ANDA SEDANG MEMBACA

48

Footie Friday: Berapa Kali Turun Padang Semusim & Hasrat FAM Mengurangkan Pasukan Di Liga Super

LuciusMaximus Jumaat, Disember 09, 2011 ,


FC Barcelona - 60 perlawanan sepanjang musim 2010/11

Berapa agaknya purata permainan semusim untuk seorang pemain bola sepak profesional?

Berapa pula purata permainan semusim untuk sebuah pasukan atau kelab bola sepak profesional?

Ada banyak kajian oleh banyak pihak tentang purata perlawanan yang ideal untuk seorang pemain atau sebuah pasukan. Tapi secara kasar boleh diandaikan purata 35 perlawanan semusim untuk seorang pemain pro dan purata 45 perlawanan semusim untuk sebuah pasukan pro. Dan tempoh semusim itu pula boleh dikatakan menjangkau 10 bulan lamanya dengan baki 2 bulan lagi adalah waktu rehat untuk pemain dan pasukan.

Ini adalah 'trend' bola sepak moden di seluruh dunia. Di England, Premier League mereka melibatkan 20 pasukan yang setiap satunya bermain sebanyak 38 perlawanan semusim. Itu belum dicampur lagi dengan perlawanan untuk FA Cup atau League Cup, dan bagi pasukan yang bermain di pentas Eropah pula mereka mempunyai perlawanan tambahan baik dari saingan Champions League atau Europa League.

Struktur 20 pasukan dalam liga ini turut diamalkan di negara Eropah lain seperti Itali, Perancis dan Sepanyol. Jerman dan Belanda pula mempunyai 18 pasukan dalam Bundesliga dan Eredivisie mereka tetapi itu sudah cukup untuk menjamin minimum 34 perlawanan semusim untuk setiap pasukan tidak termasuk perlawanan DFB-Pokal dan KNVB Cup.

Di luar Eropah, ianya hampir sama. Primera Division milik Argentina mempunyai 20 pasukan, begitu juga Serie A milik Brazil. J.League di Jepun pula ada 18 pasukan sementara K-League di Korea Selatan terdiri dari 16 pasukan.Di Amerika Syarikat, MLS yang bermula dengan 10 pasukan kini telah berkembang kepada 19 pasukan. A-League di Australia pula walaupun terdiri dari hanya 10 pasukan (kerana ia masih baru dan sedang berkembang seperti MSL satu masa dulu) menetapkan format perlawanan 3 pusingan agar setiap pasukan mendapat minimum 27 perlawanan semusim, tidak termasuk saingan di FFA Cup yang akan bermula tahun hadapan.

Apa kesimpulan dari ini semua? Kesimpulannya ialah setiap badan induk bola sepak di negara yang disebut tadi sedar bahawa seorang pemain pro dan sebuah pasukan pro perlu bermain perlawanan kompetitif secukupnya dalam setiap musim.

Bagaimana pula dengan Malaysia? Adakah pemain tempatan yang dikatakan pro dan pasukan tempatan yang turut dilabelkan pro, dapat bermain jumlah perlawanan secukupnya seperti mana pemain dan pasukan pro di negara lain?

Jika diikut pada musim lepas, Liga Super kita terdiri dari 14 pasukan yang bermain dua pusingan perlawanan untuk memberikan setiap pasukan 26 perlawanan liga semusim. Selain dari itu ada perlawanan Piala FA dan juga Piala Malaysia untuk pasukan yang layak.

Terengganu merupakan pasukan yang paling banyak bermain perlawanan kompetitif sepanjang musim 2011. Sejumlah 26 perlawanan Liga Super, 7 perlawanan Piala FA dan 11 perlawanan Piala Malaysia untuk jumlah sebanyak 44 perlawanan kompetitif semusim. Tetapi ini hanya untuk Terengganu yang berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Tetapi bagaimana dengan pasukan yang nasibnya tidak seperti Terengganu?

