Chelsea lawan Barcelona. Ini adalah epik. Jenis epik yang tak terjangkau dek akal fikiran manusia. Kerana dalam seluruh England tidak ada pasukan bola lain yang dikhabarkan mampu melawan Barcelona melainkan Chelsea. Dan ini bukan cakap kosong atau ikut sedap mulut. Bijak pandai bola sepak semuanya mengakui di England hanya Chelsea saja yang boleh melawan Barcelona. Kerana apa?
Kerana Chelsea ialah Harapan Terakhir Umat England. Harapan yang lain-lain lama dah bungkus.
Bersempena perlawanan epik yang bakal berlangsung malam ini, kita merenung kembali semua perlawanan-perlawanan epik antara dua pasukan bola teragung di dunia ini dalam pentas Champions League.
Champions League 1999/00
Chelsea 3 - 1 Barcelona
Pentas suku akhir Champions League. Chelsea pada masa ini melayakkan diri ke Champions League buat kali pertama di puncak kebangkitan The Italian Renaissance pimpinan Gianluca Vialli selaku 'player-manager'. Membarisi kesebelasan Chelsea ketika ini antaranya trio Perancis seperti Frank Lebouef, Marcell Desailly dan Didier Deschamps, duo Itali yakni Gianfranco Zola dan Roberto Di Matteo serta kiper Belanda, Ed de Goey.
Manakala Barcelona pula berada di penghujung era presidensi Josep Lluis Nunez, antara era presidensi terpanjang dalam sejarah Barcelona (1978 hingga 2000) dan sehingga kini paling berjaya (27 trofi semuanya). Pemain mereka antara dewa bola sepak zaman itu, seperti Josep Guardiola, Luis Figo, Luis Enrique, Michael Reiziger, Rivaldo, Frank de Boer, Phillip Cocu, Patrick Kluivert dan tidak lupa anak muda zaman itu seperti Xavi Hernandez dan Carles Puyol. Phew!
Diundi bertemu dalam suku akhir, pusingan pertama di Stamford Bridge menyaksikan The Blues mudah menundukkan anak buah Louis van Gaal 3-1. Tiga gol dijaringkan dalam tempoh 8 minit pada separuh masa pertama, mulanya oleh Gianfranco Zola dan dua lagi oleh 'super-sub' dari Norway, Tore Andre Flo. Barcelona hanya berpuas hati dengan gol tunggal dari Luis Figo pada minit ke-64, Figo ketika ini bermain untuk musim terakhir beliau bersama Barcelona sebelum murtad ke Real Madrid.
'Sexy football' milik Chelsea tidak berdepan masalah menundukkan Barcelona yang pada zaman itu belum terkenal lagi dengan permainan 'art' mereka.
Barcelona 5 - 1 Chelsea
Rivaldo meraikan jaringan sepakan penalti, satu perkara biasa yang dihadiahkan oleh pengadil kepada Barcelona |
Tetapi satu masalah tentang 'sexy football' Chelsea ialah, ianya tidak konsisten. Dan dalam lawatan sambil belajar ke Camp Nou, The Blues diratah sejumlah 5 gol oleh Barcelona yang tidak berhati perut.
Di hadapan 80,000 semangat nasionalisme Catalan, anak buah Gianluca Vialli pula ditundukkan kali ini. Rivaldo menjaringkan gol pertama Barcelona pada minit ke-24 diikuti pula oleh Luis Figo pada minit ke-45. Tamat separuh masa pertama, kedudukan agregat telah terikat 3-3 dengan Barcelona beroleh kelebihan gol tempat lawan.
Separuh masa kedua bermula dan sekali lagi 'super-sub' Tore Andre Flo memainkan peranan untuk menjaringkan gol pertama dalam sejarah Chelsea di Camp Nou. Chelsea di depan kembali, tapi Daniel Garcia kembali mengikat kedudukan agregat kepada 4-4 pada minit ke-83. Hingga tamat masa permainan, kedua-dua seteru masih terikat dan perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.
Tetapi di masa tambahan, Chelsea tidak berdaya untuk berbuat apa-apa. Jaringan penalti oleh Rivaldo dan kemudian diikuti pula gol oleh Patrick Kluivert menghancurkan harapan The Blues dengan Barcelona mara ke separuh akhir melalui agregat 6-4. Barcelona mara ke separuh akhir tetapi kecundang di tangan Valencia.
