Ini abang Mansor Abdul Khoni, jika tak silap aku orang panggil dia Tok Mo. Siapa rajin tengok acara sukan yang melibatkan Malaysia pasti perasan Tok Mo ini, dengan kompangnya, bendera Malaysia dan perangai tak reti duduk diam. Baik menang atau kalah, main bagus atau bangang, Tok Mo tidak pernah berputus asa memberi sorakan. Penglibatan Tok Mo dalam karier menjadi tukang sorak Malaysia untuk semua jenis sukan ini sudah bertahun lamanya. Malahan jauh lebih lama sebelum istilah Ultras dikenali oleh awek-awek Facebook atau makcik Felda. Tapi apa yang pasti, Tok Mo bukan Ultras walaupun ciri-ciri beliau boleh dikatakan sama macam kebanyakan Ultras (kecuali bab usia). Sebaliknya Tok Mo bernaung di bawah kumpulan bernama Famemas.
Ya, Famemas. Kelab penyokong Malaysia ini diasaskan sejak tahun 2002, diperakui oleh Majlis Olimpik Malaysia dan Majlis Sukan Negara serta sentiasa aktif memberikan sorakan kepada pasukan Malaysia baik dalam acara sukan apa sekali pun khususnya ketika Sukan SEA. Famemas akan terbang bersama kontinjen atlit Malaysia, berkampung di sana sepanjang Sukan SEA berlangsung dan menonjolkan diri dalam hampir semua acara sukan. Atas sebab itu, ahli Famemas kebanyakannya mereka yang berkemampuan untuk mengeluarkan belanja tinggi semata-mata menjadi penyokong selain dari kelab ini menandatangani perjanjian tajaan dengan pihak swasta. Famemas ini vokal, tapi vokal mereka sekadar lantang memberi sokongan ketika perlawanan. Nak vokal pasal masalah sukan atau memberi kritikan mungkin tidak sangat.
Kemudian selain dari Famemas ada pula kelab penyokong yang sepenuhnya milik swasta, seperti Team Malaysia yang ditaja oleh TM. Bayar yuran keahlian, dapat baju seragam dah boleh jadi ahli Team Malaysia dan peluang berlakon dalam iklan TV. Lagi senang kalau diri sendiri itu kakitangan TM. Oleh kerana di belakangnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi gergasi, Team Malaysia dapat bajet yang cukup untuk pergi Sukan SEA macam Famemas. Dan seperti mana Famemas itu dilihat agak kerajaan, Team Malaysia dilihat agak korporat dan ini membuatkan sebilangan besar rakyat Malaysia yang anti berpersatuan tidak berminat dengan kelab sebegini. Atas sebab itu juga Team Malaysia ini dilihat tidak sebulu dengan Ultras Malaya yang cukup anti dengan benda-benda kapitalis ini, selain dari kedua puak ini sejak kebelakangan dilihat selalu bersaing di stadium ketika perlawanan bola.
Majoriti penyokong Malaysia ialah yang begini. Apa yang aku katakan sebelumnya sebagai 'the silent majority' dan hanya bising bila gol dijaringkan atau pemain Malaysia beraksi secara bangang. Tengok brader yang pakai jersi Malaysia itu, tak lain dan tak bukan mesti tengah maki pemain Malaysia. Brader (ke akak?) jersi Chelsea sebelah dia pula jenis yang mungkin tak peduli pasal bola Malaysia tapi lebih prihatin dengan bola Inggeris. Dia turun stadium pun sebab masa itu Chelsea datang lawan Malaysia di Stadium Shah Alam. Mereka inilah yang orang katakan 'bersorak ketika menang tetapi tidak menyokong ketika kalah'. Habis nak buat macam mana, dah pilihan hidup mereka begini.
