ANDA SEDANG MEMBACA

28

Ragbinet: Piala Dunia Ragbi 2011

Lucius Maximus Isnin, September 19, 2011 ,


Siapa-siapa yang sedar bahawa di dunia ini banyak lagi sukan lain dimainkan selain dari bolasepak dan main sorok pisang pastinya tahu bahawa di Middle Earth sekarang, yakni New Zealand nama sebenarnya, sedang berlangsung satu acara sukan yang tidak kurang gah.


Acara sukan yang dimaksudkan ialah Piala Dunia Ragbi, sejenis kejohanan yang diadakan secara kuadrenial untuk sukan ragbi.

Asal-Usul Ragbi

Senang cerita macam ini saja. Asalnya dulu orang main 'rugby football'. Tapi peraturan dia berubah-ubah dan tidak seragam. Lepas tu sekumpulan manusia berhimpun di Freemason untuk membuat peraturan baru. Setelah diundi, 13 ahli menyokong peraturan baru ini dan wujudlah apa yang dinamakan 'association football' atau bolasepak. Baki lagi 4 ahli yang menentang kemudian berpecah dan satu susuk tubuh namanya FM Campbell cuba mewujudkan peraturan yang lain yang kemudian membawa kepada lahirnya 'rugby football union'.

Lebih kurang macam perpecahan Kristian dan Islam kalau nak diandaikan. Asalnya agama samawi tapi ada perbezaan teori dan praktik.

Beberapa tahun kemudian, 'rugby football union' melalui perpecahan mazhab. Mereka berpecah dua, yang pertama ialah kumpulan asal dan meneruskan apa yang dipanggil 'rugby union' dan yang kedua pula ialah kumpulan pecahan yang mengembangkan satu lagi cabang ragbi bernama 'rugby league'. Kira lebih kurang satu puak Sunni satu lagi puak Syiah. Atau Katolik dan Protestan. Ikut suka.


Dan mazhab ragbi yang paling utama di dunia sekarang ialah 'rugby union', sama macam mazhab Sunni yang menjadi ikutan ramai penganut Islam. Jadi Piala Dunia Ragbi yang berjalan di New Zealand sekarang ialah untuk mazhab 'rugby union' ini. Jadi sebarang perkataan ragbi selepas ini merujuk pada 'rugby union'.

'Rugby league' tu buang jauh-jauh dulu. Haram sama seperti Syiah dikatakan haram di Malaysia ini.

Cara Bermain Ragbi

Lebih kurang bolasepak. Satu pasukan ada 15 pemain. Main selama 80 minit, 40 minit setiap separuh masa. Matlamat setiap pasukan ialah mendapatkan mata, siapa paling banyak menang. Mata diperolehi dengan cara melakukan 'try' (5 mata), 'conversion' (2 mata) yang boleh dilakukan selepas setiap 'try' dan tendangan penalti atau 'drop goal' yang memberikan 3 mata.

Posisi-posisi dalam ragbi

Untuk cara permainan dan peraturan lebih lanjut, tanya Google.

Piala Dunia Ragbi

Tak seperti bolasepak, Piala Dunia Ragbi hanya bermula pada 1987 dan sejak itu diadakan setiap 4 tahun sekali. Dalam kata lain, setahun selepas setiap kali berlangsungnya Piala Dunia untuk bolasepak.

Trofi yang menjadi rebutan dalam Piala Dunia Ragbi ini dipanggil Webb Ellis, bersempena nama William Webb Ellis yang dikatakan pencipta asal ragbi.

Piala yang menjadi idaman abang ragbi sedunia

Piala Dunia 1987 dimenangi oleh New Zealand yang menewaskan Perancis 29-9. Seterusnya:

1991 - Australia 12-6 England
1995 - Afrika Selatan 15-12 New Zealand
1999 - Australia 35-12 Perancis
2003 - England 20-17 Australia
2007 - Afrika Selatan 15-6 England
2011 - *sekarang ini tengah main

Negara yang pandai bermain ragbi ini secara tradisinya adalah negara Komanwel atau bekas jajahan British. Australia dan New Zealand selalu dilihat sebagai kuasa tradisi ragbi, tapi Afrika Selatan, England dan Perancis juga tidak kurang hebatnya dan sejak 10 tahun yang lampau telah mencabar monopoli Australia serta New Zealand secara konsisten.

