyak mengisi masa lapang dengan menonton perlawanan Piala Dunia Ragbi 2011 yang sedang rancak berlangsung di New Zealand. Macam kebanyakan acara piala dunia sukan, Malaysia tidak turut serta kerana tidak layak. Maka masa lapang yang ada terpaksa diisi dengan menonton perlawanan melibatkan negara yang langsung tidak ada sangkut-paut dengan diri kita sebagai rakyat Malaysia. Lainlah kalau moyang kau dulu asalnya Fiji dan berhijrah ke sini zaman Malaya dinaungi British.
Ragbi seperti yang kita tahu boleh dirujuk susur galurnya hingga ke kepulauan British. Ia sama seperti beberapa spesis sukan lain seperti bolasepak, kriket dan hoki padang. Dan sebagai satu sukan British ianya banyak dimainkan oleh rata-rata negara Komanwel atau negara yang pernah satu masa dulu dijajah (atau dinaungi) oleh British. Tengok saja pada 20 buah negara yang bermain dalam Piala Dunia Ragbi 2011 ini, kita boleh kira bahawa paling tidak 13 buah negara yang bertanding pernah pada satu masa dijajah atau dinaungi oleh British atau merupakan negara Komanwel dan mempunyai pertalian rapat dengan British satu masa dulu.
Hubung kait sukan ragbi dan legasi British memang tidak dapat dinafikan. Kita semua arif bahawa negara ragbi yang kuat adalah Afrika Selatan, Australia dan New Zealand; semuanya negara Komanwel dan sebahagian dari Empayar British satu masa dulu. Dari tiga negara yang disebut tadi dan juga England (yang secara prinsipnya satu masa dulu tuan besar Empayar British), hanya mereka sajalah yang pernah menjulang trofi Webb Ellis merangkap Piala Dunia Ragbi.
Selain dari 4 negara yang pernah menjuarai Piala Dunia Ragbi, kuasa ragbi yang lain adalah seperti 3 negara pulau kecil yakni Fiji, Samoa dan Tonga (Pacific Islands Rugby Alliance), selain dari negara Home Nations yakni Scotland dan Wales serta gabungan Ireland yang terdiri dari Republik Ireland dan Ireland Utara. Dan jangan pula kita lupakan Amerika Syarikat, Kanada dan Namibia. Semua negara ini juga mempunyai sangkut paut dengan Empayar British dulu.
Fiji - Tidak mensia-siakan penjajahan British dengan belajar main ragbi |
Antara 10 negara ragbi terkuat dunia mengikut kedudukan semasa IRB World Rankings, hanya Perancis dan Argentina yang tidak ada sangkut paut langsung dengan Empayar British. Jelas boleh kita rumuskan bahawa ragbi yang berasal dari Britain satu masa dulu dipopularkan di tanah jajahan British sehingga negara-negara yang pandai bermain ragbi hari ini majoritinya negara Komanwel atau bekas Empayar British.
Tapi apa cerita Malaysia? Pandaikah rakyat Malaysia bermain ragbi?
Kedudukan Malaysia dalam IRB World Rankings ialah nombor 62. Di atas Peru tapi di bawah China. Nampak sangat semasa dinaungi British dulu kita lebih banyak mengutip buah kelapa untuk orang putih dari belajar merebut bola ragbi.
Mungkin akan ada yang berfikir, India dengan Pakistan pun jajahan British juga tapi tak pandai pun main ragbi. Jadi Malaysia sebenarnya tidak keseorangan.
Betul. Memang India dan Pakistan tidak pandai bermain ragbi, Begitu juga Bangladesh dan Sri Lanka. Tapi di mana mereka gagal mewarisi ragbi, mereka ganti dengan mewarisi sukan British yang lain.
Kriket.
Piala Dunia Kriket semenjak bermula dari tahun 1975 hanya pernah dijuarai oleh Australia, India, Pakistan, Sri Lanka dan West Indies. Piala Dunia Kriket 2011 yang sudah disertai 14 buah negara, semuanya merupakan negara Komanwel atau bekas Empayar British kecuali Belanda. Sama seperti ragbi, kita boleh rumuskan bahawa sukan kriket yang berasal dari Britain satu masa dulu dipopularkan di tanah jajahan British sehingga negara yang pandai bermain kriket hari ini majoritinya negara Komanwel atau bekas Empayar British.
West Indies - Tidak mensia-siakan penjajahan British dengan belajar main kriket |
Bagaimana agaknya kriket di Malaysia? Pandaikah rakyat Malaysia bermain kriket?
Kedudukan Malaysia dalam World Cricket League ialah nombor 36. Di atas Kuwait tapi di bawah Guernsey. Nampak sangat semasa dinaungi British dulu kita lebih banyak menyabit lalang untuk orang putih dari belajar memukul bat kriket.
Jadi apalah agaknya sukan British yang berjaya kita warisi hasil dari dinaungi oleh British dulu? Tak akanlah satu habuk pun haram kita tak belajar dari tuan British kita melainkan perkataan 'yes sir' dan lagu 'God Save The Queen' (atau King)?
Akan ada suara-suara halus yang mengatakan sekurang-kurangnya Malaysia bagus dalam sukan hoki, satu lagi sukan yang boleh dilabelkan sebagai sukan British.
Benar tetapi tidak 100% betul. Kerana kalau dilihat pada hoki masa kini ianya semakin meluas dan dimainkan oleh banyak negara bukan Komanwel atau tidak pernah menjadi sebahagian dari Empayar British dulu. Hoki seperti bolasepak adalah dua sukan berasal dari Britain yang pada mulanya dimainkan dalam lingkungan Empayar British tetapi kini semakin meluas pengaruhnya.
