ANDA SEDANG MEMBACA

38

Khutbah Jumaat: Isu Import, Siapa Yang Benar & Siapa Yang Bana??

LuciusMaximus Jumaat, Januari 20, 2012


[Mulai hari ini slot Footie Friday ditukar kepada Khutbah Jumaat, barulah Melayu dan Islamik gitu!]

Kami tarik diri!

Liga Super dan Liga Perdana Malaysia musim 2012 telah membuka tirai awal bulan ini, kali ini dengan episod baru apabila FAM menghalalkan kembali penggunaan pemain import dalam liga tempatan. Sudah 3 musim berlalu sejak pemain import diharamkan, maka apabila ianya kembali dihalalkan boleh dikatakan semua pasukan bertanding merebut peluang ini untuk mendapatkan khidmat pemain import.

Penglibatan import dalam liga tempatan memang penuh dengan drama. Kali pertama diperkenalkan pada musim 1989, pemain import ketika itu banyak menyumbang kepada populariti liga bola sepak Malaysia. Tetapi selepas skandal rasuah 1994 dan dengan jatuh merudumnya bola sepak kita, lebih banyak masalah timbul dalam kes pemain import. 

Ada pemain import yang tidak dibayar gaji, ada yang kontraknya ditamatkan ikut suka hati pihak pengurusan, ada pula pemain import yang kualiti permainannya lebih teruk dari pemain tempatan dan ada pula pemain import yang sebenarnya bukanlah pemain bola tetapi entah budak Afrika mana yang senang-senang boleh kencing pasukan bola sepak tempatan.

Aaaaaaaaaaa...

Maka oleh itu, bila FAM kembali mahu menghalalkan pemain import dalam liga Malaysia, beberapa peraturan telah ditetapkan untuk setiap pasukan sebagai panduan dalam mendapatkan khidmat import mereka. Semuanya demi memastikan pemain import yang diambil adalah berkualiti bukan jenis yang tangkap muat. Selain dari itu adalah penting juga untuk memastikan pasukan yang menggunakan khidmat import benar-benar mampu dari segi kewangan supaya di kemudian hari tidak timbul kes pemain tidak dibayar gaji.

Dengan adanya peraturan ini semua sepatutnya keadaan menjadi lebih mudah. Mana-mana pasukan yang berminat hendak dapatkan pemain import boleh menguji pemain dan seterusnya mengikat pemain tersebut jika berpuas hati asalkan ianya memenuhi peraturan ditetapkan FAM. Tapi, masih lagi ada pihak pengurusan pasukan yang jenis benak hati dan melakukan kesilapan.

Antaranya ialah seperti Johor FC, PKNS FC, Felda United, Negeri Sembilan, Johor dan pastinya Pahang. Mereka ini cuba mendaftarkan pemain import yang tidak memenuhi peraturan ditetapkan oleh FAM. Dalam kes Negeri Sembilan, pemain import dari Brazil bernama Marquem Nuguen Gonçalves Ferreira sebelumnya bermain dalam kelab Campinense Clube, sebuah kelab Serie C musim 2011. Serie C merupakan liga divisyen 3 Brazil dan ia tidak memenuhi peraturan FAM yang menghendaki pemain dari negara anggota CONMEBOL mestilah bermain dalam liga divisyen 2 ke atas.

Kami tarik diri!

Ini adalah mudah sebenarnya. Kalau kita pandai membaca dan cerdik sedikit kita sudah boleh memahami peraturan jelas yang ditetapkan oleh FAM. Peraturan pemain import yang melibatkan 20 perkara ini telah ditempek di Wikipedia sejak tahun lepas lagi dan sekali baca aku sendiri pun sudah boleh faham maksudnya.

Dan dalam dunia siber masa kini di mana maklumat semuanya di hujung jari, mana-mana pengurusan pasukan boleh mendapatkan maklumat setiap pemain import yang mengetuk pintu mereka di Internet. Boleh tanya lebai Google atau haji Wikipedia. 

Sebab itu aku rasa pelik teramat sangat bila PKNS FC cuba mendaftarkan pemain Tunisia bernama Helmi Loussaief. Adakah PKNS FC tidak membaca peraturan FAM? Adakah PKNS FC tidak mempunyai komputer dan Internet di pejabat untuk mengetahui bahawa Helmi Loussaief ini budak Tunisia, negara anggota CAF dan sebelumnya bermain untuk kelab Spezia Calcio di Itali dalam liga divisyen 3 bernama La Lega Pro Prima Divisione? Dan kalau mengikut peraturan FAM seorang pemain dari negara anggota CAF mestilah bermain untuk sebuah liga divisyen 2 ke atas maka pastilah Helmi Loussaief ini terang-terang tidak layak?

