ANDA SEDANG MEMBACA

41

Footie Friday: Sokernet Ke Kafe Sukan

LuciusMaximus Jumaat, Disember 16, 2011 ,


Membincangkan hal ehwal sukan negara, dari kiri - Akbar Sahari, Lucius Maximus, Khawari Isa & Rizal Hashim

Perihal masuk TV ini benda yang berlaku kepada ramai orang hampir setiap hari. Dan setiap hari jugalah kita akan buka TV dan nampak ada orang bercakap dalam TV. Ada yang cakapnya petah, ada juga yang cakapnya biasa-biasa saja dan kadangkala kita akan tertengok orang yang langsung tak boleh bercakap melainkan 'ya' atau 'tidak' bila di dalam TV.

Bagi aku, masuk TV ini memang belum pernah dibuat lagi. Tak macam menulis yang memang sudah menjadi asam garam bagi aku. Jadi pada hari Khamis minggu sudah bila Rozaini, seorang penerbit di Astro Arena telefon aku untuk memaklumkan jemputan ke Kafe Sukan, aku kena fikir mahu 2 ke 3 kali juga.

Tapi yang sebenarnya aku fikir hanya dalam sekali. Selepas berbual di telefon aku minta pihak Astro Arena kirim emel berkenaan topik yang bakal menjadi bualan dalam Kafe Sukan nanti. Tajuk topik berbunyi 'Lanskap Media Baru: Sejauh mana penggiat sukan terima pandangan peminat'. Bakal turut serta dalam bual bicara nanti ialah pengacara Akbar Sahari, Presiden SAM yakni Khawari Isa dan tidak lain lagi blogger sukan, Rizal Hashim. Selepas menerima emel dari pihak Astro Arena aku dengan pantas jawab setuju untuk hadir dalam rancangan Kafe Sukan.

Jemputan ke Kafe Sukan ini sebenarnya memang secara kebetulan sedang elok dengan rancangan aku mahu balik bercuti di Kuala Lumpur. Kalau tidak kerana aku memang merancang mahu balik dari awal lagi, memang susah untuk aku balik semata-mata kerana Kafe Sukan. Dan hal jemputan Kafe Sukan ini turut dibawa ke perhatian sidang majlis tertinggi Sokernet, kerana aku mewakili Sokernet maka ada baiknya juga kalau didapatkan dulu persetujuan dari ahli-ahli Sokernet yang bukan sikit bilangannya.

Bila tiba hari yang dijanjikan, yakni petang Isnin bertarikh 12 Disember, aku hadir diiringi seorang lagi rakan Sokernet merangkap pemilik DuBook Press yang bertanggungjawab menerbitkan buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia. Duduk di dalam studio Kafe Sukan, memang tipulah kalau aku cakap tidak merasa gabra dan gugup. Walaupun ini hanya sesi rakaman, tapi ianya boleh dikatakan 'live recording' di mana perbincangan dijalankan secara terus menerus dan spontan. Memanglah tidak dipancarkan terus ke seluruh kaca TV di Malaysia, tapi 3 biji kamera besar gabak yang menghala ke arah kami berempat sudah cukup buat aku tak berapa tenteram.

Rakaman berjalan lancar. Akbar Sahari selaku pengacara macam biasa tahu mengawal rentak dan halatuju perbincangan. Khawari Isa selaku Presiden SAM adalah lawan atau kontra kepada hujah-hujah aku dalam perbincangan. Sementara Rizal Hashim pula lebih kepada pihak tengah mengambil kira bahawa beliau dulu seorang wartawan sukan dan kini lebih pula kepada blogger sukan. Aku yang kali pertama masuk TV berkelakuan macam kebanyakan orang yang kali pertama masuk TV. Nasib baik boleh juga bercakap walau gugup dan sangkut-sangkut, daripada jadi batu dan hanya mampu keluar sepatah bila ditanya 10 patah.

