ANDA SEDANG MEMBACA

70

Perjuangan Menentang Kuasa Kejahatan Tidak Pernal Mengenal Erti Sudah

LuciusMaximus Isnin, Oktober 29, 2012 , , ,




Ayam tambatan Red Devils


Aidiladha baru saja berlabuh pergi. Ramai juga yang berkesempatan melaksanakan ibadah korban, sementara yang tidak berkesempatan turut berkorban diet dengan memakan daging korban atau berkorban masa dengan memandu 20 kilometer sejam di lebuhraya bertol ciptaan kerajan Barisan Nasional. Semua ini manifestasi korban sebenarnya. Berkorban dalam melakukan perjuangan menentang kuasa kejahatan dan hasutan syaitan.

Sesungguhnya perjuangan menentang kuasa kejahatan tidak akan pernah mengenal erti sudah. Chelsea contohnya, sebagai kelab Harapan Terakhir Umat Manusia, masih terus berjuang menegakkan yang hak dan menghancurkan yang batil walaupun sudah menjulang Champions League. Usaha menentang kuasa kejahatan, hasutan syaitan, perancangan Illuminati tahap tertinggi mahu pun komplot sulit Freemason mesti berterusan kerana umat manusia tidak mempunyai harapan lain melainkan kepada singa-singa Aslan dari Chelsea.

Ya. Tak akan lah kita nak harapkan Arsenal yang terlalu lemah dan naif? Sekonyong-konyong ayam tambatan RVP mereka berjaya ditarik sebegitu mudah masuk ke ruang angkasa syaitan. Nak harapkan Liverpool? Kah kah kah!

Maka tidak hairanlah pertembungan kuasa baik dan jahat malam tadi disaksikan penuh debar oleh penyokong Arsenal, Liverpool dan QPR. Semua mengharapkan Chelsea untuk menang kerana mereka sudah putus asa dengan janji sia-sia pasukan masing-masing.

Tetapi Manchester United seperti biasa turun dengan segala armada kegelapan mereka. Tidak cukup dengan tentera berpakaian alas meja, Alex Ferguson turut membawa masuk ayam tambatan baru Red Devils, Mark Clattenburg.

Ini tidaklah menghairankan sebenarnya. Manchester United tidak pernah menang perlawanan EPL di Stamford Bridge sejak kali terakhir pada April 2002. Chelsea juga merupakan satu-satunya pasukan dalam sejarah EPL yang mencatat lebih banyak kemenangan (13) berbanding kekalahan (12) dalam menentang Manchester United. Patutlah Alex Ferguson membawa pemain kesayangan beliau Mark Clattenburg dalam kunjungan kali ini.

Seperti biasa, kuasa kejahatan terus terlebih dulu menguasai pertarungan. Dalam tempoh 12 minit mereka sudah pun 2 gol di hadapan, itu pun terima kasih kepada bantuan David Luiz berambut singa dan seekor Judas dari Arsenal. Tapi tidaklah Chelsea bergelar juara Eropah dan pemusnah Barcelona jika tidak boleh bangkit kembali.

Gabungan trisakti di bahagian tengah terdiri dari Hazard-Oscar-Mata menghidupkan persefahaman jitu mereka lantas membuatkan Wayne Rooney kelihatan seperti Fakri Saarani. Red Devils tertekan dalam asakan bertali arus, terpukau dengan corak permainan yang tidak mengharapkan bantuan pengadil atau penjaga garisan. Nasib baik kecemerlangan De Gea sedikit sebanyak membantu mempertahankan ruang angkasa syaitan dari dibolosi.

Namun tidak lama. Melalui satu aksi sepakan percuma yang hanya boleh kita lakukan dengan bantuan mesin bernama PS3, Mata memperdaya De Gea untuk merapatkan jurang. Kemudian masuk waktu rehat dan apabila perlawanan kembali bersambung, Ramires pula mengikat kedudukan 2-2. Peminat Liverpool dan Arsenal semua bangun bersorak.

Kemudian, di saat tertekan inilah pemain baru Manchester United mula beraksi. Mark Clattenburg, yang telah diceraikan isterinya serta pernah digantung FA kerana beban hutang peribadi yang melampau menjalankan tugas dengan melayangkad kad merah buat si Serbia Ivanovic dan Nando Torres, yang pertama kerana menjatuhkan Ashley Young dan yang kedua kerana dijatuhkan oleh Jonny Evans. Nampak permainan dia di situ? Nampak?