Aaaaaaaaaaa...

Adakah peraturan FAM terlalu rumit dan sukar untuk difahami oleh pengurusan pasukan negeri dan kelab? Jika pun benar ianya sukar difahami, mustahil pasukan negeri atau kelab yang benak hati ini tidak merujuk terlebih dulu kepada peguam mereka yang pastinya seorang ahli undang-undang.

Ini membawa kita kepada kes Ramez Dayoub, pemain import dari Lubnan yang bermain untuk Selangor. Mulanya pendaftaran beliau diluluskan oleh FAM, tetapi kemudiannya didapati bahawa Ramez Dayoub ini telah melanggar salah satu peraturan yang ditetapkan.

Peraturan ke-17 FAM menyebut jelas "Foreign Players who are playing or who have played in AFF South East Asian League have to complete a cooling-off period of two years, where their last Contract must have ended before or on 7 December 2009 before they can be hired by State Football Association or Club to play in M-League 2012."

Kami tarik diri!

Dalam bahasa mudahnya seorang pemain import yang pernah bermain dalam liga bola sepak negara anggota AFF hendaklah melalui tempoh bertenang selama 2 tahun, atau erti kata lainnya kontrak mereka itu mesti tamat sebelum atau pada 7 Disember 2009.

Tapi Ramez Dayoub sehingga tahun lepas masib bermain untuk Magway FC di dalam Myanmar National League. Senang cerita Ramez Dayoub tidak melalui tempoh bertenang selama 2 tahun yang ditetapkan oleh FAM. Entah bagaimana pihak pengurusan Selangor tidak ada satu pun yang terfikir tentang hal ini dan pihak FAM pula terlepas pandang.

Bila Ramez Dayoub sangkut, ada pula suara yang cuba mengaitkan pemain import Kelantan yang juga senegara dengan Ramez Dayoub iaitu Mohammed Ghaddar. Kenapa Ramez Dayoub boleh sangkut tetapi Mohammed Ghaddar boleh lepas? Adakah kerana Annuar Musa taiko besar di FAM?

Aaaaaaaaaaa...

Mohammed Ghaddar lepas kerana kelab terakhir beliau sebelum Kelantan ialah Al-Jaish yang bermain dalam Syrian Premier League, liga divisyen 1 di Syria. Mohammed Ghaddar memenuhi Peraturan ke-5 yang menghendaki pemain dari negara anggota AFC hendaklah bermain dalam liga divisyen 1 di kelab sebelumnya. Dan oleh kerana Syrian Premier League ini bukannya di ASEAN maka si Mohammed Ghaddar tidak perlu melalui tempoh bertenang 2 tahun seperti Ramez Dayoub.

Ini peraturan mudah sebenarnya. Tidak apa jika seorang penyokong bola tidak faham tetapi yang penting seorang pekerja pengurusan bola mestilah faham. Kalau tidak faham maknanya dia tidak lepas UPSR dan tidaklah boleh si kulup ini kerja dalam bidang pengurusan bola. Tetapi kita tahu di Malaysia ini, banyak kulup-kulup sebegini yang bekerja dalam bidang pengurusan bola maka atas sebab itulah bola sepak Malaysia ini pun jenis yang tidak lepas UPSR dan boleh tahan kulupnya.

Ini seterusnya membawa kita kepada kes paling menarik yang melibatkan Terengganu. Terengganu macam pasukan lain di dalam liga cuba mendapatkan khidmat pemain import. Salah seorangnya ialah Tercio Nunes Machado dari Brazil, tetapi setelah melalui ujian kesihatan dan didapati menghidap Hepatitis B pendaftaran beliau dibatalkan. Ini memaksa Terengganu berusaha mendapatkan import yang lain.

Kami tarik diri!

Masalahnya di dalam bola Malaysia ini, macam kita ketahui walaupun ianya dicanang sebagai bola sepak taraf profesional tetapi hakikat yang sebenar ialah tidak ada apa yang profesional baik dari segi permainan atau pengurusan (dan juga dari segi penyokong). Walaupun tempoh jendela perpindahan pemain telah disediakan oleh FAM secara berpatutan, kebanyakan pasukan negeri masih terhegeh-hegeh dalam usaha mendapatkan pemain yang mereka mahu.

