Memaparkan catatan dengan label euro 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label euro 2012. Papar semua catatan
15

Jerman 2-1 Denmark

LuciusMaximus Isnin, Jun 18, 2012 , ,


"Perkara paling penting adalah untuk hidup menepati masa. Menguruskan masa dengan betul adalah cara hidup Jerman, bukan Malaysia."


Pernah makan Danish Butter Cookies? Pernah?
Aku pun pernah. Sedapnya memang tak ingat. Lemak, berkrim dan rangup. Tapi harga pun boleh tahan mahal. Zaman budak dulu Danish Butter Cookies ni Emak aku akan bagi makan lepas siap kerja sekolah, sebelum nak masuk tidur. Danish Butter Cookies sepiring dengan segelas susu. Lepas makan dan minum, kita tidur malam tu dia punya pergi... Pergh!

Tapi sejak zaman dah bekerja ni aku boleh suka-suka beli Danish Butter Cookies dan suka-suka makan bila aku mahu. Kalau zaman dulu Danish Butter Cookies ni datang dalam satu cap sahaja iaitu cap Kjeldsen's. Tapi sekarang aku tengok dah makin banyak cap-cap lain di pasaran.

Apa pun suka aku ingatkan di sini Danish Butter Cookies yang paling lemak, berkrim dan rangup tetaplah cap Kjeldsen's sahaja. Cap-cap lain tu kita jangan percaya sangat, harapkan harga murah tapi rasa macam pasir.

Sekian laporan Euro 2012 saya.

Heil Deutschland!
13

Jerman 2-1 Belanda

LuciusMaximus Khamis, Jun 14, 2012 , ,



 "Untuk berjaya, anda perlu memberikan segala-galanya"
 (dan ada awek berdiri di belakang anda memberi semangat)

Walaupun Mario Gomez bertanggungjawab menghasilkan 2 gol buat Jerman, tetapi tabik hormat aku berikan kepada Bastian Schweinsteiger (aka Schweini, aka Basti, aka The Beast). Dua assist paling efisien menunjukkan kemantapan kerjasama Jerman bila mereka bermain bola sepak. 

Ya yang paling penting bila bermain bola sepak ialah kerjasama. Jangan jadi macam Belanda dan Robin van Persie. Apa guna Anugerah Kasut Emas kalau main macam Arsenal tanpa memikirkan rakan sepasukan? Kerjasama harus diutamakan. Kalau kita abaikan kerjasama jadilah macam Belanda yang kalah dengan Denmark itu hari.

Apa yang penting? Kerjaaaaaaaasama.
Rafael van der Vaart ada menyebut sebelum perlawanan bahawa Die Nationalmannschaft hanya mempunyai 3 pemain berkualiti dalam skuad berbanding Belanda yang katanya semua berkualiti belaka. Beliau lupa kualiti semata-mata hanya menjadikan sebuah pasukan itu sekuat Tottenham Hotspur. Jerman mungkin kurang pemain berkualiti, tetapi mereka memberikan segala-galanya. Sama seperti bila tentera Wehrmacht mempertahankan bumi Deustchland dalam Perang Dunia Kedua, atau seperti bila Jerome Boateng sanggup patah tulang rusuk kiri menahan rembatan padu Wesley Sneijder.

Dengan 2 kemenangan dari 2 perlawanan, Jerman seperti biasa berada dalam kedudukan selesa untuk mara ke suku akhir. Bak kata Schweini, "untuk berjaya, anda perlu memberikan segala-galanya". Pasti ianya lebih membantu bila anda ada awek berdiri di belakang memberi semangat.

Awek Schweini macam Sarah.


Okay, gambar lama Euro 2008
Nota kaki:

Tabik hormat juga kepada Matt Hummels, yang juga memberikan segala-galanya dan ada awek berdiri di depan (bukan belakang) untuk cemolot setiap musim di atas padang Westfalenstadion, Borussia Dortmund.



Hmm, mantap. Maksud aku permainan Mats Hummels semalam. Pertahanan yang epik serta terjahan yang klasik hingga ada budak Arsenal cakap Arsene Wenger wajib beli Mats Hummels. Aku rasa elok jangan, nanti jadi macam Lukas Podolski pula.
31

Kalau Dah Namanya Pemain Liverpool

Tanpa Nama Rabu, Jun 13, 2012 ,


Adat bermain bola sepak antarabangsa, setiap kali sebelum perlawanan para pemain akan berbaris untuk sesi fotografi sebagai tanda kenang-kenangan. Inilah yang kerap diamalkan dan sudah menjadi kebiasaan buat pemain dari kelab-kelab power seperti Arsenal, Chelsea, Manchester-Manchester dan juga Kelantan.

Tetapi dalam perlawanan menentang Perancis di Euro 2012, pasukan England menjalankan sesi fotografi mereka dengan hanya dibarisi 10 pemain.


Pemain yang dilaporkan hilang dari foto kenang-kenangan ini ialah Glen Johnson, seorang pemain Liverpool.

Di manakah Glen Johnson sebenarnya? Kenapa dia tak bergambar sama? Adakah dia halimunan?

Rakaman Satelit Orbit Tinggi Bumi milik Sokernet bagaimanapun berjaya merungkai persoalan ini.


Glen Johnson rupanya sudah berlari ke tengah padang untuk memulakan permainan. Jenis tak biasa main perlawanan antarabangsa, tak reti adat istiadat langsung.

Tapi bila difikirkan dia ini pemain Liverpool, maka tidaklah menghairankan kalau bangangnya tidak bertempat.
10

Jerman 1-0 Portugal

LuciusMaximus Isnin, Jun 11, 2012 , ,


"Penyelenggaraan yang baik memelihara pulih enjin kereta Jerman anda"

 Kau orang pernah pakai kereta Portugal?

Tak?

Aku pun tak pernah.
6

Lu Ingat Lu Power?

LuciusMaximus Rabu, Jun 06, 2012 ,


Sokernet Euro Classic League


Code to join this league: 312008-69135


Ditutup bila aku rasa dah semak sangat persertanya
12

Die Nationalmannschaft - Kem Jerman Kini Dibuka

LuciusMaximus Jumaat, Jun 01, 2012 , ,




Sebuah produk Jerman sentiasa menekankan aspek seperti ketepatan, kejituan dan kesempurnaan. Baik dari segi penghasilan motokar. motorbot, motorsikal, basikal, seterika dan sebagainya. Ini adalah tradisi sejati Jerman yang dipupuk sejak terasasnya Magna Germania, tradisi yang kekal membezakan antara sebuah produk Jerman dan produk negara lain, seperti kereta Malaysia contohnya yang selalu kerosakan power window.

Dan bagaimana terencatnya power window Proton itu dapat dilihat berjangkit ke dalam bola sepak Malaysia yang juga terencat, sempurnanya power window Audi, BMW, Mercedes atau VW itu dapat dilihat juga dalam sempurnanya bola sepak Jerman. Melihat bola sepak Jerman adalah melihat seperti kesempurnaan itu disempurnakan, menyokongnya pula menjadikan kita manusia yang hampir sempurna.

Dengan Euro 2012 sudah mula mengetuk dekoder Astro masing-masing atau milik mamak, saya seperti biasa membuka kem Jerman untuk semua yang menghargai kesempurnaan dalam bola sepak. Bak kata pepatah, jentera Jerman di kilang kita minyakkan, Harimau Malaya di belakang rumah kita biar mati meninggalkan belang.

Ayuh menyokong bola sepak Jerman kerana Malaysia memang tidak akan ke Euro sampai kiamat pun!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...