ANDA SEDANG MEMBACA

47

Footie Friday: Setan Merah Di Seberang Laut Nampak, Sultan Bola Di Depan Mata Tidak - Ramli TM & Dilema Bolasepak Malaysia

LuciusMaximus Jumaat, September 30, 2011 , ,



Angan Mat Jenin

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan fenomena iklan Ramli TM, kisah seorang anak muda Malaysia yang mencipta nama sebagai pemain bolasepak di Manchester United. Tentang bagaimana Ramli yang ketika kecil berjaya skor gol diherdik bapanya kerana tidak skor banyak A dalam peperiksaan seperti anak jiran sebelah, tetapi akhirnya muncul sebagai pemain bolasepak profesional Manchester United bila dewasa, mencetus rasa bangga di kalangan rakyat Malaysia dan bapanya sendiri.

Fenomena Ramli TM muncul di waktu peminat bolasepak Malaysia sendiri dibuai angan-angan mahu melihat pemain tempatan beraksi di England. Pada masa yang sama juga kita sedang kecoh tentang bagaimana adanya rakyat Malaysia yang membeli kelab bolasepak di England atau bagaimana syarikat konglomerat Malaysia menjadi penaja kelab bolasepak di England.

Tidak ada salahnya, kalau TM mahu berfantasi tentang Ramli yang bermain di Manchester United, atau Tony Fernandes melabur duit poket sendiri membeli Queens Park Rangers, Genting jadi penaja jersi Aston Villa, Vincent Tan jadi pemilik Cardiff City dan Mister Potato bersekutu dengan Manchester United. Ini semua pilihan peribadi dan dibuat atas timbang rasa perniagaan. Tidak ada sebab Mister Potato, yang kilangnya di Melaka mahu jadi penaja untuk pasukan bolasepak Melaka yang hidup segan mati tak mahu.

Jadi bila TM keluar duit buat iklan Ramli ke Manchester United, kita tidak boleh salahkan TM. Tidak lama dulu TM sudah keluarkan jutaan ringgit menaja liga bolasepak tempatan yang majoriti rakyat Malaysia tidak ambil peduli. Adalah lebih bijak dan waras dari segi perniagaan untuk TM buat iklan syok sendiri yang membuai angan-angan Mat Jenin rakyat Malaysia, walaupun impak positif iklan ini kepada bolasepak Malaysia langsung tidak ada jika dibandingkan dengan penajaan liga tempatan oleh TM dulu.

Yang bersalah rata-rata ialah rakyat Malaysia sendiri. Kita kuat sangat berangan dan mudah berada di awangan. Baru saja Malaysia bergelar juara bolasepak Sukan SEA dan Piala AFF kita sudah berfikir yang bukan-bukan. Kecoh bercakap tentang si polan ke Jerman, si anu ke England. Tentang kononnya berpuluh kelab bolasepak Eropah kini mengintip pemain Malaysia. Tidak cukup dengan itu, kita tumpang bangga bila ada orang-orang kaya di kalangan kita melabur duit membeli kelab bolasepak luar negara. Dan tanpa segan silu, kita meroyan mahukan orang-orang kaya ini membawa pemain tempatan kita bermain untuk kelab mereka. Semua atas dasar kredit dan bukan merit.

Bolasepak Malaysia memang dah lama sakit, bermula dari tingkat atas Wisma FAM merebak sampai ke akar umbi. Rupa-rupanya peminat bolasepak Malaysia juga tak ketinggalan sakit. Sakit yang mula-mula disangkakan sekadar memenuhkan restoran mamak setiap malam minggu demi bolasepak orang lain, tetapi rupanya jauh lebih teruk dari itu. Kita sekarang sedang sakit jiwa. Sakit jiwa mahukan pemain tempatan kita yang tidak sehebat mana bermain bolasepak orang lain, sakit jiwa mahukan orang-orang kaya di kalangan kita terus melabur duit majukan kelab bolasepak orang lain bukannya kelab bolasepak kita sendiri (apa nak buat, bukannya kita benar-benar ada kelab bolasepak yang sejati pun).