Kes Terengganu ialah klasik. Lembap dan bodoh sombong. Aku sebutkan lembap kerana yang pertama walaupun sudah diberikan tempoh sewajarnya tetapi mereka masih belum berupaya mendapatkan pemain import idaman kalbu. Bodoh sombong pula kerana setelah mendapat pekeliling dari FAM yang melanjutkan pendaftaran import sehingga 9 Januari, tidak pula mereka bertanya lanjutan ini untuk Liga Super atau Piala AFC.

Alih-alih, Ahmad Said mengamuk sakan kerana pemain import idaman kalbu tidak boleh bermain untuk Liga Super. Siapa suruh tak tanya dulu?

Aaaaaaaaaaaa, ye la, ye la, kita lanjut sampai 13 Februari (dalam hati, selamat Selangor aku)

FAM pun ada silapnya, hantar surat pekeliling tak semak habis di mana yang mungkin ada terlupa atau tersalah sebut. Tapi itulah dia, macam aku sebutkan tadi bola kita ini nama saja profesional tapi yang sebenarnya prokepalabana. Sebab itu kita boleh ada perlawanan lewat 32 minit macam Kelantan lawan PKNS dan ini dihalalkan oleh taiko besar FAM, Annuar Musa sendiri.

Di penghujung kisah, Hamidin Amin sebagai kepala Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) bermesyuarat bihun dan karipap sampai 5.30 petang untuk melanjutkan pendaftaran pemain import hingga ke 13 Februari. Tapi itu pun selepas kecoh isu Ramez Dayoub pemain import kesayangan Selangor yang di mana Hamidin Amin juga merupakan salah satu taiko besar di sana. Sekaligus ini mengundang persoalan tentang berlakunya 'conflict of interest' dalam keputusan JKPT FAM ini.

Siapa yang benar dan siapa yang bana sebenarnya?


Jawapan aku mudah. FAM telah memberikan tempoh jendela perpindahan yang berpatutan dan menggariskan peraturan yang jelas dan nyata (walaupun ada peraturan yang boleh dipertikaikan, macam Perkara 5.3 tentang ranking negara pemain import, tetapi ianya tertakluk pada budi bicara Jawatankuasa Tapisan yang mempunyai kata putus). Tapi macam biasa pengurusan pasukan negeri dan kelab sentiasa saja mencari masalah mereka sendiri kerana lembap dan bodoh sombong, buat kerja macam kura-kura lepas itu berlagak pandai walaupun sebenarnya tidak tahu atau tidak faham. Dan bila ada kontroversi, ahli politik macam Ahmad Said campur tangan dan ahli politik dalam FAM pula beralah kerana masing-masing nak jaga periuk nasi dan karier politik mereka.

Maka tidak hairanlah bila rakyat Malaysia lagi syok pekena bola orang putih.

38 Ulasan:

Kurast berkata...

aku komen dulu lucy, nanti aku sambung balik ok?bai...

pakkordi berkata...

Tempoh bertenang 2 tahun sekiranya main di liga AFF/SEA tu sapa punya idealah agaknya? Tak tahu apa sebab sampai 2 tahun?

Khuzrin Kamarudin berkata...

Macam tengok video berdurasi 5-7 minit bila baca artikel ni.

Bola sepak Malaysia masih lagi gred D dalam Asia, jangan berangan sangat Jaguh Asia Tenggara kalau semuanya masih pincang dan sopak...

apenzz tensai berkata...

nampak gaya macam si lucius je yg bernas dalam menulis artikel...

dengan laporan khas bola sepak tempatan dan hentaman kepada FAM yang ikhlas...

penulis2 yg lain apa cerita? garuk telor je ka? takkan hebat berdegar pasal bola EPL tapi bola tempatan setakat heboh pasal team negeri kelahiran je kot?

takkan memasing xde idea dan kederat nak memanipulasikan cerita2 tentang bola sepak Malaysia?

sangat2 sedih...

Tanpa Nama berkata...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Unknown berkata...

Luci masih lagi marah dengan game Kelantan vs PKNS yang dilewatkan 30 minit aritu. sebenarnya aku pun sama, lepak kat kedai makan, nampak ada bola, so tunggu la. tapi dekat setengah jam xstart gak, cabut. huhu

btw, buat peraturan baru (kemasukan pemain import), macam2 isu timbul. dekat sebulan gak la baru nak setel. ni kang masa due date daftar pemain import bulan frbruary, konfirm ada problem lagi..

pastu tahun depan pula nak tukar jadi 12 pasukan je dalam MSL. berapa banyak la agaknya isu yang timbul..

