ANDA SEDANG MEMBACA

18

Semanis Kurma

Beberapa hari kebelakangan ini milo panas saya rasa amat manis. Manis yang tidak terperi. Manis yang sangat sihat. Manis madu. Manis buah. Dua hari yang sudah, capati pun dirasakan manis. Namun saya tolak sebarang kemungkinan buatan orang walaupun dizaman moden ni macam-macam benda kuno boleh berlaku.

Capati yang dipesan pagi ini sudah berada dihadapan saya. Adakah mulut saya akan merasakan kuih dal dan capati masih manis seperti kelmarin dulu?

Selepas bacaan doa makan, saya tutup mata rapat-rapat dan mula menjamah. Didalam pejam itu apa yang saya nampak samar hanya wajah-wajah pemain bolasepak dan penyokong-penyokong mereka.

Siapakah mereka? Kenapa mereka bermain-main difikiran saya? Apa salah mereka?

Saya beristighfar panjang.

Suratkhabar milik kedai mamak dimeja sebelah saya ambil dan terus saya ke muka belakang. Lelaki sejati tidak akan baca muka hadapan suratkhabar dahulu.

Tajuk besar dibelakang suratkhabar tertulis "Liverpool Stamped Manchester United". Hati saya semakin berdebar-debar. Saya jeling suratkhabar yang sedang dibaca pengunjung kedai mamak meja sebelah, tertulis "Dutch Delight!" dan "Moves Like Agger!" Tus air liur saya.

Kanta mata saya, saya besarkan dan terus mengamati gambar-gambar yang dipaparkan.


Kelihatan gagah benar pasukan yang berjersi merah didalam gambar. Yang jatuh tergolek pun nampak macho.

"Apa makan penjaga gol rambut Jefri Din ni benak sangat tak melompat?"

Detus hati kecil saya.

Mulut saya masih terasa manis. Saya kemam-kemam sikit untuk membuang rasa manis itu dan meneguk air suam. Masih manis.



"Liverpool Mara Dengan Satu Tumbukan Padu Keudara!" Dari jauh saya lihat terpampang disuratkhabar bergantungan di kaunter kedai mamak yang sama. Apa saiz font suratkhabar pakai ni?

Dimanakah salah dan silap pasukan jersi biru? Tektikal? Fizikal? Mental?

Dari bacaan saya, kesalahan mereka adalah tektikal, fizikal dan mental. Yer, kesemuanya sekali. Tiada "depth" didalam pasukan. Tidak membahayakan langsung gawang pasukan dari Liverpool pada malam itu. Tidak lama lagi pasukan dari Manchester ini akan sandarkan pada kenangan.

Usai makan, saya masuk kedai runcit sebelah kedai mamak sebelum pulang. Saya beristighfar lagi bila ternampak ubat gigi yang gambarnya dibawah, dan tiba-tiba mulut saya rasa lain macam, rasa manis kurma.



***

Piala FA masih jauh dari genggaman Liverpool, saya tahu. Tetapi, sekiranya memenangi Piala FA setelah memperkosa Manchester United di perlawanan akhir atau di pusingan awal adalah sesuatu yang amat memuaskan kerana, "sorry mate, it has always been just Liverpool and ManUtd. The rest are supporting actors."

#YNWA ./

18 Ulasan:

Mista Maman berkata...

Kire supersub la kan Kuyit tuh. Carroll assist sial. Bagus pulak abg dada panau. Hahaha.

Pet Shop Boys berkata...

hahahah macam gampang ubat gigi tu...

tak baik tau u ni Pak Kordi. Suka sakat Man U. Teruklah u ni...

Unknown berkata...

sandarkan pada kenangan?

Mista Maman berkata...

Darkie xboleh belah sial.. Hahaha..
Memang ber'darkie' hah muka zEvbra.. Hahaha

Aziz Nasution berkata...

"sorry mate, it has always been just Liverpool and ManUtd. The rest are supporting actors."

Kahkahkahkah! Udah-udah le menyombong tu yob. Newcastle pun Team mike tak mampu nak pintas lagi, ada hati nak gelarkan diri main actor. Kikikikiki.

Nizam berkata...

awesome!kah3

Unknown berkata...

+1

YNWA

hantuLongkang berkata...

hahah...semanis kurma secangkir madu selembar pilu syahdu..

tapi kenny dalglish is a racist ..evra, it's time to do your job...we really need another lie of yours...hahah

Arajo Dilangit berkata...

goodjob kordi...sungguh manis sekali rase skrg...kna ceramah ngan bos sbb dtg lewat pun rase manis...kehkehkeh

Aie Isa berkata...

"Lelaki sejati tidak akan baca muka hadapan suratkhabar dahulu"

Setuju!

Apostolos Velios berkata...

EVil + RAcist
= EVRA

keli berkata...

Smart pulak gua tengok Evra dekat ubat gigi tu. Muahahaha...

kareem berkata...

hati-hati pakkordi jangan sampai kena kencing manis...

r.k berkata...

jangan kena ban 6 minggu tak boleh post udeh la bang kordi . :)

rashideeshukri berkata...

kah kah kah kah kah. ni entri tahap tertinggi.

gua heran betul, headline surat khabar UK semua tak sehebat The Star, Malay Mail dan NST. Guardian, The Times semua headline lame. makan apa orang Malaysia ni?

talkIZcheap! berkata...

tapi nak memperkosa Manchester United tu masih jauh la kot... tempat sendiri pun possession takleh pegang, dan gol pun nasib baik minit-minit last jer...

nak perkosa man Utd masih jauh la kot...

WV: 'eysted', macam De Gea, kena eye test lagi, huhu...

Mat Sabu berkata...

Nasib? My Ass..Kakaka

encikmizi berkata...

possession pon 23 je nak nyombong sakan. haha. ye la menang la ye?. tahniah liverpool! haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...