Chelsea bermain dengan hanya 9 orang. Menentang bukan 11, bukan 12 tetapi 14 aparat-aparat kuasa kejahatan. Pun begitu Manchester United nampak masih terlalu lemah dan Wayne Rooney masih seperti Fakri Saarani. Di saat inilah Mark Clattenburg memainkan peranan untuk gol ketiga dan penyelamat Red Devils. Umat manusia telah dianiaya sekali lagi!

Chelsea kecundang. Tetapi itulah adat hidup berjuang. Ada menang dan ada kalah. Dan selalunya kalah ini apabila pihak lawan membawa masuk 'pemain' seperti Anders Frisk, Tom Henning Ovrebo dan yang terkini pastilah Mark Clattenburg. Sebagai sebuah pasukan bola yang digeruni kawan dan lawan, adalah perkara biasa apabila syaitan seperti Manchester United (dan Barcelona) perlu bermain jahat semata-mata mahukan kemenangan duniawi.

2 kad merah, 1 gol ofsaid, 9 lawan 14. Itulah yang diperlukan oleh Manchester United semata-mata untuk mendapat 3 mata di Stamford Bridge. Pun begitu, Chelsea masih tetap klasemen. Apa ada hal?

Perlawanan malam tadi ada pemenang dan pihak yang tewas. Tetapi meminjam kata-kata seorang lagenda Chelsea yang cukup dihormati ramai:

It's a disgrace, it's a fucking disgrace!

70 Ulasan:

'Ariff Ansaruddin berkata...

aku ingin menjadi pembuka, hatimu yang sekian lamanya, terkunci kerana selalu terluka
ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta, aku untukmu sepanjang hayat

Atan berkata...

Chelsea power.

Manchester United babi.

Aie Isa berkata...

Padu!

Mista Maman berkata...

Dah la MOM smlm, Mark Clatenberg didakwa atas abuse Mikel & Juan Mata. Chelsea dah buat pendakwaan sebab sblm tu, Chelsea mintak Mark apologize tp degil.

So, kite tgk plak ape kate & keputusan dr Ferguson Association (FA).

Yg best tu, bangga budak2 ManUseless menang mcm tu. Dahlah, parking bus, pastu hrp referee ubah game, goal offside then sotong RVP yg suka menyiku muka org xkene buang lak. Bertubi2 lahanat nye, kantoinye...

Game mmg dah rncak lepas Mata start goal, then, dgn Rooney semua mcm team divisyen 2 bertahan je, tetiba MOM tune in, habis semua.

FA themselves killing this beautiful game indeed. Never going to change that, do they?

Fitri Amir berkata...

Itu je kemampuan terkuat Man Utd? 2 years in a row at Bridge with unacceptable mistakes? F.A should consider investigate themselves.

f.islahi berkata...

masa menyu kalah 6-1 dgn city kat ot,pakai reff ni gak. si mark clattenburg. j evans kne red card. so terima jelah kenyataan yg reff problem. klu fan menyu sebelum ni boleh telan,tk kan fan chelsea tk mampu?

SmithSonian berkata...

MU kene 6-1 dlu rilek je..pehal nk butthurt sgt fan chelsea..standard la dlm game..dlu zaman mourinho pgg chelsea lg byk reff biased kat die x mengamuk pulak.. aku xpaham fan chelsea ni anti sgt ngan fan MU ni..rival korang tu city la..dua2 kelab baru nak naik.. kalau liverpool tu baru betol rival MU

SmithSonian berkata...

MU kene 6-1 dlu rilek je..pehal nk butthurt sgt fan chelsea..standard la dlm game..dlu zaman mourinho pgg chelsea lg byk reff biased kat die x mengamuk pulak.. aku xpaham fan chelsea ni anti sgt ngan fan MU ni..rival korang tu city la..dua2 kelab baru nak naik.. kalau liverpool tu baru betol rival MU

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

First red card is clear foul. Ivanovic menjatuhkan young yang ketika itu menuju ke arah gol.

First yellow for torres memang clear foul sebab torres bagi tendangan kungfu kepada cleverley. Second yellow torres memang clear dia dive tak pandang belakang (mr clattenburg betul2 dok ada kat belakang dia) - so torres punya red card tiada pertikaian. Even valencia pun dapat yellow pasal diving.