Tetapi ada juga yang masih suka berpersatuan, khususnya dalam kes bola sepak peringkat negeri. Mereka ini ahli-ahli kepada persatuan penyokong negeri dan pada masa yang sama juga mungkin ahli JKKK atau Belia 4B dan tak mustahil juga ahli UMNO berdaftar. Ini adalah kelompok penyokong yang telah wujud sejak zaman Semi Pro lagi. Kecenderungan mereka ialah untuk memukul rebana atau kompang sepanjang perlawanan, juga menggunakan bateri yang berkuasa selama 90 minit. Persatuan sebegini juga lazimnya akrab dengan persatuan bola sepak negeri selain biasa bergesel bahu dengan YB yang juga ahli majlis pimpinan persatuan bola sepak negeri.
Untuk persatuan penyokong ini juga, jika pasukan bola sepak negeri mereka berjaya, kecenderungan mereka ialah untuk memuja-muja YB selaku presiden persatuan bola sepak negeri. Ini selalunya dizahirkan melalui kain rentang 'glossy' dengan muka YB tersebut ditempek sebesar alam. Bajet untuk kain rentang mahal sebegini tidak mustahil datang dari poket YB sendiri atau tabung cawangan UMNO terlibat sementara tempahan kain rentang mestilah dibuat di syarikat Bumiputera yang dimiliki oleh salah seorang ahli UMNO cawangan tersebut.
Kemudian, ada pula kelompok yang sebegini. Ya jenis yang jangan dibuat main dalam hal ehwal bola sepak. Mereka ini boleh saja terdiri dari ahli persatuan penyokong atau kelompok 'silent majority' tadi. Tapi sekali bila dah panas, mereka tidak teragak-agak untuk mengkepala bana sesiapa pun. Ini baru tahap keluar kain rentang bajet ciput. Lagi 'real' punya marah ialah bila baling botol atau bakar mercun. Tahap 'dewa' punya marah pula boleh membawa kepada bakar stadium. Tapi terus terang, maki hamun boleh lagi diterima tapi baling botol, bakar mercun atau bakar stadium itu dah dikira bangang namanya.
Namun ada juga jenis yang tenang, penyabar dan sudah cukup gembira kalau dapat ke stadium untuk makan kuaci atau burger. Mereka ini ialah Ultras Kuaci atau Ultras Burger. Bersorak ketika menang, makan kuaci ketika semua pemain sedang menggaru telor di padang dan mungkin pulang awal kalau dah jenis tak ada harapan nak menang. Amat sukar dilihat ketika zaman gelap bola sepak Malaysia. Tetapi bila dah mula ada cerah sikit-sikit masa depan bola negara mereka ini akan kembali rajin turun ke stadium sekaligus mengukir senyuman di wajah akak jual kuaci atau brader jual burger.
Samalah juga dengan satu lagi kelompok penyokong yang boleh dikatakan baru muncul ini. Iaitu Ultras Awek. Dahulu sangat sukar dilihat tetapi kini seperti sudah menjadi kebiasaan di stadium. Mungkin satu masa dulu kecenderungan mereka sekadar menyarung jersi Manchester United dan menemani boyfie mereka yang ala-ala David Beckham atau Cristiano Ronaldo ke Hartamas Square untuk bola sepak Inggeris hujung minggu. Tapi kini dengan Manchester United sudah jatuh nombor dua dan pemain paling hensem mereka hanya tinggal Shrek Rooney, para gadis beralih arah ke Harimau Malaya, Apex dan juga adik Nazmi Faiz. Kaedah sokongan mereka ialah bertepuk-tepuk ketika Apex menangkap bola atau menggigit jari bila adik Nazmi Faiz dijatuhkan pihak lawan. Mereka juga cenderung bergambar ketika perlawanan supaya ada gambar untuk dimuat naik ke Facebook nanti. Tak kisahlah, sekurang-kurangnya ada bahan cuci mata untuk Ultras Kuaci dan Ultras Burger.