SFB berkata...

like...

rashideeshukri berkata...

walau Ahmad Said salah sekalipun dalam hal ni, gua tetap nak kata FAM yang salah dan bangang ya amat. apa gila tempoh cooldown sampai lama macam tu? lagi-lagi nak kurangkan team dalam MSL sampai 12 je tahun depan. amenda ni?

tapi macam biasa, FAM lagi suka garu telur dari berfikir.

zu berkata...

aku ni dari umur 14 tahun dah pakai dr martens membonceng vespa keluar masuk stadium support bola sepak malaysia.
cuma beer je tak minum sehingga lepas umur minor.
sampai sekarang, aku dah beranak pinak pun, hatta game kat stadium selayang pun aku layan.
melihat kembali kes-kes pincang yang macam ni seperti tiada kesudahannya, lepas ni kalau aku dah beralih arah, lepas tu ada pulak kutu yang kata aku tak supportive, aku tumbuk muka sekor-sekor tengah jalan.
ok aku bawak dia ke tepi jalan dulu baru aku tembi muka dia.
demi menjaga ke'flow'an trafik.

Dark Mars berkata...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Mista Maman berkata...

Jealous satu hal, der. Pastu, dah terlepas cakap nak tarik diri, mestilah kononnya diteruskan niatnya tu, padahal, tempik balik kat muka sendiri (MB kan..~). Ape pun, FAM letak rules semua mcm player Division 1 (dari mana2 negara) nak main kat Malaysia ni. Gile Gempak. Biarlah dlonggarkan sedikit, yg pntg, kualiti pembayaran gaji, fasiliti padang & stadium, kualiti siaran langsung & kualiti referee diangkat segera. Tu pendapat aku. Skrg pun, other countries mcm England sudi ambil berat ttg bola sepak Malaysia, so, maintain & keep improve. That's it.

Mista Maman berkata...

Lupe mention, KUALITI & MUTU PERMAINAN pun mestilah diangkat segera.

Tanpa Nama berkata...

wei babi!! mung sedap je kata orang bodo op? mu x pikir ke ape bodo player AFC kena daftar dgn FAM? bajet lah dia tu cerdik sangat! pemerhati bola konon..

.Gory. berkata...

Hish. Lama betul aku tak komen dekat sini, tapi ini betul betul mengundang. Ini namanya mentaliti orang Malaysia. Semua buat kerja last minute. Dah drag sampai Februari, dah dekat 2 bulan tu, dah macam summer dekat Europe transfer season sampai 2 bulan.

Dah tahu nak ambil pemain import, buat la cepat cepat kerja cari trial depa. Ini, dah nak due date, time tu la terhegeh hegeh masing masing nak uji pemain.

Cuma aku musykil, memang tak dibenar ambil pemain dari ASEAN ke apa? Kenapa tak ambil je pemain Indon ke, Myanmar ke. Diorang terer juga apa. Plus, boleh create penyokong dari kalangan pekerja dekat Malaysia. Caj diorang tiket, berbondong bondong depa datang stadium. Haha. Or at least kedai mamak.

Ke ego?

LuciusMaximus berkata...

Kahkahkah!

Aku dah bajet orang macam Deathtanz Mantisk ni mesti ada punya.

Aku boleh faham peraturan FAM, tpai aku tak berapa faham apa mamat ni cuba komen.

Apa bodo player AFC kena daftar dengan FAM?

Memanglah, dah kau nak main bola kat liga sini tak kira la kalau bawa masuk import nama Lionel Messi dari Barcelona pun mestilah kena daftar dengan FAM.

Ke mamat Deathtanz Mantisk ni ada benda lain yang dia cuba nak sampaikan sebenarnya?

Tanpa Nama berkata...

maksud aku ape kaitan nak main AFC kena daftar dgn FAM? Ape rasional nya FAM yang menetapkan tarikh pendaftaran pemain AFC? how about you?

ijan de bunks berkata...

aku dah agak kalau lucy ketuk pasal kebodohan orang yang handle kelab negeri mesti ada yang emo sakit bontot. macam kes ganu kat atas ni.

btw negeri sembilan memang salah mereka. aku pun geram ape benda lah pegawai2 yamg scout ni buat.tak baca rule ke. bodoh.

lepas ni gambar sultan bola dah tak popular dekat sokernet, hanya hamidin je yang femes

good artikel lucy

orang dalam PBSNT berkata...

xperlu tanye daftar sampai 9januari tu utk liga super atau piala AFC sbb dlm pekeliling tu MEMANG TULIS 9 januari tarikh tutup utk terengganu mendaftar pemain import utk LIGA MALAYSIA... Harap penulis merujuk dulu pekeliling asal yg diberi kpd PBSNT sebelum menulis dan membuat kenyataan... nanti memalukan diri sendiri..