Jadi juara Sukan SEA atau Piala AFF layaknya adalah sekadar juara kampung, Juara di kalangan negara Asia Tenggara yang bolasepak mereka sendiri pun hanya taraf melukut tepi gantang di benua Asia (baru Asia, belum taraf seantero dunia ya!). Ya pemain macam Safee Sali hebat tetapi hanya di Asia Tenggara, bukan hebat di Asia. Dan keghairahan kita mahukan pemain macam Safee Sali serta ramai lagi bermain di Eropah untuk apa? Adakah kita berfikir dengan cara ini bolasepak kita boleh maju?

Kita kena muhasabah diri. Kurangkan angan-angan Mat Jenin tentang munculnya anak muda seperti Ramli, yang entah datang dari mana (turun dari langit agaknya) dan bermain di Manchester United. Dalam senario bolasepak Malaysia seperti sekarang menunggu lahirnya insan seperti Ramli ialah seperti menunggu kucing bertanduk. Tak ada gunanya berangan tentang anak muda Malaysia bermain bola di padang yang lebih hijau di sebarang laut kalau di padang bola kita sendiri kita gagal hendak mengubahnya.

Tanya diri sendiri, agak-agak 20 tahun dulu tauke-tauke Mitsubishi, Nissan, Toyota atau Yamaha menghabiskan duit mereka untuk kelab bolasepak England atau kelab bolasepak kilang masing-masing?

Tanya diri sendiri, agak-agak 20 tahun dulu pernahkah Samsung atau LG menghabiskan duit buat iklan tentang anak muda bernama Park yang bermain untuk kelab bolasepak di Eropah?

Tanya diri sendiri, agak-agak 20 tahun adakah peminat bolasepak Jepun atau Korea sibuk berangan dan berkempen mahu menghantar pemain bolasepak mereka yang ketika itu tidaklah sehebat mana pun ke Eropah?

Habis apa agaknya yang Jepun dan Korea buat 20 tahun dulu, sebelum hari ini mereka boleh berbangga mempunyai ramai anak muda mereka bertaburan di kelab-kelab Eropah sana?

Dari sini kita kena sedar satu perkara asas. Bolasepak sebuah negara bukan dimajukan dengan menghantar satu atau dua pemain bermain di liga bolasepak negara lain yang lebih maju. Ia juga tidak dimajukan dengan mempunyai rakyat tempatan yang kaya-raya dan membeli kelab bolasepak luar. Jauh sekali ia dapat dimajukan dengan mempunyai syarikat seperti TM, Mister Potato, Genting atau Tune jadi penaja liga bolasepak negara lain.

Kita kena ikut resam bolasepak negara seperti Jepun dan Korea, atau Australia dan Amerika Syarikat. Mereka ini semua 20 tahun dulu mempunyai liga bolasepak yang hidup segan mati tak mahu. Tetapi atas kesedaran sendiri mereka rombak liga mereka, tubuhkan kelab bolasepak yang benar-benar kelab bolasepak sejati dan mulakan program pembangunan akar umbi secara menyeluruh. Hasilnya hari ini, biarpun bukan bertaraf kuasa bolasepak dunia, tetapi 4 negara ini adalah peserta tetap Piala Dunia.

Janganlah kita jadi Mat Jenin, apa pun tiada tapi angannya lebih. Jangan juga kita jadi rabun dekat, bola seberang laut kita nampak tapi apa yang di depan mata kita butakan begitu saja.

47 Ulasan:

G berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Arajo Dilangit berkata...

1st...cegah sebelum parah...hapuskan virus yg menetap di tingkat atas itu...