Perlis adalah contoh terbaik. Pasukan tercorot Liga Super untuk musim 2011 ini bermain sebanyak 26 perlawanan Liga Super, hanya 1 perlawanan Piala FA (kalah 2-0 kepada Felda United di pusingan pertama) dan tidak layak bermain dalam Piala Malaysia. Jumlah perlawanan semusim buat Singa Utara ialah 27 perlawanan sahaja. Inilah jumlah perlawanan kompetitif yang ditempuh oleh pasukan pro bernama Perlis sepanjang 2011. Dan buat pemain pro skuad Singa Utara, yang kita tahu tidak ada seorang pun berjaya menyarung jersi Harimau Malaya sekaligus tidak mempunyai peluang bermain perlawanan antarabangsa, mereka semua hanya turun padang untuk 'bekerja' kurang dari 30 kali setahun.

Senario Perlis ini adalah senario sebuah pasukan Liga Super (yang bakal menjadi sebuah pasukan Liga Premier musim depan). Bagaimana pula dengan nasib pasukan Liga Premier sedia ada yang terdiri dari hanya 12 pasukan dengan 22 perlawanan liga semusim? Nasib pasukan seperti Sinar Dimaja Mai Sarah FC (aku sehingga hari ini masih kagum dengan nama pasukan yang langsung tidak komersil ini!) yang bermain 22 perlawanan liga dan hanya 1 perlawanan Piala FA untuk jumlah 23 perlawanan kompetitif dalam satu musim!

Kesimpulannya dari senario bola sepak domestik Malaysia ini adalah mudah. Sebuah pasukan perlu menjadi seperti Terengganu pada musim lepas, yakni bermain dalam Liga Super, bermain hingga ke perlawanan akhir Piala FA dan juga Piala Malaysia untuk mendapatkan sejumlah 44 perlawanan kompetitif. Dan itu pun ia masih kurang 1 perlawanan dari kadar purata 'standard' yang boleh kita sasarkan untuk mana-mana pasukan pro di seluruh dunia.

Terengganu FA - 44 perlawanan sepanjang musim 2010 dan masih ada yang mengadu letih

Tapi kalau bermain terlalu banyak perlawanan, bukankah pemain akan keletihan?

Itu soalan yang selalu dibangkitkan khususnya di Malaysia. Dan juga alasan yang kerap digunakan oleh jurulatih dan pemain khususnya selepas mereka kalah dalam satu perlawanan antarabangsa. Ketika negara bola sepak lain sedang sibuk mencari jalan meningkatkan kecergasan pemain supaya mereka boleh bermain jumlah perlawanan semaksimum mungkin di Malaysia kita masih lagi mencari jalan untuk kurangkan perlawanan supaya pemain tidak letih. Ini saja sudah jelas menunjukkan mentaliti bola sepak kita yang mundur.

Seorang pemain pro bergelar pro kerana itulah profesion mereka dan kerana mereka berstatus profesional. Pekerjaan seorang pemain bola ialah bermain bola. Jika seorang pekerja ladang kelapa sawit dikehendaki turun menombak sawit di ladang sekerap mungkin dalam setahun maka seorang pemain bola yang berstatus pro juga dikehendaki turun ke padang sekerap mungkin dalam semusim. Dan dalam bola sepak era moden kekerapan ini adalah pada purata 35 kali dalam satu musim.

Begitu juga untuk sebuah pasukan pro. Tidak ada gunanya menubuhkan sebuah pasukan bola profesional jika ianya turun beraksi di padang kurang dari 30 kali dalam satu musim. Gaji yang lumayan dibayar kepada pengurus, jurulatih serta pemain setiap bulan tetapi sayangnya pasukan dengan kos pengurusan yang tinggi ini hanya beroperasi kurang dari 2700 minit dalam satu musim.

Telah aku bangkitkan hampir 3 tahun sebelum ini bahawa Liga Super dan Liga Premier kita perlu mempunyai paling kurang 18 pasukan setiap satu. Dengan ini setiap pasukan dijamin minimum 34 perlawanan kompetitif di peringkat liga dan tambahan beberapa perlawanan di Piala FA dan juga Piala Malaysia bagi yang layak. Ini adalah jumlah pasukan dalam satu liga yang ideal untuk kita mencapai sasaran jumlah perlawanan yang ideal untuk seorang pemain dan sebuah pasukan berstatus pro.

Tetapi, belum pun sempat sasaran itu dicapai sekali lagi FAM tampil dengan idea 'bernas' merombak struktur Liga Super musim 2012 dengan cadangan untuk mengurangkan jumlah pasukan bertanding.