Chicharito punya goal, karma does its work. Clear offside. Tak sure reff nampak atau tak. Remember drogba punya gol 09/10 kat old trafford? Gol tu lah yg bawak chelsea julang 4th epl title. So, kini kamu rasa apa yang kami rasa.

P/s: David luiz punya handball dalam kotak penalti kenapa tak mention? Sedangkan clear penalty. ;-)

GGMU, welkam bek lucy.

COCKIN COCK berkata...

celaka lucius.. sakit ginjal aku baca

Apostolos Velios berkata...

mana lu ghaib luci ??

ayobkelubi berkata...

gaya baru meratapi kekalahan.

boleh buat kursus tak bang lucius?

bangsawan nilai berkata...

bila kalah baru kuar entri ke bro...

Jojoe Ali berkata...

Dasar Manusia.

Tidak pernah puas apatah lagi bersyukur dengan apa yang ada.

janxxx berkata...

aku dah agak, xkira kalah ke menang baru ar si lucy ni update tntg team kesygnnya tu..kah3..

Sang berkata...

solidariti liverpool dan chelsea menentang penindasan persatuan pengadil seluruh england.

aust berkata...

david luiz tu ball to hand ar(bola ke arah tangan) Law br FIFA, celah mane penalti pun aku x sure...

aki_san berkata...

like byak2 la...

mizu_sama berkata...

bodo danny armando nie..semban mcm pandai pasal bola..luiz bola pergi kat tangan..bkn tangan pergi kat bola..bodoh piang.kalau bola pergi kt tangan penalti, mcm tue senang ler..bawak bola masuk kotak,pastu rembat tangan player lawan.pastuh claim penalti?otak letak kt bontot.

mizu_sama berkata...

rooney kenapa x dpt second yellow? dia sengaja tolak cole...alex pun dah seram,terus keluarkan rooney..

pasal man utd kalah 6-1 dgn city... city malam tu mmg terlalu hebat utk man u..korang akui la..

Aziz Nasution berkata...

Dulu, Evans flying kick ke dada Drogba sampai mengeletek si dubuk tu atas padang tapi yg kena kad si dubuk jugak.. Last season, Chelsea lead 3-0 alih2 ref bagi 2x penalty kick sampai final result jadi 3-3.. terbaru, game semalam.. Aku tak faham macamana ada fans MU boleh bangga dgn kemenangan macam tu..

Danzat berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Danzat berkata...

edit sikit,
Pengajaran yang aku dapat lepas game tu, aku taknak tengok dah game CHEMUN nie, buat sakit hati.. season lepas kalah 1-3 ok lagi, seri 3 same ok lagi la walau reff gampang... tapi game semalam memang gampang,kalau kalah aku boleh terima, tapi reff gampang itu perit.. apa-apa budak MU, nah biskut, korang bawah chelsea sekarag jangan lupa..

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

Mizu yang handal, kalau ball to hand, then 2008 pun ada situation serupa yang buat chelsea dapat penalti masa lawan MU. So nak cakap macam mana tu? Otak aku mungkin letak kat bontot, tapi 'bangang' ko jangan makan semua, simpan sikit bagi adik2 ke mak ke kat umah tu. My point is, stop pointing finger mate. That is football, no matter how controversial it is u have to accept it. Sebab apa yang berlaku semalam mungkin pernah berlaku dulu kepada kami, kepada mereka-mereka yang lain juga, bukan hanya sekali, tapi berkali-kali because the dramas and tears will never stop if it goes to football. ;-)

keli berkata...

Kah kah kah. Padan muka Chelsea. Kalah jugak. Mana korang boleh lawan team MU ni. Trio setan merah memang terbaik dekat EPL. Mark Clattenburg-Howard Webb-Mark Halsey. Minggu depan boleh tengok prestasi Howard Webb masa lawan Arsenal kot. Budak Arsenal dah boleh pasrah. Muahahaha

Gua Liverpool dan gua OK.

talkIZcheap! berkata...

Perjuangan Menentang Kuasa Kejahatan <--- comel! :p

hantuLongkang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hantuLongkang berkata...

ahh budak2 chelsea ni..bila kalah, bola ke tangan lah, kaki ke dada lah, jambul ke depan lah...

budak2 MU pun satu...bila menang, telan lah, karma lah, tak bersyukur lah, comel lah..

ahhh...konek la...bangang belaka sebenarnya...hahah

kobetz berkata...

definasi bola ke tgn tu ye... itu terjadi bila bola ditendang..tgn kat dada, muka atau telo.. ni bile da mcm kepak.. itu kire blocking..
- sukidin tweet smlm..

danzat nie xtau ke game ade 38 kali? chelsea top? mng liga da ke?mana trofinya? muv on kids..!
aih..ni mesti terikut sgt dgn mentaliti team bangang.. mng vs menyu ibarat menang liga...
kamon la.. try harder..

p/s utk season nie... aku masih mencari perkataan bindippers..

