ANDA SEDANG MEMBACA

25

Helang Dibaham Singa

LuciusMaximus Rabu, Mac 28, 2012 , ,

Aguias - Santapan buat Aslan


Chelsea berjaya melakukan apa yang gagal dilakukan oleh Manchester United di Estadio da Luz. Iaitu mematahkan sayap burung kenari, eh, helang.

Melawan Benfica bukan tugas kecil anak. Ini adalah kelab Tres Grandes di Portugal. Benfica ini sudah memiliki sejumlah 32 Primeira Liga dan 24 Taca de Portugal. Kalau dinilai dari segi rekod pencapaian ianya sama hebat seperti Athletic Bilbao dan Liverpool. Malahan dikatakan pada tahun 1511, Benfica berjaya mengalahkan Melaka FA dalam satu perlawanan bola sepak sehingga tergadai Kesultanan Melayu Melaka.

Nasib baik ada Chelsea yang berjaya mempertahankan maruah umat England dan kerabat diraja England dari tergadai.

Dengan kemenangan 1-0, tugas berikutnya di Stamford Bridge tidaklah sesukar mana. Pendek kata, kelab harapan terakhir umat England ini sudah boleh mencongak-congak jika mahu meratah sama ada Barcelona atau AC Milan seterusnya. Ah bawalah dua-dua sekali pun, harapan terakhir umat England tidak akan gentar.

Sementara itu dalam saingan Piala FA, lawan Chelsea pula ialah Tottenham Hotspur dalam satu saingan London Derby (eh, mana Arsenal?). Manakala di utara England pula, Liverpool bakal dihantui oleh seteru mereka Everton dalam satu lagi saingan yang dinamakan Merseyside Derby.

Mengikut prestasi semasa dan rekod sebelum ini, pertarungan akhir FA Cup di Wembley bakal menjadi 'all blues affair'.

Yes, Liverpool is Everton's bitch!

25 Ulasan:

mdazlnshkni berkata...

elehhh!

p/s mana budak 'try harder'

kobetz berkata...

lilywhites vs toffees time final pon menarik gak.. keh3..

mohon chelsea meratah barca jgn diratah..

mirul berkata...

kerja meratah singa ni bukan kerja benfica mahupun arsenal.
ini kerja pasukan ayam putih je.

Kimique berkata...

mantap lah chelsex

Joe Damon berkata...

Bila memang, baru nampak Lucius buat entri. Hehe

Unknown berkata...

mohon Carroll pula hattrick, Gerrard sudah...

luffy berkata...

entri yang maha bongkak ddari luci. hahaha well done n good luck chelsea!

eJAI berkata...

arsenal sibuk kejar no. 3, tu pasal la tak nampak dalam saingan FA. err, moga-moga chelsea menang la champions league ni supaya masih ada tahun depan!

ronalbi berkata...

ah berangan lah chelshit ni.

Pet Shop Boys berkata...

Pergh gila ah beat Benfica. Pergh hebat siot...Benfica ni pun cam Atheltico Bilbao orait, power siot.

perghhhhh....terer ah Chelsea.

Gila power ni Chelsea.

You'll Never walk Alone ah Chelsea.


Power sial boleh beat Benfica...

Mambang Tanah berkata...

@melody dia klu chelsea kalah ada gak entry,tp bselindung blakang nama abdul.lucy ni mcm budak2 juga rupanya otak dia

Apapun aku ttp sokong team dr england.bgs juga dpt tgk chelsea lwn barca atau real kat final nnti

Tanpa Nama berkata...

Nak kutuk Chelsea??? Try harder..

Trekker berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Trekker berkata...

aku ok dgn Chelsea FC..tapi aku tak berapa ok dgn John Terry. aku nk chelsea menang, tapi mengenangkan Terry ada dlm team ni...aku harap Chelsea kalah.

favourite player aku dlm Chelsea: Lampard, Cech & Mata. aku rasa Mata sesuai main kt Man Utd, sebagaimana aku rasa Ballack dulu sepatut main kt MU.

I Am Legend berkata...