Tanpa Nama berkata...

FAM saje nk sabotaj tu. Ala tu pon xleh nak pikir hai orang bijak pandai.

Dia bgi surat tu nak Terengganu lepaskan import yg sebelum ni, berada dlm tekanan, & tanggung kerugian. Tapi alhamdulillah semua tu hanya sekejap saja.

FAM nak kenakan Kelantan, tapi timbalan dia ada kat sana.

Satu lagi, pasal Mohammed Ghaddar, dia memang x layak beraksi pasal dia datang dari Lubnan, ranking lebih teruk dari Malaysia. Entah fakta mana yg mamat ni belitkan.

Kemudian, FAM dgn rela hati meminda tarikh ranking diambil untuk Selangor & Kelantan.

Apa kata anda Lucius Maximus?

penglipurlara berkata...

macam biasa kalau sebarang keputusan tak menyebelahi mana-mana pasukan, penyokong akan sakit bontot cakap negeri itu anak emas FAM, negeri tu ada taiko dlm FAM. yang sebenarnya paling jelas dan nyata adalah FAM itu kepala bana.

Jimmy Stracqualursi berkata...

penglipurlara: agreed.

mdfaizal berkata...

orang dalam PBSNT,

mmg dlm pekeliling ckp mcm tu. tp sbg presiden/pemimpin/boss takkan cerdik sangat main terima je isi surat tu??

kalau aku yg terima pun akan jd pelik "biar betul FAM ni, bukan dah tamat ke, lepas tu apesal kelantan & ganu je boleh"

so sbb tu la bos2 persatuan selalu senang kena tipu.. dapat surat je percaya tulis je percaya..

apa la salahnya bos PBNST tu call/sms/emel/fb seketeri FAM tanya, biar betul isi surat mcm ni.. confirm balik.. ni main pecaya je

ntah pape2..

mdfaizal berkata...

part ranking lubnan tu pd ogos mmg malaysia atas. tp pd november lubnan jauh gila naik lg tinggi.

dlm hal ni Vetting Committee yg buat keputusan, xmau guna ranking ogos.
nak guna ranking november. sbb tu ramez yusuf taiyob tu lepas.

vetting committee ni org luar FAM, so hamidin FAS tu takde kaitan dgn keputusan pemain impot ni. Dlm perkara 20 pekeliling pn sebut Veting comite ni ada power berkuasa veto utk buat keputusan..

jumari jipan berkata...

Good article. Orang fam, sila baca.

mdfaizal berkata...

dlm bab impot ni sapa leh bg jwpn? aku x jumpa lg persoalan bwh ni:

Kenapa impot sabah Brendan Gan lulus?. Sbb dia player bwh AFC. main liga last pn kt australia bwh AFC.

tp liga yg dia main tu bukan A-league pn. tp kelab eagle apa ntah yg main di liga new south wales. bukan liga divisyen 1 australia..

so kenapa dia lulus???? ke sbb vetting committe ada kuasa veto?

hellghast berkata...

kahkahkah!!! orang Timnas Rahsia butthurt bile kena sentuh...sebijik bangang mcm sultannya! kahkahkah!!!!

Cob Nobbler berkata...

lubang hidung tak pernah trim ke hape?keh!

kueh bakar berkata...

dari dulu lagi trg memang bodoh sikit dalam amik pemain import.

frank fastor yang main dalam semi-pro, lepas bertahun2, kembali balik dan diterima kerana 'sejarah silam'. padahal dah tua dan tak perform.

'pemain import yang baik boleh datang dari mana-mana'. kalau banyak undang2 pun susah juga.bagi kebebasan, kalau import macam kayu salah fa negeri la.lagipun 1st time boleh import balik.bagi kelonggaran sikit...

trg juga ada pemain import yang penah bunuh diri kerana tekanan.

peter nikitin.simukonda.diambil bila negeri lain dah taknak.

fam memang salah sebab surat untuk 'pemain import afc'.afc ada 3 game je kalau kalah kumpulan..takan nak amik import untuk 3 game je. kelantan takpe, anuarmusa kaya.haha

ps-mat said dok rok cetong.haha.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Tahukah anda, kononnya Liga Bolasepak Malaysia bertaraf profesional, tapi apabila pengurusan kebanyakkan FA Negeri caca marba, dicampur bodoh sombong, bangang tak bertempat, patutkah perkataan PROFESIONAL itu digunakan?