Champions League 2004/05
Barcelona 2 - 1 Chelsea
Lima tahun berselang sejak pertembungan pertama antara dua pasukan bola teragung ini, Chelsea dan Barcelona kembali dijodohkan dalam 'Round of 16' Champions League 2004/05.
Chelsea pada ketika ini telah pun melalui proses revolusi yang menyaksikan bermulanya era Roman pada 2003 dan turunnya The Special One dari kayangan pada 2004. Dengan Jose Mourinho mengemudi The Blues, tidak dapat dinafikan lagi kebesaran Chelsea apatah lagi dibarisi pula pemain seperti Petr Cech, Claude Makelele yang memulakan istilah 'Makelele Role', Ricardo Carvalho dan tidak lupa Eidur 'The Iceman' Gudjohnsen.
Barcelona pula selepas tamatnya era Nunez kini telah memasuki era presidensi Joan Laporta. Masih muda, Laporta turut membawa masuk Frank Rijkaard untuk kembali membina Barcelona yang pada masa itu dibayangi oleh kehebatan The Galacticos oleh Real Madrid. Di bawah Rijkaard, Barcelona memulakan proses membina kembali kemegahan Catalan ini dengan membawa masuk pemain seperti Ronaldinho, Samuel Eto'o dan Giovanni van Bronckhorst. Manakala pemain muda lima tahun dulu seperti Carles Puyol dan Xavi Hernadez telah pun membesar matang dalam ilmu bola sepak.
Di Camp Nou, Chelsea tunduk lagi kepada Barcelona. Walaupun Juliano Belletti menyumbatkan gol sendiri untuk Chelsea (selepas itu pada tahun 2007 dia berpindah dari Barcelona ke Chelsea) di separuh masa pertama, tetapi separuh masa kedua menyaksikan Maxi Lopez dan Samuel Eto'o meledak 2 gol untuk Barcelona menang selesa 2-1. Didier Drogba dibuang padang 11 minit permainan separuh masa kedua, Jose Mourinho membuat tuduhan tentang Frank Rijkaard mempengaruhi pengadil Sweden, Anders Frisk ketika waktu rehat, dan Anders Frisk meletak jawatan selepas perlawanan ini akibat ugutan bunuh dari penyokong Chelsea.
Chelsea 4 - 2 Barcelona
Champions League 2004/05
Barcelona 2 - 1 Chelsea
Ander Frisk melayangkan kad merah selepas diberi 'nasihat' oleh Frank Rijkaard kepada Didier Drogba yang tercedera |

Kehadiran Pierluigi Collina dalam perlawanan timbal balik memastikan perlawanan yang saksama dari segi pengadilan, sekaligus mengakibatkan Barcelona bungkus |
Selepas kecundang lagi di Camp Nou, niat Chelsea tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan Barcelona tidak akan menang di Stamford Bridge, sekaligus memadamkan defisit 1 gol dalam perlawanan sebelumnya. Tugas mencatur strategi pastinya terletak pada The Special One, yang sejak memegang Chelsea telah mengubah corak permainan dari 'sexy football' kepada permainan yang lebih pragmatik dan praktikal.
Barcelona di bawah Frank Rijkaard pula sedang beralih ke corak permainan yang lebih 'art' dari zaman-zaman sebelumnya. Tugas Rijkaard seperti yang diamanahkan oleh Joan Laporta ialah untuk memastikan trofi Champions League kembali ke Camp Nou selepas kali terakhir ia dilakukan pada 1992.
Namun begitu di Stamford Bridge, dendam Chelsea terbalas juga. Seawal minit ke-8 Eidur 'The Iceman' Gudjohnsen mengikat agregat, hanya untuk disusuli oleh gol Frank Lampard pada minit ke-17 dan Damien Duff berselang 2 minit kemudian. Ronaldinho merapatkan jurang melalui sepakan penalti pada minit ke-27 dan satu lagi gol sebelum tamat separuh masa pertama bagi mengikat kembali kedudukan agregat 4-4, kelebihan pada Barcelona atas faktor gol tempat lawan.
Tetapi, di separuh masa kedua Captain Marvel John Terry melakukan tugas beliau untuk menghasilkan gol ketika perlu. Dari tendangan sudut Damien Duff, Captain Marvel tidak bermasalah untuk menanduk bola masuk melepasi Victor Valdes. Dendam lima tahun sudah akhirnya ditebus oleh Jose Mourinho dan barisan baru pemain Chelsea hasil kemenangan agregat 5-4.
Barcelona bungkus, manakala Chelsea mara ke suku akhir untuk menundukkan Bayern Munich dengan agregat 6-5. Perjalanan Chelsea bagaimana pun berakhir di separuh akhir apabila disekat oleh kelab bersejarah, Liverpool.
