Ultras Malaya kering tekak kerana sifat patriotik mereka. Menyokong skuad bolasepak negara dengan menyanyi, melalak dan berbondong-bondong meraikan harimau malaya tidak kira menang atau kalah sambil menutup separuh muka mereka.
Soalan pertama: Adakah mereka tak kacak?
Saya tak tahu. Ini mungkin stail atau 'trademark'.
Soalan kedua: Apakah pulangan yang ultras inginkan?
Menaikkan kembali maruah bolasepak Malaysia dengan meniup irama-irama sokongan, bersorak menuju dan dari dalam stadium.
Dan apabila kelab bolasepak luar negara yang dipergunakan untuk mengeksploitasi hak negara kita, yang secara lahirnya tampak korporat tetapi dari segi zahirnya keparat sampai ke hujung kaki, Ultras Malaya buat tak tahu.
Soalan ketiga: Kenapa?
Kononnya bolasepak luar negara tidak ada kena mengena dengan Malaysia. Mungkin kerana Ultras Malaya tidak tahu dan tidak tercapai oleh akal mereka. Mungkin juga mereka tak kesah.
Tapi saya kesah.
Logo Malaysia Airlines gah dijersi QPR bagi sesetengah orang manakala ada juga yang 'naïve' mengganggap ia ialah lambang kebanggaan negara.
Bagi saya, logo itu ialah lambang kebangangan mereka2 yang membiarkan syarikat nasional diperkotak-katikkan dihadapan berbillion manusia.
Soalan keempat: Bagaimana sebuah syarikat yang baru 10 tahun didalam bidang penerbangan tambang murah, mempunyai beban hutang yang banyak, sukar membayar hutang kepada pembekal dan perlu beroperasi dengan 'revenue' sebanyak RM5billion setiap tahun selama 15 tahun hanya untuk menjelaskan hutang banknya boleh menguasai Malaysia Airlines yang jauh kurang peratusan hutangnya, penghutang yang senang menjelaskan hutang kepada pembekal, rizab wang yang banyak, mempunyai pengalaman menerajui pelbagai jenis laluan udara dan cukup terkenal didunia?
Dengan tahap hutang tinggi, etika perniagaan Airasia juga agak buruk. Airasia tidak pernah membayar apa-apa ('airport tax') kepada Malaysia Airport Berhad (MAB) yang membina dan menguruskan LCCT walaupun Airasia sudah bertahun-tahun beroperasi sepenuhnya dari sana.
Jangan saya mulakan isu LCCT 2 pula.
Ada yang mengatakan Airasia bijak berniaga dan cerdik dalam selok belok perniagaan. Untuk mereka2 ini, jawapan saya mudah. Airasia ialah bakal perosak negara kerana mereka sedang beroperasi pada kadar hutang yang amat tinggi didalam senario industri penerbangan yang sangat nipis, seperti Amerika Syarikat. Satu lagi 'September 11', Airasia mungkin terus kojol.
Airasia dibiarkan memilih destinasi yang menguntungkan sahaja dan berhenti operasi di laluan merugikan walhal sepatutnya mereka harus dihukum kerana melanggar syarat hak laluan yang diluluskan oleh Kementerian. Sebaliknya Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan yang membawa bendera dan nama baik negara terpaksa beroperasi di semua laluan tidak kira untung atau rugi atas arahan Kementerian yang sama.
Bank-bank peminjam Airasia pula rata-rata ialah bank Malaysia dan jika Airasia gulung tikar, bank-bank ini juga mungkin gulung tikar dan seterusnya membawa Malaysia ke arah aksi menggulung tikar juga.
Risiko menggulung tikar beramai-ramai ini diakui wujud dan ironinya, bank-bank ini sanggup memberi RM54billion hutang baru kepada Airasia untuk membeli 200 pesawat baru atas nama menaik taraf perkhidmatan dan menambah laluan penerbangan yang menjanjikan keuntungan yang lebih tinggi. Meningkatkan lagi 'exposure' beban hutang Airasia.
Soalan kelima: Tapi harga saham Airasia mantap, takkan Airasia tak power?