Mohon tukar PROFESIONAL kepada 'BANGANG'.

Satu lagi, mohon pintu VIP di stadium ditutup selepas jam 8:30 malam pada hari perlawanan. Ambil contoh undang-undang asrama/universiti yang tidak membenarkan sesiapa masuk apabila melepasi tempoh waktu yang ditetapkan. Ini semua untuk mengelak gangguan kepada jadual perlawanan.

Dan sebaik-baik Persatuan Bolasepak Induk untuk sesebuah negara SEPATUTNYA dianggotai oleh mereka-mereka yang tidak mempunyai jawatan di dalam persatuan bolasepak yang bernaung di bawah badan induk untuk mengelakkan 'conflict of interest'. Tetapi malangnya di Malaysia ini bangangnya tepu bertingkat, maka kita boleh lihat perkara yang tidak betul masih diterima tanpa rasa janggal.

rashideeshukri berkata...

dah la tepu, bertingkat pulak bangangnya ye, TTB. kah kah kah.

kalau nak cakap pasal bangang FAM ni sampai bila pun tak habis. kalau arwah Mokhtar hidup lagi ni, dah lama dia pindah Qatar, jadi coach Al-Ahly.

Fitri K. berkata...

aaaaaaaaaaaaaaa..

Syafiq berkata...

yang kes player selangor tu,terang2 kat website FAM sebelum didelete tu,n buku peraturan yang distributed,dorang gune rules ikut ranking bulan ogos,bukan november.dan2 ni je tibe2 nak gune rules november,n rules sebelum ni tibe2 tak digunapakai.macam ko suke2 hati je tukar rules kan?semata2 utk ape ye adik2?ya tu diaaaa...utk team midin kesayangan tuuuuuu....

Qazwsx berkata...

Yob jugak yang steady!!!

hantuLongkang berkata...

ya..mungkin pengurusan tghanung bodoh-sombong(ataupun panjang-akal, cuba guna kesilapan surat tu :D)...

tapi "seluruh kandungan surat itu adalah jelas"?...
jelas jubo-tahik mung!..

dah silap taknak mengaku malah suruh mintak maaf dengan dia ...sapa tak marah?...

//tapi che mat jusoh tu rezak gok..duk ssekung datah tu, bila nok tembor dok tau..hahah

@kueh bakar:
cuba cakap pasukan mana yang tak pernah ambik player import lembap?..hahah

btw, frank pastor masuk balik bukan sebab 'sejarah silam'...tapi sebab situasi dan ongkosnya...

luqmanali berkata...

Good article Mr. Lucy,

Bottomline, apa jugak yg kita nak buat, harus berdasarkan lunas yang telah digariskan pihak berwajib. Ketepikan dahulu sikap 'pilih bulu' dan ketidakcekapan FAM dalam beberapa isu. Apa yang penting, state FAs kena buka mata dan fahami peraturan pengambilan pemain import. Jika wujud keperluan, ambil nasihat perundangan dan rujuk FAM sekiranya masih terdapat ketidakjelasan polisi dalam peraturan tersebut.

Kita boleh salahkan banyak pihak jika keadaan tidak menyebelahi kita. Namun, mungkin barangkali kita tidak sedar ia juga berpunca daripada sikap acuh tak acuh dan tidak ambil peduli kita sendiri terhadap lunas yang telah digariskan.

hantuLongkang berkata...

@luqmanali:
good point Mr. Luqman,

above all, kita perlu bersikap professional bukannya bersikap poyo-sional meskipun kita berada di pihak yang benar...apatah lagi kita berada di pihak yang cuma sipi2 benarnya...hanya kerana kita badan induk, jangan ingat orang lain wajib tunduk...

kita boleh salahkan orang yang memaki kita...namun, kita mungkin tak sedar yang kita memang patut dimaki malah diterajang di kepala barangkali...

:D

se7en berkata...

nak ckp satu jer.. tenung dalam2 muka mat said, nampak tahi hidung keras..

mcphisto berkata...

mane gambo che mak??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...