G berkata...

mohon sultan bola bertaubat... T.T

drizzt berkata...

mohon sedar...

treacher berkata...

pedas lucy pedas

irsah berkata...

artikel yang baik

lara nur berkata...

jadi berangan memang tak salah. tapi malangnya yang kita ada cuma angan-angan itu saja. dan kita meraikan itu kerana deep down under, kita sedar kita tak mampu.

ya, kita takkan mampu selagi kita masih dengan perasaan cukup makan dan mudah berasa puas seperti ini. rombak rombak dan rombak dari dulu perkataan ini kedengaran, terngiang2 dan menggema hingga sekarang. soalnya apa yang dirombak? berjayakah rombakan itu? atau sekadar cakap2 kosong untuk menjustifikasikan apa yang kita rasa dan apa yang kita ada, yang sekadar ada ini kerana sekali lagi, deep down under, kita tahu kita tak mampu?

jadi sampai bila asik nak berangan. bila berjaya naik sikit angan nya melebih2 pula. nah dengan itu ada baiknya sultan bola turun takhta FAM dan bagi saudara Lucius naik pula. sekurang2 nya dia masih muda, akal fikirnya bagus, ideanya boleh pakai dan paling penting dia mafhum selok belok bolasepak negara. yang praktikaliti pengetahuannya lara fikir boleh diadaptasi utk pembangunan bola kita. bullshit. ini bukan ayat bodek.

jadi, apa kata anda?

mr.zham berkata...

: bernas.. :)

cantona79 berkata...

Aku rasa kita kena belajar dari Jepun dan Korea. Kedua2 negara ni establish profesional league pada awal 90-an jugak, lebih kurang sama dgn Malaysia selepas era semi-pro. Bezanya mereka makin ke atas tp kita terumbang ambing. Kita buat cara kita, cuma belajar mcm mana pendekatan mereka untuk kekalkan bakat2 terutama dari grassroot, struktur liga dsb.

Tp apa pun aku rasa terlalu byk politik dalam persatuan bolasepak malaysia dan percayalah ia tidak ke mana. Masih igt tokoh2 seperti datuk bandar KL Tan Sri Elyas dan Ahmad Basri bekas pengurus Kedah? Kedua2 boleh dianggap tokoh yang mahu membawa pembaharuan dlm bolasepak tp disekat oleh pihak tertentu.

K berkata...

Saya lebih bangga dengan Safee Sali, oppss bukan sebab trial dengan CCFC tidak sama sekali, tapi kerana menjadi ayam tambatan kelab seberang tu. Oh ya, dan juga Fadhli Shas, sudah mendapat penampilan pertama dengan kelab eropah tuu.

Ramli itu fantasi, Safee dan Fadhli itu realiti.

MOFASAD berkata...

GUA SUKA GUA SUKA

r.k berkata...

Ghua harap Fadhli Sas dapat permit penuh dengan Vion . Lepas tu senang nak tukar-tukar league . Safee kalau dapat pergi main German dulu ke, Portugal dulu ke oke jugak apa . Indonesia punya liga pun lebih baik dari Liga M , FACTS !

Lucy my mate , we are ranting the same vocal for years . and still rants because there are no improvement . RM MILLIONS SPONSOR MY ARSE .

ijan de bunks berkata...

shit aku pun tak tahu nak komen apa. benada ni terlalu lah benar. tony beli qpr, kalau lah dia taja kelab NS Betaria dari segala segi. insyaAllah boleh jadi kelab tebaik.

serius nak bergenang air mata bila kenang kan balik bola sepak malaysia

Zulkifli Zahari berkata...

sumpah, bernas !

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Mohon Sokernet mengulas bagaimana ________ FA berjaya mencari dan mendapatkan usahawan dari bumi _________ seperti Yusmira Trading, TRW Station dan Happy Prepaid Company untuk menaja pasukan ________, dan apakah impak positif yang dapat dilihat hasil daripada tajaan dari syarikat tempatan terhadap pembangunan bolasepak sesebuah negeri tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Tell me Lucy..

How can we go support our country/state/club when the effort they give not even worth the RM10 we pay for the tickets?

Takdak kah peminat Malaysia time Singapura tibai kita kat Bukit Jalil masa kelayakan?

Zaman Radhi Mat Din, Khairul Azman, Shahril Arsat tu rasanya tak perlu promo kat TV, penaja juta² (apart from Dunhill)pun kan?
Stadium penuh jugak kan?
Budak² zaman tu boleh kenal pemain & rasa nak mintak autograf je kan?
Dinding, pintu bilik, penuh je poster player² ni sebaris dengan poster Search & Wings kan?