Alasan yang diberikan ialah demi meningkatkan wibawa dan memartabatkan sukan bola sepak di negara ini.

Bincangkan.

48 Ulasan:

mikhaelahmad berkata...

konklusi, FAM gila. mudah.

physawleepart berkata...

baik main liga sekolah jer..

redzabes berkata...

ini nampak macam nak bagi peluang kat pahang, hidup sultan bolo!!!!!

joe.digger berkata...

swastakan liga bola sepak negara. that's the only solution. benda lain semua stopgap yang akan melengahkan kemajuan bolasepak kat malaysia.

Haziq berkata...

FAM kan sebuah persatuan untuk menghancurkan Bolasepak Malaysia.

Memang aku tak heran pon. Puihh FAM!!

Hazyr berkata...

A good read. Keep it up Lucius.

HitamPutih berkata...

Aku dah cakap bende ni 20 tahun dulu dah...mcmana player nak fit kalau main seminggu skali...utk dpt match fitness yang optimum mesti byk game sekurangnya 2 game seminggu. Kalau letih dijadikan alasan, apa fungsi manager and coach and fitness? makan gaji buta? disinilah pentingnya disiplin, taktikal, diet, depth of squad, training. Player malaysia training sejam je sehari, start kul 4.30 balik 6.30. Sampai training kul 5, pakai boot, mekap bagai, kul 5.15 baru warmup, kul 6 dah stop, kaki kejang. Memang sampai kiamat, mutu bolasepak malaysia boleh dikepalabana kan.

treacher berkata...

Daulat Sultan Bola!

zulhilmi berkata...

pemain bola kita manja...bajet artis...

Ahmad Afif berkata...

Thanks for the info Lucy. Well I have to agree on this. Memang sepatutnya pemain di dedahkan dengan banyak perlawanan untuk kekalkan stamina sekaligus memperbaiki kelemahan mana yang boleh dalam permainan. Strategi untuk mengurangkan pasukan dalam liga ini bagi aku, ada berbaur politik. Entah apa basis diorang guna untuk penstrukturan semula. Rasanya decision yang diorang proposed ini macam ada kepentingan peribadi atau berdasarkan pada satu sumber suara sahaja. Mengurangkan beban kewangan dan pasukan boleh menjadi semakin wibawa diorang kata? Kepala dungga.

Pet Shop Boys berkata...

Tulisan menarik tentang pro football dari seorang pengulas pro.

galileo berkata...

kalo nak buat gak 18 team kat liga super 18 liga perdana,FAM kene jemput team luar mcm singapore,brunei dan selatan thai main sekali,br kompetetif liga kite...

aRief berkata...

sungguh bosan klu MSL ade 10 team je.
bek aku tggu final FA @ final Piala Malaysia utk g stadium. tu pun klu Terengganu FA yg masuk final.

Mista Maman berkata...

Standard typikal punye mindset, especially FAM & Sultan Bola. Tp harus diingat, kualiti padang juga turut diguna pakai utk alasan kepenatan & keletihan players. Mane xnye, lari je tenggelam separuh but. Pulak pass bola ke cross bola ke susah nak sampai tepat pd player lain, melantun xabis2, pastu mudah terlepas. Aku tgk tampal-menampal jek padang stadium kite, ada rumput belakang umah punya, ada rumput padang golf separuh, ada rumput carpet skit. Campur2 & mengarut. yg sedihnye, bile nak shoot "kdg2" je mengena & then nak celebrate score nak sliding mcm Henry, XDPT la kan (if hujan je berani buat la kan). Kalau padang mcm meja snooker, gile la. Maintain stamina tu. Tgk la semua team pro yg ziarah Malaysia, Brazil dulu pun mengadu penat nak mampos (pdhal diorg iklim sama dgn kte tp smpt bedal Malaysia 4-0), Chelsea, MU, Pool & Arse pun kelelahan beb. Ape kes? Tp mungkin diorg penat travel kot, boleh jadi? Entahlah. Kalau dipikir balik, facility & financial utk sukan bola kite masih xstabil. Sponsor pun mcm xpasti pegi mane duit tu smua. Kesian Malaysia.

Unknown berkata...

@lucy
aku setuju sangat untuk diperbanyakkan match dalam satu season. kalau setakat dapat gaji setakat untuk training, dah macam makan gaji buta la pulak.selalu main football manager, player selalu bising kalau xditurunkan. tapi kat malaysia, player bising banyak kali match. mentaliti..

