ANDA SEDANG MEMBACA

10

EPL Masters 2012. - Lagenda bolasepak sebenar.

Jorji Khamis, April 19, 2012 ,

Lagenda EPL datang lagi!

EPL Masters 2012 akan berlangsung ahad ini, 22hb April 2012 di Stadium Malawati Shah Alam bermula jam 5.30 petang. SokernetMedia sekali lagi diberi penghormatan untuk bersama-sama di dalam edisi ke 4 ini bersama FootballFocus Asia selaku penganjur utama.

Lagenda dari pasukan Manchester United, Liverpool, EPL All Stars dan Malaysia akan berentap untuk merebut kejuaraan kali ini. Untuk rekod, edisi 2011 dimenangi oleh EPL All Stars. Memang mengujakan edisi tahun lepas, sila baca post Sokernet tahun 2011 EPL Masters untuk mengetahui kehebatan kejohanan ini. (google la)

Seperti edisi lepas, Sokernet sekali lagi membuka peluang kepada 3 pembaca untuk memenangi 2 tiket setiap seorang ke EPL Masters ini. Syarat-syaratnya mudah iaitu;

1.Lengkapkan cogankata berikut; "Saya sayangkan Liverpool kerana ........... (tidak lebih 20 patah perkataan)

2. Warganegara Malaysia yang menjunjung tinggi Perlembagaan.

3. Keutamaan diberi kepada penyokong Liverpool yang kenal dengan lagenda mereka. Kalau sebut John Barnes tak rasa apa-apa, maknanya peraduan ini bukan untuk kamu bindippers!

4. Pembaca Sokernet blogspot sahaja. Kalau anda pembaca blog bola lain, pergi masuk peraduan sana. Blog lain peraduan hado??

5. Menjelaskan hutang PTPTN. (kami ada rekod)

6. Sila nyatakan nama, no. telefon dan cara tiket ini anda mahu terima.

7. Cogankata paling berilmiah dikira pemenang. Keputusan Sokernet...kau faham-faham aje la.

Penyertaan hendaklah di email ke sokernet.media@gmail.com
Peraduan ditutup hari Jumaat jam 12.00 pm. Pemenang akan dihubungi melalui telefon/sms.

Siapa pemain lagenda yang akan datang?

List pemain ini hanya sah diwaktu siaran sahaja. Kemungkinan ada perubahan kecil belum dipastikan. John Barnes sewaktu sidang akhbar mengatakan Jay Jay Okocha mungkin akan turut beraksi. Beliau juga mengatakan, "diatas kertas Liverpool memang hebat dan bakal juara, kalaulah semua perlawanan dilangsungkan diatas kertas!" Lucu juga John Barnes ni.

Tu diaa orang kuat Stanchart bergambar bersama John Barnes, Zainal Abidin Hassan dan Paul Parker. Inilah piala EPL Masters yang menjadi harapan terakhir umat Liverpool.

Ini gambar edisi 2011. Nampak merah saga lautan The Kops tu? Mereka part menyokong dan menyanyi memang wajar dipuji. Boleh meremang bulu tengkuk mendengarnya. Tapi sayang pasukan mereka selalu mengecewakan. Eh? Macam ultras dan Harimau Malaya la...sama!

Semua peminat bolasepak sebenar dijemput hadir menyaksikan lagenda ini bermain. Tiket masih boleh didapati di;

RedTix Outlets (Ticketing Hotline: 603 – 8775 4666) at: Victoria Music Centre (Sg Wang: 603-2148 7208, Amcorp Mall: 603 7956 0592, Tropicana City Mall: 603 7722 2955, Bangsar Shopping Centre: 603-209 31093).

Rock Corner (1 Utama: 603-7725 5667, Subang Parade: 603-5636 9520, MidValleyMegamall: 603-2284 1423, Ampang Point: 603-4251 0116, KLCC: 603-2161 9417)

Aku dengar pemain kebangsaan kita sedang giat berlatih sekarang ni. Mereka selalu berkumpul di Lagenda17, kedai makan Abg Zainal kita di ss13 Shah Alam. Susun strategi la tu. Minta Abg Zainal Abidin Hassan perhatikan mereka, jangan ada yang terlepas ke tangan bookie. Ala gurau je! :p

Sokonglah pasukan kebangsaan kita kerana bolasepak kita,wajah kito!

p/s : Peminat Manchester City, Arsenal dan Chelsea korunk datang la juga. Pasukan korunk belum ada pemain lagenda lagi, camno nak panggil?

Jumpa disana!

10 Ulasan:

Pert Doherty berkata...

peh dia buka lagi la wei.. kali ni gua datang la.. lain kali telefon awal..

BanDeLa berkata...

korunk korunk dan korunk hado?

kobetz berkata...

aku xrase john barnes cuba buat lucu..
keh3...

Jimmy Stracqualursi berkata...

sapa pakai baju ss lazio tu? cilaka familiar sungguh

talkIZcheap! berkata...

20 patah perkataan tu termasuk dengan 4 patah yang pertama tu ke??

hantuLongkang berkata...

Saya sayangkan Liverpool kerana Abdul juga sayangkan Liverpool..awww...

aku tau aku menang...sila derma ke rumah anak2 yatim sekitar ibupejabat wisma sokernet :D

keli berkata...

Saya sayangkan Liverpool kerana semua tak boleh lawan Liverpool. Liverpool hebat dan power gilerrr siuuuut. kahkahkah

Aku tau slogan aku lagi best dari hantuLongkang.

Hadiahnye aku nak keluar dengan Cikgu Jannah tengok EPL masters kali ni. Wakakaka :D

Zinedine Zaiddin berkata...

Zainal Abidin Hassan....long lost brader dengan Patrick Vieira kah?

kobetz berkata...

saya sayangkan liverpool kerana hanya Liverpool mampu menumpaskan mana-mana pasukan terhebat di dunia dan statement ini adalah bohong semata-mata dan direka sama sekali!!

adam berkata...

Saya sayangkan liverpool kerana mereka suka kamon,cube lagi,try harder.

Harap saya terpilih sebagai pemenang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...