Aku faham tujuan artikel ni ditulis. And it's a noble thing for a writer to do so.

Tapi..(banyak tapinya)
Sebelum kita sebagai peminat disalahkan, baik kita fikir apa yang kurang, apa yang terlebih zaman dulu & sekarang.

Rasanya Basri Akil dulu bersungguh nak naikkan Kedah bukan sebab duit kan?
Tapi sekarang Sultan Bola mcm nak lawan Sepp Blater kongker ofis sebab apa?

Rasanya dulu takdak pun player kita ke luar, tapi kita kagum, kita puja jugak.
Tapi sekarang, baru dapat pemilihan dah kecoh. Yang pergi dari kecik pun tak hingin nak balik.
Yang hidup segan mati tak mahu pulak lagi sibuk cari jalan nak kangkang anak dara orang dari improve.

So, in the end, ni ja lah yang kita boleh buat. Kita cuma boleh luah rasa tak puas hati sesama kita kat sini, warung kopi or depan tv sambil tengok BPL.

Camna tak puas hati pun kita kat Sultan Bola.. pemain² yang rasa star ni. Sesungguhnya kita tak mampu buat kata apa.

Ibarat kata Bik Mama
"ADA AKU KISAH??!!"

Tapi

Tanpa Nama berkata...

Ah..TAPI apa pulak kat hujung tu.

mcphisto berkata...

FAM BANGANG!!

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

"Ask not what your state's football team can do for you - ask what you can do for your state's football team."

kueh bakar berkata...

malaysia pernah hantar rudie ramli.akmal rizal.hairudin omar(arsenal-kilap but henry)-tapi takpe, balik mesia menggegar juga tempatan.dan ramai lagi..

tapi hantar ler ramai sikit dalam satu-satu masa..hantar 20 orang ker..haha.balik baru mantap pasukan..tapi cubaan hantar ke liga slovakia memang ada hasil..

jadi dari nak hantar sorang-dua player ke epl divisyen dua yang memang susah sebab undang2 dan permit..baik hantar team kat negara eropah yang sudi terima team luar sperti mana team etoi fc(?), team perancis yang main kat liga-s..haaaa...hantar satu team terus mcm liga slovakia tu la..takde point pun takde pointlah mcm liga slovakia tu tapi kalau dapat liga yang dapat bagi point lagi bagus...baru team lawan serius nak menang..

aku rasa kelantanlah paling mantap pengurusan sekarang ni oleh anuar musa..jika ada stadium tanpa balapan di pasir mas nanti tentulah lebih mantap...sponsorship pun nampak mantap.

kelantan sudah mencari pemain import..4 orang..2 untuk liga super dan 2 lagi untuk afc..banyak tul duit kelantan ni 2 import untuk beberapa game jer afc tu pun kalau boleh pergi jauh...

jemput pelita jaya frenly..ada kerjasama dgn cardiff.

baru2 ni pun skuad bola pompuan pun menang frenly..biasanya kena belasah jer.tahniah anuarmusa.kita tgk sukan sea nanti..

fam kena bagi perangsang pada kelab dalam piala afc..bila kelab boleh capai tahap asia..maka automatik team negara akan kuat..

ye..sultan haruslah undur diri dari fam.bagilah org biasa yg luarbiasa bolanya...tgk team pahang dah ler..

ps-tapi trg menang lawan kelantan nt.haha!

3rdfrom9 berkata...

Sedih aku baca kisah kekecewaan Lucy sampai tercukuq bulu ari2. hangpa tak ingat ka dulu kes masa tahun 90an dulu, tak tau tanya Pipi pasai pa goalie tue kena buang pi Sabah lepas tue ada yang terlepas tapi yang banyak kena gantung seumoq hidup dari pada main dalam liga sarkas Malaysia.

Lanie plak Astro sedekah 220juta belahak sakan la beb. Macam tok guru nik aziz habaq bodo namanya kalau kena patuk dengan ulaq yang sama dalam lobang yang sama. Wakenabeb masa time sekolah dulu dengan depa nie, bagi hangpa plak rasa macam mana.

hellghast berkata...