Champions League 2005/06
Chelsea 1 - 2 Barcelona
Mungkin sudah jodoh agaknya, Champions League 2005/06 sekali lagi menemukan dua pasukan teragung di peringkat Round of 16. Rekod Champions League antara keduanya ketika ini kekal dengan masing-masing beroleh 2 kemenangan, Barcelona menyingkir Chelsea pada suku akhir Champions League 1999/00 manakal Chelsea pula membungkus Barcelona pada 'Round of 16' Champions League 2004/05.
Tidak ada banyak perubahan antara kedua pasukan. Jose Mourinho masih lagi mengemudi Chelsea dan begitu juga Frank Rijkaard di Barcelona. Kedua-dua pasukan menjuarai EPL dan La Liga masing-masing musim sebelumnya. Dan pertemuan kali ini ibarat penentu siapa lebih hebat antara Chelsea dan Barcelona.
Perlawanan pertama di Stamford Bridge menyaksikan Chelsea sekali lagi bakal berjaya mempertahankan rekod kemenangan di gelanggang sendiri ke atas Barcelona. Thiago Motta menyumbatkan gol sendiri pada minit ke-59. Tetapi berselang 12 minit kemudian John Terry yang muncul wira musim lepas melakukan kesilapan besar untuk menyumbat gol sendiri pula. Barcelona kemudian beroleh gol kemenangan apabila Samuel Eto'o merobek gawang Chelsea pada minit ke-80.
Ianya adalah kemenangan pertama Barcelona di Stamford Bridge dan sekaligus memberikan Chelsea tugas berat untuk mencapai kemenangan dalam perlawanan timbal balik di Camp Nou.
Barcelona 1 - 1 Chelsea
Apabila perlawanan timbal balik berlangsung di Camp Nou, Frank Rijkaard memilih untuk bermain secara bertahan di sebalik jolokan Barcelona sebagai antara pasukan terbaik dunia. Di depan 98,450 penonton, perlawanan tanpa gol disajikan sepanjang 78 minit hinggalah Ronaldinho memecah kesunyian untuk gol pertama perlawanan.
Harapan Chelsea jelas hampir terkubur, walaupun dengan gol penalti saguhati diberikan pada minit ke-90 yang disempurnakan oleh Frank Lampard. Dengan waktu berbaki masa kecederaan, pengadil dari Jerman meniup wisel untuk mengesahkan Barcelona kembali pula membalas dendam ke atas Chelsea selepas dibungkus awal musim lepas.
Barcelona terus mara ke perlawanan akhir dan mudah menewaskan Arsenal 2-1 untuk menjuarai Champions League. Langsung tidak dilaporkan oleh wartawan seluruh dunia ialah kenyataan Frank Rijkaard selepas perlawanan yang menjelaskan bahawa lawan Chelsea 10 kali lagi susah dari lawan budak-budak macam Arsenal.
(bersambung)

Chelsea meraikan gol sendiri oleh Thiago Motta |

Kedua penjaring gol dalam perlawanan timbal balik di Camp Nou |
Apabila perlawanan timbal balik berlangsung di Camp Nou, Frank Rijkaard memilih untuk bermain secara bertahan di sebalik jolokan Barcelona sebagai antara pasukan terbaik dunia. Di depan 98,450 penonton, perlawanan tanpa gol disajikan sepanjang 78 minit hinggalah Ronaldinho memecah kesunyian untuk gol pertama perlawanan.
Harapan Chelsea jelas hampir terkubur, walaupun dengan gol penalti saguhati diberikan pada minit ke-90 yang disempurnakan oleh Frank Lampard. Dengan waktu berbaki masa kecederaan, pengadil dari Jerman meniup wisel untuk mengesahkan Barcelona kembali pula membalas dendam ke atas Chelsea selepas dibungkus awal musim lepas.
Barcelona terus mara ke perlawanan akhir dan mudah menewaskan Arsenal 2-1 untuk menjuarai Champions League. Langsung tidak dilaporkan oleh wartawan seluruh dunia ialah kenyataan Frank Rijkaard selepas perlawanan yang menjelaskan bahawa lawan Chelsea 10 kali lagi susah dari lawan budak-budak macam Arsenal.
(bersambung)
23 Ulasan:
Barcelona 1-2 Liverpool (CL 06/07)
Barcelona: Valdes, Belletti, Marquez, Puyol, Zambrotta, Xavi (Giuly 65), Motta (Iniesta 54), Deco, Messi, Saviola (Gudjohnsen 82), Ronaldinho.