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

Celaka gua dah lupa maksud bindippers.

Danzat berkata...

@kobetz
Hahaha... duk bawah diam-diam.. banyak bunyi pulak...
tunggu game satu lagi.. Nak tengok kepoweran MU...

Red Doss berkata...

pelik aku tgk fan chelsea..apa la yg nk dibanggakn stakat masih dok atas MU.sblm game lg da tau klu MU menang pn still chelsea kt atas..apapn,asalkn menang mmg bangga la,x kisah la mcm mana skalipn caranya..haha

Sii fieqar berkata...

ada plak suara2 sumbang yg doq ungkit match season lepas,,,seri 3-3,,,man utd dapat 2 bijik penalti free dari reff,,huhuhuhuhu,,,mang org melayu mudah lupa,,,masa 2 pengadil sebelahkan chelsea la weii,,,kalau dia sblahkan man utd,,,sah2 dari awal match chelsea main 10 org,,,coz gary cahill ada wat clear foul time ashley young lau x slap mo wat shot ke tiang gol,,,tapi reff wat derk ja,,,huhuhuhu,,,,

#MULUT SERUPA TAHI

#rindu ngan rashideeshukri,,,lama x dgr dia melalak kat cnie,,,,

Putra berkata...

fan m.unyet bangang, sekian

Aziz Nasution berkata...

brader glory hunter di atas, kalau nak bagi fact sila jangan letak ayat 'lau x slap'.. nampak sangat kau tak pasti dengan statement sendiri.. korang punya so-called legend, Gary Neville pun akui game kelmarin hilang excitement nya sebab ref.. kehkeh

mizu_sama berkata...

danny otak di bontot..baca law fifa la biol..2008 law tu xde lagi..biol

aust berkata...

tau xpe, law hand to the ball tu baru lg coz ramai player sepak bola kearah tangan bile dlm kotak penalti...
2008 mane ada lg law tu...

Abdullah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Abdullah berkata...

Lahanat apa komplen gol Drogba ofsaid yg dulu tu..dhla bnda lama..bangang betol kau ni..yg Macheda dlm game yg sama main bola tampar sampai gol lupa? Btul2 lps Drogba gol..byk makan semut kau ni..jgn mkn semut sorg2 bagi sikit mak ayah adik kau sekali...

Pak Alex & Co. berkata...

rilek, jgn marah2 penyokong MU. kita semua tau teori konspirasi ni xwujud n diorg just nak sedapkan ati yg tgh bduka je.kahkah.. so kita layankan ajo.

sebenarnya, mmg MU beli Clattenburg. Fergie blanja makan Big Mac kot, sape nak tolak ye x. Manager lain mampu offer sirap selasih je, igt sedap ke? puii.. lepas ni Howard Webb plak jd ref utk game Arsenal. so paham2 la, kalo xmampu nak celen offer Pak Alex, baik Arsenal hantar budak akademi je la. xdela malu sgt diperkotak katikkan ref

Nadira R berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fikiranlicin berkata...

Dua dua bangang

Sii fieqar berkata...

sapa glory hunters???MENANG TETAP MENANG...KALAH TETAP KALAH....ADA MASA RASA MENANG...ADA MASA RASA KALAH..nie la masalah org skrang...bla da duk kat atas...xmo da merasa kekalahan...tak yer ar minat bola lau emosi x ckup kuat tuk terima kekalahan..bila da kalah start gna macam2 alasan...tapi lau menang....cakap besar...puiiiikkkk hati serupa tahi...muka serupa b**i...

#ball 2 hand...hand 2 ball????ada ka kamu panggil situasi ni handball or ballhand?????mesti time tgk match lau brlaku situasi ni kita terus jerit..HANDBALL....so....xperlu dipertikaikan....

#papa smurf...xaxaxa f**k

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

Abdullah.. Abdullah.. Abdullah.. Benda lama pun still gol tu lead korang ke 4th epl title kan? Offside tetap offside walaupun gol tu dikira. Sama macam gol chicha tu. Memang offside, tapi dah reff tak nampak, so telanlah balik apa yg kami rasa. Tak gitu?