At last ade juge artikel yang sama dengan pendirian aku pasal benda ni,yang sibuk taja kelab lain tu gua tak nak komen lebih2,tapi mentaliti orang2 kita terutama yang poser2 yang meroyan kat wall Vion FC
contohnya,setiap hari berpuluh2 wall post serta komen merapu menyuruh coachnya menyuruh player2 kita main 1st eleven,gua baca lama2 naik muak benda ni,secara tak langsung mereka ini bukannya menyokong sesebuah kelab kerana kelabnya,tetapi sebab lain!
dan gua bersyukur sebab gua tak langgan TM serta gua dah ban Mister Potato! buat ape untungkan diaorang kalau dia taja hanya satu kelab yang sudah kaya dengan berbagai tajaan?
banyak kelab lain lagi boleh ditaja,ironinya kelab yang ditaja tu ialah sebuah kelab yang mustahil bagi player2 kita bermain disana.
bile nak hantar player2 pg training semua nak hantar pegi kelab2 UK,padahal kelab2 asia kat Jepun dgn Korea pun lagi elok.
selagi Sultan bola memimpin selagi itulah masih tak kemana.
gua teringat fatwa sultan bola "player kita jangan pegi main kat kelab luar"
nice~~~

Pak Alex & Co. berkata...

psl penajaan ni, xboleh nk slhkan syarikat korporat..they do this for the sake of MONEY..lbih popular team tu, lbih tggi jgk exposure utk brand diorg..jd bkn slh diorg xnk taja team2 bola malaysia.. utk apa? just for CSR? membazir je bg diorg...so mcamana kita nk encourage syrkat2 ni taja team2 kat malaysia..jwpannya ada kt liga kita ni...liga kita xde ciri2 komersial yg bgus utk tarik syrkt2 ni..kualiti out. marketing team utk sesebuah psukan pun xde idea2 bernas mcm psukan _______. walopun aku x suka _______ ni tp aku respek dr segi idea TAM tu jdkan bola sepak mcm perniagaan...itu yg kita xde dlm kbnyakan team. just my 2 kupang

mirul berkata...

banyak komen panjang panjang

gua nak kmen satu je

bolasepak kita,wajah kita.

sekian!

encikmasen berkata...

mohon kerjasama dari tuan-tuan semua untuk merealisasikan satu kertas kerja bagi menjalankan tranformasi bola sepak malaysia berpandukan pelan seratus tahun J.League..

kalau ramai2 peminat bola sepak yang betul sayangkan industri bola sepak kita berganding bahu, takde masalah rasanya untuk mulakan revolusi transformasi bola sepak malaysia..tapi kalau setakat cakap kat sini baik lupakan ja..

btw, bacaan lanjut bagi yang berminat
http://www.dijtokyo.org/doc/WP05_6JLeagueChallenges_Dolles_Soederman.pdf

muhamad imran berkata...

bagus, bernas dan membuka minda

kareem berkata...

gua rasa kalau Sultan Bola mampus sekalipun, bolasepak kita tetap di takuk tu yakni hanya jaguh kampung. Yang rakyat malaysia pulak meroyan macam-macam suh hantar player kita pegi trial itu ini...Try gi liga Jepun dulu la...

balaci terhormat& co. berkata...

"safee sali skor 1000gol di cardiff city pun tak bleh tembus kekebalan birokrasi UK"-rizal hashim..

cukup tu jela aku nak komen..

Unknown berkata...

sultan bola masih tenang manakala anakandanya pun masih tenang..kita juga yang ribut2!!

Cob Nobbler berkata...

This is what I call "the true football journalism".

Hail Lucy Hail!

Ozgur Cek berkata...

padu!!!

walaupun team ________ telah di cemuh oleh lucy..
hakikatnya,lucy pernah akui melalui sebuah artikel dalam majalah ROKES bahawa team _______ telah sedikit sebanyak menaikkan semangat bola sepak negara kita..

Kid berkata...

Mungkin ayat aku akan kedengaran cliche' tapi aku nak cakap jugak. bila melawan dipanggil derhaka. Bila diam, merana jiwa dan raga menonton persembahan pasukan sendiri di stadium.

