ANDA SEDANG MEMBACA

20

Rangkuman Liga Super: Perlawanan 4

LuciusMaximus Khamis, Januari 26, 2012 ,



Sabah 0-1 Lions XII

Kedatangan Singapore Lions XII ke Stadium Likas setelah 18 tahun berlalu disambut dengan kain rentang 'Singa Pork Dibunuh Saja' oleh North Borneo Ultras.

Sikap penyokong di sebelah utara Borneo ini berdasarkan pemerhatian aku adalah begini. Mereka meraikan pertembungan Derbi Borneo dengan Sarawak atas semangat 1Borneo, tetapi agak fanatik dan lantang bila mana-mana pasukan dari Semenanjung datang untuk menentang Sabah di Likas. Dalam kes Singapura atau Lions XII pula, ianya disambut sebagai musuh yang dibenci.

Dua kad merah dilayangkan kepada Mafry Balang (Sabah) dan Irwan Shah (Lions XII), sebiji mercun dibaling kepada 3 pemain simpanan Lions XII yang sedang memanaskan badan dan jeritan 'Singapore Anjing!' mewarnai perlawanan ini sampaikan buat kali pertama musim ini FRU dikerah membuat perimeter di keliling padang sepanjang separuh masa kedua.

Tetapi 3 mata milik Lions XII itu pun selepas tendangan percuma diberikan di penjuru padang setelah pemain Lions XII, Yasir Hanapi diterajang bontotnya. Sepakan percuma mirip dari posisi sepakan penjuru berjaya ditanduk masuk Hariss Harun pada minit ke-19. Pun begitu Sabah tetap cuba bangkit, beberapa kali cubaan merbahaya dari Brendan Gan, Michael Baird dan Sumardi Hajalan hampir membuahkan hasil tetapi pertahanan dan penjaga gol Lions XII cemerlang menepis sebarang cubaan.

Kemenangan dalam perlawanan tempat lawan ini yang pertama buat Lions XII musim ini dan Hariss Harun mencatat nama sebagai pemain Singapura pertama menjaringkan gol di tempat lawan setelah kali terakhir dilakukan oleh Fandi Ahmad 18 tahun yang lalu. Tetapi jika dinilai dari reaksi penyokong Sabah di stadium, tidak mustahil Lions XII bakal berdepan 'hostile crowd' dalam setiap perlawanan tempat lawan mereka khususnya ketika menentang pasukan negeri.

Sabah bermain lebih baik tetapi Lions XII bijak untuk bermain secara bertahan dan membuang masa dengan gol pendahuluan mereka. Dan sayang, kain rentang North Borneo Ultras yang bersifat provokasi akhirnya makan tuan, sementara insiden balingan mercun dikatakan bakal melibatkan denda berjumlah RM10,000 oleh FAM ke atas Sabah.

Negeri Sembilan 1-0 Felda United

Kacau bilau di Likas turut berjangkit ke seberang Laut China Selatan di STAR of Paroi. S Kunalan (Negeri Sembilan), Farid Ramli (Felda) dan Hardi Jaafar (Felda) mencatat nama dalam buku kad merah pengadil sementara Hamsani Ahmad (Felda) dilaporkan bergaduh dengan penyokong Jang di luar bilik persalinan.

S Kunalan dan Farid Ramli khabarnya bertumbuk ketika waktu kecederaan separuh masa pertama. Hardi Jaafar pula bertekak dengan Jean Effa Owona sebelum kemudiannya menyerang penyokong Jang yang didapati cuba membaling botol kepada Hardi Jaafar kerana mahu menuntut belas atas awang Afrika kesayangan. Hamsani Ahmad pula katanya bergaduh dengan penyokong Jang ketika menuju ke bilik persalinan.