Soalan ini saya malas nak jawap secara mendalam cuma fahamilah bahawa Lehmann Brothers yang tiba2 terlungkup di USA dulu tu pun nampak mantap dipasaran saham Wall Street beberapa minggu sebelum kaunter itu mampus.
Walaupun untung di laluan 'premium' dan berjarak jauh, Malaysia Airlines sedar mereka kerugian di 40% laluan mereka yang berjarak sederhana dan pendek. Seperti yang telah saya jelaskan diatas kerana tidak seperti Airasia, Malaysia Airlines tiada pilihan. Kini mereka terpaksa pula bersaing dengan tangan terikat dibelakang, di laluan yang dulunya mereka kuasai tetapi "diberikan" kepada Airasia. Tidak pula diketahui samada "pemberian" itu secara paksa atau sukarela. Laluan yang secara umumnya memerlukan pemberian perkhidmatan paling minimum untuk kekal untung dan persaingan yang lebih memihak kepada Airasia.
Soalan keenam: Saya hairan mengapa pihak pengurusan Malaysia Airlines tidak memulakan satu syarikat tambang murah sendiri sama seperti Airasia sebelum adanya Airasia?
Persoalan yang kekal wujud hingga kehari ini.
Kini seperti sejenis parasit, Airasia yang mulanya hidup dibawah payung Malaysia Airlines telah berjaya melumpuhkan Malaysia Airlines dan secara rasminya telah menguasai hosnya itu. Malaysia Airlines pula yang nampak goyah, hilang punca dan terpaksa mengikut telunjuk Airasia.
Soalan ketujuh: Apa ada hal? Dua-dua syarikat milik orang Malaysia.
Yer, benar tetapi Airasia milik swasta manakala Malaysia Airlines milik negara. Kalau Airasia mahu gulung tikar, lantaklah. Kalau Malaysia Airlines yang gulung tikar, harta negara hangus.
Saya tidak gemar politik dimana ia tidak sepatutnya dipolitikkan tetapi tindakan pemilik QPR meletakkan logo Malaysia Airlines pada jersi QPR ialah ibarat melekatkan kertas bertulis "Loser" dibelakang baju orang-orang Malaysia. Kenapa tidak meletakkan logo "Airasia" saja dijersi QPR?
Liverpool memanglah sudah pasti menang tetapi kerana semua perkara yang telah saya suarakan diatas, Liverpool sepatutnya menang 100-0 Sabtu lepas.
Sementara itu Ultras Malaya sebok menyanyi riang walaupun harimau malaya kalah tanpa menyedari negara yang dicintai ini sedang dikelentong hidup2 dengan sebahagian dari aksi kelentong ahli silap mata itu dipentas bolasepak eropah yang jauh dari Malaysia. Dibawah paras kesedaran mereka, kelentong jarak jauh ini lebih kronik dan boleh memudaratkan kita semua, termasuklah Ultras Malaya sendiri.
#YNWA ./
59 Ulasan:
Liverpool tetap bangang
nice info.
bab "100-0" sukar utk gua setuju. keh3.
keep it up!
Ultras Malaya pun tak suka FAM, tapi apa pilihan yang diorang ada? cuba bukak website diorang dan baca entri yang lama-lama.
pembelian MAS oleh AirAsia ni gua malas nak komen panjang, tapi pendek kata semua yang Kordi cakap pasal share market tu, Lehmann Brothers, adalah benar.
tapi biasa la, kang kalau nanti MAS dah bankrap melilau la si Tony ni carik gomen balik suruh bail out.
apa-apa hal Liverpool tetap power. YNWA!
Mohon diperbanyakkan lagi analisis hebat seperti ini dari semua penulis Sokernet yang membongkar dan memperlihatkan isu-isu yang terselindung dari pandangan umum.
Jangan biarkan pembaca hanya membaca berita sukan semata-mata, tetapi berikan mereka cerita dan analisis tentang perkara-perkara yang bersangkutan dengan sukan itu secara langsung dan tidak langsung, supaya pembaca sedar bahawa sukan itu bukan sekadar menang atau kalah di dalam pertandingan, malah membawa maksud lebih dari itu.