Apa yang kareem cakap tu betul. Kalau tukar yang paling atas tu pun kita tetap sakit jugak. Tapi tindakan drastik perlu diambil jugak. Kalau negara yang disebutkan dalam artikel ni mengambil masa 20 tahun nak maju, tak salah kalau kita mulakan tempoh 20 tahun tu dari sekarang. Setidaknya, tahun 2034 nanti dah boleh jadi jaguh Asia, dah boleh pergi Piala Dunia.

Shamril mengulas tak berbaloi bayar RM10 untuk tengok pasukan sendiri main. Dah kita pun tau level player kita, level padang kita, dan terutamanya LEVEL PENGADILAN KITA (yang paling aku menyampah sangat2!!!) berada pada tahap yang tak tinggi mana, tak kan la kita nak harapkan gerakan solo ala maradona masa lawan england dari tengah padang pada piala dunia 1986? Nak harapkan hantaran sejauh 60-70 ela ala Xabi Alonso? Memang kita tak akan puas hati la kalau harapan kita tinggi menggunug macam tu.

pojak berkata...

yeah lucy..menyampah lak aku tengok rakyat mesia ngan paper hari2 duk citer safee nak main carrdiff tu..memang tak dapat pun last2 kan..

pastu tiba2 ramai jadi fan qpr..for what?haha.bodoh gila.

lagi bangang fan bola kat malaysia ni ada yang tak boleh kena tegur.yang bajet setia sangat.kalau kita tegur kebanganga sistem bola sepak kat malaysia dia kata lalang lah..gi manage sendiri la team..itu la mentaliti bangang.


http://bolatalk.blogspot.com/2011/09/mari-belajar-fakta-dan-sejarah-jepun.html

fikiranlicin berkata...

"Bolasepak kita wajah kita " ini slogan yang memperhambakan kita peminat bolasepak kepada FAM. FAM-truly bangang!!

Tanpa Nama berkata...

lepas ni kompem ada jual jersi ramli 19 kat downtown...haha

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

Gua dulu penah salam, amek gambar dan bersembang dengan lucy ni..

(in case kalo dia naik takhta sultan bola)

Mr Freak ; gatal tengkok mu berkata...

ni la dikatakan case study yang lengkap, persis dan hebat..kalau tulis ni untuk essay, paling taik dapat distinction la gamaknya..

dulu pak sedara gua die hard fan pasukan perak..ada match pegi tengok bola..tapi bila politik masuk dalam team..jadi tahi, bukan tu je, management jadi hancing..semua jadi tak best..

jadi patik mohon tuanku sultan bebola agar turun..kita kalau tak reti pasal bola kita ngaku..bagi je la orang reti taktikal ni..setakat sembang makan kuih karipap tak ada guna nya..perabih duit tax orang malaysia je..

ni bukan harta bapak anda tau, nak pass2 to your son..naik kuda sambil pegang kayu penukul je la..

Adam Ruslan berkata...

Owner Cardiff City sekarang dah mengambil peranan develop bolasepak akar umbi dengan meneraju Junior Football League Malaysia (www.jfl.my)

Sebelum ini JFL adalah gabungan bebas kelab2 sekitar PJ dan penaja swasta dengan sokongan FAM, bermula pada 2009.

Ini kalau dijaga betul-betul sekarang, dah dapat 5 tahun advance, tinggal 15 tahun je lagi sebelum Malaysia ke Piala Dunia.

Wartawan Sokernet sila turun padang membuat liputan perlawanan Yamaha Cup JFL 2011-U14 15 & 16 Oktober nanti.