Bercakap pasal Manchester United tadi, kita tidak boleh lari dari HarimauMalaya.Com (HMC). Bagi yang telah mengikuti bola Malaysia lama sebelum zaman Piala AFF 2010 pasti tahu tentang HMC. Bermula dengan hanya beberapa kerat, HMC mula dikenali ramai apabila mereka buat gila dengan menyarung jersi hitam kuning Malaysia ketika Manchester United turun ke Bukit Jalil pada tahun 2009. Sekali pun berdepan puluhan ribu rakyat Malaysia keturunan Manchester, HMC tetap lantang memberi sokongan sehingga pemain macam Ari Yahyah pun boleh menewaskan Edwin van der Sar dan Ben Foster. Mengikut sumber tertentu asalnya Ultras Malaya bersekutu dengan HMC sejak tahun 2007, tetapi pada tahun 2010 berlaku perpecahan di antara HMC dan Ultras Malaya akibat perbezaan ideologi dan hari ini kedua-dua entiti telah membawa haluan masing-masing.
Dan yang terakhir sekali, tidak lain dan tidak bukan ialah Ultras Malaya. Dari hanya beberapa kerat ketika tahun 2007 dan sewaktu Harimau Malaya dikepala banakan dalam Piala Asia, kini suku-sakat Ultras telah bercambah malahan turut wujud di kalangan penyokong pasukan negeri. Awalnya tidak diterima oleh kelompok penyokong yang lain, tetapi kini populariti mereka semakin meningkat dengan keupayaan mengumpul bala tentera yang ramai pada setiap perlawanan dan kelantangan mereka di stadium. Seperti Ultras lain di serata dunia, Ultras Malaya adalah penyokong yang radikal dan fanatik. Tetapi radikal-radikal mereka pun masih belum mampu menurunkan Sultan Bola dari takhta kesultanan bola sepak FAM.
Ya, masih belum ada siapa mampu melawan daulat Sultan Bola sebenarnya.
Aku terpaksa gunakan banyak gambar untuk artikel kali ini kerana berdasarkan pengalaman aku, orang Malaysia (baca Melayu) menghadapi masalah untuk memahami hatta sepotong ayat yang lebih dari 10 perkataan. Sebab itu dalam artikel aku sebelum ini ada yang susah nak faham atau lebih teruk lagi, lain yang dibaca lain yang dia simpulkan.
Pokoknya, dalam hal menyokong bola itu sendiri ianya macam pegangan politik atau agama. Masing-masing nak ikut kepala otak (atau bana) mereka sendiri. Tetapi bila masuk bab kecoh siapa lebih patriotik dan siapa kurang patriotik, selayaknya memang semua elok dikepala banakan saja.
Macam mana dengan Sokernet?
Sokernet adalah pengulas bola sepak bukan penyokong bola sepak. Nampak perbezaan di situ?
Dan yang terakhir sekali, tidak lain dan tidak bukan ialah Ultras Malaya. Dari hanya beberapa kerat ketika tahun 2007 dan sewaktu Harimau Malaya dikepala banakan dalam Piala Asia, kini suku-sakat Ultras telah bercambah malahan turut wujud di kalangan penyokong pasukan negeri. Awalnya tidak diterima oleh kelompok penyokong yang lain, tetapi kini populariti mereka semakin meningkat dengan keupayaan mengumpul bala tentera yang ramai pada setiap perlawanan dan kelantangan mereka di stadium. Seperti Ultras lain di serata dunia, Ultras Malaya adalah penyokong yang radikal dan fanatik. Tetapi radikal-radikal mereka pun masih belum mampu menurunkan Sultan Bola dari takhta kesultanan bola sepak FAM.
Ya, masih belum ada siapa mampu melawan daulat Sultan Bola sebenarnya.
Aku terpaksa gunakan banyak gambar untuk artikel kali ini kerana berdasarkan pengalaman aku, orang Malaysia (baca Melayu) menghadapi masalah untuk memahami hatta sepotong ayat yang lebih dari 10 perkataan. Sebab itu dalam artikel aku sebelum ini ada yang susah nak faham atau lebih teruk lagi, lain yang dibaca lain yang dia simpulkan.