Subs Not Used: Jorquera, Van Bronckhorst, Thuram, Oleguer.
Booked: Belletti, Zambrotta.
Goals: Deco 14.
Liverpool: Reina, Arbeloa, Carragher, Agger, Riise, Finnan, Sissoko (Zenden 84), Alonso, Gerrard, Bellamy (Pennant 80),Kuyt (Crouch 90).
Subs Not Used: Dudek, Hyypia, Gonzalez, Mascherano.
Booked: Agger, Kuyt, Sissoko, Bellamy.
Goals: Bellamy 43, Riise 74.
Att: 88,000
Ref: Kyros Vassaras (Greece).
Liverpool 1-3 Chelsea (2008/09)
Torres (6)
Ivanovic (39 & 62)
Dorgba (67)
Anfield, Liverpool
Attendance: 42,543
Referee: Claus Bo Larsen (Denmark)
The stupidity of bindippers, komen tak bertempat
FreeMen if u dont have a point then just keep the shits in ur brain
saya menjangkakan seri 1-1 dua2 perlawanan, Chelsea mara dgn penetuan sepak penalti
barcelona 13 - 11 chelsea
wah ramainya manwhore kena period hari ni. kakakaka.
"oh come on, try harder. cuba lagi."
ya betul. Hanya Chelsea yang boleh kalahkan Barcelona.
nak harapkan Man U? kena buli teruklah macam last year.
tak boleh terima lansung otak aku final tahun lepas. macam budak-budak Man U kena second half.
Barca.. Welcome to the Mighty Stamford Bridge. Feel it & love it, bebeh!
Game kali ni lebih kepada perjumpaan semula seteru lama iaitu PG dan RDM. Mari kita tgk siapa antara 2 orang ni yg lebih hebat dalam urusan menjual-beli perlawanan dan mengajar pemain utk diving.
Kemon Lucy Let be Realistic Here..kalau Chelsea Xkna 4 Pon da ckup baik kih3..english Team yg mampu kalahkan barcelona at camp nou to date hanyalah Liverpool #Eh
bukan Chelsea, tetapi hanya Mourinho yang boleh kalahkan Barcelona..
harap harap la.. harapan terakhir umat england menang UCL tahun ni, sebab sebelum2 ni memang nyata TAK BOLEH HARAP LANGSONG!
kenapa ada komen psl liverpool nie?
men UCL pon x..
hrpn cume nk tgk kaki messi patah n injured 3-4 bln.. tlg tackle budak tu btol2..
klo messi xde, semua time bru equal..keh3..
hrpn palsu umat eropah.
asal ade anjing liverpool menyalak jgak eh?nk counter blk la tu hari2 team sendiri kena kutuk...kah3...looserfool2
forza gianfranco!
Chelsea vs Barcelona.
Rekod Barcelona dalam saingan UCL lebih meyakinkan.
Tapi dalam masa sama gua nak tengok Chelsea masuk final UCL kali ini.
Kalau tak kita semua terpaksa layan El Clasico pulak final UCL.
Walaupun gua sedey jugak Liverpool tak masuk UCL lagi season depan tapi kali ini terpaksa sokong Chelsea. KTBFFH! Wakakaka
ciss..korang layan la UCL yang takde masa depan ni...tapi kalu korang ada wawasan, automatik korang layan FA cup je tahun ni..reti? :D
nasib baik aku lagi berwawasan daripada hantuLongkang, so aku layan EPL jer tahun ni...
ok, nak pergi kolam renang jap, nak training dive untuk Olimpik London...
Seperti yang telah saya katakan sebulan lepas bahawasanya team qatari ini adalah ayam kepada chavski. Kalau taktik yang betul digunakan tiada masalah utk chavski menang. 1-0 sudah cukup utk ke final kerana seri di Camp Nou tidak mustahil. Chavski memang harapan terakhir umat British Malaya.
Si Fibergelas yang bermulut besor tu akhirnya terpaksa makan taik je. Lain kali kalau sudah tau kau tu dapat pendidikan di tadika kemas emirats tak perlu la nak cakap besor. lain la ko graduate tadika la mesia.
Azwraith Tinto berkata...
bukan Chelsea, tetapi hanya Mourinho yang boleh kalahkan Barcelona..
18 April 2012 6:42 PTG
kah kah kah..
Kah! kah! Kah! korg mmg epik gak la...
Catat Ulasan