Mizu, luiz memang handball sebab benda yang jadi tu hand to ball, biasa kalo dalam situasi tu diletakkan ashley cole kat situ, dia akan letak tgn dia di belakang, tapi luiz tangan terawang-awang kat tepi, so dikira dia blocking bola tu. Faham bangang?

Unknown berkata...

gua xtahu kenapa ade fan MU mcm danny armando ni samada lahir2 bangang atau lepas mkn semut jadi bangang.nk kutuk pasal bola tapi libat mak bapak org.lu darjah dua ke tahun depan?ok lu ungkit crita lama gol dubuk liar offside.dah tu macheda skor pakai tangan pastu apacer.oh ref xnampak.abis ref pun xnampak jugak dubuk liar ofsaid.bangang. mata lu kat kerandut testis ke hapa?klu tolak dua2 gol tu still team smurf lead MU 1-0.simple math cmni pun xlepas.adoi bangang3.dah pegi sambung buat keja sekolah

Pak Alex & Co. berkata...

ala xpayahla kau betah Armando.diorg ni tetap bangang xboleh diajar. ko cerita tahap saintifik camne pun otak diorg dah dipenuhi merjerin. tepu. contoh mcm org atas aku ni. tu sbb sapot team bangang la jadi bangang mcmni. kahkah..

simple math kepala hotak dia. bro, kalo drogba x score offside tu situasi mgkin akan jd lain, mgkin MU akan score atau chelsea tmbah lagi goal. sbb gameplay dah jadi lain. matematik kau tak legit kat sini. so... kau bangang.

Unknown berkata...

"situasi MUNGKIN akan jadi berlainan". betul lah tu.klu gol macheda xdikira haritu mungkin drogba akan catat hatrik.sebab gol tangan macheda tu betul2 mempengaruhi persembahan smurf menjadi terencat, mungkin juga rooney akan skor hatrik,dua bolos gawang smurf, satu bolos gawang sendiri.ataupun mungkin roh george best akan kembali lalu merasuk petr cech untuk melepaskan 40 goal dalam masa 10 minit.mungkin...mungkin...mungkin...celaka lah espn xnak amik ko jadi pundit.xpun ganti hasbullah awang ke.pandangan ko bernas bro.

Unknown berkata...

kesimpluannya, man u menang, chelsea kalah..dah tak payah gado2

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

Gua tak pernah pun komen kasar2 kat sini. Sebelum2 ni kalau lu scroll balik post lama2 lu boleh tengok betapa sopan dan bertamadunnya gua punya komen. Tapi bila orang komen kasar dengan gua, gua macam hilang sabar plak. Mungkin pengaruh game tu kot. Pape pun gua mengalah la. Gua minta maaf kalo ada sentuh pasal mak bapak lu ke adik2 lu ke. Teremosi kejap. Kakakaka.

kobetz berkata...

danzat,
yg patut dok bawah diam2 tu ha... yg btol2 bawah tu.. yg kat atas tu pon kne ingt, andai Menyu bole beli ref, City xkn xbeli? kih3..

klo kami beli ref, sila tunjukkan resit pembeliannye.. hahaha..

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

Talkizcheap pehal lu diam ni? Lu macam dah tak bersemangat je nak beregu dgn gua.

Aziz Nasution berkata...

Clattenburg tgh disiasat, MU pun disiasat klu betul ada pakatan dgn FA, akan turun divisyen dan denda.. Jadi kita tggu je lah keputusannya walaupun aku rasa confirm MU tak kan kena apa2..

Apa2 hal pun, Chelsea masih klasemen.. enuff said!

Mista Maman berkata...

During United’s title winning 2010/11 season, they only lost 4 league games. I looked at who refereed those games and how long they then spent without being assigned Manchester United games as well their subsequent trend of behavior towards United.

The second game United lost was away to Chelsea. Martin Atkinson was the referee then and some of his decisions incurred the wrath of Alex Ferguson. Atkinson was not given another United game to referee for an ENTIRE YEAR. Atkinson was further punished with his decisions that went against United that day. He was not given a single Premier League game to referee for a full month. Even worse, he was subsequently given 3 lower league games to referee that season- when he’d previously not officiated a single one that campaign.

It seems that Atkinson was given a clear message that day.