Pokoknya, dalam hal menyokong bola itu sendiri ianya macam pegangan politik atau agama. Masing-masing nak ikut kepala otak (atau bana) mereka sendiri. Tetapi bila masuk bab kecoh siapa lebih patriotik dan siapa kurang patriotik, selayaknya memang semua elok dikepala banakan saja.
Macam mana dengan Sokernet?
Sokernet adalah pengulas bola sepak bukan penyokong bola sepak. Nampak perbezaan di situ?
92 Ulasan:
no ultras better!
seperti biasa ulasan Lucy memang terbaik. hope kali ni tiada komen yang jauh menyimpang. :D
haha aku rasa aku supporter hybrid : silent majority + Ultras Burger ..
Padu!!!!
Lucy - ko tinggal satu weh.
Keyboard warrior - tak pergi stadium tapi bising dalam Facebook,Twitter yang amat.
tu kategori apa tu?
post lucy panjang mana pon, x de gambaq pon baca satu2 , style
Kategori penyokong duduk di rumah/kedai mamak?
aku turun stadium pakai baju black metal kene maki... kenapa?? tiada tempat untuk golongan black metal ke dalam stadium tu
Ultras keyboard?haha
Lucy- Sokernet ada tukang mengkepalabanakan Ultras. Keh keh keh!
nampak bang!
banner shukor tu aku tau sape punya. hahaha
Haha, siapa punya tu Mofasad?
Aku pun tak ada apa hal dengan Ultra ni. Memang mula-mula pelik untuk diri aku yang tengok bola sejak zaman semi pro dan dah di ambang lewat 30-an kata orang. Tapi mungkin ni cara budak muda dan aku lantaq pi kat depa la.
Tapi memang, bila geng Ultra ni yang mula dok hingaq depa lagi patrotik apa lanchow la, aku pun panas.
Orang pi tengok bola ada macam2 jenis. Tapi pi la tengok bola tu utk nilai perlawanan dia, bukan untuk pi nilai semangat penyokong lain habaq hang
Lucy, suntingan baik dalam entri kali ini. My view, kefahaman dalam suatu ayat atau perkara mmg mudah disalah tafsirkan. Bahasa Malaysia contohnya, is too direct & sometimes rough compare with English. Jd, bile bertemankan emosi, lg la mudah ke arah pergaduhan. So, better gambar diselitkan agar mudah difahami.
Pd aku xkisahlah kite wujudkan ape persatuan pun jika niat mmg nak menyokong & motivate team kesayangan kita tp biarlah dgn cara yg betul & munasabah. Mohon jagalah imej negara & bangsa Melayu kita. Ini x, balik2, org Melayu gak kene, even ada bangsa/agama lain pun join sama. Yg buat pun sorg dua, habis sume terkene cop gak. Kecah der.
apa barang Ultras Malaya... terang2 tiru Ultras di Italia. Mana boleh lawan Ultras Milan "FOSSA DEI LEONI" tu dulu.
hahaha...
bab awek ultras tu mmg pon ramai yg menyemak a.k.a BIMBO... tetiba je minat bola padehal sebelum ni tahu bola kocek je...
tapi brader otai mansor tu mmg terbaik! siap baran bila kena sound dgn koo ken keat satu ketika dulu...
ape2 hal pon aku paling sokong bab baling mercun, bakar2 rete tu memang bangang dan bana sungguh!
nice entry...baru tau rupa2nya penyokong pun ada byk puak2..dah mcm parti politik dh aku tgk...
bro sokernet...
ada satu lagi jenis penyokong atau penonton tetapi penyokong macam ni jarang ditemui... mereka adalah PENYOKONG PERMAINAN BOLASEPAK, mereka datang ke stadium bukan untuk menyokong mana2 pasukan tetapi adalah KEINDAHAN atau KEBANGSATAN PERMAINAN BOLASEPAK itu sendiri..
walau INDAH atau BANGSAT cara permainan, ia tetap adalah BOLASEPAK... mereka adalah PENYOKONG BOLASEPAK... sukar nak ditemui penyokong seperti ini.