@galileo
xperlu kot nak panggil team2 lain tu. professional team kat malaysia yang sedia ada. dalam beberapa tahun, rasanya akan jadi kompetitif gak.

mcphisto berkata...

"Sebuah pasukan perlu menjadi seperti Terengganu pada musim lepas"--baru nelllang bohh...

presiden & s/u agung fam-calon kepala bana malaysia

Hazwan berkata...

meningkatkan wibawa dan memartabatkan sukan bola sepak di negara kepalabanadia

kueh bakar berkata...

wah hebat.kalau dekat terus nak pi beli buku rasanya.

fam telah mengalah dengan team singapore.dulu syarat kena bawah 23masuk liga super.sekarang lebih sepuluh org terlebih umur.

'takpe, hntar je senarai player, aku berani kerat jari kalau kita tak diterima' -pegawai singapore.kehkeh.

yg untungnya singapore. ia boleh mantapkan team nasional.

pejalan kaki berkata...

pendapat dari ultras melekek dalam

1. RMK akan datang pastikan ada bajet utk naik taraf padang stadium

2. wujudkan junior league yg mempunyai format sama seperti liga malaysia (bawah 15 tahun)bagi mencungkil bakat

3. tambahkan lagi piala bagi membanyakkan lagi game (exp : piala astro or else)

4. wajibkan setiap pasukan ada akademi youth sendiri

5. wujudkan season pass pada harga menarik bagi menggalakkan peminat ke stadium

6. cadangan menswastakan liga tu boleh dipertimbangkan

7. gulingkan FAM

8. FAM = Fakri Anak Mak kikiki

Aziz Nasution berkata...

Makna nya, player bola kat Malaysia ni dalam setahun kerja beberapa kali je lah? Gaji besar, kerja 90 minit(itu pun kalau main full time la) dan paling kuat pun kerja 44 kali dalam masa setahun? Cisss menyesal aku tak apply masuk sekolah projek dulu!!

D'Shahrul berkata...

Sdr Lucy tau tak apa reason FAM nak kaji utk kecikkan liga super? jgn lah jawab 'pasal FAM memang bangang'. mesti ada reason yg logik disebaliknya (but of course alasan tu pun boleh kita bincangkan lah).

jumlah game sikit utk pro-players kat malaysia -yes- tp sy rasa itu disebabkan oleh kurangnya team yg betul2 pro di malaysia. katanya nak kurangkan team pon pasal nak push teams ke arah better professionalism.

liga kita main 2 kali seminggu compared to epl contohnya yg main1 game seminggu. ini terpaksa dibuat sebab jadual kita pack dengan piala malaysia, plsu bulan puasa liga berehat. ini menyebabkan player letih.

you have good ideas, and your book is very interesting. koemn2 kita harapnya boleh membantu meningkatkan kualiti bola malaysia. harapnya player dan pemimpin bola skrg tak kecik hati dan tak cari balah dengan licy. harap juga lucy boleh mengetengahkan idea dengan cara berhemah kepada pemimpin2 bola malaysia. thanx.

Cesc Luzeza berkata...

banyak rehat player pro kat Malaysia ni...

jebat berkata...

kesimpulan yg boleh buat:

1) pengurusan perlu ditukar.biar yg arif bola sepak pegang jawatan tertinggi

2)kecergasan pemain perlu ditingkatkan.hantar kem tentera biar lasak sikit.

3)faciliti perlu dipertingkat.padang,stadium n so on.

4)perkembangan bakat dari akar umbi perlu ditingkatkan.pembangunan bola sepak dari usia muda.bila cecah 21,pemain dah cukup matang utk main international.

5)gaji pemain perlu distruktur semula.biar pemain bermain utk negara,bukan utk kejar kemewahan.

6)rombak sistem liga skrg.tambah pasukan dari luar biar liga kompetitif.

7)ambil jurulatih yg btl2 berwibawa.bukan yg menang satu dua kejohanan dah dpt datuk.pastu bola sepak makin jauh ke belakang.

8)hantar pemain2 berbakat bermain diluar,bukan sekat depa nak pg...

9)FAM kena dgr pendapat pemerhati bola dari semua sudut,bukan asik bela diri je..