Michael Oliver took charge of their first defeat, the February 2011 2-1 loss at Wolves. He was not given another Manchester United game to referee until December 2011. Since then, Oliver has had 2 United games. United have won both, with Oliver refusing to give a clear Fulham penalty in the 1-0 United win late last season at Old Trafford; a game came right at the end of the title race. A few weeks ago, Oliver gave United a penalty for a shocking dive by Danny Welbeck in the home win against Wigan.

Giving United penalties in the very next game you referee for them after having been criticized is a trend we’ll soon notice.

Mista Maman berkata...

The 3rd United loss came at Anfield, where a Dirk Kuyt hat trick secured a 3-1 home win. The referee that day was Phil Dowd. He was criticized by Ferguson for not sending Jamie Carragher off. In the very next United game Dowd refereed, he gave them a penalty which secured a 1-1 draw at Blackburn and their 19th league title.

The final United loss of the 2010/11 season came at the Emirates, where Chris Foy refereed a 1-0 Arsenal win. It will come to no surprise to people to know that Foy was subsequently not assigned a United league game for, again, AN ENTIRE YEAR.

He did however referee 2 United games in the cups during that time. The first was in the Carling Cup against Crystal Palace. He awarded United a penalty. The second was at Manchester City in the FA Cup. United got a penalty and Vincent Kompany was sent off early in the game.

To resume, we’ve just analyzed what happened to the 4 referees that officiated United’s 4 league losses in the 2010/11 season. 2 of them were not given any more United league games for a full year (Atkinson and Foy), a third for 9 months (Oliver). 2 of those referees gave United penalties in the very next game (Foy and Dowd) they took charge of and one refused to give a blatant one to the opponents (Oliver). Martin Atkinson, was not given Premier League games to officiate for an entire month and assigned to 3 lower league games.

When Halsey gave WBA a debatable penalty in the 1-1 draw at Old Trafford in May 2005 it was his 5th United game that season. He then also went an ENTIRE YEAR without being given any United games to referee. From 5 games in a season to none for a year

Mista Maman berkata...

I also looked at Mike Jones after prompting from the comments board. Jones refereed the 1-1 home draw with Newcastle last season and falsely awarded Demba Ba a penalty.

Subsequently, Jones was not given a single football game, at ANY level, to referee for an entire month. The next United game he was handed came a few months later, the 2-0 home win against Stoke which saw… You guessed it: 2 penalties awarded to Manchester United which, according to reports, were “very soft”.

How about Mark Halsey? Well, when he gave WBA a debatable penalty in the 1-1 draw at Old Trafford in May 2005 it was his 5th United game that season. He then also went an ENTIRE YEAR without being given any United games to referee. From 5 games in a season to none for a year. His record since then? He’s refereed 11 Man Utd games which have seen 11 United wins: the latest coming at Anfield, where 3 controversial decisions went the away team’s way.

In terms of trends, considering what we discovered about Alan Wiley and Mark Clattenburg (whose record with no United games to referee now stands at 36 league games since he took charge of the 6-1 home loss to City), there’s enough to make you wonder what exactly is going on in the referee selection process. It also ties in perfectly with ex referee Jeff Winter’s comments about The FA being reticent to assign United games to referees Ferguson has criticized in the past.

Mista Maman berkata...

We state the obviuos, that's Oppa Malaysian Style. but here, it were so obvious to be witnessed such "crime" scenes happened & will arise again for how long, for another decade? Another century?

Come on, Mancheater Urinated fans. Those stats been analyzed thoroughly. Its like Lance Armstrong, winning many big events without "exactly winning" it though.

adinda anna liyana berkata...

You guys made my day. Ada yg komen dgn fakta2 yg menarik. Mancheater? Hell no baby. Kelab yg paling drama queen, Barcelona. Suka buat telenovela atas padang. Cuma mungkin kes kad merah tak teruk mcm kt epl. Well, I dunno. ada siapa2 nk share fakta ke?

apa pun, kita saksikan lagi sekali pertembungan kali kedua antara MU dan chelsea. SAF pun dah wish good luck kt lee mason. So kita tgk la cmne. Siapa yg dapat good luck siapa yg kena good bye.

Good Day!

talkIZcheap! berkata...

danny, buat apa ko layan crybaby? Biasanya kalo budak2 menangis kat rumah, si bapak ke si emak yang pujuk? Kita tinggalkan kes-kes melayan budak-budak kecik menangis kepada kaum hawa sahaja...

