"Untuk berjaya, anda perlu memberikan segala-galanya"
(dan ada awek berdiri di belakang anda memberi semangat)
Walaupun Mario Gomez bertanggungjawab menghasilkan 2 gol buat Jerman, tetapi tabik hormat aku berikan kepada Bastian Schweinsteiger (aka Schweini, aka Basti, aka The Beast). Dua assist paling efisien menunjukkan kemantapan kerjasama Jerman bila mereka bermain bola sepak.
Ya yang paling penting bila bermain bola sepak ialah kerjasama. Jangan jadi macam Belanda dan Robin van Persie. Apa guna Anugerah Kasut Emas kalau main macam Arsenal tanpa memikirkan rakan sepasukan? Kerjasama harus diutamakan. Kalau kita abaikan kerjasama jadilah macam Belanda yang kalah dengan Denmark itu hari.
Apa yang penting? Kerjaaaaaaaasama.
Rafael van der Vaart ada menyebut sebelum perlawanan bahawa Die Nationalmannschaft hanya mempunyai 3 pemain berkualiti dalam skuad berbanding Belanda yang katanya semua berkualiti belaka. Beliau lupa kualiti semata-mata hanya menjadikan sebuah pasukan itu sekuat Tottenham Hotspur. Jerman mungkin kurang pemain berkualiti, tetapi mereka memberikan segala-galanya. Sama seperti bila tentera Wehrmacht mempertahankan bumi Deustchland dalam Perang Dunia Kedua, atau seperti bila Jerome Boateng sanggup patah tulang rusuk kiri menahan rembatan padu Wesley Sneijder.
Dengan 2 kemenangan dari 2 perlawanan, Jerman seperti biasa berada dalam kedudukan selesa untuk mara ke suku akhir. Bak kata Schweini, "untuk berjaya, anda perlu memberikan segala-galanya". Pasti ianya lebih membantu bila anda ada awek berdiri di belakang memberi semangat.
Awek Schweini macam Sarah.
Okay, gambar lama Euro 2008
Nota kaki:
Tabik hormat juga kepada Matt Hummels, yang juga memberikan segala-galanya dan ada awek berdiri di depan (bukan belakang) untuk cemolot setiap musim di atas padang Westfalenstadion, Borussia Dortmund.
Hmm, mantap. Maksud aku permainan Mats Hummels semalam. Pertahanan yang epik serta terjahan yang klasik hingga ada budak Arsenal cakap Arsene Wenger wajib beli Mats Hummels. Aku rasa elok jangan, nanti jadi macam Lukas Podolski pula.
13 Ulasan:
kahkahkah thumbs up!
rasanya kalau player lain yang score masa denmark lawan portugal semalam perlawanan itu akan berakhir seri 2 sama disebabkan player arsenal score kalah 3-2 plak memang badi player arsenal kuat sangat la kat euro ni
Einfach eine geiler Gewinn haben die Deutsche.
Deutschland uber alles.
Heil Deutschland
Try harder Holland.......mana Van Kordi??? Tamak Habola sesuai untuk The Oranje........
keputusan akhir 3-2 eh? erkk.
Deutschland ueber Alles! Deutschland ueber Alles im der Welt !
Scheisse...!
kalau benar ada teknologi auto-play dalam bolasepak, jermanlah yang pertama akan menemuinya...
kalaulah gol tanduk akan diharamkan mulai esok, jerman sudahpun siap mencipta gol lutut hari ini...
kalau benar tuah ayam nampak di kaki, sahih lagi kompom jermanlah ayam2 tersebut :D..
dan kalau betul piala euro 2012 ditempa khas untuk jerman, ahhh! mana mungkin..jangan harap la jerman juara wei keh2..
Selepas tersingkirnya The Oranje, aku dengan ini secara rasminya menyokong Russia. Aku percaya hanya The Red Army saja yg mampu mencantas those nazi's dickheads just like what they've done at Stalingrad back then. All power to the Soviets!!!
RED ARMY?..ak harap waris2 kepada >8 juta rakyat ukraine yg gugur hancurkan waris2 stalin
aku yg patuttt.. yg patutt... memberinya segalaa
sistem knock out memang sangat bodoh.. takde guna lah dzagoev skor byk2 klu gol diffrence tak dikira.. pppffffttt!
ni xpuas hati kt Fans Arsenal ke sampai Podolski pun kena
Catat Ulasan