10)penyokong terus memberi sokongan..

skema btl komen aku.......

Inn berkata...

Bro, Tahniah utk artikal ni. Aku sangat setuju!!

Note : Perlis ada Amar Rohaidan - Nazmi boleh belajar dengan dia main bolo.

Shahrul Yusof berkata...

hey, apa hal nak cukupkan 18 team satu liga sampai nak kena ambik team dari negara jiran seperti singapore, thailand, indo etc.

why not kita create team mengikut kelab seperti kampung, bandar atau daerah sendiri. kalau ikut kelab-kelab kampung-kampung or bandar-bandar, sure kita akan ada lebih dari 18 team untuk setiap liga.

rashideeshukri berkata...

@Sylarius: bola sepak banyak berpaksi kepada income dari jumlah penonton, iklan dan nilai komersil. kalau nak ikutkan format FAM dan mentaliti penyokong yang lebih memihak kepada pasukan negeri, awal-awal lagi lu dah nampak yang team macam Ulu Bertam United dan Pagoh Rovers akan bungkus.

and yes, aku sangat setuju kalau kelab bola negeri diswastakan. good entry, Luci.

Ozgur Cek berkata...

dah lama dh lucy ckp pasal ni...

http://tronohtranquility.blogspot.com/2009/01/bicara-bola.html

mungkin lucy patut post balik entri ni dlm sokernet..

Berto berkata...

Kalau FAM betul2 kurangkan team Liga Super, maknanya memang sah FAM tak berniat nak tgk team Malaysia main Asian Champions League.

Mcm Lucy ckp, kurang2 18 team dlm satu liga kalo nak dapatkan liga standard A atau B.

FAM; some dont like them, but they dont care. Cilaka punya FAM.

KaY BeRpUtAr berkata...

Nice article bro! Aku rs ko yg patut jadi Presiden FAM...bkn Sultan Bola...

Tanpa Nama berkata...

that's happen when bolasepak dipolitikkan..

btw,alasan kurangkan pasukan untuk meningkatkan kualiti professionalism pemain bagi aku adalah sangat nonsense..

even budak yang main video game faham kalau kurang kompetitif pastinya level 'character' mereka tak/lambat naik..gamers,u know what i means..

sadness but true,kuasa sultan ada kat Islam dan bola tapi dua2 haru biru..

Adam Ruslan berkata...

Aku saspek FAM dan affiliate mereka iaitu persatuan bolasepak negeri2 akan bersetuju untuk mengurangkan jumlah pasukan dan perlawanan atas alasan bangang, menjimatkan KOS. Kos transport, stadium, gaji (ada pemain import lagi), kos latihan, kos pegawai pegi riki pemain import, kwsp tertunggak semua membebankan pasukan negeri. Ini sebab sumber dana sekarang harap tajaan ASTRO je bagi FAM.

Kalau nak kata Malaysia takda penaja, kenapa AirAsia, MAS, Genting, SP Setia, Berjaya boleh mengeluarkan ringgit malaysia untuk dilaburkan ke luar?

Kalau Liga Malaysia boleh dianjurkan secara 'pesta 3 hari 2 malam' mcm peringkat sekolah n daerah, lagi FAM suka kot. 1 shot tau dah juara. Duit lebih masuk poket sendiri.

Gaji nak mewah, kerja nak sikit. Tipikal.

zu berkata...

memartabatkan bola sepak??
kepala butoh kat celah mana yang naik martabat bola sepak negara kalau team makin sikit, aku haram tak nampak pun.

dorang ni berfikir pakai kepala otak ke, pakai kepala takok dorang?

wibawa? babi lagi la aku malas nak cerita.

taik-taik fam ni kalau lalu sebelah aku, aku tumbuk muka tu nanti jangan tanya pasal apa.

eeii benci
nyeeee!!

i'msosupernotcool berkata...

"demi meningkatkan wibawa dan memartabatkan sukan bola sepak.."

Kepala bana punya FAM.

r.k berkata...

FAM : everyone hate them , they dont care .

nak cakap banyak pun letih lah , its the same issue and the same source of problem ... again and again .

Fitri K. berkata...

mohon sultan bolo dan suku sakatnya baca artikel ini..

hantuLongkang berkata...

apa?..FAM?..nah!

