Lupakan pasal Thierry Henry dan Arsenal. Di manakah keseronokan berbola sepak kalau ianya asyik tentang seorang pemain tua bangka yang kembali bermain untuk sebuah kelab EPL yang dalam era kemerosotan dan kemudian menjaringkan gol dalam kedudukan curi ayam menentang sebuah kelab dari League Championship yang tidaklah sehebat mana pun?
Benda-benda macam ini hanya sesuai untuk orang Pahang.
Keseronokan berbola sepak yang sebenar ialah menonton satu perlawanan liga yang pemain importnya lebih kurang macam pemain tempatannya. Yang perlawanannya dihiasi dengan tendangan mengikut arah telor, tendangan yang naik 20 meter ke udara di depan pintu gol yang terbuka luas atau tendangan sudut yang langsung tak naik ke udara. Inilah keseronokan berbola sepak.
Dan keseronokan ini hanya boleh kita perolehi dalam Liga Super. Kalau tak percaya tanya budak-budak Singapura yang memenuhi Stadium Jalan Besar semalam. Jadah apanya mereka lebih taksub dengan Liga Super kita dari melayan S-League mereka sendiri? Jadah apa?
Liga Super musim 2012 bersepak mula semalam dengan 14 pasukan berentap dalam 7 perlawanan penuh pancaroba. Inilah dia keseronokan berbola sepak yang sebenar.
Felda United 2-0 Sabah
Sabah merupakan pilihan untuk menang perlawanan ini, menjaringkan 2 gol tetapi semuanya dibatalkan kerana ofsaid. Felda United yang dibarisi 17 muka baru untuk musim 2012 pula menunjukkan keserasian yang luar biasa.
Percaturan E Elavarasan lebih mantap dari Justin Ganai, sekali pun Sabah dibarisi 2 pemain import berprofil tinggi iaitu Brendan Gan dan Michael Baird. Sebaliknya muka baru Felda United, Raimi Mohd Nor dan Yong Kuong Yong yang berjaya menemui menjaringkan gol di separuh masa pertama. Sementara gol Sabah oleh Brendan Gan dan Bobby Gonzales dibatalkan kerana ofsaid.
Kemenangan Felda United mungkin hasil dari persediaan yang lebih baik dalam pra musim. Sedangkan Sabah, kerana faktor geografi banyak mengadakan perlawanan pra musim menentang pasukan-pasukan daerah di negeri Sabah. Mungkin dalam 2 atau 3 perlawanan liga lagi barulah anak buah Justin Ganai dapat menemui rentak untuk menyaingi pasukan Liga Super yang lain.
Lions XII 1-2 Kelantan
Pasukan jemputan dari Singapura, Lions XII akhirnya disajikan dengan cabaran bola sepak sebenar dalam Liga Super. Dan malang sekali lawan pertama mereka ialah juara liga, Kelantan.
Gol awal Baihakki Khaizan untuk Lions XII disamakan oleh Norsharul Idlan Talaha sebelum tamat separuh masa pertama. Kemudian pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar menyempurnakan penalti selepas dijatuhkan oleh penjaga gol lawan, Izwan Mahbud.
Anak buah Peter Butler tidak menghadapi sebarang masalah bermain di atas padang sintetik seperti yang pernah dialami oleh anak buah K Rajagopal. Sekali pun berdepan sokongan fanatik tuan rumah yang kempunan aksi bola sepak sebenar setelah Singapura menarik diri dari liga Malaysia 17 tahun dulu.
Dengan perlawanan pra musim yang kurang meyakinkan dan kekalahan dalam perlawanan pertama Liga Super, persoalan besar sekarang ialah sejauh mana keupayaan sebenar Lions XII untuk bersaing di dalam liga. Nasib baik Sultan Bola memberi jaminan bahawa Lions XII tidak akan direlegasi sekelipun berada dalam kedudukan tercorot.
Sarawak 2-0 Kuala Lumpur
Semangat Ngap Sayot kembali ke Liga Super setelah sekian lama menyepi dan tanpa membuang masa membuka langkah kanan untuk menundukkan Kuala Lumpur, pasukan relegasi pilihan musim ini.