Santapan lazat di hari JUmaat...artikel yang lucu, berinformasi dan padat.
Ok jom ramai-ramai tengok Ombak Rindu.
Aku sokong kesemua puak yang disebut, termasuk awek BIMBO. Cuma, mintak kerjasama balak² BIMBO tu semua (iaitu Ultras Burger And Kuaci), untuk tutup mulut awek tu dengan burger tiap kali dia menjerit bila Apex dive untuk tangkap bola.
Kalau tak, kita terpaksa wujudkan satu lagi kategori untuk pasangan bangang ideal yang macam ini.
SELAMANYA!
WV : 'alisa' = nama Ultras Bimbo??!!
ini realiti. belum campur yang menyokong mahupun mengulas sebab judi lagi.
tak ketinggalan juga penyokong belah grandstand. elitist yang menonton bola sepak sambil memikirkan cara nak buat duit.
Yezzz....Ultras Kuaci reporting in.
Gua memang paling meluat tgk Ultras Awek . Awek aku pon tergolong dalam Ultras Awek
Cilake!Cilake!Cilake!
Pauzi Kassim Rancid, gua harap lu tabah.
lu takat pong pang2 dlm blog bule la geng2 kuaci n burger...takat tulis smbil kunyah nasi dpn tv tgk bola baik x payah.... turun dl stadium... lps tu kutuk org x sehaluan ngn lu...mmg keyboard worrior lu org ni!!!
lu memang true bro lucy! nice one
thumbs up luaci (lucy+kuaci) powahhh!!
Kalau sapa-sapa tak paham lagi apa yang Lucy tulis, meh nak bagitau.
Kalau hangpa pi stadium, JANGAN baling botol, patahkan kerusi, bakar stadium, main laser, bakar mercun dan mengukur tahap patrioritik orang lain.
Itu bangang melantun!
Haziq - agak meluat dengan awek lu meh pas kat bang meh!
Cikgu Terbang - lu sekali gua terajang memang terbang jugak kot
haha, padu je Luci bg, klau x de gambar, hapah org komen ikut previous komen je, kehkeh
so ade lagi yang nak dikepalabanakan..
kah2..legend butthurt...
mengkepala banakan @cikgu terbang,,name je cikgu,komen mnx penerajang
ape2 pn,,entry superb,gua suke,well said lucyfer
"Macam mana dengan Sokernet?
Sokernet adalah pengulas bola sepak bukan penyokong bola sepak. Nampak perbezaan di situ?"
-kiranya Sokernet sebaris dengan pengulas tersohor tanahair seperti Dato' Hasbullah Awang dan Dato' Rahim Razali.
Mohon Sultan bola mengurniakan darjat Dato kepada sokernet.
Dato' Sokernet FTW!
Tak pergi stadium, tak semestinya tak patriotik.
Kutuk pasukan sendiri tak semestinya tak patriotik.
Kutuk supaya semua orang boleh nampak di mana salah silap yang boleh di perbaiki.
Jangan nak sensitive sangat derrr...
mohon Ultras Kuaci & Ultras Burger sumbat kuaci & burger kat mulut si Cikgu Terbang. bajet dah pergi stadium tu betul2 ultras la. POSER!!
kuaci rm3. bege tepek rm3. dasar beniaga nk duit je.
aku menyampahbetul dengan terma 'keyboard warrior' ni...takpun 'butthurt'...macam la orang yang menuduh tu bukan keyboard warrior...macam la orang yang menuduh tu tak pernah butthurt...golongan2 macam ni la sbenarnya yang paling kepala bana sekali..
contoh orang orang macam ni ialah namanami...cakap bukan main ek ok ek ok...tapi kepala bana juga
@I Am Legend - Kahkah gua tetap sayang kt awek gua ok!!
