ANDA SEDANG MEMBACA

22

Komik Safee Sali

MDM FARAH FAIZURA Selasa, Mac 27, 2012



Mungkin inilah jawapan kita kepada Jepun yang ada Kickers dan Kapten Tsubasa ----Komik Super Safee. Best ke tak best, itu memang soal pertama. Namun terkadang dalam hidup, bagi mencapai soal pertama, kita perlu melangkah ke bawah dahulu bagi mencapai soal kedua, iaitu membeli komik dan menghadiri pelancarannya. Tapi saya yakin komik ini sangat best.

Sebelum bercerita lebih lanjut berkenaan komik Super Safee, saya mahu bercerita sedikit tentang Safee Sali, dan paling tidak mudah kita lupa adalah kisah semasa dia berangkat ke Cardiff City. Semua memandang lekeh kerana banyak sebab. Faktor umur, faktor rangking Malaysia, faktor rindu masakan emak, faktor inci tidak cukup, dsb.

Apabila ditanya berkenaan itu Safee Sali sebenar sangat sedar, dan sudah tahu yang peluangnya bagi terpilih mewakili Cardiff City sangat tipis. Apabila ditanya mengapa pergi juga?

Katanya, “Bukan setiap perkara dilakukan untuk diri kita sendiri. Kita perlu memikir jauh kepada anak cucu kita. Sekiranya saya pergi setidak-tidaknya saya menunjukkan kepada kelab2 di sana, orang Malaysia adalah orang yang sanggup berusaha, dan ini membina keyakinan dalam fikiran mereka, pemain2 Malaysia boleh diharap. Setidak-tidaknya, biarlah kita berstatus boleh diharap dahulu, dan terpulang kepada anak cucu saya bagi menaikkan status itu kepada 'boleh dibeli', 'sangat hebat' dsb."

"Saya juga pergi bukan sahaja kerana mahu membina persepsi kelab Inggeris itu, tetapi juga mahu membina harapan kepada pemain2 Malaysia. Saya tahu, usaha saya ini umpama melempar lumpur pada tembok yang kukuh. Tidak mungkin tembok itu akan runtuh. Tetapi setidak-tidaknya, apabila generasi selepas saya melihat lumpur pada tembok itu dan berkata, 'Saya boleh lebih baik daripada sekadar melempar lumpur. Saya boleh melempar bom!'. Itulah tujuan bola sepak, bukan sekdar untuk diri kita tetapi untuk tanah tumpah darahku.”

(Ayatnya tidak lah dramatik sebegini, ini aku karang, tetapi isi pentingnya sama. Kah kah kah)

Baiklah, inilah tentatif Majlis Pelanjaran Komik Super Safee. Komik bola sepak berdasarkan karekter Safee Sali.


Tarikh:
1hb April 2012, Ahad

Masa:
jam 4.00 petang

Tempat:
Padang Bola Sepak Taman Permata ( Khaff Football Academy )
Jalan Permata 4, Taman Permata,
53300 Hulu Kelang,
Selangor Darul Ehsan

Aturcara program

4.00 Petang Ketibaan Tetamu

4.10 Petang Ucapan Alu-Aluan Presiden Akademi Bola Sepak Khaff

Ucapan Pengerusi PTS Media Group

Ucapan Pengurus Safee Sali

Ucapan Safee Sali

Ucapan Datuk Ghani Minhat

4.40 Petang Pelancaran Komik Super Safee oleh Datuk Ghani Minhat

Pelancaran Kelab Peminat Safee oleh Safee Sali

Pelancaran Kempen Anti Rasuah Oleh Safee Sali

4.50 Petang Penyampaian Cenderahati

5.00 Petang Lawatan Safee ke Akademi Khaff

5.20 Petang Sidang Akhbar

5.50 Petang Jamuan

6.30 Petang Bersurai

22 Ulasan:

mdazlnshkni berkata...

support!

Mista Maman berkata...

Just nak betulkan alamat;
#Hulu Kelang bukan Daerah.

Jalan Permata 4
Taman Permata
Hulu kelang (berhampiran Gombak)
53300 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan

Semua Poskod 50000 - 60000 KL punye sudah.
Semua Poskod 40000 - 48300 + 63000 - 64000 + 68000 & 68100 Selangor punye.

Hee..` Jgn mare..! :>

farwalis berkata...

yes!

Mista Maman berkata...

Tapi sokong Safee Sali! Yeah!~

r i J a L berkata...

tanah tumpahnya darah ku..

terbaik karangan kali ini dari dingin..

Salleh berkata...

owh...dkt dgn Giant ni...takpe..ada masa saya pi....dkt je dgn zoo kan?

asrap virtuoso berkata...

1 April? Ni jangan April Fool sudah...

Tapi ayat ko best la Dingin, ko patut jadi PR Manager/Agent untuk Safee Sali :)

kobetz berkata...

safee power sbb dia sokong mancister united...
keh3..
pas komik nie trus je la buat tugu.. da layak da mamat nie

Tanpa Nama berkata...

sesiapa yang samakan komik ni dengan lumpur, memang nak kena rembat kat tengkuk sampai menggelupur!

Jorji berkata...

siapa penulis komik ni tuan?

MDM FARAH FAIZURA berkata...

Dilukis oleh pemenang anugerah komik terbaik 'Pekomik' 2011. Frogypapa. http://froggypapa.blogspot.com/

Hafizzuddin Rubaee berkata...

SYM~Safee Yang Menunggang!!! haha

unknown berkata...

salute to safee. nice tulisan btw!

Jojoe Ali berkata...

Ok. Seram sejuk bila bayangkan plot komik ni, dari kecik (maybe) sampai ke AFF, dan nak bertolak ke Cardiff.

Manly tears.

Joe Damon berkata...

Sokong juga. :)

safichan berkata...

mcm komik anak-anak sidek dulu gak ker? all the best...

i'msosupernotcool berkata...

Aku harap tak ade padang bola dan tiang gol yang boleh bercakap dalam komik ini.

Btw, come on you Safee!!

RABUN berkata...

cantik artwork cayo lah teruskan bekarya!

Raiden berkata...

Legend! Lepas nie boleh buat anime pulak.

ayobkelubi berkata...

semoga komik super safee ini akan memberi inspirasi kepada semua anak-anak yg gila bola.

tapi

selagi FAM takuk yg sama.selagi tu lah..hmphhhh...buat movie safee sali pun, FAM tetap buat tak reti bahasa.

Azlan Zed berkata...

siapa ada baca metro hari nie?

ok bye !

Tanpa Nama berkata...

ciss...gua dah terbeli dah ayat2 dasat Safee tu td!!! cis! cis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...