Selebihnya, kuasa ragbi lain ialah di kalangan negara kepulauan British dan Ireland, negara-negara pulau kecil di Pasifik dan di Amerika Selatan pula Argentina dinobatkan sebagai raja ragbi. Brazil? Mereka hanya tahu main bolasepak dan bola dada.

Piala Dunia Ragbi 2011

Sebanyak 20 pasukan bertandang ke New Zealand dan dipecahkan sama rata ke dalam 4 kumpulan atau 'pool'. Dua pasukan teratas setiap pool akan layak ke suku akhir dan bermain secara kalah mati sehinggalah ke perlawanan akhir. Pasukan yang menang dinobatkan juara dunia sukan ragbi dan untuk 2 atau 3 tahun jersi ragbinya akan dijual secara ciplak di Danau Kota dan menjadi pilihan rakyat Malaysia yang haram tak reti main ragbi pun!


Pool A - New Zealand, Perancis, Tonga, Jepun & Kanada

Duduk diam dalam Pool A ialah tuan rumah New Zealand atau lebih popular dengan jolokan All Blacks. All Blacks ini memang sah-sah bakal muncul juara Pool A atau kalau tidak Middle Earth akan tenggelam ditelan tsunami. Naib juara berkemungkinan besar adalah juara 5 kali Six Nations yakni Perancis. Tonga, Jepun dan Kanada kira minum petang buat All Blacks dan Perancis.


Pool B - England, Scotland, Argentina, Georgia & Romania

Pool B ini bolehlah dikatakan kumpulan maut. England walaupun menduduki ranking tertinggi tapi macam pasukan bolasepak mereka ada masanya boleh berperangai gampang. Setakat ini walaupun dah menang 2 perlawanan tapi main serius gampang. Antara Argentina, England dan Scotland yang dijangka akan ke suku akhir. Susah nak agak sebenarnya. Georgia dan Romania kira lauk sajalah.


Pool C - Australia, Ireland, Itali, Amerika Syarikat & Russia

Sepatutnya Australia sah-sah juara Pool C tapi baru minggu lepas mereka berperangai bangang dan kalah mengejut di tangan Ireland. Bila Australia kalah yang paling seronok ialah rakyat New Zealand dan rakyat Malaysia yang perasan All Blacks. Tapi rasanya dua pasukan dari Pool C yang akan ke suku akhir tetap Australia dan Ireland. Itali punya ragbi tidaklah sehebat bolasepak mereka. Russia dan Amerika Syarikat pelengkap jadual (ragbi tak sama dengan American Football).


Pool D - Afrika Selatan, Wales, Fiji, Samoa & Namibia

Pool D adalah letaknya pasukan paling power yakni Afrika Selatan. Afrika Selatan ini selaku juara bertahan memang sah akan muncul juara Pool D. Menyusur rapat berkemungkinan besar ialah Wales. Fiji dan Smoa hebat juga tapi sejak kebelakangan ini dah tak berapa reti nak main ragbi. Paling malang dalam Pool D ini ialah Namibia.

Sekarang Piala Dunia Ragbi 2011 masih berlangsung untuk perlawanan peringkat pool. Ia akan berlangsung sehingga perlawanan akhir tanggal 23 Oktober nanti. Oleh kerana ianya dimainkan di New Zealand jadi cabaran buat peminat ragbi di Malaysia ialah macam mana nak layan waktu petang di pejabat. Lainlah kalau hari cuti, bolehlah pekena ragbi puas-puas.

Sembang panjang ni, Malaysia bila pula nak layak ke Piala Dunia Ragbi?

Kahkahkah! Janganlah tanya soalan bangang.

28 Ulasan:

die-hard-follower berkata...

terbaik!

mangifera berkata...

RWC 2011 match banyak weekend, starts satu match Friday dan 3 matches saturday, 3 matches sunday.

First time aku tengok RWC ni in 1999, time tu sekolah menengah form 3. senior2 la sakan nak tengok sebab main ragbi, aku join je. warden bagi tengok start dari semi, memang awesome la first time tengok international ragbi (dulu mana ada astro bagai2, tengok kat tv3 je pagi2 buta). Teringat lagi tgk game semi final All Blacks kena tapau dengan France.