Gol tunggal jaringan Shahurain tidak cukup untuk meredakan api kemarahan ke atas Felda dan mantan MB Nogori, Isa Samad

Akhirnya pasukan keselamatan terpaksa dipanggil untuk mengiringi pemain Felda United keluar dari stadium menuju ke bas mereka. Gol tunggal Shahurain Abu Samah yang memberi 3 mata buat Jang masih tidak dapat membendung kemarahan penyokong negeri beradat itu. Apa yang pasti, FAM sedang perati je insiden Jang dan Felda bergaduh ini.

Kedah 0-3 Kelantan

Malang yang menimpa skuad Kenari diburukkan lagi dengan kali ini dipijak lunyai oleh The Red Warriors. Mohammed Ghaddar, Norshahrul Idlan dan Denny Antwi bergilir mencetak 3 gol. Kedah pula terus memperbaiki rekod dengan bermain selama 360 minit tanpa sebarang gol dijaringkan.

Sebaliknya pemain Kedah seperti Sabre Abu dan V Thirumurugan cemerlang menunjukkan bagaimana hendak menakik kaki atau memijak tubuh lawan di atas padang. Helmi Eliza pula membuktikan bahawa jersi penjaga gol Harimau Malaya sudah pasti mustahil bakal disarung kembali oleh beliau dengan aksi cemerlang menghadiahkan bola buat Denny Antwi menjaringkan gol ke-3 Kelantan.

Wan Jamak khabarnya digantung 7 perlawanan dan kini masih berbaki 3 lagi perlawanan sebelum beliau dapat mengambil alih tugas kejurulatihan dari Nidzam Adzha. Kedah memerlukan keajaiban atau tidak bakal senasib dengan jiran-jiran Utara mereka seperti Pulau Pinang dan Perlis yang kini tidak lagi bermain dalam Liga Super.

Selangor 0-0 Sarawak

Sekali lagi Red Giants gagal menjaringkan gol dan terpaksa berpuas hati dengan 1 mata dikongsi bersama Sarawak yang nampaknya sudah mula menemui kembali semangat Ngap Sayot mereka yang telah lama menghilang.

The Crocs pastinya lebih berpuas hati dengan membawa pulang 1 mata dari tempat lawan dan menamatkan 2 kekalahan berturut mereka sebelum ini. Dikhabarkan juga perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil ini rata-rata dikuasai oleh Sarawak dengan Selangor terus tumpul dan buntu.

Misi 33 bermakna ada 33 orang ultra

Dengan keputusan seri ini, kerusi jurulatih Selangor yang diisi oleh Irfan Bakti kini semakin panas. Melainkan kemenangan dicapai dalam perlawanan berikutnya tidak mustahil Irfan Bakti bakal menjadi jurulatih pertama bakal kehilangan jawatan musim ini. Sementara bagi Sarawak pula, tweet dari @ultracrocs berbunyi "#MSL2012 Tiket mahal RM15 , Tol mex RM1.50, Aik Tin RM2, Aik Mineral, Kacang, Kopok Leko RM 8, nangga Selangor ponek, PRICELESS" cukup untuk menggambarkan kepuasan mereka.

Terengganu 2-1 T-Team

Derbi Terengganu agaknya, pasukan abang bertemu pasukan adik dan macam lazimnya si abang berjaya mengatasi si adik.

Pun begitu T-Team terlebih dulu di depan melalui penalti oleh penjaring utama mereka Zairo Anuar. Namun 2 gol oleh penyerang import Francis Doe memastikan 3 mata milik Terengganu sekaligus menjatuhkan T-Team dari puncak klasemen Liga Super.

Francis Doe, 2 perlawanan dan 3 gol, patutlah MB Ahmad Said sanggup berjuang untuk budak Afrika ini

Francis Doe setakat ini telah menghasilkan 3 gol dari 2 perlawanan yang disertai beliau membuktikan perjuangan MB Ahmad Said untuk kebajikan Francis Doe dan nasib Terengganu tidak sia-sia. Jurulatih T-Team, Yunus Alif pula khabarnya semakin panas dengan prestasi hambar Zachariah Simukonda.