@melody & @mambang tanah

baru baca sokernet ke? lucy memang kem chelsea, n previously either menang or kalah dia still ada juga pos entri. but beyond that, lucy mostly writes bout almost anything under the football radar.

sudah-sudahlah nak perasan bahawa segala benda dalam sokernet ni kerjanya untuk mengutuk liverpool je.

tak kutuk pun takpe, sebab liverpool memang sudah menjadi kelab yang terkutuk

Buenaventura Durruti berkata...

liverpool kelab yang terkutuk?

haha nice one.

apa pun chelsea aku yakin akan pergi ke semi dan bertemu barca yg dah jadi macam musuh tradisi di champions league

Aziz Nasution berkata...

Kat sini pun masih nak cerita pasal kelab lagenda yg telah ditelan zaman tu ke? syuh syuh gi jalan sengsorang, jgn sibuk main kat sini..

Mista Maman berkata...

For sure, we have good records when facing Barca & Puyol & Co. know how hard to beat Chelsea when they always looking help from Referees...

But this year, Barca is from other planet, especially when against them in the Nou Camp.

BUT if Chelsea maintain discipline & keep pressuring the opponents for full game, anything might happen.

To see Chelsea outplayed Valencia, Napoli & Benfica are very INSPIRING!

West London Blue in Europe!!

Taufiq Ali berkata...

Time macamni aku rindu kat bung wahab ..mana pergi bung wahab ? totally pengomen lagenda sokernet !!!

leo berkata...

Chelsea sesungguhnya kelab yg power. Player2 yg hebat...

Cuma pngurusan je yg slalu b'tukar tangan n dominasi pemain2 senior.

Harap pngurus baru yg mmbawa corak yg berlainan utk Chelsea n mmbuang player yg lama.(walaupon aku sukakn Drogba,Lampard)

Gandingan Kalou n Torres sgt mnjadi. Sturidgge kna fikir la utk lebih b'murah hati pass bola kt teamates utk lebih di hargai sbgai player professional.. bukan nya tamak seorang diri.

Lukaku,Romeu,Gael Kakuta,Ryan Bertrand & Josh Mcheran antara player muda yg ptut di ketengah kn.. begitu jgak player reserve dyeorg. Lucas Piazon & Islam Feruz.
Penganti Cech sedang menimba pengalaman dengan kelab Athletico Madrid dan beberapa player muda dyeorg di kelab Jerman.

Chelsea ade tapak yang kuat utk terus maju.Harap pengurusan kat sana x jadi macam FAM di Malaysia

Katok berkata...

Ni aku punya 1st eleven FM2012 Chelsea (mula main hari yang sama AVB kena pecat)

----------------Cech---------------
-Ivanovic---Luiz---Terry---Bertrand
-Ramires--McEachran--João Moutinho
-----------Mata----Afellay---------
---------------Torres--------------

Sub : Turnbull, Šime Vrsaljko, Oriol, Meireles, Ismail Seremba, Kalou (super sub), Lukaku

Keluar: Lampard, Drogba, Cole, Sturridge, Bosingwa (Bosingwa jual sebab beli Šime Vrsaljko. Yang lain jual sebab geng2 anti AVB)

Masuk : João Moutinho, Šime Vrsaljko, Afellay (loan)

Kedudukan sekarang ke-2 liga. City tengah leading.

UCL dah lepas group stage.

cantona79 berkata...

Ucapan tahniah kepada pasukan harapan terakhir bolasepak England di peringkat Eropah.

zu berkata...

jangan bongkak sangat.
ini benfica bukan kecil-kecil anak bilis punya kelab.
lebih besar dari arsenal ni.
sedangkan arsenal pun boleh berak kat stamford bridge sampai lima bijik, inikan pula kelab besar macam benfica ye tak.
tapi itu mungkin kalau AVB yang pegang chelsea la.
tapi kalau ini RDM yang pegang, aku rasa boleh sampai ke final ni.
cikai-cikai avram tu pun boleh ke final apa.

Mambang Tanah berkata...

@i am legend yg ko bela lucy ni mmg ko giler kenal lucy?sedang lucy sendiri ngaku dia mmg guna nama abdul sokernet utk kluarkan entry bodoh. tp peduli apala aku kan.aku respek lucy sblm ni,tp bila dia sndiri yg mengaku,respek aku hilang pd dia.pun juga dia dan korg2 sume,pedulik apa pun dgn respek aku?

apapun,ni blog korg,lantak korg ah

kakaroct akatsuke berkata...

Mu org baloh pn x gne, yg men bola pn bkn mu org....
Taon ni chelsea dpt 2piala....
Club2 len jgn sedih yer..hahaha....



Aku bdk man utd..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...