Hizwan Nizam berkata...

malaysia = politik plastik.

rashideeshukri berkata...

cilake, gua baru nak hantar entri macam ni tapi Lucy lagi laju, kah kah kah. but nice one Lucy.

aku memang setuju, penyokong Malaysia sebenarnya sakit jiwa. tapi ini semua refleksi kepada diri sendiri. penyokong __________ ni, walau gedebe mana diorang pun, diorang tetap datang stadium ramai-ramai, menyokong timnas diorang. sekaligus kita dapat tengok macam mana peningkatan __________ berbanding, let's say, 10 tahun yang sudah.

yang ada orang komen dekat atas tu jadikan kualiti permainan kita sebagai alasan. ini sebenarnya alasan yang kurang konkrit. semuanya datang dari sokongan. gua tak rasa Liga-J naik sebab takde orang berduyun-duyun datang ke stadium.

kalau Sultan Bola punya kepala hotak tu dah sakit, kenapa kita hamba rakyat nak ikut sama? bila kita berduyun-duyun datang ke stadium, kompeni korporat pun tak rasa ralat nak invest dekat team Perak misalnya.

kompeni macam Mister Potato ni pun tak salah sebenarnya kalau nak sponsor iklan macam tu. tapi daripada perabih duit ke iklan macam tu, sponsor Melaka lagi okay rasanya, dan promot sekali orang datang stadium.

bila gua jalan-jalan dekat Liverpool Square, gua selalu ternampak iklan Dalglish dekat bas-bas yang berbunyi "everybody has a part to play." and i couldn't agree more.

Nabil Hussein berkata...

boleh hantar artikel ni dkt fam tak?website dorg tak berguna.

keli berkata...

Dekat ruangan komen pon ada orang buat macam entri. :D
Apa2 pon Mister Potato tak salah dalam hal ni. Ianya hanyalah snek ubi kentang yang lazat. Wakaka... Gua setuju sangat kalau fan patut disalahkan termasuk gua jugak. Gua pon jarang2 turun stadium bagi support kat Selangor. Cuma bile ada game besar bila lawan Kelantan atau Perak je gua betol2 semangat nak pergi Stadium Shah Alam. Kalau main away memang tak pernah.

hantuLongkang berkata...

a boss entry(absolutely) with boss comments(mostly)!!..

pasal semua dah masuk mode serious, aku terpaksa serius jugak...

- serius aku tahu betapa menyampahnya kita dengan pengurusan bolasepak kita dari atas sampai ke celah2 longkang..
- serius aku tahu kita nak sangat tengok bolasepak kita meningkat takuk demi takuk..
- serius aku rasa masalah kita bukan simple2...banyak faktor+banyak halangan+perlu banyak pengorbanan
- serius aku fikir lucius punya entri dengan korang punya komen(terutama r.k, shamril, kueh bakar, encikmasen, kareem, kid, Diego Amani dan keli) semua ada betulnya..
- serius aku rasa macam nak berak pulak bila serius2 ni :D...

apa2pun, aku salut korang punya semangat dan usaha!!..kipidap and never lose it!

Jojoe Ali berkata...

Macam mana nak turun penuh stadium macam team _______ tu, team negeri aku dah teruk gila dah. Ada skali tu masuk paper hanya sebab SERI dengan kelab Liga FAM! WTF! Bangga gila habaq hang!

Nak salahkan big companies ni sangat pun takleh gak.. bukan tak penah diorang laburkan duit. Tapi apa yang jadi pun, and apa je yang diorang dapat pun?

Kesimpulannya, memang dah bernanah pun semua. Dari atas Wisma, sampai ke yang atas pdang bola, campur skali yang main flare kat tepi.

ARSENAL SEMUANYA!

Nuruddin Abu Bakar berkata...

Lucius Maximus FTW. Semua tulisan kau aku bagi A+ tak tahulah pulak encik abdul. Kehkeh.

Nice entri ffs.

GojiraGz berkata...

@Encik Maximus
Maybe Sokernet boleh ada satu versi untuk bolasepak Liga Malaysia plak. ^^
Asyik EPL je.... susah gak nak membantu penyokong tempatan mengenali kelab-kelab Liga Malaysia... ^^"

Si AbdulSokernet sokong pasukan tempatan mana ? ^^
Kalau En.Maximus sokong Selangor, ulasla sikit pasal Selangor ^^ . Pasti best.!

Sekian. Pendapat 2sen. ^^

Streetwizer berkata...

mohon ramli pnya pasal, suma nak masuk dgn team _____ skali...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...