ANDA SEDANG MEMBACA

34

__________vs Manchester United : The Preview


Liverpool la,afkos!

Aku terpaksa memendekkan cuti sabbatikal aku untuk kembali mengangkuhkan diri di sini. Kembali untuk mengingatkan mereka tentang siapa sebenarnya yang berkuasa...siapa yang berada ditakhta liga semenjak awal musim dan yang paling penting, menjuarai kejuaraan inggeris sebanyak 19 kali! Yeah! Mana pasukan yang baru menang sekali dua tu, boleh ketepi sikit dulu tak?

Sepanjang aku bercuti, aku tengok bukan main berkicau lagi The Kops dan Gooners. Keyakinan diri The Kops tiba-tiba naik semenjak kehadiran Pakkordi mereka. Mana yang selama ini tak pernah komen, beri komen. Mana yang dah insaf dulu, mula lupa diri semula dan kembali komen... dan pengomen baru pula bertambah walau rata-ratanya ARSENAL!
Punya la yakin dengan Suarez, sampai ada yang mengajak aku menonton bersama mereka hujung minggu ini! WOW!

Sementara The Gooners pula langsung tiada keyakinan diri, jauh sekali nak bertambah, ye dok? Ke'emo' an bertambah adalah. Kedudukan pun tangga ke 15 kan.. Sesuai! huhuhu --> gelak cool!



Sebenarnya perlawanan hujung minggu ini memang dinanti-nanti oleh The Kops. Seolah-olah ini hal hidup mati! Inilah tujuan mereka menyokong Liverpool. "Biar tak menang piala, janji menang 5 kali juara eropah!" macam ni ke motto mereka? salah? Sebenarnya inilah motto mereka! Biar aku ingatkan, merekalah sebenarnya The Original Gloryhunter! Menjadi penyokong Liverpool kerana Liverpool telah menjuarai divisyen 1 sebanyak 18 kali dan 5 kali juara eropah. Tapi itu sejarah la. Sekarang mereka tuduh penyokong pasukan lain pula sebagai Gloryhunter. Takpa, ini cerita saja nak kasi mental lemah penyokong Liverpool bertambah lemah sikit...itupun kalau mereka dapat mengolah apa yang aku tulis.

Selalunya mereka terus melompat!

Setan Merah rilek aje. Anggap perlawanan hujung minggu ini sebagai pelengkap jadual musim 2011/12 aje, tak lebih dari itu. Siapa main untuk Manchester United nanti tak penting. Sama aje! Kesebelasan utama Manchester United ada 22 orang! Tugas mereka hanya 1, ianya tidaklah susah tapi bukan senang juga, iaitu untuk memastikan Suarez tidak tersenyum selama 90 minit permainan. Sukar...sukar!


International break selalunya menganggu momentum banyak pasukan....kecuali Arsenal (Mereka kekal bebal walau cukup rehat) Kebanyakan pemain sedikit penat, jet lag dan sebagainya. Jadi aksi hujung minggu ini mungkin ada sedikit kelebihan..kepada Liverpool.

Aku juga menjangkakan perlawanan nanti biasa-biasa aje di pihak Manchester United sementara Liverpool bermain seperti selalu, merbahaya di hadapan dan bersedia untuk bolos di belakang.

Jadi, ramalan aku ialah, Rooney akan memastikanThe Kops berhenti berkicau dan King Kenny akan dapat hadiah istemewa dari Abdul.

Ok. Aku nak sambung cuti balik.




34 Ulasan:

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

yeah! dah lama gua tunggu lu jorji!

Asrulsani berkata...

yiihaa!

Arajo Dilangit berkata...

timnas rahsia? vs setan...baler... mmg pecah laa stadium...harap2 pengadil nnt sama spesis ngan mohd nafeez abd. wahab...br syok...

Arajo Dilangit berkata...

alamak...lupa nk sebut...YNWA.

LS berkata...

YEAHHHHHHHHH!!

Hizwan Nizam berkata...

"Liverpool bermain seperti selalu, merbahaya di hadapan dan bersedia untuk bolos di belakang."

haha, ayat cam celake.

hellghast berkata...

cilake betul dia punya serangan psikologi dengan selingan gambar tu!
sabbatikal sungguh!!!

aksara - tomatio = tomato man ke ape ni woih!

Tanpa Nama berkata...

gua dh agak abdul sokernet mesti jorji....karipap la lu.. x puas hati jom jalan bangsar

msuhaimi2007 berkata...

Cuti lama ke mana...? Ingat takde pengulas untuk Man U... entri terbaik aku baca pagi ni. Glory2!

Hakim. berkata...

berkata tetapi membunuh dengan gambar2..cool..hahaha

Jarr berkata...

jorji...jorji...tak abis abis.Musuh Jang dah binaso ko bolum ni?