Bercakap depan TV di dalam sebuah rancangan sukan nasional memanglah perlu untuk kita menjaga adab dan tingkah laku. Tapi aku cuba berlaku sejujur mungkin dan mengembangkan aura Sokernet selaku laman web bolasepak rasmi dunia yang, well you know how it is. Dan walaupun banyak dibingkas oleh brader Khawari Isa yang berjaket kulit, aku cuba juga mempertahankan prinsip dan pandangan aku serta Sokernet.

Di penghujung rancangan, kita bersetuju untuk tidak bersetuju. Pokok pangkalnya setiap pihak ada cara tersendiri tetapi matlamat kita semua, baik wartawan sukan atau blogger sukan, penyokong atau peminat mahupun yang Ultra atau biasa-biasa saja, adalah untuk melihat sukan di Malaysia berkembang maju dengan jayanya.

Maaf Footie Friday kali ini agak jinak nadanya. Aku masih lagi mengalami trauma masuk TV. Dan disebabkan Rizal Hashim, aku pun terasa nak masuk TV banyak kali lagi ;)

41 Ulasan:

Encik Akmal berkata...

Ni rizal hashim yang taip kan?

LuciusMaximus berkata...

Sekali-sekala ikut stail Rizal Hashim lak

penglipurlara berkata...

adakah aku sedang baca blog rizal hashim?

wak_sengal berkata...

Patot pelik..

meonism berkata...

keh keh keh pawer pawer

Aie Isa berkata...

Dalam blog Rizal Hashim dia cakap nak tulis buku sebab Lucy. Lucy pulak nak masuk TV sebab Rizal Hashim.

kitt berkata...

saling berbalas manja LM & RH ni..
Nanti berduet lagu "Agreed to Disagree" leteww..

Gua! berkata...

Alamak..skemanya.risau pulak kalau lucy dah jadi org ada-ada di kalangan golongan media mainstream, seri penulisan stail underground makin luput.mungkinkah?

Aziz Nasution berkata...

Kes Luci ni macam klise lah.. tulis gaya utusan sebab nak masuk TV lagi; dah macam kes Green Day yg mengutuk aliran UG sebab dah beralih ke mainstream.. kamon Luci, jangan tunduk kepada establishment.. hey ho, let's go!

Ozgur Cek berkata...

nampak dah elok dgn RH tu, bleh la jemput dia menjadi ahli majlis tertinggi Sokernet.

midyx berkata...

mohon sape2 yg ade record kafe sukan feat. lucius uploadkan ke utbe & embed kat sini..tak dpat tgk aritu

kobetz berkata...

jmat ni xbes a...footie tutti la ni..kemon la luci.. sok buat sootie saturday...

mcphisto berkata...

jinak sebab kene saun ngan akbar la tu...hehehe
lepas ni ejas ngan dez 'corkrill' masuk bola@mamak la plak..

Pet Shop Boys berkata...

cayalah Lucius...orang berbakat akhirnya akan dikenalpasti juga.

Kenapa tak pakai T Shirt Sokernet tu?

Mista Maman berkata...

Lucy, good job! Bring it on!

Kurast berkata...

Tahniah la lucy..ye lah..x kan nak selamba meng'kepalabana' secara live kt tv kan...tapi serious memang trgagapgagap...

zulhilmi berkata...

kafe sukan..tolong kembalikan luci yg sebenar...tolong la..

Fahmi Ismail berkata...

Mohon Lucy ada rancangan sukan secara Indie kemudian hari ! Tahniah

r.k berkata...

bagi la peluang orang lain pulak lucy , pipi ke luca ke , abdul ke , kordi ke , j or ji ke , nazri ke . ramai lagi tu ..

ghua masih bermohon rakam video . pehlease .

Haziq berkata...

Gua da agak Hawari tu maksud dark side .

Naseb baik ada Rizal Hashim. kihkih

Fazreen Azmi berkata...

gua xleh bayang kalau pipi yang ada time tu.. haru dibuatnya mungkin..