....................../´¯/)
....................,/¯../
.................../..../
............./´¯/'...'/´¯¯`·¸
........../'/.../..../......./¨¯\
........('(...´...´.... ¯~/'...')
.........\.................'...../
..........''...\.......... _.·´
............\..............(

//pehh!!..semua entri kebelakangan ni sedao untuk di-jari-tengah-kan...thanks to keli..hahah

pokdegrunge berkata...

FAM BABI YAHUDI.
LAKNATULLAH.

Unknown berkata...

Bero Luci dan pengikut laman sesawang Sokernet semua.

Artikel yang bagus, kalau dapat dimasukkan ke emel FAM punya ahli jemaah pun bagus, supaya depa boleh jawab lah, haha.

Gua cuma nak menambah hal pemain selalu letih atau pun kurang tenaga. Bapak mertua gua pernah cerita dulu, dia selalu terserempak dengan Ervin Boban dan Alistair Edwards shopping dekat supermarket bawah Kotaraya JB, dua troli penuh dengan makanan berkhasiat, protein, buah-buahan, dan sayur, zat besi, vitamin A,D,E,K. Barulah nama pemain professional, (tapi zaman tu diorang ni kononnya tahap semi-pro aja). Pemain kita makan apa? Nasik lemak, cikedis, megi, sebab sibuk labur dekat kereta Perdana third hand, bikin ekzoz dan sebagainya.

FAM pun kalau nak tolong cariklah sponsor makanan berprotein tinggi macam Herbalife tu ke apa. Gua yang gemok nak mampos ni pun amal minum teh Herbalife boleh habiskan marathon 42km, inikan pula pemain Malaysia yang pro? Mesti lagi power.

Makan makanan untuk bertenaga. BIla badan sihat, otak cergas barulah pemain Malaysia boleh ikat tocang ke, rambut macam player Indo or Mario baruah ke..

Sekian, kembali ke studio.

dec/u/n/01

The Transistor berkata...

FAM tau makan duit haram je... sbb tu bola malaysia x maju

sayahebat berkata...

Untuk nak cukupkan tim dlm lig mmg susah.
Mmg boleh masukkan ikut daerah mcm luci ckp blog dia dulu tp aku rs itu applicable utk daerah dlm semenanjung.
Kalo sabah mmg susah.
Now aku pecahkan sabah kpd 3 daerah besar.
Kk, tawau sandakan.
So now 3 teams dr sabah.
The others dr semenanjung.
Sabah punya satu away game cost puluh2 ribu.
Mana ketiga2 daerah kat sabah nk cr duit?
Sabah pun susah nk maintain ni lg 3 daerah dr sabah?
If any of the daerah stay kat liga FAM kompom2 akan mati sbb xde supporter.
Sapa je tgk liga FAM?

pokdegrunge berkata...

barca babi

Ann berkata...

yes artikel ni tepat sekali..aku baru bcgkan psl ni ngn mmber aku lps msia kalah kpd bahrain ngn syria. aku xleh terima alasan dorang kalah sbb penat.

kalo tgk team2 kt luar negara, ntah brpa byk liga, dlm satu liga..brp byk team. lom cmpur plwanan2 kt luar ngra lg. kalo negara asal pggil plyer ni balik...itu lom cmpur lg.

yg aku tabik..lionel messi...blh dikatakan stiap game, dia bmain..dn beri prestasi yg mmberansagkan..ssh nk dgr dia injured. pdahal kecik2 dulu dia de mslh kshtan.

pmain2 kita kene tiru n amik iktibar cmne pmain2 luar kekalkan prestasi n plg ptg, cuba kurgkan injured tu.

Jojoe Ali berkata...

Swastakan, sounds good.
Tapi ada ke company yang nak adopt?
Kalau betul ada company yang cintakan bolasepak kaw kaw dan sanggup adopt, mesti diorang dah buat lama dah.

Contohnya, Penang E&O dulu. Boleh je kan? Masalahnya skang ni, takkan itu je? Company lain mana?

Tak yah tengok la Genting pa semua tu, diorang untung kalau sponsor team luar, diorang pun tau.

So, the big question is - berbaloi ke nak beli team tempatan ni?

Err.. bincangkan.. kot?

kamarul arifin berkata...

Ya benar. Benda ni pun Pipi dah bangkitkan dulu.