Kita? Rileks, layan teh o ais sampai hari game berikutnya... :p

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

Clattenburg jadi reff masa game kalah 6-1 dulu boleh je jadi reff game MU balik.

Sii fieqar berkata...

panjang bebenor ulasan dia,,,mohon orang kat atas aq nie (mesti mamat liberfoll ni kan) wat full report dan hantar kat FIFA,,,mana la tau kot2 karangan dia ni bleh pkai,,,

#haters always be haters,,,,

Sii fieqar berkata...

BUAT YANG TERLUPA....by Rjuna.
Maaf.Saya masih dalam mood untuk mempertahankan Man
Utd.Kalau bukan kita siapa lagi ? Sedangkan ada fans sendiri
yg tidak membantu malah seakan menyokong hujah
(sebenar nya merapu) dari haters sedangkan haters tidak
pernah memberi fakta dan sekadar serkap jarang sahaja..Di
sini terdapat beberapa fakta game untuk renungan bersama
terutama fans Man Utd sendiri (konon2 nya) supaya melihat
kembali siapa yang menang cara terhormat dan siapa
sebenarnya menang "bermaruah".
(1).Liverpool 0 Chelsea 2 (2 Mei 2010 di Anfield)
Game penentuan kejuaraan Liga musim 2009/2010 di mana
ini adalah perlawanan ke 36 liga dan juga penentu samada
Man Utd atau Chelsea yg jadi akan jadi juara.Man Utd
menang 1-0 keatas Sunderland dan boleh jadi juara andai
Chelsea seri atau kalah dlm game ini.
Tetapi hanya kerana tidak mahu melihat Man Utd jadi juara
ke 19 pada masa itu Liverpool dengan sengaja kalah pada
Chelsea dan banyak insiden yg berlaku dlm padang masa itu
boleh di pertikai termasuk back pass Gerrard pada Drogba yg
menyumbat masuk gol Chelsea dan saya masih ingat lagi
fans Liverpool sendiri meraikan jaringan Drogba..
(2).Man Utd 1 Man City 6 (23 Okt 2011 di Old Trafford)
Pengadil yg kendalikan game Man Utd 3 Chelsea 2 baru2 ni
turut mengadili game ini dan memberi kad merah pada
Evans dan Man Utd tewas teruk.Pengadil ini di angkat dan di
puji hanya kerana mereka menang tetapi bila keadaan
hampir sama berlaku di mana Man Utd menang dan Chelsea
kalah maka tiba2 pengadil yg di sanjung menjadi
pengkhianat dan di beli bagi mereka.
(3).Man City 3 QPR 2 ( 13 Mei 2012 Stadium Etihad )
Perlawanan akhir dlm liga musim lepas dan juga perlawanan
penentuan..City perlu menang dlm game ini kerana
terikat mata dengan kita tapi mempunyai kelebihan gol yg
baik..Satu ketika City seakan tiada harapan kerana QPR
melawan dan mendahului dlm perlawanan penentuan ini
kerana mereka juga perlu menang untuk survivve dlm Liga
Perdana.City menang 3-2 dlm masa tambahan dan QPR
bermain dgn 10 orang bila Joey Barton sengaja menyerang
pemain City..
Boleh kah kita berkata yg Barton di beli supaya sengaja
mendapat kad merah dan pengadil juga berpakat supaya
City menang ?
Dan jgn lupa pada masa tambahan yg TERlebih di beri untuk
Man City..
Adakah City ada skandal dengan pengadil dan perlu di siasat
oleh FIFA?
(4). Arsenal 1 QPR 0 ( 27 Okt 2012 Emirates Stadium)
Game yg terbaru dan masih panas..Arsenal menang 1-0 dgn
QPR..Pemain QPR Mbia di buang padang pd minit ke 80 dan
Arteta dlm keadaan offside semasa dia menjaringkan gol
kemenangan Arsenal.
Adakah haters terlupa untuk melihat hal ini ?
ULASAN...
Saya penat melayan mereka (haters) kerana setiap kali kita
berhujah dgn fakta dan rekod mereka akan berhujah dengan
memetik ayat cerita dongeng mereka..Haters cuma
sekumpulan peminat bola yg kecewa dan hidup dengan
penuh ketakutan dlm dunia angan-angan ciptaan mereka
sendiri yg semua di sekeliling mereka telah di beli..4 contoh
di atas (saya boleh beri lebih banyak sebenar nya)
membuktikan bahwa mereka juga patut di siasat oleh FIFA
dan kesemua pemain dan peminat perlu di hukum gantung
di campak ke Gurun Sahara supaya di makan burung Nasar
yg botak atas kesalahan menjadi peminat yang tidak
berfakta dan auta..
Cuma saya takut burung Nasar pun akan mati jika makan
daging mereka kerana daging mereka pun sama beracun
seperti otak mereka...