@Cikgu Terbang - Lu Ultras Burger ke Ultras Kuaci?
istilah 'keyboard warriors' ini sgt bangang. bangang kerana melalui penulisan lah tamadun menusia ni berkembang. melalui penulisan banyak perubahan boleh dibuat.
efek sokernet lagi bagus dari efek ultras dgn tifo atau mafla diorang. bebudak nampak ultras excited, ikut jadi ultras sama tapi tak faham sepatah haram.
tapi org baca sokernet, diorg nampak different point of view dan mula berfikir luar kotak.
"Team Malaysia ini dilihat tidak sebulu dengan Ultras Malaya yang cukup anti dengan benda-benda kapitalis ini, selain dari kedua puak ini sejak kebelakangan dilihat selalu bersaing di stadium ketika perlawanan bola." - yang ni aku setuju!
aku pon taw siapa punya banner shukor monyet tu . ahahaha.
Mereka inilah yang orang katakan 'bersorak ketika menang tetapi tidak menyokong ketika kalah'. Habis nak buat macam mana, dah pilihan hidup mereka begini.
kihkihkih
Masih ada lagi rupanya yang sokong bola Malaysia. Aku ingat takde.
cikgu terbang - butthurt!!!
aku memang menyampah kat BIMBO tu dah la tak tau pape tau nak menjerit je bile hero pujaan tu pegang bola dan sepak bola.boleh berambus tgok bola kat mamak la diorang tu
sepanjang aku tgk bola kat stadium kelantan...
geng2 gendang/rebana ni jadi leader dlm stadium dia yg kawal rentak sorakan penyokong n penonton...
biasanya kategori 'silent majority' selain drpd memaki pemain mereka juga akan berjoget2 mengikut rentak gendang..
manakala geng2 ultras akan berdiri di belakang gol tanpa menghiraukan penyokong/penonton lain iaitu ultras kuaci yg juga biasanya berada di belakang gol..
Ultras awek pula menjadi penjual rokok..
owh mungkin lucy lupa geng2 penjual air,kacang n beger ada dlm kategori tersendiri.
semua ada cara menyokong masing-masing . y dont just we accept each other .
kecuali
a i r h o n !
ghua ada problem sama airhon .
fuh airhon...mmg suck, sblum match tgh duk sembang dgn member sbelah, ada brader kat atas tiup airhon kat telinga,mau xpanas kawan..
itu ultra airhorn..paling power ultra ultra FAM.Ultra Malaya pun xleh wat apa
haha.. Seb bek aku tak pegi sea game under TM klau tak pic aku masuk soknet. Nami gambar mu masuk soknet.
ps : Mohon luci kuar artikel setiap jumaat baru tak boring weekend.
berkenaan dgn ultras ni..
rs nye klo dorg nyanyi2 kat stadium dorg xbape nk focus kat game..;-p dorg nk org lain focus kat dorg kot...
sbb ade awek2 yg akan tgk dorg..
cinta itu buta..
p/s - aku cinta kn bolasepak..awek aku kate aku buta..
flying teacher, aku g stadium n aku juge keyboard soldier..
airhorn takpe lagi. tapi kalau orang sebelah dok hisap rokok je sepanjang 90 minit tu, memang gua mampus awal la...celaka betul
alaa macam mana orang nak menyokong, biarkan je la. hak masing-masing.
secara jujurnya, gua takde problem langsung dengan cara-cara sokongan ni, baik Ultras Awek yang kadang-kadang buat gua geram jugak tengok buttcrack diorang bila diorang duduk, baik Ultras Burger yang selalu jual burger kejung, mahupun yang lain-lain.
tapi gua agree sangat dengan R.K., tolong la jangan bawak masuk air horn, bising macam pukimak.
@kareem
orang sebelah hisap rokok, lu pun hisap rokok jugak la. dia hembus asap kat lu, lu pun hembus kat dia. 90 minit dok main macam tu baru punk rocker hehe
*macam biasa, gua jumpa rashideeshukri kat stadium gua tumbuk bagi tambah bengkak muka
i grab my kuaci too
Katok penakut dan bangang. bak mai muka lu dekat display tu, gua nak tumbuk jugak kasi lebam kalau jumpa.
bangang tak bertempat. faggot.