Ternyatalah, walaupun selama ini Pakkordi hanya terkenal dengan posting yang agak erotik dan penuh kontreversi ala Gonzo, namun posting kali ini membuktikan bahawa sekali naga bangun, maka akan huru haralah sekalian alam. Namun kehebatannya menulis tidak mampu menjadikan Liverpool Juara Liga atau pasukan The Big 4.
Sekurang-kurangnya, Lucius Maximus mempunyai saingan dalam merebut peminat.
In Pakkordi, we trust!
persoalan lain,kenapa logo MAS dipakai semasa game di loftus road yg kapasiti cuma belas ribu penonton.
tapi logo air asia dipakai semasa away game,ketika bermain di stadium besar spt old trafford dan emirates?
dan live game di loftus road jarang disiarkan even di malaysia.
lagi satu kelentong.
aduh. aku tiba2 jadi takut.
Pakkordi juga dah mula keluarkan artikel yg sarat dgn infomasi.. bagus Pakkordi..
apa kata up kan entry tentang pasukan tajaan syarikat elektronik Korea yang telah berjaya mengalahkan pasukan tajaan syarikat penerbangan negara arab..
#KTBFFH
kalau nak hamun air asia hamun je bang , kenapa nak up Ultras Malaya ? just for a fucking juice eh ? its getting old mate .
tbh , majority of malaysian tak tahu pun perkara ni .
dan . terima kasih di atas artikel ini bang kordi . sekarang bertambah ramai lah yang tahu akan perkara ini .
Artikel Pak Kordi paling mantop. Ini menunjukkan betapa seriusnya beliau dalam arena perniagaan.
saya akan forward Artikel ini kepada Forbes.
P/S: Fan Arsenal taknak bagi credit pada RVP ke? kasi UPlah dia sikit...takkan nak tulis artikel2 kepala bana je...
senang cerita gua tak sokong QPR dan takkan sokong QPR sebab jersi die huduh dan pasukannya tak mantap.
malah gua rase menyampah pulak tengok segelintir rakyat malaysia yang tiba tiba mengaku penyokong QPR ni.
gua tak peduli sangat pasal si tony dan ultras malaya memekik kat stadium ke ape.
itu bukan hal gua.
sekian.
service airasia mmg bangang tapi tu je yg paling murah.
we have no choice.
p/s: dh jadi kapalterbangnet eh?haha nice entry
king kordi!!
mana pengulas baru kem arsenal tu, gua dah lupa nama, xsilap baru sekali up entri..
time2 arsenal perform ni la masa sesuai nk up entri...
mmndgkan mmber dah msuk tv smlm,abg kordi up kan entri mcm lucy..cayala abg kordi..
Persoalan yang menarik, cuma ettap ada sedikit jab kepada dagu Ultras Malaya, sudah-sudahlah biarkan depa mewarnai dan percaya pegangan mereka.
Apakata soketnet link semua persoalan ni kat twitter Tony Fernandes dan tengok dia jawab ke tak/ tengok dia jawab macam mana?
Gua jamin dia akan jawab. Ayuh Sokernet, gua sapot lu, ada berani untuk debat sihat? ramai yang suka debat sihat...
Wassalam
sori gua curi-curi menaip dalam mesyuarat, jadi ada yang tersalah taip.
wassalam
002/003/ u/n / dec/ 2011
dulu aku igt kn pakkordi ni hanye seekor lg kepala bana sokernet...tapi...rupe2nye bliau adalah seorang yg berinformasi tggi rupenye...
Ape2 pon, padan muke city....kalah 2-1 ngn chelshit....
Hasrat untuk baca artikel ni sampai habis, dah tawar sebaik saja melihat penggunaan BERBONDONG-BONDONG. Sumber? Kamus Dewan Sekolah Tamil?
Hutang AirAsia, 'pemilikan' MAS dan sebagainya. Sumber? Tony Fernandez, atau Tony Pua?
Lepas dah tercemar dengan hackers, Sokernet nak dicemari pulak dengan politik busuk kah?
Come on pakkordi.. jadi jelah pakkordi, tak payah nak feeling-feeling Luci sangat kot.
AKSARA : 'chipate'. paham sendiri lah.
hak eleh.. logo Air Asia ada gak dlm away jersey.. logo MAS dlm home jersey. ape hal??? perkasa sangat!!!