Anak buah Robert Alberts tidak berdepan sebarang masalah untuk mengatasi City Boys yang menerima sokongan padu dari pengulas seperti Pak Kordi. K Ravindran dan Hairol Mokhtar muncul penjaring buat The Crocs menjadi pasukan baru tunggal Liga Super yang menang dalam perlawanan hari pertama.
Kejayaan Sarawak ini bakal menjadi bekal penting sebelum mereka bertandang ke Kota Kinabalu dalam perlawanan berikutnya menentang Sabah dan sekaligus menghidupkan kembali Borneo Derby.
PKNS FC 1-2 Johor FC
Satu lagi pendatang baru Liga Super, PKNS FC bagaimana pun tidak bernasib baik apabila tewas tipis di tangan pasukan status kelab terbaik di Malaysia, Johor FC.
Dengan dikendalikan oleh bekas pengurus Selangor, K Devan, Johor FC yang tidak barisi pemain import membuktikan keupayaan mereka mengatasi pendatang baru Liga Super dengan jaringan Riduwan Ma'on dan Azi Shahril.
Gol saguhati PKNS FC hadir melalui sepakan penalti Fauzan Dzulkifli tetapi itu tidak cukup untuk mereka mengikat Johor FC di tempat sendiri.
T-Team 3-0 Kedah
Kedah la ni memang kronik nampaknya. Sebelum perlawanan lagi pemain import mereka tercedera setelah terlanggar kepala penyiram air di tepi padang. Dan kemudian bertemu T-Team, yang kehilangan 3 tonggak utama musim lepas, skuad Hijau Kuning dilauk pula dengan 3 gol.
Percaturan Wan Jamak nampak pincang berdepan Yunus Alif, yang melalui 2 gol Faiz Subri dan 1 gol Zairo Anuar dalam separuh masa pertama memberikan T-Team kelebihan selesa mengatasi Kedah. Separuh masa kedua pastinya diisi dengan T-Team bermain cara sederhana untuk mempertahankan kelebihan mereka.
Kekalahan dalam perlawanan pembuka tirai bermakna Wan Jamak perlu menang dalam perlawanan kedua menentang Lions XII nanti. Andai kalah, tidak mustahil Wan Jamak bakal hilang pekerjaan sekali lagi.
Negeri Sembilan 2-2 Selangor
Ini pastinya perlawanan tumpuan, kerana ia menemukan antara pasukan paling berjaya waktu ini, Negeri Sembilan dan pasukan yang gah dari segi sejarah iaitu Selangor. Macam Manchester United lawan Liverpool. Atau Jang sejati seperti Jorji lawan, errr, budak-budak Sokerlekas.
Negeri Sembilan seperti kita ketahui terkenal dengan reputasinya sebagai pasukan badi buat Kelantan dan mempunyai keupayaan melakukan kejutan sekali pun berdepan lawan yang menjadi pasukan pilihan. Selangor pula masih tercari-cari arah ke arah zaman kegemilangan dan Misi 33, kali ini dikendali oleh The Tinkerman, Irfan Bakti sambil masih bersandarkan kepada barisan pemain bintang yang kadang kala seperti primadona.
Hanya 45 minit pertama diperlukan oleh Negeri Sembilan untuk memberikan kejutan sehebat masak lomak cili api apabila Awang Afrika milik Jang, Jean Effa Owona meledak 2 gol. Biar nama macam awek-awek Negro, tapi Jean Effa Owona pantas menjadi idola di STAR of Paroi.
Apabila tamat separuh masa pertama, kepincangan Selangor terbukti jelas namun begitu kehadiran Tinkerman seperti Irfan Bakti terbukti aset berharga buat Red Giants. Entah kata semangat apa, atau percaturan bijaksana entah bagaimana, separuh masa kedua di STAR of Paroi terbukti milik Selangor.