“Obey with Caution, Blind Acceptance Can Be Hazardous!”
JUbo...hahaha
Kalau tak beli kuaci boleh jadi sawan gua kalau tengok bola kat stadium.
Ulasan dah panjang lebar ni kira boleh tutup kes ke belum pasal kes hari tu? ;-)
adeh..aku baru jumpa blog ni..x tahu nak gelak ke nak nangis baca entry nih..hahaha
Tok Mo ni aku tengok macam Mazidul je.
air horn ni memang babi. sakit telinga dengar. eh sial lah
lucy entry menyengat. terbaek la lucy.
benci tgk ultras awek. gedik cam gampang.
"the silent majority" sesuai tuk tengok ombak rindu jer..bwk coke dan popcorn tu je la
nampaknye lucy mengambil pendekatan defensive kali ni selepas ayat "silent majority" nye gagal dikawal kemas oleh pertahanan.
kalo ikut logik, EPL tu panggil silent majority gak ke? dorang mana de eeelltrass ni huehuehue
Amboi Rashideeshukri. Marah nampak.
"bising macam pukimak."
Pot calling the kettle black
someone who dignifies that idiom towards others here must be no different to it, either. ever tried looking into a mirror, son?
at least i have an opinion, rather than sticking behind others' tails without any principles.
kemas la lucy.
cemerlang.
aku harap bila rasheedi shukri dan katok bertumbuk nanti.
ada orang upload video.
dan elok-elok je taim gua tengok video tu.
ada kuaci dengan burger sekali di sisi.
seriyes.
aku harap sangat.
gua harap ada orang rekod jugak. boleh gua faymes masuk Youtube.
Gua Ultra's kuaci burger dan usha aweks pakai hot pants. mampoh pi lah menang ke kalau ke. Hahahah
ahh..jangan nak auta..
sokernet bukan pengulas...sokernet ialah pengkepala-bana...abdul sokernet main kepala level bawah sikit, pengkepala-konek..
hahah..
nwa:butthurt ke?
kehkehkeh.
macam rangup je awek ultras tersebut
sokernet jeles x masuk tv...miahahahahaha....
U.M masuk gak tibi tiga suku..Ahh pedulikan..aku nak join persatuan Ultras Awek..ble ejas ke ranjang kalo kena ngan ayat hahaha!
Eh,siriyes aku setuju dgn pndapat hantu longkang
orang tiup airhon, lu orang pun tiup jugak la airhon...
Aku dulu berpendapat Ultras sgt cool. Bila bab menuduh org x patriotik tu mmg melampau. Tapi Tok Mo mmg paling sporting. Aku pun bengang jugak dgn Awek Ultra tuh, bukannya tahu pasal bola pun. Tapi aku kategori Awek jugak, tapi bkn satu spesis dgn Awek Ultra tuh, aku pun cuci mata tgk pemain, tapi ilmu bola sepak aku tak dengkel. Lucy is my favourite blogger.
Pauzi Kassim Rancid berkata...
aku turun stadium pakai baju black metal kene maki... kenapa?? tiada tempat untuk golongan black metal ke dalam stadium tu
2 Disember 2011 3:09 PTG
================
hahah... bro... joe slaughter gi tengok bola pun tak pakai baju silentdeath bro... hehehe...
tapi... pakai la nak pakai apa pun kan... jangan tak pakai langsung sudah... err... kalau pempuan tu... okei laaa... heehhe....
i dont know weather to consider myself as ultras awek or not.tapi rasanya tak salah kot ultras awek datang stadium memeriahkan suasana.we all pun nak tengok bola jugak.
tapi satu je, wear something that wont distract other people from watching the game.
kalau setakat pakai sexy with hotpants wutsoever sekadar nak perhatian, just stop it lah. saya pun meluat hihi.
hai missus vidic.'weather' tempat saya tak berapa baik.asyik hujan je. memang tak salah awek ultras pakai hotpants sekali pun, tapi biarlah betul-betul punye hotpants...:)
saya dah agak dah...spelling error saya mesti ada orang nak tegur..hihi tq btw kareem
Actually Ultras Airhon,perokok, pembaling mercun dan botol adalah golongan penyokong yg paling merimaskan dalam stadium.. Lagi merimaskan drp Ultras Malaya.