Untuk RWC 2011 dan seperti selalunya, aku sokong Ireland. Why? Sebab Ireland main ragbi yang balance, takde la stylo sgt cam All Blacks or Fiji tapi pun takde tickheaded sgt main physical macam Wales, Samoa or takde la freaking tactical sgt macam England. Australia and Springboks quite ok cuma Wallabies dah naik scabies, boring bapak tengok derang main...takde inspiration macam dulu.

Springboks still ok, a balance team jugak. Start minat Springboks lepas tengok RWC 1999, waktu tu semi final bila fly half Boks nak tendang penalty untuk samakan kedudukan before tamat masa, angin kuat masa tu so team mate dia kena pegang hujung bola tu supaya dapat tendang. Supposedly, terganggu la sebab takut tersepak muka orang tapi dapat score. Memang awesome gile tapi malangnya Boks kalah semi final. Last RWC memang best bila Boks menang tapi malangnya aku tengok final je, the rest tak sempat nak tengok, rumah baru pasang Astro waktu tu.

Pergh..panjang gile komen. Rugby World Cup tak semeriah bola punya World Cup tapi seronoknya ada bagi orang yang tahu tonton ragbi.

FdausAmad berkata...

Lucius kau cuti ke hari ni?,

Zinedine Zaiddin berkata...

aku tgk mcm best je ragbi ni..tp sebab x paham peraturan, position apa semua..so agak terbantut la minat ni. kesian :(

Berto berkata...

edisi kali ni dia punya feel kureng sebab dah x de Agustin Pichot, Tana Umaga dgn Chabal.

Daud berkata...

Antara bola sepak dan rugby,rugby lagi gentleman playernya.Tak ada nak g maki linesman sbb bg keputusan mcm suares hari tu.Manager pun xde nak komen ref xhormat team dorang.
Mungkin sbb teknologi video yg xde dlm bolak sepak.
Betul org ckp keputusan pengadil tu antara faktor kegairahan dan kenikmatan dlm bola sepak tp sampai bila xnak terima teknologi?
Klu tengok rugby,player akan dgr ckp ref.

ijan de bunks berkata...

entry kaver malu je sebenarnye ni. aku faham sangat

Pakcik O.T berkata...

lucy mmg bijak. nak tau kenapa?

1st, wat post gempak2 psl game MU chelsea sbg syarat wajib..

2nd, then post psl ragbi utk alihkan perhatian orang psl kekalahan chelsea..

k3hk3hk3h!

Streetwizer berkata...

kalu malaysia masuk wa syak kaki2 player malaysia suma dah slamat dipatahkan oleh geng2 negro or mat salleh...

apa2 hal pun, chelsea ttp kalah lucy..we always remember...

The Man berkata...

Luci seperti biasa mengubat luka di jiwa dengan post yang berilmiah. nampak pro beb. apapun, takziah la ye.

ragbi sikit masa dulu mancanak beb popularitinya zaman aku kecik dulu gara2 Jonah Lomu. aku pun mula amik tau sejak ada upacara haka kat TV2. masa tu abis semua baju jenama Canterbury kat bundle bertukar menjadi 'emas'. laris macam pisang goreng panas

wan_jb84 berkata...

kat sekolah dulu:

full back=last man,
fly-half=stand-off,
wing ade 1 je..1 lagi xingat nama ape..

wan_jb84 berkata...

owh.klu cite pasal haka,aku paling suka haka NZ Maori - timatanga..nampak lagi ganas..kalau All Blacks aku suka Kapa o pango..

keli berkata...

Gua masa sekolah rendah dulu sempat layan ragbi sentuh je. Layan jugak

hellghast berkata...

gua last dulu layan masa tahun 2003,masa tu Jonah Lomu dah mcm YAK dah,setakat 3 org peluk dia selamba seret bawak lari,jgn kata bawak bola,dengan org2 sekali dia heret sama.
tapi gua harap sangat Fiji dengan Samoa,tapi kali ni mcm lemah aje team diaorang.
dan selain bola,rugby ini adalah game yang paling menghiburkan,bukan macam NFL kat Amereka tu!

izat123 berkata...

rugby world cup yang paling aku layan hampir semua match world cup 2003.

Jarr berkata...