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berbondong-bondong&id=+Cari
daripada portal dewan bahasa dan pustaka, itu adalah..errr...Bahasa Melayu
004/ u/n / dec/ 2011
Bagus, pandai tengok kamus walaupun tak pandai letak nama. Apa kata, pergi GOOGOL satu lagi perkataan - RETORICAL.
Akhir kata,
Selamat berbahagia mencium bontot PakKordi.
ni bukan rahsia kerajaan dah ni
YNWA
Bila orang tunjuk disuruh orang cium bontot pulak.
Akhir kata,
Selamat berbahagia menjadi bodoh sombong.
Hahaha, terima kasih kerana bagus. Hanya nak semak betul ke Sekolah Tamil ada Kamus Dewan, sekali keluar Kamus Dewan Bahasa pula, tu yang baru ku tahu rupanya berbondong-bondong tu Bahasa Melayu.
Ada orang nama MdFaizal, ada orang nama Hazard Ali, ada orang jugak nama Unknown, mungkin juga daripada superUnknown. Tapi apa-apa pun boleh diterjemahkan di internet.
Akhir kata saudara tu tiada kaitan.
005/u/n/ 2011
hazard ali dah kenapa?kaki nak?
nampaknya pakkordi bukan saja fan Liverpool yangs selalu buat entry macam budak sekolah rendah. anda fan Liverpool yang hebat juga rupanya.
Liverpool patut memang 125-0. sebab anniversary Liverpool ke 125.
1st time gua nampak tulisan berilmiah & berkualiti dari pak kordi..keep it up bro.
p/s:- betul ke lu yg tulis ni atau lu suruh bini lu yg tuliskan??? lain mcm je kualiti tulisan kali ni.
Gua sebenarnya taknak kaitkan pasal politik bila komen dekat Sokernet. Tapi sebarang maklumat atau info kalau untuk dikongsi gua tak kisah. Tapi kalau nak kongsi no. phone awek pramugari AirAsia dengan MAS pun gua tak kisah sebenarnya. Hehehe....
Apa cerita jari tengah atau orang England kata offensive gesture(kahkahkah) Luis Suarez?
boleh percaya ke pakkordi yang tulis artikel ni?
Hazard Ali boleh pergi meninggal dunia. Hasad dengan pengetahuan luas orang lain? boleh pergi meninggal dunia
Hazard Ali bodoh macam Yaya Toure
hazard ali ni taik manures kan?
haaa kejap lagi dia kata orang butthurt la tu.
kpd yg knal pakkordi kat sokernet je mungkin meragui keaslian artikel...kepada yang knal diluar,twitter,facebook mahupun yg selalu bergolfing dengan beliau seperti vovin dan jorji mesti takkan mempertikai kan keaslian artikel..go pakkordi.
p/s: sembang bola dengan lucius dan luca di UYA tempohari menunjukkan betapa korang terbawa-bawak dengan arus perdana,especially ULTRAS. kahkah
aku bila jarr bunyi..aku pun turut bunyi.
bunyi aku ialah Liverpool memang power. Sangat power!.
"hazard ali ni taik manures kan?
haaa kejap lagi dia kata orang butthurt la tu."
- ok, orang butthurt.
Well.. tahniah DBP, tiba² dapat traffic lak hari ni. And.. takziah DBP, takde sorang pun yang mampu faham penggunaan BERBONDONG-BONDONG pada konteks yang betul.
Apapun, tahniahlah PakKordi.
(macam ABU lain - bila org lain kutuk MU, dia pun nak kutuk.. so aku pun ikutlah org lain, puji PakKordi. Apadahal..)...
pasni pakkordi pulak masuk astro awani...
sebenarnya pakkordi punya artikel ni power,tapi tak tersusun dari segi jalan ceritanya,dan ada juga penyalahgunaan perkataan...contohnya ...mereka-mereka...ni set2 menteri je suka guna mereka-mereka ni
hazard,lu apesal?apesal lu macam cibai sial?
borak kt cni mcm la boleh maju bolasepak msia,setakat semua nk keyboard warrior..bdk skolah pon boleh tulis..atau hanya mau rating blog naik je! apakah penyelesaiannya? atau sekadar penulisan sinis yg tidak berkesudahan.cheers!