Pertama sekali Amirul Hadi membuktikan keupayaan beliau bukan sekadar membalas tweet awek-awek di Twitter dengan gola pertama Selangor untuk merapatkan jurang. Ia kemudian diikuti dengan jaringan penalti Safiq Rahim yang dihadiahkan oleh pengadil ibarat menebus hadiah penalti kepada Negeri Sembilan di separuh masa pertama.
Apabila wisel penamat ditiup, yang pasti Selangor telah melakukan kebangkitan yang tidak dijangka untuk mengikat juara bertahan Piala Malaysia 2011. Sementara buat Negeri Sembilan hanya satu persoalan yang timbul, apo kono eh Jang?
Perak 1-0 Terengganu
Sang Penyu menangis di Ipoh, walaupun sebenarnya Ipoh Mali Talak Sombong. Anak buah Mat Zan Mat Aris berdepan dengan anak buah Tuan Haji Norizan Bakar, dengan Terengganu masih bersedih kerana ditipu oleh FAM sehingga tidak berjaya mendaftarkan pemain import mereka.
Tetapi Terengganu dengan atau tanpa import masih tetap lawan yang merbahaya. Trio serangan mereka yang terdiri dari Hadi Yahya, Manaf Mamat dan Joseph Kalang Tie adalah sinonim dengan permainan serangan balas sepantas kilat yang telah dibuktikan pada musim lepas. Terengganu mungkin diberi jolokan Sang Penyu, tetapi permainan mereka pantas ibarat Mat Rempit di Jalan Kuala Ibai.
Namun begitu Tuan Haji Norizan Bakar mempunyai strategi tersendiri. Barisan pertahanan yang dikepalai pemain berpengalaman Khairi Zainuddin cemerlang mengekang asakan pantas Terengganu. Joseph Kalang Tie yang terkenal dengan larian pantas beliau gagal menembusi benteng pertahanan Yob.
Namun masalah Perak dari musim lepas yang nampaknya terbawa ke musim ini ialah jentera serangan. Pemain import dari Serbia, Lazar Popovic langsung tidak menunjukkan kebuasan beliau walaupun berdarah Serbia. Akmal Rizal lebih menyerlah tetapi masih belum cukup untuk menembusi kawalan gawang oleh Sharbinee Allawee.
Kebuntuan tanpa jaringan terus menghantui kedua pasukan di separuh masa kedua. Dan di saat Akmal Rizal akhirnya terpaksa diganti oleh penyerang muda Failee Ghazli sementara Lazar Popovic udah seperti Nando Torres bangangnya, penyelamat Yob muncul dari barisan tengah. Pemain import Slovakia (Slovenia dakwa Hasbullah Awang), Michal Kubala melepaskan rembatan kencang dari jarak lebih 20 meter untuk gol tunggal Yob.
Terengganu cuba mengasak tetapi pertahanan Yob tetap utuh. Usai perlawanan alasan-alasan yang muncul dari puak Ganu Nelang ialah mereka tanpa import dan 100% tempatan. Tetapi Perak pada tahun 1989 juga tanpa import dan muncul pasukan tunggal di separuh akhir Piala Malaysia yang 100% tempatan.
Hanya kata-kata berikut dapat diungkapkan oleh Tuan Haji Norizan Bakar apabila ditemu bual oleh wartawan RTM selepas perlawanan.
"Alhamdulillah, Allah menganugerahkan kemenangan untuk kita."
Don't Mess With The Yobs!
38 Ulasan:
Jom la main futsal sekali lagi. nak tengok luci duduk atas lagi ke tak dengan si buyut luca tu.
kah kah
kim salam kat pipi. cakap jangan nak buat jambang macam henry plak
T'ganu semalam aku tgk dah mantap. Cuma defend Perak lagi sedikit mantap. Aku rasa puak puak Ganu Nelang tak payahla pompang pompang pasal import or 100% tempatan. Yang duk ada skang ni boleh membawa cabaran hingga akhir musim.
Sebagai anak jati Penyu, aku rasa musim ni kami akan berada dikelompok 4 teratas, Pahang maybe bawah skit.