Kuala Lumpur 1-1 PKNS FC

Ada cahaya di hujung terowong buat Kuala Lumpur yang akhirnya berjaya mendapatkan mata pertama mereka selepas 4 perlawanan musim ini.

Tetapi PKNS FC terlebih dulu di depan hasil jaringan Fauzan Dzulkifli setelah perlawanan ditangguh selama 3 jam akibat bah di padang. Ketika PKNS FC hampir dilihat bakal muncul pemenang, Afiq Azmi muncul penyelamat dengan gol penyamaan Kuala Lumpur pada minit ke-84.

Walau bagaimanapun skuad kendalian Razip Ismail masih kekal menghuni dasar Liga Super dan kekal calon utama penyingkiran musim ini.

Johor FC 0-1 Perak

Entah apa percaturan Cikgu Jan untuk Yob, meletakkan gandingan Shafiq Jamal dan Lazar Popovic pada mulanya tetapi kemudian memasukkan Akmal Rizal pada minit ke-31 menggantikan Shafiq Jamal. Tidak lama diperlukan oleh Akmal Rizal untuk meledak satu lagi bol buat Yob tetapi sayang sekali ia dikatakan ofsaid oleh penjaga garisan.

Namun jika Akmal Rizal gagal mencari penyudah buat Yob, hero datang dari sumber yang tidak disangka-sangka. Berpunca dari Michal Kubala yang menggelecek beberapa pemain Johor FC dalam kotak penalti, bola kemudian dihantar kepada pemain pertahanan baru Yob, Shahrom Kalam untuk gol tunggal perlawanan dan memastikan Yob pulang dengan 3 mata penuh.

Don't Mess With The Yob!

Kemenangan ketiga dari empat perlawanan cukup untuk meletakkan skuad Yob ditangga ke-3 Liga Super, berkongsi mata dengan Terengganu dan hanya kurang satu mata berbanding Kelantan di puncak klasemen.


Kesimpulan Perlawanan 4

Penguasaan Pantai Timur masih jelas dengan Kelantan kini merampas takhta Liga Super dari T-Team sementara Terengganu rapat di posisi ke-2 liga. Perak muncul pasukan bukan dari Pantai Timur tunggal untuk melengkapkan kedudukan 3 pasukan teratas, terpisah dari Terengganu melalui perbezaan jaringan.

Hanya 11 gol dijaringkan untuk Perlawanan 4 dengan kedudukan penjaring terbanyak kekal milik pemain T-Team, Zairo Anuar dengan sejumlah 4 gol. Di kalangan pemain import, Jean Effa Owona dan Francis Doe mendahului senarai penjaring masing-masing dengan 3 gol.

Jumlah keseluruhan gol dijaringkan setakat ini ialah 54 gol (purata 1.9 gol setiap perlawanan), Kelantan muncul pasukan paling ofensif dengan 8 gol sementara Perak, Terengganu dan T-Team paling defensif dengan hanya 2 bolos. Rekod bolos terburuk milik Kuala Lumpur (8 bolos) dan Kedah pula kekal pasukan tunggal yang masih belum menjaringkan gol musim ini.

20 Ulasan:

Atan berkata...

first!!

asyraff mohd berkata...

Kenapa power sangat team yop ni ? Kenapa ? Kenapa ?

Pet Shop Boys berkata...

Bila Chelsea tidak lagi power, maka dapatlah kita baca rangkuman bola sepak tempatan....

Bozu berkata...

cerita malaysia tak ke piala dunia..

Mista Maman berkata...

Mmg mantap rangkuman perlawanan 4 MSL. Tp paling mantap, game 'Street Fighters' dimenangi oleh NS vs Felda. Meriah!

mcphisto berkata...

sarip doe..
sek nellang kg dusun koberang

rashideeshukri berkata...