@Hazard Ali
Aku pun rasa macam tak kena. Tapi selepas tengok kamus dewan baru aku tahu. Ini yang aku dapat
(datang, pergi, dsb) beramai-ramai dan tidak putus-putus, berbondong-bondong: ketika itu orang sedang ~ pergi ke tempat kerja masing-masing; pagi-pagi lagi, orang sudah ~ menuju ke Stadium Merdeka.
Maknanya pakkordi salah dalam penggunaan perkataan ini. Kerana lebih tepat untuk menunjukkan bergerak, pergi atau datang beramai-ramai. Bukannya maksudnya beramai-ramai sahaja.
Tapi kalau isu pemilikan AirAsia dan MAS serta Liverpool power dan MU lauk tu gua setuju dengan Pakkordi.
@MARQUEE : At last. Thanx bro.
eleh....... nak betul kan bahasa pi tulis dekat majalah dewan bahasa..
artikel org tulis penat2 pon x reti nak hargai..siap tolong cari kesalahan lagi tuh..best ke jadi proof reader x bergaji?
baca enjoy2 sudah..kalo nak komen sila komen pasal point2 dalam artikel... kalo nak jadi jagoh bahasa..pergi sama- sama melingkup la sama itu DAWAMA & DBP
dulu, MAS cakap rugi ambik line dekat ni especially south east asia region. memang la rugi sebab takde orang nak naik flight dekat2 kalau harga mahal sgt. itu pandainya air asia. orang setakat dekat2, tak hingin pun makan, tak penting pun ada business class bagai2. sebab MAS tu syarikat negara, kena lah jaga standard negara, maka jarak jauh ke jarak dekat ke, semua layanan sama. ada makan, ada business class (jarak sederhana and jauh je ada first class). lepas tu, kalau dah namanya GLC, mesti ada special diskaun untuk other GLC.
Ketirisan nilai-nilai (values leakage) macam ni la yang down kan MAS. Bagi aku, takde salah dengan Air Asia, derang buat business, derang cuma fikir business. MAS on other hand fikir byk sgt pasal pride, sebab tu jadi camni. Pride pun pride jgk tapi kalau dah sampai lingkup, memang hancus la business. The same goes to proton. sebab nak menang kat pasaran international, anak di Malaysia mati kelaparan duk cushion cost untuk international market. Pride babi apa kalau kena bail out berkali2.
MAS dah revive lepas red for a while, quite a dramatic turn tapi lepas Idris Jala masuk, MAS kembali lingkup. Now, Idris Jala dah pergi GTP (Government Transformation Programme), nah..lepas ni kalau Malaysia lingkup..ko tahu nak carik sape kan.
Aku tak nafikan punca industri penerbangan ni volatile sebab harga minyak mentah pasaran dunia yang jugak volatile tapi kena fikir camne nak ambik measures nak cut cost. takleh la nak harapkan kerajaan bail out lagi.
apa yang aku nampak, MAS tak totally a victim, Air Asia pun takde la totally greedy. Air Asia did the right things when they diversify their business which provide balance in their portfolio..sgt bagus waktu ekonomi tak menentu cam sekarang. ada unit jadi cash cow...boleh milk utk cover business yang tak berapa nak profitable.
apa yang aku nampak masalah dengan GLC ni (aku jugak orang GLC) adalah rasa complacent (selesa) dengan apa yang ada...takde yang nak fikir nak handle things like business. AKu admit sometimes ko kena handle GLC like it's a GLC, tolong rakyat etc tapi business come first...shouldn't always bergantung pada gomen and rakyat utk buat untung, patut fikir strategi nak majukan kompeni lebih lagi.
Aku rasa takde rugi MAS lepaskan asian route pada Air Asia, MAS boleh concentrate pada long routes. Kalau dah untung, masa ni la nak belasah cukup2 long routes nak buat untung. If that didn't happened, apa lagi masalah MAS?
flight AirAsia bermula dengan AK..
AK901.. AK902..
