ANDA SEDANG MEMBACA

27

Konfrontasi (Lagi)

LuciusMaximus Khamis, November 17, 2011 , , ,




Sebenarnya cerita Malaysia lawan Indonesia memang dah jadi kebiasaan sangat. Baik dalam bola sepak atau dalam acara Sukan SEA yang lain. Hari-hari pun kalau kita buka Astro Arena baik dalam acara sukan apa sekali pun, para penonton baik yang di Palembang atau Jakarta akan bising bila berlaku dua perkara sahaja. Pertama bising bersorak bila atlet Indonesia keluar, yang kedua bising mengejek bila atlet Malaysia tunjuk muka.

Perseteruan Malaysia-Indonesia aku anggap memang paling sengit dalam seluruh ASEAN ini. Kalau dengan Singapura pun kita tak macam ni punya teruk. Indonesia kalau dengan Timor Leste pun biasa-biasa juga. Myanmar dengan Thailand yang berperang gajah sebagai Burma dan Siam sebanyak 19 kali beratus tahun dulu sampai jadi Nang Nak dan Bang Rajan pun tak macam ini punya dendam. Sama juga dengan Thailand dan Kemboja yang sekarang masih sibuk berebut kuil. Kemboja yang 33 tahun dulu kena langgar dengan 150,000 askar Vietnam pun tak ada nak kecil hati sampai ke Sukan SEA (tapi itu sebab Vietnam tolong hapuskan Pol Pot dan Khmer Rouge).

Tapi Malaysia dan Indonesia masih terbawa lagi dengan cerita Konfrontasi atau Ganyang. Masih lagi berebut Rendang, Rasa Sayang dan Manohara. Kalau dalam badminton masih nak berebut jadi nombor 2 paling power di dunia selepas China. Kalau dalam silat olahraga tak kisah Vietnam menang pingat emas asalkan Malaysia dan Indonesia boleh berebut pingat perak. Dalam bola sepak pun sama, tak layak Piala Dunia atau Piala Asia tak jadi hal janji dapat menang ke atas satu sama lain. Hatta dalam acara terjun aku tengok Indonesia berusaha mengejek penerjun Malaysia yang memang power dan menang pingat emas walaupun penerjun Indonesia kebanyakannya hampeh (melainkan dalam acara PATI terjun tongkang buat melarikan diri dari pak polisi marinir Malaysia).

Macam pernah aku tuliskan masa zaman Piala AFF 2010 sudah, persengketaan Malaysia dengan Indonesia ini bukan asal dari Sukarno yang mula-mula berteriak 'Ganyang Malaysia!'. Persengketaan ini ribuan tahun dulu punya cerita bermula dari zaman Srivijaya lawan Majapahit. Kalau tak memang tak ada sebab Parameswara lari dari Srivijaya dan mengasaskan Melaka. Tak percaya boleh tanya Sultan Melaka sekarang, Raja Noor Jan Shah.

Oleh kerana itu, ada baiknya juga dalam Sukan SEA ini kita biarkan saja masing-masing meluahkan perasaan yang tersimpan. Biar bersengketa dan bergaduh dalam acara sukan, kalau dipendam lama-lama nanti makin teruk jadinya. Ini lebih baik dari kita berperang balik macam zaman Konfrontasi dulu.

Petang ini di Gelora Bung Karno, pemain bola Malaysia yang masih tak reti nak bersara di harap jangan tertekan. Tak perlu main ART sangat macam Arsenal, cukuplah main bangang-bangang standard ASEAN janji menang. Kalau menang aku jamin kepala Ong Kim Swee berjambul. Kalau kalah siap-siap sajalah untuk dikepala banakan.

27 Ulasan:

mdazlnshkni berkata...

HAHA! dikepalabanakan.

lara nur berkata...

dua tiga minggu belakang ni asik nampak kepala bana.


yang sebenarnya, "dikepala bana" ni cemana ropa dia? ce kabor sikit

Hazwan berkata...

dah boring nak gaduh2 ni

Aziz Nasution berkata...

Minded para Indon : Sekalipun kalah kpd Laos tetap tak de hal janji masa lawan Malaysia mesti mau menang.. heh!

Tapi kan, apasal aku rasa macam ada persamaan je dgn The Kops ni? Tak kisah tak menang piala bertahun dan tak layak UCL, janji menang masa lawan MU.. adakah The Kopipes = Indon?

*kejap lagi ada la ultras ayam berkokok ni kang..huhuhu

Streetwizer berkata...

gua mmg agak dah....mengkepala banakan harimau malaya perkara wajib!

ijan de bunks berkata...

ni suruh sokerleaks promot sikit. page dieorang dah kena jajah dengan indon

top_ace7 berkata...

Dah macam derby dah aku tengok.

n berkata...

Kepala bana GARUDA akan disembelih malam ni daging dier buat bagi makan anjing...FAK INDON!

Jojoe Ali berkata...

Ajiz, maknanya Malaysia ni macam MU lah ek? Gitu?

KEPALA BA...

hantuLongkang berkata...

harimau mencakar, garuda menggaru..apa nak heran...
GaruDadaku...garulah lagi..

@Ajiz Nasution:
ni propaganda jenis zionis mana pulak ko buat ni..jangan sampai aku buat satu entri dalam ruangan komen ni...hahah

definitely maybe berkata...

ya.necaya berjambul la kepala ong kim swee

cantona79 berkata...

Ni boleh kira Nusantara Derby la ni. Gue takut nanti kim swee bkn saja berjambul, tp kepala otak dia juga akan berjambul.

pokdegrunge berkata...

babi fuck hindon..tp awex ye gile babi cun..babi xcun gtu..

Aziz Nasution berkata...

@Hazard Ali

Bak kata Luci, Malaysia main bangang tapi result cantik = Chelsea.. So, Malaysia sama dengan Chelsea lah...kot?

@hantuLongkang

Hahahaha.. The kop detected..lariiik!

hantuLongkang berkata...

kalu aku jumpa Ajiz Nasution, aku tunjal kepala dia time tu jugak...
hahah :D

pengembala berkata...

dah standby kat mapley pada jam 6ptg lagi

alquinin berkata...

aku jamin Ajiz Nasution ni pemikiran dia sama macam lion-o.

sama-sama bodo.

Jimmy Stracqualursi berkata...

trevor, mana kau dapat la sial trollface tu, macam setan ropa nya

Jimmy Stracqualursi berkata...

cewe gue orang indon, kalau garuda kalah tak dapat la main tarik tali malam nanti.

Usagi9898 berkata...

artikel luci cam biasa. menusuk kalbu. dapat info sejarah sikit2

Lion-O (Thundercats) berkata...

alamak trevor berkata2..mulut bau hantu longkang..

Aziz Nasution berkata...

@trevor

bila budak hingusan cuba memperbodohkan org lain.. well drp komen yg menhentam peribadi (dan gambar profile), dah boleh nmpk siapa yg bodoh sebenarnya

hantuLongkang berkata...

kelakar jugak Lion-O ni...nak kena terajang?..

Lion-O (Thundercats) berkata...

kalau terajang setakat izzaq faris..simpan je la...

Comel Macam ^@^ berkata...

Malaysia walopon kelapa bana bak kata lucius tapi bejaye jugak sumbat 1 gol....janji memang....

alquinin berkata...

kah kah kah. ajiz ajiz..

HARIMAU MALAYA berkata...

GARUDA menggaru kote yg gatal kene sengattt!! kah kah kah!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...