Wallahualam.
[UPDATE BOLA] Felda United v Sabah samalam di Stadium Hang Jebat, Melaka.
3 disallowed goals? pelik referee ni~ Tapi Sabah ok la main laju, macam MU suda. :D
woha!
http://mukabola.blogspot.com/2012/01/felda-united-v-sabah-2-0-review.html
ulasan Pahang v MPJB takde ke lucy..?
wakakaka..
KEJOR YEOP KEJOR!!!
fam babi
Luci,Wan Jamak kna gantung,tp myb arahan blkg tabir kot...hehe
den pun tak ghoti nak koba an apo . tomonung la jugak dalam mpek limo jam mikir an apo kono eh .
sekarang ni nak sambung monong ni ..
"Negeri Sembilan dan pasukan yang gah dari segi sejarah iaitu Selangor. Macam Manchester United lawan Liverpool. Atau Jang sejati seperti Jorji lawan, errr, budak-budak Sokerlekas."
erkk Sokerlekas? kahkahkah!!! Lucy pun dah jadi mcm Obe,typo ekekeke...
ini yang di tunggu2 oleh peminat sokernet, ulasan liga kita.
bab negeri aku memang terkedu jugak bila seken half main macam haram. kenapa lah azrai keluarkan rashid, kalau qayum tak injured mungkin kunalan boleh stay dekat atas. masuk je nazrin terus mati winger. kecik dapatkan penalti untuk negeri, kecik jugaklah yang bagi penalti untuk selangor. tapi ape2 pon game semalam memang bedebor.
sabtu ni kite ke pasir gudang. hobin jang hobin
ganu lening tengoh tumpu nok lawan fam
ah lucius sembang ahh. Padahal bulu roma dia meremang masa Henry masuk ganti Chamakh tu...Puiii
yang skor untuk Selangor semalam Kanchong dengan The Architect. dan aku boleh nampak Mat Yo ada can nak menang Kasut Emas tahun ni.
kualiti makin meningkat ke ataupun kualiti pemain import biasa-biasa je?
terbaik yob! steady
Steady Selangor walaupun seri. Enjin lambat panas la pulak.
Akmal main tendang bola ikut arah telor. mcm kambing 1on1 dgn sharbinee tak score. Grrr
Semoga Allah menganugerahkan piala utk Yobs season nii pula. Amen
Dont Mess with the Yobs!
bro, pembetulan, wan jamak kena gantung..sekarang coach kedah nidzam adha yusof..
dalam isu player import MB ganu sekarang pun tengah fight fam..
fam already corrupted by politics..
so fight back wit politics..lol
banyak betul penlti hari pertama ni, ye dok...
apsal la FAM ni gila vavi sgt ek...
100% local...in KD we trust!!!
Yang perlawanannya dihiasi dengan tendangan mengikut arah telor, tendangan yang naik 20 meter ke udara di depan pintu gol yang terbuka luas atau tendangan sudut yang langsung tak naik ke udara. Inilah keseronokan berbola sepak
bhahaha
pepun kijang mkn singa
TV1 - Nogori Vs Selangor
Vanue : Stadium Paroi
Situasi : SEDANG berkumandangnya Azan waktu Isyak...tetapi kedengaran org tiup vuvuzela/trompet/ape kejadanye yg ko tiup tue...
Situasi : Semua berdiri menyanyikan lagu NegaraKU...semua org nyanyi..xde org men vuvuzela/trompet/ape kejadah sume...
WADEPAKK!! org dok tgh azan kott..yg ko tiup mnatang tu buat mende..lagu negaruku pandai plak ko hormat..azan xreti2 nk senyap ke??
Bangang ape FAM. 2 pemain import Terengganu tak boleh main Liga Malaysia tapi boleh main Liga AFC. Power sangat ke sampai syarat lebih ketat dari AFC?
Johor FC wakil South, we gonna ensure the league is never be easy for all opponents. Even 2 Brazilian xdpt main utk JFC, tp masih menang. FAM byk hal la. Xpe, Here we come!