AK=Ananda Krishnan
@mangifera: sori bro, tapi bukan ke MAS saw red before Idris Jala masuk lagi (time tu orang-orang Pak Lah yang pegang)? Idris Jala la yang naikkan MAS balik sampai MAS catat untung, tu la sebab Najib induct dia masuk GTP.
macam Proton pun, lepas Tengku Mahaleel blah, Proton rugi. jual company Augusta £1, tapi Harley Davidson beli balik dari third hand company dengan berapa ratus juta ntah.
betulkan gua kalau salah.
pasni pak kordi lak masuk astro awani
Hazard Ali bajet pandai bahase...bangang gile ko sial!
Menyampah aku tgk....kalo ko 2 tulis komen pon gne bahase rojak...x yah nk bajet sgt la terer bahasa...
Akhir kata,
Hazard Ali bangang x bertempat.
idris naikkan balik dengan jual aset2, jual bangunan MAS kat jalan sultan ismail. taktik mudah untuk mencatatkan keuntungan.
name nak hazard..
to hazard ali,
'u fvck with pakkordi,u fvck with the best'
ape ptg analogi bahasa lagi dari maksud keseluruhan?ko amek bm paper julai ke smp abes kamus ko bukak? fvck off.piss off aku ngan org mcm hazard ali ni.
perbandingan power :
peramugari air asia : mantap
peramugari MAS : mantap
peramugara air asia : gay
peramugara MAS : terlampau
kukukukikikikakakanibocibaiiiii
Point aku, adalah, bilamana seorang penulis tu tulis panjang gila macam ni, hanya dua benda yang boleh mengikat pembaca untuk terus dan terus scroll sampai bawah - gambar, atau GAYA BAHASA.
Bila dah terikat, barulah boleh scroll ke bawah. Dan bila dah scroll ke bawah, barulah leh jumpa segala mak bapak fakta yang korang bestkan sangat ni.
Skang ni aku tak sure - ramai butthurt sebab aku tak minat baca artikel ni (sebab gaya bahasa yang memeningkan), atau sebab semua ABU?
Sorry PakKordi, tak berniat nak lukakan hati bapak. Artikel ini bagus, cuma saya yang tak boleh nak paksa minat. Kipidap, anyways.
POLITICS. Hmm. To wash out shits with shits? Nahhh...
dah dah hazard ali. meh join aku meh pekena neskopi kat ttdi ni.
kau dengan dorang sama je seriusnya pasal bahasa2 ni.
aku baca pakkordi punya article ni pun pening, tambah pulak komen yang separa artikel dari mangifera tu, lagi la mabuk free je.
apasal hazard ali ni tukar gambar dia jadi gambar taik ni?
jangan buat taik dekat sini.
(aku kecik ati ada org panggey aku taik.. protes la ni).
neskepe taleh. aku migrain. order sirap sudeh. heh.
tony kan membe kamceng ngan bro dari virgin airways...apeadehal hahaha....nk tutop kemaluan liverfool cuma dpt 1 je ni hehe
rashidee: sorry bro, gua mixed up facts and timeline. Yurp, memang Idris Jala revive MAS. MAS seeing red before Idris Jala masuk. having said that, in 2002 lagi MAS not in good condition. Aku ingat waktu tu buat project accounting, kena scrutinize MAS vs Air Asia account, memang ternyata MAS is going down. However, Idris Jala not doing something that is sustainable by others. Yeah, he did revive MAS but only for short while. Now, MAS in the dump and need another rescue. The problem is not with Air Asia, the problem is with MAS.
I'm afirad benda sama jugak jadi dengan GTP. Lepas Idris Jala blah dari GTP, everything crumble.
Mula-mula rasa nak betah artikel Pakkordi sebab ada kelemahan fakta.
Tapi tak jadi bila ada 'pengawas bahasa' pula masuk campur. Mungkin tak puas jadi pengawas sekolah dulu kot.
Apa pon, sejak bila di Sokernet kita perlu menjaga tatabahasa? Takde dalam disclaimer pon?
kalu pakkordi ada 7 persoalan, aku cuma ada satu je...
apa yang korang borak panjang2 ni?...hahah
Catat Ulasan