ANDA SEDANG MEMBACA

26

Chelsea - Kelab Didahulukan, Piala Diutamakan

LuciusMaximus Selasa, Mac 06, 2012 ,


Kelab Didahulukan, Piala Diutamakan


Sebenarnya hal Chelsea main tukar-tukar pengurus ini bukanlah kerana pemilik yang pandir dan penyokong Chelsea yang sama macam penyokong Malaysia.

Tetapi kekerapan menukar pengurus ini kerana Chelsea adalah sebuah pasukan yang berorientasikan pencapaian dan hasil. Chelsea bukan sebuah kelab yang menunggu sehingga 5 tahun untuk menang Mickey Mouse Cup. Atau lebih teruk lagi, menunggu sampai 6 tahun dan entah berapa tahun lagi gamaknya sambil terus mengharap kepada seorang pengurus yang dulu-dulu power tapi sekarang pandir.

Semenjak berada di bawah jajahan takluk Roman Empire, sebanyak 3 EPL, 3 FA Cup dan tidak dilupakan 2 Mickey Mouse Cup telah berjaya disumbatkan dalam kabinet trofi di Stamford Bridge, semua ini dalam tempoh hanya 9 tahun. Ini semua hasil prinsip 'kelab didahulukan, piala diutamakan'.

Tetapi ada sebuah kelab dengan pengurusnya yang pandir dan sudah kekal mengurus selama 16 tahun hanya mampu mengutip 3 EPL serta 4 FA Cup dan tidak pernah menang apa-apa sejak berpindah ke stadium baru. Ada sebuah kelab bersejarah pula yang dijual kepada kapitalis Uncle Sam dan kemudian menanggung beban hutang beratus juta GBP sampai terpaksa dijual kepada kapitalis Uncle Sam yang lain dan hanya baru-baru ini sajalah berjaya menang piala, itu pun Mickey Mouse Cup. Kedua-dua kelab ini 'berjaya' kerana mereka terlalu berharap pada pengurus yang pandir atau terlalu sandarkan pada kenangan.

Maka hanya Manchester United sajalah yang boleh dianggap lebih berjaya dari Chelsea tapi itu kerana mereka adalah kuasa syaitan Freemason atau Illuminati dan adalah cerita di lain hari.

Pemecatan AVB ini anggaplah ibarat pemecatan seorang jurutera loji Lynas yang tak berapa 'perform' atau gagal mencapai KPI beliau. Dalam sebuah organisasi yang mementingkan hasil, pencapaian, kejituan dan ketepatan seperti Chelsea dan Lynas setiap pekerja hendaklah memberikan yang terbaik dan komitmen 300% bak kata AVB sebelum dipecat. Kalau setakat nak kerja biasa-biasa, masuk pukul 8 dan baca Sokernet sampai pukul 5 petang, eloklah kerja di pejabat tanah atau pun di Arsenal.

Bercakap pasal Arsenal, suka saya berkongsi mainan terbaru untuk budak-budak Arsenal.


Sila halakan tetikus anda ke:



Sekian dari saya, kita kembali kepada Pipiyapong!

P/S: Mohon jangan terpukau tengok angka saat itu berubah-ubah

26 Ulasan:

Hambali ® berkata...

terbaik terbaik

mdazlnshkni berkata...

makan dalam. harap kipas arsenal tabah.

Hazwan berkata...

harap2 pipi tak merajuk

redzabes berkata...

power power, tak macam satu blog tu guna surah mende ntah, langsung tak power ayat

Pet Shop Boys berkata...

bagus jugak Artikel ni. At least ada gak fan Chelsea yang support Roman.

Cuma aku pun pelik masih ada manager yang sanggup bekerja di Chelsea walau tahu boss nya macam sial.

tapi pleaselah, tolonglah jangan bahan Arsenal please. Mereka sudah bermain sebaik mungkin

Unknown berkata...

Terbaik la LM

Pauzi Kassim Rancid berkata...

ada jugak orang kerja kira count up masa bila Arsengal menang cup kali terakhir...

Tanpa Nama berkata...

Tahun ni nak dapat piala apa agaknya?... Gua dah x berapa nafsu nak tgk Chelsea main, dgn Kelantan FA ada lagi...
Nak tgk Pahang FA TV xmo tunjuk sgt.

Satu je gua mintak, apa bila Mourinho jejak kaki je kat Stamford Bridge mohon dilancarkan pula kempen "Presiden Chelsea Sila Letak Jawatan!"

Tanpa Nama berkata...

Artikel pandir ni contoh taktik penyokong pandir yang mahu mengalih tumpuan daripad kelab pandir yang bermasalah kepada kelab lain.taktik ini biasa digunakan oleh sebuah parti pemerintah sebuah negara yang menggunakan slogan rakyat(bini) didahulukan,pencapaian diutamakan.