Tapi Ultras Bimbo/aweks adalah golongan yg dinanti2 kan oleh setiap jenis penyokong yg ada dalam stadium.. nak-nak pulak dorang pakai jersi kuning(home) dan tak pakai baju dalam.. design net di bahagian belakang jersi tu membolehkan kami(baca aku) tau jenis dan warna "baju kutang" mereka...nice!
PENGUMUNAN!!!!!
sedang merekrut ultras stadium kubu
syarat-syarat
1. tak bisu
2. tahan maki
3. loaded
4. tahan asap flare
5. tiada kerja tetap
6. tahan panas
7. semua di atas sana
berminat sila email ke ultraskubu@yabedabedu.com.melekekluar
FORZA MELAKA FORZA
@dausz;
Sokong satu kelompok lagi yang tertinggal tu, kelompok PEMINAT BOLA. Kelompok sebegini akan pergi ke stadium hujung2 minggu walaupun bukan dia yang main, akan park moto tepi padang sebab nampak pasukan yg main tgh2 padang TNB tu lengkap pakai jersi seluar bagai, kalau terbawa kenderaan laju pun akan terjeling mcm pakwe nampak makwe2 sexy.
Salam,
ako agak tidak bersetuju la dengan kenyataan pasal TEAm Malaysia tu..
"Atas sebab itu juga Team Malaysia ini dilihat tidak sebulu dengan Ultras Malaya yang cukup anti dengan benda-benda kapitalis ini, selain dari kedua puak ini sejak kebelakangan dilihat selalu bersaing di stadium ketika perlawanan bola."
Sejak bila geng team malaysia x sebulu, kami support ja and enjoy geng2 ultras chant, bila korang buat waive kami join.. maybe sebab kitorang pun ada gendang korang igt nak saing ngan ultras..apa daa xyah nak provokasi la.. Tapi ako rasa x mustahil geng ultras yg berpikiran mcm tu sebab adik ako sendiri ultras ( budak sekolah) and dia ckp dia malu nak tegur ako if ako pakai baju TEAM malaysia..konon geng underground xleh campur mainstream hehe..yg baru2 nak menyokong ni (bukan geng undergrund) konon2 poser la...
meminjam qoute rakan team malaysia.. apapun belum join team malaysia, kami sokong malaysia...sebelum kije TM, kami sokong malaysia, sebelum blaja kolej, kami sokong malaysia...pedulikan kata orang, yg penting niat kita kami ikhlas untuk sama2 memberikan sokongan dan sorakan padu kepada pasukan malaysia...bagi aku famemas, ultras, team malaysia, silent majority, individu supporters semuanya mempunyai matlamat yg sama..tak payah nak tunjuk siapa lebih TRUE FAN.. sekian
depan mata aku awek TeamMalaysia n Co balik awal time malaysia vs spore aritu haha..
tapi penampilan terbaik..dari atas kepala ada ikat kepala team malaysia
kalau lupa, taun 2007..AFC cup yg ada sejarah..orang pergi tgk bola pakai songkok berkabung..tanda protes kat fam/soltan
mana pergi dorang..mungkin lepak2
ultras awek aka bimbo tetap bangang paling kabut kat stadium
Hmmm....fakta kurang tepat berkenaan FAMEMAS....rata-rata ahli-ahli Famemas bukanlah yang berkemampuan tetapi semangat cintakan sukan negara.
Bagi menyokong atlit-atlit Malaysia di luar negara, ramai yang mula menabung bagi persiapan.
Famemas juga bukanlah bersifat kerajaan...matlamatnya untuk menyokong sukan & juga atlit-atlit Malaysia.
Catat Ulasan