Sebuah produk Jerman sentiasa menekankan aspek seperti ketepatan, kejituan dan kesempurnaan. Baik dari segi penghasilan motokar. motorbot, motorsikal, basikal, seterika dan sebagainya. Ini adalah tradisi sejati Jerman yang dipupuk sejak terasasnya Magna Germania, tradisi yang kekal membezakan antara sebuah produk Jerman dan produk negara lain, seperti kereta Malaysia contohnya yang selalu kerosakan power window.
Dan bagaimana terencatnya power window Proton itu dapat dilihat berjangkit ke dalam bola sepak Malaysia yang juga terencat, sempurnanya power window Audi, BMW, Mercedes atau VW itu dapat dilihat juga dalam sempurnanya bola sepak Jerman. Melihat bola sepak Jerman adalah melihat seperti kesempurnaan itu disempurnakan, menyokongnya pula menjadikan kita manusia yang hampir sempurna.
Dengan Euro 2012 sudah mula mengetuk dekoder Astro masing-masing atau milik mamak, saya seperti biasa membuka kem Jerman untuk semua yang menghargai kesempurnaan dalam bola sepak. Bak kata pepatah, jentera Jerman di kilang kita minyakkan, Harimau Malaya di belakang rumah kita biar mati meninggalkan belang.
Ayuh menyokong bola sepak Jerman kerana Malaysia memang tidak akan ke Euro sampai kiamat pun!
12 Ulasan:
yeah! GERMANY!
Czech Republic selamanya!
england eternally!
Deutschland ueber alles.
Bak kata pepatah, jentera Jerman di kilang kita minyakkan, Harimau Malaya di belakang rumah kita biar mati meninggalkan belang.
Wakakakaka
Mohon Lucy buat buku 'Cerita Piala Eropah' pulak.
hahaha, Germany will win this time...and suck to rasism team SPAIN..go home...das Auto...hahahaha
Vorsprung Durch Technik, Lucy.
kahkahkah!
Forza Azzuri!
Germany mmg best...
menyokongnya pula menjadikan kita manusia yang hampir sempurna...
kahkahkahkah..boleh ek camtu.:P
Deutschland sieg!
Catat Ulasan