Adam Ruslan berkata...

Pakcik Roman Pandirmovich patut lantik Eva Carneiro ganti Pandir Villas-Boas.

Baru la prestasi John Terry menaik!

Azlan Zed berkata...

since torres score takde ker?

:)

talkIZcheap! berkata...

aranzedo: ada dowh...

f.islahi berkata...

susah betul nk beta dgn LM ni.ade je fakta dia.dah lah bahan kaw.damn.haha mohon jgn bahan menyu hehe

yours truly berkata...

Lucius Maximus - a royal loyal civil servant cum a true custodion of football's philosophy..tp chelsea suck lar this season brader

cantona79 berkata...

Sejak SAF jd pengurus, Chelsea sudah mempunyai 13 pengurus berbeza setakat ini, termasuk world cup winning coach Scolari, semi finalist Gus Hiddink dan special one Jose M. Apa yang dibimbangi skrg apa lagi kriteria pengurus selepas ini, mungkinkah Tiger Cup winning coach atau sea games gold medal?

Aziz Nasution berkata...

Semalam kat Hot FM, ada seorang penyokong MU cadangkan Abe Roman ambik M.Karathu jadi manager. Aku tak tahu apa brader MU ni fikir, tapi mesti dia ingat apa yg dia cadangkan tu kelakar walaupun hakikatnya, kedengaran dungu.

Rafa ke the choosen one ke, Chelsea tetap takkan boleh pergi jauh selagi tak kick out all those divas.

Mista Maman berkata...

Bravo, Bro Lucy! Agreed with you Ajiz. Kepandiran Arsenile kononnya dah berlalu, tp spt sedia maklum, Arsenile pun roller-coaster punya club. Menang-kalah-seri last2 baru nak menang-menang-menang. Dah lambat pun. Dok pikiaq nak beli semua pemain muda yg ber'telented' dari semua kelab, padahal sapu akademik player kelab lain. kate player dia punye. Cam kelakar. At least beli & bayar setimpal kat feeding clubs. So, Mr. Wengok, kte tgk sampai bile dia bertahan kat Arsenile & Kipas-Susah-Mati nye sekali. fans yg 'syg' Arsenile pun takkan xnak piala, ye dok? Untung duit tp tang tu jela. Persie xde, abis lor..

rashideeshukri berkata...

kalau nak bercakap pasal tukar manager untuk performance ni memang agak pandir sebenarnya. football success is a long term run business.

macam MU misalnya. masa SAF ambik alih pada tahun 1986, dia mengambil masa selama lebih kurang dua tahun jugak la sebelum MU dapat angkat piala balik (FA Cup 1990).

ini tak sampai setengah tahun dah tendang si polan keluar dari kelab. Liverpool pun dah berapa kali kalah season ni, takde pun ura-ura John Henry nak tukar manager.

pendek kata, kalau ni sebab nak backing Roman yang agak bangang pasal bola, artikel ni memang pandir.

Dark Mars berkata...

Satu komen yang agak cerdik daripada En. Rashidee. Agak bangang apa bila fan berbangga dengan kejayaan club pandir menukar pengurus berkali2 seperti adik2 menukar teman wanita di pavi.. Kah Kah Kah

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

Lucy tak berani nak bahan MU, pasal MU di bawah kuasa illuminati dan freemason. Jangan main gila!

kareem berkata...

gua tetap merasakan kelab bolasepak yang suka tukar manager ni pandir! andre villas boas tu baik orangnye...sayang seribu kali sayang

keli berkata...

Banyak duit AVB dapat kena pecat tauuuu...

zu berkata...

inarguably SAF adalah antara manager terbaik dalam zaman pasca PL.
bak kata mr rashidee, ini memang long term run bussiness.
dan SAF tak mungkin akan berada dalam tahap ini sekiranya perangai owner manu saling tak tumpah macam perangai si roman tu.
tak sampai satu musim dah kena sack dah.
jangan jadikan rafa benitez dan liverpool sebagai benchmark, baru pegang berapa bulan dah sebat UCL dah.
kelab pertengahan dan average macam chelsea harus la bersederhana dan juga wasatiah dalam menempuh persaingan.

talkIZcheap! berkata...

boleh la sape-sape nak kaya cepat apply jadi manager CHelsea, lepas tu tak yah buat kerja sangat, biar kalah memanjang... Kena pecat lagi untung daripada jadi manager dengan tekanan dari media, fans, player sendiri, staf dan owner...

tak payah susah-susah join skim piramid lagi! :p

Mista Maman berkata...

Hahaha.. Cibai, @talkZcheap!... Mcm2 korg ni..

Miss Reader berkata...

Kena buat end to end transformation. Not just by laying off all the poor managers. Kuda2 tua yang ada tu pun kasi hantuk kapla sket.

Mohon Lucy beralih alah sekarang sebelum terlambat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...