Singapore ni kalau tak buang masa tak boleh ke?

awang merah berkata...

dah taktikal singapore dari dulu, kini dan selamanye camtu...hahaha

Apostolos Velios berkata...

guy bwele & kalle sone tak main, NO HAL buat kami !! sarawak masih ada ashri chuchu,hairol mokhtar,zamri morshidi,dzulazlan ibrahim & shahrol saperi(yang disebut shahrol safari oleh hasbullah awang) the croc masih lagi boleh fight dengan selangor. ahmad said,demo dengar dok gapo kawe royak ni??

Unknown berkata...

relax bro..provokasi dari penonton normal mana2

Hana Ahmad berkata...

-Fan Sabah & N9 kian gedebe akibat pengaruh rakan senegara. Mujur Felda United takde bendera, mahunye kena bakar ngn Fan Persis Indon hahahaha
-Ada 4 adik-beradik dlm MSL rupa2nya.. PKNS & Selangor (berlainan ibu – PR & BN), Tganu & tTeam (saudara Kandung), Sabah & Sarawak (berlainan bapa), N9 & Felda (saudara Tiri)
-Paling utama, Awang Hitam memang power giler.. Nantikan kemunculan Ultras Awang Hitam terdiri dari gadis2 IPT di Stadium berdekatan.. mohon lantik Jannnah jadi capo.. nk join jgk hihihi

ijan de bunks berkata...

amenda ntah korang yang kutuk n9 ni. kalau ada dekat stadium baru la korang tahu. ape2 pon game lawan felda hari tu memang terbaik. die punya panas tu lain macam. kalah kes penyokong kelantan yang mati masa final piala malaysia

talkIZcheap! berkata...

"amenda ntah korang yang kutuk n9 ni. kalau ada dekat stadium baru la korang tahu...." <--- dulu fan Kelate bagi ayat yang sama jugak... :p

Badrol Bakhtiar tertinggal shooting boots kat Indonesia agaknya...

hantuLongkang berkata...

tghanung vs t-ting, penuh-rumbu stadiung aritu (tapi stadiung besor ppaler lutut je dang :D)...

takdok hal..wat mari selangor nge lions xii pulok...kita libah biar buleh nyior belake-semer..hahah

NNELANG!

@Hana Ahmad:
pandai jugak ko ni bikin teori..atas pokok mana ko belajar?..hahah

Hana Ahmad berkata...

HantuLongkang, semua bukan theory tapi hakiki.. sy komen ikot statement lucy jer..
Percayalah, Lucy akan jadi penaung Ultras Awang Hitam..
Lucy & Ultras Serumpun!!!!

hantuLongkang berkata...

@Hana Ahmad:
ooo..teori yang hakiki...lagu 'teori yang hakiki' ni ada versi dangdut tak? :D

jadi apa pulak hubungan mat said dan hamidin?...saudara sepermakian?...hahah

//jangan serius sangat...takut pulak aku tengok banyak sangat ko pakai tanda seruan...aku ni penakut orangnya :D

I Am Legend berkata...

Yob nampaknya masih steady musim ni. Teman tengok Cikgu Jan ambil pendekatan menang dengan kelebihan 1 gol dalam semua perlawanan, kalah pun biar kalah dengan 1 gol je.

Harap momentum yang serupa ni dapat dikekalkan sepanjang musim, sambil Yob terus memastikan Stadium Perak kekal sebagai kubu kuat Yob macam musim lepas (kalah sekali je)

Bunut Payung FC berkata...

GKG!

Jojoe Ali berkata...

Team Liga FAM gua disebut dalam review Liga Super? Macam tak caya, habaq hang! Huhuhuuu...

Unknown berkata...

Perak terbaik..Pemain import Popovic serta Kubala memberi impak utk pasukan.serta disiplin pemua pemain dlm 1 pasukan,siapa sangka Body kontak Popovic serta Rembatan kubala boleh merobohkan kubu serta ego lwn.Tidak lupa sengatan Akmal Rizal yg berbisa menjadi igauan buruk pertahanan lawan,dari segenap penjuru bagaikan helang menyambar setiap peluang terhidang.nama yg akan menyaingi senarai penjaring terbanyak di akhir musim.Inshaallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...