Fantastic Captain, Berkaliber, Power, dan Ayah Penyayang..
Jangan bajet terkejut…Yang
tengah makan cekedis, teruskan makan..Yang pegang tangan dengan makwe, teruskan
bercumbuan di taman..Ya, semalam Liverpool menang ke atas Sunderland 3-0 di
Anfield. Kemenangan tahun baru yang bermakna untuk Liverpool menangkis semua
kutukan-kutukan pedas dan penyokong yang jeles dan mengembalikan ‘power’ yang
dulu pernah dikecapi. Pagi tadi, ramai penyokong Liverpool gembira kemain atas
kemenangan ini walhal rasanya berapa kerat saja yang menonton perlawanan
tersebut. Yang tak true sangat Reds di dadanya tu mesti sedang asyik berasmara
dalam mimpi sampai terlepas subuh..Ceh.
Semalam, Liverpool
turun dengan formasi 4-3-3(Pepe Reina, Andre Wisdom, Daniel Agger, Glen
Johnson, Martin Skrtel, Steven Gerrard, Lucas, Jordan Henderson; Stewart Downing,
Raheem Sterling, Luis Suarez) manakala Sunderland pula turun dengan formasi
4-2-3-1(Simon Mignolet; Craig Gardner, Carlos Cuellar, Matthew Kilgallon, Danny
Rose; Jack Colback, Sebastian Larsson; Adam Johnson, Stephane Sessegnon James
McClean; Steven Fletcher).
Bagi team power macam Liverpool, formasi seperti ini adalah perkara biasa. Cumanya, aku tidak berapa setuju dengan tindakan Rodgers meletakkan Andre Wisdom bermain di sebelah kanan kerana Wisdom berhadapan dengan Sebastian Larsson yang kita tahu kelicikannya 30 kali ganda lebih baik jika dibandingkan dengan Fakri Saarani. Berkenaan back four Liverpool, kelihatan tidak ada masalah kecuali silly mistake yang selalu dilakukan oleh Agger yang selalu memberikan sepakan percuma kepada pihak lawan. Dan perkara inilah yang selalu dibuat oleh Aidil Zaquan yang tak reti-reti main slow-slow bila depan gawang.
Liverpool melancarkan
serangan melalui 3 serangkai utama iaitu melalui Suarez,Sterling dan juga
Downing tetapi orang yang mengatur segala perancangan ini ialah Lucas Leiva.
Ya, mamat yang pernah injured 1 tahun inilah yang merancang segala gerak-geri
Liverpool. Hantaran pendek yang kemas, bertenaga, dan berdedikasi, stail
mematikan bola yang power macam Incredible Hulk, dan tackle yang tidak
memudaratkan pihak lawan agar tidak injured macam dia dan bila injured,
kekuatan batin tak berapa nak ada sangat, so senanglah John Terry take-over
tugas mereka sebagai pemberi nafkah batin.
Pada minit ke 15, Liverpool diberikan sepakan percuma diluar kotak penalti Sunderland dan sepakan itu diambil oleh Downing, namun kecekapan Mignolet menafikan bola tersebut untuk menemui jaring Sunderland. Keputusan masih tidak berubah. Pada minit ke 19,sedang Sunderland leka menyerang, mereka terlupa untuk bertahan. Fantastic Captain clear bola dari kawasan berbahaya, kemudian di control dada dengan baik oleh si gigi arnab,kemudian menghantar bola lambung kepada Sterling belum sunat, dan dengan ketenangan tahap moskhsa, Sterling melambungkan bola dengan steady dan bola menerjah jarring.Ok, kesilapan Sunderland disini adalah mereka lupa apa itu back four. Tidak ada seorang pun yang high pressing ketika si arnab dengan steady mendada bola dan Carlos Cuellar juga ketinggalan untuk meninggalkan Sterling belum sunat dalam keadaan offside. Ini kesilapan yang selalu pasukan Harimau kita selalu lakukan yang bajet Usain Bolt kononnya dapat mengejar pemain lawan daripada menjaringkan gol. Padahal,lari pun macam berat telor. Cis..Liverpool mendahului 1-0 hasil jaringan Sterling belum sunat. Liverpool meneruskan penguasaan bola dengan hantaran kemas nak mampus, high pressing, sekali-sekala melakukan trigger-run walaupun tak berapa nak power, dan melakukan percubaan luar kotak penalti. Ketika Liverpool sibuk menyerang macam yang sama sibuknya macam kenduri kahwin keluarga, Sunderland hampir menyamakan