Nik Zulkhairi berkata...

bro luci, apsal ko duduk nampak telur?

Lion-O (Thundercats) berkata...

@nik zulkhairi
yg tu aku sokong..patut dok gila kepala bana org..rupanya kepala bana lucius besaqqqq dowh..ala2 rocco siffredi...

FLy berkata...

ada satu part gua tgk akbar sahari tak puas hati masa slot buku cmtkpd

maksud gua die pertikai kenapa yakin sgt malaysia takkan ke piala dunia walaupun 40 tahun lg .. ekekek

Nadia berkata...

1st time rs aman bila bc entri Sokernet. selalunya huru hara. kehkeh

Mohd Nizamuddin berkata...

keymon lucy...baru blk lepas minum ngan rizal n khawari ke??huhu

Abdullah berkata...

PEH! PEH! PEH!

Mohon rancangan kepalabana bersama lucy

jumari jipan berkata...

sokernet sell out. mohon sokernet jgn lupa diri. ha..

kareem berkata...

kahkahkah...part nampak telur tu gua agak bersetuju...

ijan de bunks berkata...

babi apesal gua tak perasan telur tu.


oh mungkin gua tak into dalam hal2 telo ni

kahkahkah

jayB berkata...

aku kurang setuju dengan akhbar sahari bila beliau bertanyakan sumber-sumber sokernet. naik turun wisma. mempersoalkan kredibiliti sumber-sumber sokernet.apekejadah.

padahal isi kandungan surat kabar pun translate dari website, ade gak yang jadikan entri-entri blog utk lariskan surat khabar.

akhbar sahari, anda sedang membaca blog peminat sukan yang sukarela untuk jadi penganalisa sukan tak berbayar.

Jojoe Ali berkata...

Cantek kasut. (well better notice kasut dari notice telur dulu kan hehehe)

Muka brader jaket hulit seblah lu tu muka mintak dibanakan je tengok...

Jojoe Ali berkata...

*hulit = hitam + kulit. uhum.

keli berkata...

Gua tak tengok pulak kafe sukan. Ada ulangan ke?
Tugas kepala bana ni bagi kat Pipi dan Lucy boleh tambah yang mana perlu. Tapi kalau nak mengkritik atau mengutuk dengan fakta dan hujah gua rasa Lucy yang kena buat. Janji mesti rebel kalau tak baik gua layan Utusan je.
Lepas ni nak keluar buku Cerita Chelsea Tak Pernah Menang UCL ke? Muahahaha....

G berkata...

we r proud to be sokernet fans and chelsian fans... congrats LUCIUS MAXIMUS!!

Unknown berkata...

lucy, patut ko ungkit sikit pasal perang dingin dgn RH masa dia komen kt sokernet dulu, baru up sikit. hehe

rudz berkata...

Luci ku kenali tak sama spt luci dulu,

luci dah berubah belang..

Tanpa Nama berkata...

yg penting 2010–11 Astro hahahaha

rizal hashim berkata...

wei, luci kan dah kena tuduh klise hahahahahahah...anyway, amacam kalau buat program tv debat, jemput kawan-kawan sokernet, jemput pulak budak ultras, kita ajak haresh deol jadi moderator? atau pun luci, pipi, jadi tukang kawal...astro arena selaku channel baru harus berani tampilkan program baru yang segar dan tidak sealiran dengan establishment...bukan mau popular dengan indie tapi kena bawa kelainan...

satu lagi luci, tulis tak boleh lembut, nanti kena tuduh dah jadi Rizal Hashim hahahahah...

Shane Falco berkata...

camne agaknya kalau salah sorang drpd panel tersebut ditambah wakil dari FAM?adakah akan berlaku pembanaan secara langsung di situ?haha!

Shane Falco berkata...

kalau panel ditambah lagi sorang wakil FAM, adekah akan berlaku pembanaan secara langsung di situ?haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...