Kelayakan Piala Asia 2015 kurang sebulan lagi dari sekarang.
Semalam Rajagopal beritahu, dia nak kekalkan skuad AFF Suzuki 2012 tapi diserikan dengan beberapa kerat muka
baru. Aku ketawa geli hati. Erti kata mudah, dah boleh gali kubur pelan-pelan.
Tiap kali aku tengok
skuad malaysia main, aku sakit hati. Passing bola pun tak tak tepat, stop ball
ke laut, midfield tak kreatif, finishing tak power langsung, suka buat mistake
bodoh, mentaliti rendah dan memang tak banyak pakej la untuk jadi pasukan yang
kuat. Bajet star je lebih.
Kalau nak buka balik buku sejarah, banyak. Supermokh, James
Wong, Arumugam, Azizul Abu Hanifah dan ramai lagi. Tapi tu dulu, sampai bila
kita nak berbangga dengan sejarah ibarat penyokong Liverpool.
MAMPUKAH HARIMAU MALAYA?? |
Banyak sangat kelemahan dalam Harimau Malaya ni aku tengok. Aku
nak sebut semua takut ramai pulak kutuk aku.
#Game play yang mudah dibaca
Permainan Malaysia ni dari dulu terlalu direct ke depan.
Malaysia suka sangat main long pass, lambung bola jauh-jauh bajet
striker dapat kejar. Player malaysia ni ramai pendek-pendek, bola tak sampai
lagi, kepala atau kaki pertahanan lawan sampai dulu. Nak lawan pasukan Timur Tengah yang tinggi-tinggi tu memang
tak boleh lepas lah.
Sementara itu, Rajagopal masih sibuk dengan eksperimen
beliau yang tak sudah-sudah dengan penuh sabar dan dedikasi. Terima kasih FAM.
#Tak kreatif.
Midfield malaysia main macam budak-budak baru nak belajar
main bola. Masuk era 2000-an ni belum ada midfielder malaysia yang betul-betul
kreatif. Mungkin ini satu penghinaan untuk Safiq Rahim dan Amar Rohidan, tapi Nazmi
Faiz boleh buktikan sesuatu di masa depan. Tak perlu lihat jauh, tengok Bruno Martelotto je dulu, tak payah Xavi, Iniesta atau Pirlo. Yang tu level dia tinggi sangat. Bruno bola bila kat kaki tak jauh, tenang, kreatif dan tahu nak buat apa dengan bola.
NAZMI > SAFIQ + AMAR |
Tengok pula Safiq Rahim, Amar Rohidan main midfield, rasa
boleh hilang akal tengok lama-lama.
Badri Radzi, Shahrizaal Saad, Indra Putra semua tu bukan tak
sedap main. Cuma power nampak kat kelab atau negeri je, bila dapat trial maen
untuk Malaysia main macam orang hilang pedoman hidup.
#Lambat buat
keputusan
Main bola, otak kena cepat fikir. Itulah kelemahan pemain malaysia,
orang terer dia fikir 2,3 saat je, tengok mana kawan, ruang dan posisi musuh 2
saat. Baki 1 saat lagi decide nak buat apa dengan bola. Rajin-rajinkan lah
tengok world class player main. Rooney main macam mana, Giggs ke atau Iniesta. World
class player dia tahu bila masa nak gentel, bila masa nak pass, nak cross,bila
masa nak shoot. Pemain malaysia 4,5 saat baru tahu nak buat apa dengan bola. Tak
habis melangut lagi bola di kaki musuh cilok dulu.
#Basic Skill ke laut
Lagi satu, skill tahan bola pun pemain Malaysia masih lemah.
Bola patut tahan dengan dada tapi tahan dengan lutut. Tahan bola boleh pulak
bagi lawan. Passing bola pulak tak sampai, lemah tenaga batin. Passing bola
out, passing bola ke laut. Kawan nak mintak kanan kau bagi kiri. Malaysia suka
sangat main susah. Passing senang pun tak boleh buat.
Kita berkira-kira ingin layak ke Piala Asia 2015, tapi dengan Vietnam, Thailand even Bangladesh pun kita tak lepas lagi. Rajagopal apa yang kau dah buat?. sampai bila nak bereksperimen.
TINGGAL KENANGAN |
12 Ulasan:
Yang ini power. Sedak di baca.
aku percaya jali bah mmg seorang pemain bolasepak yang tahu basic dalam permainan.. bila orang tahu main bolasepak je akan tahu komen tentang permainan bolasepak.
terbaik jali bah
ini baru betul bukan sekadar angkuh! power mmg power. berseri jumaat aku harini.
lepas AFF Suzuki baru aku faham. eksperimen hanya sekadar alasan.
Salam Jumaat.
kita kekurangan player midfield yang betul2 bekarisma macam azizul abu hanifah.. negara lain ada 10 nazmi faiz..
nafsu kita ni terlalu besar. thailand dan singapore yang level lebih tinggi dari kita dari segi skill dan gameplay pun susah nak lepas dgn negara timur tengah..
singapore menang 4 aff pun takboleh pegi jauh.. apatah lagi malaysia yang cuma 1 juara aff..
jadi kita kena realistik dalam target yang ingin dicapai
Aku tetap berpendapat kita tidak menurunkan pemain terbaik yang kita ada pada AFF sudah.Nampak sangat pemilihan pemain ada campur tangan pihak atasan.
sedap....seeloknya cc pd sultan dan sekutu bolanya entri ni
Nama player banyak salah eja la bro. Kena banyak mengaji lagi ni.
Macam mana pulak boleh compare shaaarrizzaal saad dengan safiq,amar. Dia striker bukannya midfield.
Sebenarnya benda ni, setiap kali tengok Malaysia main pun semua orang dah tahu...
Eh, ke ada yang tak tahu? Selain, FAM la maksud aku...
haah, aku tadi bajet letak nama kapten perak panjang rambut tu shahrul nizam mustapha. silap bagi letak nama sharizal saad pulak bingai.
bagus jali bagus. ada peningkatan
Yg ni aku puji..
hat ni bagus, informatif
Catat Ulasan