Dizaman keagungan Glenn Hoddle bermain di Tottenham Hostpurs terdapat beberapa pemain yang tidak kurang hebatnya seperti Garth Crooks, Osvaldo Ardilles dan Ricardo Villa.
Ketika kelab British yang lain bermain cara British iaitu menghantar bola ke dalam petak penalti sepantas yang boleh dengan hantaran-hantaran bola jauh, Spurs main cantik. Hantaran pendek dan pantas serta gentel sana dan gentel sini. Permainan Spurs memang lain. Arwah abah saya suka sangat Spurs masa ini. Geram saya.
Antara penyebab kelainan ini ialah Ricardo Julio Villa atau Ricky Villa, seorang pemain midfield yang berasal dari Argentina.
Ricky berasal dari satu bandar yang diberi nama Roque Perez berhampiran Buenos Aires. Beliau dibawa ke Spurs bersama dengan Osvaldo Ardilles selepas Piala Dunia 1978 yang dimenangi Argentina oleh Keith Burkinshaw, pengurus Spurs ketika itu.
Ricky ni kalau sekali pandang, nampak macam mat pet. Ossie Ardilles pulak nampak sangat metrosexual.
Jangan pandang dia sebelah mata, permainan Ricky hebat. Sehebat pemain-pemain piala dunia 1978 Argentina yang lain. Beliau tidak dapat beraksi di piala dunia 1978 kerana kecederaan sewaktu latihan pra-piala dunia. Kecederaan yang diakibatkan oleh tackle tidak sengaja dari Osvaldo Ardilles. Walau pun begitu, mereka menjadi rakan karib sampai lah kehari ini.
Gol jaringan Ricky Villa pada perlawanan akhir FA 1981 menentang Manchester City yang dimenangi Spurs adalah antara gol tercantik ketika itu. Dia gentel punya gentel sampai dia skor. Saya ulang, zaman itu gentel-gentel ni kurang. Sila lihat youtube yang dilampirkan.
Selepas meninggalkan Spurs, beliau bermain di kelab Colombia dan pernah bersama Carlos Valderama, the legend. Beliau kemudian kembali ke Argentina dan menjadi pengurus dibeberapa kelab dan diantara pemain yang berjaya dia bawa ketengah ialah Diego Milito.
Ricky telah menulis sebuah autobiography berjudul "And Still Ricky Villa" dan kini tinggal di kampung halaman beliau, bekerja seperti koboi di Roque Perez, Argentina.
(Sumber: wiki, sports.co.uk)
ANDA SEDANG MEMBACA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 Ulasan:
Firstttt!
Cayalah Pak Kordi!
Tengok, macam nilah fan Liverpool tulis, berilmiah, informatif...bukannya dengan artikel2 provokasi dan photoshop yang letak gambar konek macam Abdul Sokernet buat tu ....
smat tajuk buku tu..."And Still Ricky Villa"...
power.
dah lame saye tunggu entri player player legend spurs ni.
lepas ni boleh la kasi up entri pasal gary lineker,jurgen klinsmann dan paling power,danny blanchflower.
COYS
asal lejen je mesti post dari pak kordi, abdul yau ape?
abdul legend konek. pakkordi legend sejati.
“Villa. And still Ricky Villa! What a fantastic run…he’s scored!! Amazing goal!”
-John Motson
legend mamat nih...bapak gua minaat sgt kat beliau pnya gentel men bola tu...
nice one Kordi. ada sorang lagi player Spurs yang agak legend yakni Jurgen Klinsmann. tapi batch atas sikit la.
Ricky Villa was one of the great. Wonder how Argentinian hardly win the WCUP, because there were many stars definitely born with great skills & high passion towards football & playing around the Europe too. While Brazil, Germany & Italy are always the main contender for the WCUP. Anyway, good job Pakkordi. Please create entry for Daniel Passarella.
"Geram saya." - pakkordi
ku bayangkan cara dia sebut dengan sedikit marah tapi penuh kemanjaan.
Catat Ulasan