Ni semua propaganda jorji nak lupakan kesedihan Jang kono lambak ngan ngan sawit dari bebudak Felda.

Soba Jang..soba...

Jojoe Ali berkata...

Haha.

Eh betul la.. aku terasa amat cool skali. Thanx Jorji!

mirul berkata...

kite tunggu ape kate Pakkordi

Jawab pakkordi jawabbb..

Azlan Zed berkata...

felda united lagi power !

kah kah kah !

Haziq berkata...

'Arsenal (Mereka kekal bebal walau cukup rehat)' kahkah macam sial nye ayat. xyah cuti arr jorji bole fight dengan pakkordi

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
kobetz berkata...

ayat menyentap..gambar menikam kalbu..
ayat celake!hahaha..A+!

Aziz Nasution berkata...

ini misi serampang dua mata namanya.. niat bukan takat bakar The Kopers je ni, emo gunners pun sama terpalit skali..

Jorji memang dasyat!

Streetwizer berkata...

tak sbr aku nak jerit YENUWA2 byk kali kat kedai mamak sabtu ni...

Usagi9898 berkata...

"Ni semua propaganda jorji nak lupakan kesedihan Jang kono lambak ngan ngan sawit dari bebudak Felda."

cilakak jarr lu punya komen buat gua tersedak megi. sialannnnn

Tanpa Nama berkata...

jorji mmg begitu. suka guna cara-cara keji utk mengalih perhatian atas perkara khilaf yg berlaku terhadap pasukan jang

Mista Maman berkata...

Kop will have the advantages against Devils. But just wanna share something...
http://aku-macjay.blogspot.com/2011/01/satanic-symbolism-in-manchester-united.html

hantuLongkang berkata...

ciss..entri nampak meyakinkan...tapi hanya berkesan untuk budak2 MU...budak2 MU memang senang kena tipu..haha

contohnya:
- 'glory hunter' cuma SPECIFIC untuk penyokong MU..istilah tu datangnya dari carutan 'GGMU' mereka..hilang glory, hilang la budak2 MU sekor demi sekor..
- after 20 years of barren spell, liverpool's circle of fans are steadily increasing compared to MU during their dark ages..a good wtf on that..
- dan yang paling gempak ialah banner '19 titles' tu...do they understand in their little minds what the fucking 'perch' is really all about?...lembap betul otak budak2 MU ni..haha

nasib baik ada jugak benda betul dalam entri ni:
- pakkordi membawa sinar baru untuk kem liverpool di sokernet..

:D
takkan engkau berjalan sendirian!

mcphisto berkata...

esok seke leg piala malaysia wei

cantona79 berkata...

Dua orang budak muda Alex dan Kenneth masuk ke dalam bar dan masing2 order beer. Tiba2 bar tender bertanya kepada Alex "Berapa umur kamu?" Lalu Alex menjawab "19". "Kamu pula?" tanya bar tender kepada Kenneth. "18" jawab Kenneth. Dengan segera bar tender itu berkata kepada Kenneth "Kamu masih bawah umur, and come back when you're 19." Kenneth dgn kecewanya walk alone meninggalkan bar tersebut sambil Alex sat on his perch menikmati minumannya.

Ozgur Cek berkata...

kalau tgk komen2 kat sini,btul la kata hantuLongkang, entri ni berkesan kpd budak2 MU je...
pengomen2 liverpool tetap kool..
YNWA!!

Jarr berkata...

adik @cantona79, adik kopipes kat mana benda alah ni.Lucu tau.

mohon share.

r.k berkata...

hehehehe

dueng berkata...

cantona, legal drinking age kat UK is 18. get your fact right.

biarlah budak2 baru nak naik rasa nak berlagak..budak2 liverpool dah penat dah berlagak dulu...20 tahun tak angkut piala liga, barulah budak2 setan ni boleh kejar. gile slow. glory la sgt.

keli berkata...

Tak payah cerita banyak jorji. Liverpool akan dapat 3 point dan bagi MU kekalahan pertama kat Anfield. Nuff said. hehe

ijan de bunks berkata...

cilake entry dan komen buat aku terguris. sebagai gunners dan anak jati negori sembilan walaupon duduk dekat felda jolai. aku tetap support negori.

mohon entry macam ni di counter attack oleh pipi dan jorji melupakan sikap angkuh beliau dengan menaikkan post kemenangan negeri sembilan keatas felda boys.

"victoria concordia crescit"
"musuhnya habis binasa"

talkIZcheap! berkata...

sat on our perch!

nuff said! :p

Nuruddin Abu Bakar berkata...

http://www.kopsource.com/still-sat-on-our-perch/

Wanturd™ berkata...

hahahaha. cilakak misi nak buat suarez tak senyum tu memang sukar la weh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...