Aku 100% setuju dengan Lucy,cuma nak tambah lagi sikit.

Buat la reserve league macam EPL sana tu. Lagi banyak game player-player reserve ni dapat main.

Benda-benda simple gini FAM memang kepala bana, mereka memang sepatutnya tau lah. Tak perlu peminat yang bagitau.

Pa'chik berkata...

satu lagi lucy... masalah team tak berapa nak ada pun punca jugak.
tak banyak team swasta yang mampu nak join liga. penonton takde beb...

sedang kelantan yang penonton selalu lebih separuh penuh, dengan jersi dah macam baju nascar, tu pun nuar musa duk bising takde duit.. takde duit...

orang kaya tempat kita ni pun cuma nak beli kelab inggeris je... baru gah...

aranhellstorm berkata...

lambat la baca entry ni.

Kalau ikut apa yang ada sekarang, harap FA negeri sahaja memang tak akan cukup. Kita ada 13 Negeri, 3 Wilayah Persekutuan. Campur campur ada 16 Negeri itu pun ada 14 je yang ada FA.

Lepas tu campur pula dengan pasukan kelab. Seterusnya liga jadi carca-marba. Duit yang dijana dari penyokong yang hadir ke stadium akan jadi David vs Goliath misalnya Selangor FA lawan Selangor PKNS. dah tentu-tentu yang datang semua bukannya penyokong tapi lebih kepada ingin menonton bola. Sebab dua-dua adik beradik. tiada perseteruan.

Apa-apa pun semua ni angkara FAM. Suka-suki buat polisi kalau istiqamah takpe, ini flip flop. Hari ni buat lain esok buat benda lain lagi.

Cara baik aku rasa tak akan berjalan. BERSIH 2.0 meredah air gatal FRU untuk tuntut pembersihan pilihanraya, dapat apa yang mereka nak untuk PRU 13 kalau pun tak semua tuntutan tu dapat dengan turun ke jalan raya.

Untuk sultan Bola yang bangang ni aku rasa itu je caranya nak gulingkan dia, sebab adanya dia di takhta FAM, kita pasti tak akan berhenti menulis, mengulas, berdebat tentang FAM dan Bola Sepak Malaysia mungkin untuk 20 tahun akan datang. Mungkin Lucy akan terbitkan pula CMTKPD Vol 2,3,4 dan seterusnya. haha

Tapi beliau pun dah tua, tunggu dia mati sajalah.....

aranhellstorm berkata...

lambat la baca entry ni.

Kalau ikut apa yang ada sekarang, harap FA negeri sahaja memang tak akan cukup. Kita ada 13 Negeri, 3 Wilayah Persekutuan. Campur campur ada 16 Negeri itu pun ada 14 je yang ada FA.

Lepas tu campur pula dengan pasukan kelab. Seterusnya liga jadi carca-marba. Duit yang dijana dari penyokong yang hadir ke stadium akan jadi David vs Goliath misalnya Selangor FA lawan Selangor PKNS. dah tentu-tentu yang datang semua bukannya penyokong tapi lebih kepada ingin menonton bola. Sebab dua-dua adik beradik. tiada perseteruan.

Apa-apa pun semua ni angkara FAM. Suka-suki buat polisi kalau istiqamah takpe, ini flip flop. Hari ni buat lain esok buat benda lain lagi.

Cara baik aku rasa tak akan berjalan. BERSIH 2.0 meredah air gatal FRU untuk tuntut pembersihan pilihanraya, dapat apa yang mereka nak untuk PRU 13 kalau pun tak semua tuntutan tu dapat dengan turun ke jalan raya.

Untuk sultan Bola yang bangang ni aku rasa itu je caranya nak gulingkan dia, sebab adanya dia di takhta FAM, kita pasti tak akan berhenti menulis, mengulas, berdebat tentang FAM dan Bola Sepak Malaysia mungkin untuk 20 tahun akan datang. CMTKPD mungkin akan terbit Vol 2,3,4 dan seterusnya.

Tapi beliau pun dah tua, tunggu dia mati sajalah.....

Antu Ngangkung berkata...

Setuju, tiada tidak setuju melainkan sutuju. Idea HAPRAK FAM inilah antra penyumbang Mesia tak gi piala dunia selamanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...