Hoki Malaysia - Makin ke laut sebenarnya (sekadar gambar hiasan, tidak ada kena mengena dengan pemain yang ditonjolkan, baik hidup atau pun mati) |
Dan hakikat bahawa Malaysia tidak pernah menang Piala Dunia Hoki serta tidak pernah pun layak ke Piala Dunia untuk bolasepak adalah satu peringatan bahawa kita sebenarnya:
1) Tidak berapa pandai bermain hoki kerana kedudukan ke-15 kita dalam FIH World Rankings, di atas Jepun tapi di bawah China
2) Bodoh dalam bermain bolasepak kerana kedudukan ke-146 kita dalam FIFA/Coca-Cola World Rankings, di atas Barbados tapi di bawah Burundi!
Aku tak pasti sama ada betul atau tidak apa yang dikatakan oleh Profesor Zainal Kling bahawa Malaysia tidak pernah dijajah hanya sekadar dinaungi oleh British.
Cuma apa yang pasti, sia-sia saja kita dijajah atau dinaung jika satu haram pun tidak ada sukan British yang kita warisi dan boleh dibanggakan.
Kecuali badminton barangkali, itu pun lepas tolak China dan Indonesia.
Pemain nombor satu dunia berpangkat Datuk yang selalu kalah dengan Lin Dan |
29 Ulasan:
Another great article by Mr Lucy.
I saw pipi!
sebenar nye rugby malaysia mcm bolasepak malaysia jugak....pernah gempak 1 mase dlu...
adkah player Fji itu sedang melakukan rutin mnyabit lalang???gayanya amat persis...lol
kita pernah dijajah - sekian
tu la, player ragbi/kriket kebangsaan haram sorang pun aku tak kenal. any solution to the problem? bolasepak makin naik, sukan lain bila lagi...
squash jangan lupa Luci. ada up sikit tu negara kita. kan?
Antara 10 negara ragbi terkuat dunia mengikut kedudukan semasa IRB World Rankings, hanya Perancis dan Argentina yang tidak ada sangkut paut langsung dengan Empayar British
*Jepun pun dlm kelompok ni juga.haha
ok...inilah bukti yg kita x pernah dijajah british...buktinya kita x pndai main permainan dr british...dem...btol kata prof tue...
p/s-harap2 lepas nie british jajah malaysia demi memajukan diri dlm bidang sukan...pfffttt
menarik!
Indonesia pun mempunyai dilema yang sama rasanya. bekas negara jajahan Belanda yang tak berapa reti bermain bola.
mungkin mereka lebih banyak memerah oren untuk golongan atasan Belanda daripada belajar menyepak bola.
tapi memang hairan. kita pernah dijajah oleh tiga kuasa Eropah yang pandai bermain bola (Britain, Portugal dan Belanda), tapi tetap tak berapa reti main bola.
Jepun tidak termasuk dalam senarai 10 pasukan ragbi terkuat mengikut ranking IRB.
Skuasy pula berasal dari Perancis dan tidak dilihat sangat sebagai sukan yang berkait rapat dengan tradisi Empayar British dan Komanwel.
great entry lucy..it is epic!
ok.malu aku.tq lucy.ak terlupa ad frasa 'Antara 10 negara ragbi terkuat dunia mengikut kedudukan semasa IRB World Rankings'
Power !!
Malaysia ni, bagilah siapa yang jajah sekalipun, tetap tak boleh harap. Kalau monyet yang jajahpun, itupun belum tentu boleh panjat pokok kelapa ke tidak.
malaysia tak pernah dijajah?... pendudukan askar jepun ke atas tanah melayu tu apakejadahnya prof,
Takpa, Malaysia ada sepak takraw, sukan yg berasal dari negara kita sendiri.
Tapi itu pon tercungap-cungap nak beat Myanmar dgn Korea
entri yang power sempena mengenangkan hari malaysia yang ke-48
yang lagi power xde penganjingan terhadap liverpool mahupun arsenal..
Hari2 gua dapat baca sejarah sekarang termasuk sukan. Mat Sabu memang legend. kakaka...
artikel abdul kali ni memang power...eh lucy...
lepas baca artikel ni, gua terus tendang rak tv tanda puas hati...
Nonsense. British menjajah negara lain bukannya nak ajar main bola sepak, ragbi etc.
Portugal, British, Jepun...
Paling busuk dapat jadi macam Jepun pun ok laa..
Angola sendiri boleh jumpa penjajah mereka, Portugal masa WC2006...
Skuad Harimau Malaya?
lucy lu dah macam Rahim Razali dan bukan macam Hasbol
Burundi tu sebuah negara rupanyaa...
Team bowling padang Malaysia power apa.
Men singles no 2 dunia.
Women singles no 7 dunia.
"hanya Perancis dan Argentina yang tidak ada sangkut paut langsung dengan Empayar British"
aku rasa argentina ada kna mgena skitlah..tu pon klau tak krna falkland island..kah3
argentina memang banyak pun influence british, tengok la name kelab bola diorang, newell's old boys, river plate, banfield sume tu.
walaupun tak masuk sukan olimpik, squasy dengan lawn ball, Malaysia unggul top 5 dlm sukan2 ni, yg mmf popularized by british. aku syak ada konspirasi sedunia pasal hal ni. keh keh
budak2 pasca-naungan british(bak kata 'prof' sejarah kita), memang tak pandai apa2 pun...jangankan sukan bekas penaung kita, sukan sendiri i.e: sepak takraw pun dah tak ingat macam mana nak main..haha
Catat Ulasan