Ade juge org mesia main ragbi.Cthnye aku.Dari sekolah sampai la ni masih duk main ragbi ngan Cookie kat Royal Club Selangor.

tapi takde la sampai nak beli baju all blacks mahupun springboks pakai menunjukkan kami main ragbi ye dak?Lagipun baju ragbi bapak mahal,nak pakai yg Danau kota nanti gatal gatal..ehhe.

skystrike berkata...

masa world cup 2007 rasanya aku layan almost semua match....masa tu match rugby masa tgh malam 2-3 pagi....nasib baik time bulan puasa masa tu....sempat tgk time layan sahur kt rumah sewa...then pagi tu masuk kelas lambat sbb malam x tido...hahaha...

btw aku minat all black tp masa world cup nie diorang slalu kalah dgn france kt knock out round...rasanya diorang mmg badi dgn france....apepon spingbok agak stylo gak....wallabies gak yg bangang sama cm liverpool...bole lak kalah dgn ireland...hahaha...

wan_jb84 berkata...

@hellghast,2003 lomu da xmain da..last world cup dia 1999

Plus Ultra berkata...

hhehehehe

hellghast ni contoh yang sebenarnya bukan layan sangat ragbi tapi nak tunjuk terer juga. jonah lomu 2001 dia dah gantung jersi all blacks

pelik gua tengok,ramai nak komen yang dia tengok world cup 2003, atau 2007, atau 1999 atau 1995 (nasib baik tak ada yang mengaku tengok 1987 live semua match, nampak sangat bohongnya)

naper tak cakap je lepas baca artikel lucy ni baru korang terhegeh2 nak bukak astro layan ragbi? kan senang

takde la kantoi kes tengok jonah lomu seret 3 orang masa ragbi world cup 2003 hehehe

kalau dia ada main pun, its physically impossible. kecuali kalau all blacks lawan pasukan ragbi ethiopia

missus vidic berkata...

eleh masing2 pun sibuk nak ngaku dia layan ragbi la apa lah :p

padahal lepas baca artikel lucy trus gugel nak tunjuk dia lg cool tau sume pasal ragbi hehehe...

i mmg tak layan ragbi..tp suka tgk player ragbi yg macho2 gitew..i like ahaks

Hazard Ali berkata...

(kalau tak layan ragbi, buat apalah menyampuk kan)...

P/S : 'gamol' = ragbi, game orang jantan bergomol.

faizburn berkata...

soalan bangang?? tiada yg mustahil bro. hari ni rugby msia dah makin maju. kita dah boleh menang dgn semua negara2 asian. sekolah-sekolah harian pon dah mula main rugby, x mcm 15-20 tahun dulu, rugby dimain secara serius oleh sekolah2 SBP & premier sahaja. pembangunan disekolah sukan pon dah semakin rancak. mungkin bukan sekarang, tapi tidak mustahil... :)

ANXP berkata...

@wan_jb84

wing ada dua satu open wing satu blind wing x silap.

gua pon main rugby gak masa skolah. post backline.

*main rugby sbb selection bola x lepas. byk yg terer. masuk kelab rugby terus wakil skolah. haha.

I Am Legend berkata...

egg chasers!!!

kueh bakar berkata...

aku tgk rugby masa tahun 1995 je.masa jonah lomu top.tu pun sebab cikgu@coach suruh tgk.15's la kan..

tapi memang legend lomu ni.muda-besar-tinggi-laju.kalo bola macam ronaldo brazil - gelecek-speeding-kaki kiri-kaki kanan - tanduk seme 9/10.

tapi kalo main lebih suka 10's.lebih laju dan byk sidestep.

7's terlampau laju.salah sikit alamatnya touchdown la.

15's main kerbau.haha

kueh bakar berkata...

lupa..

1.oit...real kalah.malu la.hehe.
2.sejak allblack tukar adidas tak rare lagi dah.

mangifera berkata...

plus ultra & missus vidic: hoho. apa kes butthurt.

chill chill sudah...tapi hellghast, kantoi di situ.

TANJUNG RHINOS RC berkata...

Suatu hari nnti Malaysia akan ke sana.. Mgkin akn ke Olimpik tlebih dahulu.. mgkin juga akan mndahului sukan bola sepak.. Sila jengah http://tanjungrhinos.blogspot.com untuk melihat pmbangunn ragbi diperingkat akar umbi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...