Apa barang yg skor gol pun awang import drp Nilai International College. Itu hari sumbangsih pun Si itam ni jugak yg score. Player tempatan masa training tak belajar merembat ke? Ni mesti tak turun training dok melepak kat terminal one je keje nya ni! Kehkehkeh!
kalu tghanung tarik diri, memang rugi untuk tghanung...jadi kita apply masuk liga siam, singapore hatta liga mongolia sekalipun...
nak lagi cantik, kita bakar wisma FAM masa diorang tengah sedap minum sirap masa meeting..
bengong!
ape ke bangang player import skor pon salah. camtu elok lah MU jual nani, berbatov dan chicharito. takut nanti ade plak suara2 sumbang cakap "ape barang skor bukan pakai player tempatan"
hahaha.ade gak orang macam ni.
babi fam..mat said saman fam..gocoh2 trek nim..
aku pun tak faham orang nak marah si effa ni skor. bangang ape habis position dia striker die skor lah. tak kan nak pass ke keeper lepas tu keeper skor.
ini sangat bangang!!!!
Bangang lagi aku rasa pada mana-mana individu yg butthurt..kehekehkeh
Bukan sokernet memang tempat nak menganjing ke? Ke aku tersalah masuk blogserius ni?
P/s - Patut lah Obe suka troll.. Seronok jugak buat orang butthurt ni rupanya.. kehkehkeh
siot ah, Ajiz.. Hahaha
@Maman
Betul ke tak aku cakap? yg sorang ni cakap 'player import skor pon salah' dan lagi sorang plak ckp 'aku pun tak faham orang nak marah si effa ni skor'. Apa menda mahkluk 2 org ni merapu? Bila pulak aku ckp player import skor, salah? Dan bila masa plak aku marah si Effa ni skor?
Yang aku persoalkan mana pergi striker local dorang. Dah 2 game, si Effa radziah ni je yg skor. Mana pergi kredibiliti striker anak tempatan N9? Tak faham persoalan terus2 nak senak jubor.
*baru aku tau fans N9 pun ada yg over sensitive mcm fans Arsenal. Heh!
eh aku concern la apesal ko nak risau import ke local skor. jangan nak gelabah sangat
Aku peminat bolasepak. Tak kisah negeri/pasukan apa, kalau aku nak ambik tahu, aku akan ambik tahu.
*Patut lah tak sudah2 senak jubor lagi, fans arsenal rupanya. Keh keh keh. Suka hati kau lah mat!
Aku peminat bolasepak. Aku memang concern tak kira cerita pasukan/ negeri mana pun.
* owh patut lah tak sudah-sudah senak jubor. Fans Arsenal rupanya. Kehkehkeh. Suka hati kau lah mat!
ngantuk la tengok ko komen ajis. ade team tu amek def import bolos gak tak amek tau lak. kalo ko rasa ko concern tengok mane pergi bakat tempatan.tanye la diri tu sendiri.ni liga malaysia yang mane bola sepak tu dikira macam baby je.belum dewasa lagi.banyak sangat terpengaruh ngan EPL ko ni.ni bukan butthurt ke ape ke ye.tapi sebab komen ko tak berasas.khakahkahktuii..
Tgk diri aku? Err knp kena tgk diri aku sdiri? Aku bukan pemain bola.. Kekekeke.. Liga Malaysia mcm baby? Hahaha.. Kalau dah establish zaman sebelum kau lahir lg, masih dikira baby lg? Berpuluh tahun bertapak tp tak improve, apa cerita? Owh lupa, aku byk terpegaruh dgn BPL.. Hahaha.. Komen aku tak berasas? Hahaha
P/s - lucy, aku rasa baik kau jgn keluarkan artikel psl bolasepak tempatan atau tulis buku cerita malaysia pergi ke idak ke piala dunia.. Bolasepak kita baby lg woi, jgn byk terpegaruh dgn BPL.. Biarlah selamanya kita punya bola peringkat asean je.. Kehkehkeh
Catat Ulasan