Mista Maman berkata...

Fakta anda di atas - perancangan kemenangan yg kelab antara kelab ciptakan supaya "kekuatan" Mancheater Urinated yg disokong PADU FA tu terkawal. Kalau x, setiap season simply FA dah bagi terus EPL cup ke Old Trafford.

The FACT that, your David Gill, is the Vice-Chairman of English FA. Did you notice this? So, ini sepatutnya badan bebas, kenapa ada kepala kelab kat dlm organisasi ni?

Memang Clatenberg diberi tugasan untuk ref game aritu, tp sebelum ni, ada nmpk muka dia ref mane2 game lepas MU kene "pacak" hidup2 dgn Shitty? Its a clear message. Then, lepas ni, FA bg Clatenberg bnyk games la kan.

Mcm Lucy explain la, perancangan illuminati tahap tertinggi MU hanya gah di EPL, kalau tgk Europe lak, Barca la raja nya.

Fakta anda mmg bagus gak. Ada kebenarannya tp xsemua la. Mcm aku pun xdela pndi sgt, tp skrg mmg kehebatan EPL ni dah dimusnahkan oleh FA sendiri, bile game dah produce finest performance then klimaks maximum tetibe hilang diragut mcm tu je. Even aku Chelsea, aku tgk Big6 semua mmg kene well-prepared utk lwn MU, tp bukan tu je, dgn Officials sekali. Xbest dowh. Ni polis dah masuk campur, dah mcm huru-hara, kes racist xhabis lg, dah tambah tekanan.

Unknown berkata...

abang atas ni bagi 4 contoh kes, tapi team lain2 siap cakap ada banyak lagi oooohhhhh.xsyok la.cube abg senaraikan kes team abang sorang je.kita tgok mane paling panjang.keh3.eh? xde ke?klu xde maafkan saya.
gurun sahara?burung nasar?saya suka gaya bahasa abg.klasik dan sopan dalam menganjing.keep it up.garry neville yg lahir di engeland, pernah main di MU dan masih menyokong MU pun kutuk mutu pengadilan malam tu.inikan pula abg2 sekalian sebagai rakyat Bolehland yang jauhnya beribu batu, masih degil untuk menerima fakta dan terus mengorek2 kes2 lama dan mencari2 kemungkinan.patetik.patetik.

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

Talkizcheap, teh o ais kurang feel tengok bola, gua cadangkan tongkat ali. :-P

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

Talkizcheap, teh o ais lemau la tengok bola. Gua cadangkan tongkat ali.

talkIZcheap! berkata...

Akhirnya Mista Maman mampu tidur lena selepas 3 hari bermuram durja... :p

aust berkata...

Salam 5-4...

ball to the hand or hand to the ball terjadi lg, kali ni man u lak n xde penalti...

kalu x, jd ar salam 6-4, hahahaha...

kobetz berkata...

The FACT that, your David Gill, is the Vice-Chairman of English FA. Did you notice this? So, ini sepatutnya badan bebas, kenapa ada kepala kelab kat dlm organisasi ni?

alah lu sembang lebey la Mista Maman.. ni negara nie.. SPR under sape? dan apekejadahnya ade politik dlm FAM? bdn bebas la itu la ini la.. dah org vote dia.. g a wat BERSIHkn FA england! konspirasi Menyur konon.. ko tu yg terkena ngn konspirasi sarcastik Lucius... jgn emosi sgt..;-p

aku xbaca ape kopipes atas tu, tp aku sakit ati komen korg yg pnjg2 nie sbb aku kne scroll byk kali.. ni komen ke nk wat entry! nk entry g tnye rasidi sukri camne nk wat..;-p

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

Bang maman, FA chairman bukan david gill sorang je, david bernstein juga adalah FA chairman since 2011 dan juga penyokong kuat man city. Duke of Cambridge iaitu Prince William juga adalah FA chairman yang juga merupakan penyokong kuat aston villa. Jadi kalau nak kata david gill ni main politik utk menentukan kemenangan MU sahaja nampak macam tak kena la bang.

Pros|mrcool berkata...

zz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...