kedudukan melalui James McClean hasil umpanan Steven Taylor Fletcher.Ok, ini gerakan sangat menarik. Tanyalah sesiapa sahaja, mesti mereka akan kata ini gerakan menarik. Kalau Tanya KJ, mesti dia kata tidak sebab dia tak reti pasal bola dan sokong team yang serupa dengan UMNO,iaitu Man Utd. Gerakan ini dipanggil wall-passed kalau mengikut teori Rinus Michel. Sebastian Larsson melarikan bola, kemudian pass kepada Taylor Fletcher, dan sebelum bola sampai ke kaki Fletcher, McClean sudahpun berlari meminta bola manakala Larsson pun berlari ke kanan untuk memecahkan dan menarik Skrtel agar membuka ruang untuk Fletcher menghantar bola kepada McClean dan usaha itu berhasil namum finishing McClean macam celaka dan bola sedikit tersasar dari gawang Liverpool. Nah, jenis serangan seperti inilah yang diperlukan oleh pasukan negara. Bukan asyik mengharapkan mistake pihak lawan. Tapi dengan keadaan bola negara sekarang, dengan control bola pun macam fakyu, tahan bola pun macam setan, tak payahlah berangan-angan nak buat wall passed tu. Belajarlah kasi power benda basic dulu baru move kepada tactical.
Goal kedua Liverpool
hadir pada minit ke-26 hasil jaringan gigi arnab. Dengar cerita, mamat ne dah
score 13 bijik sebelum perlawanan dan dijangka akan mencabar pemusnah
Manchester United dari dalam, RVP. Ini gerakan biasa-biasa saja. Fakri juga
boleh buat sebenarnya. Gol ini hasil daripada satu counter-attack yang pantas.
Sekali lagi Fantastic Captain memainkan peranan dengan menghantar bola ke
kawasan untuk diambil oleh si gigi arnab,dan berlaku sedikit pergelutan antara
si gigi arnab dan Carlos Cuellar. Mulanya,kelihatan Cuellar yang bakal menang
dengan pergelutan tu, tetapi mungkin dengan kuasa gigi, dia tergelincir dan
Suarez berjaya melarikan bola dan menyepakkan ke penjuru kiri gawang Mignolet.
Bola menemui jaring. Penyokong Liverpool di Anfield mahupun kedai mamak bersorak
keriangan sampai tak ingat subuh. Ok, sekali lagi defender Sunderland melakukan
kesilapan sama seperti gol pertama. Ketika Sterling belum sunat challenge bola
udara dengan Kilgallon, Gardner tidak cover langsung tempat Kilgallon dan
membiarkan kawasan itu kosong. Fantastic Captain dengan pantas mengutip bola
perebutan Sterling belum sunat dan melakukan one touch passes kepada gigi arnab
yang kemudiannya berlaga macam ayam dengan Cuellar dan menghasilkan gol ke 2
Liverpool. Hasil dari pandangan atas, kelihatan banyak ruang untuk si gigi
arnab. Hal ini terjadi akibat tidak ada closed up dan covering baik dari
pasukan Sunderland. Yelah, Gardner berlari lenggang macam nak pergi pasar,
Danny Rose macam berat telur, dan challenge body Cuellar tidak kuat macam
Badang, dan terhasillah goal kedua Liverpool. Perlu diingat, zaman bola sepak
moden menekankan sistem covering, bukan lagi one man marking. One man marking
tu zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kedudukan berubah 2-0 dan wasit meniup wisel
penamat untuk separuh masa pertama.
Penyokong Liverpool bergembira macam lepas
dapat puaskan nafsu masturbasi masing-masing.
Separuh masa kedua
bermula dengan gayanya. Aku pun dah habiskan 4 batang untuk menunggu separuh
masa kedua dengan harapan Liverpool jangan jadi bangang macam sebelum ini.
Liverpool memulakan separuh masa kedua dengan passing kemas, high-pressing,
control comel, dan macam-macam lagilah jenis taktikal yang power untuk
dilaksanakan. Manakala Sunderland pula jadi bangang sebab asyik main long-ball saja.
8 minit berselang, Liverpool menukar angka scoreboard kepada 3-0 hasil jaringan
si gig arnab sekali lagi. Ok, inilah bukti Fantastic Captain. Menghantar bola
dengan tepat dalam jarak 40 meter kepada si gigi arnab dan 1 control yang tak
berterabur ditunjukkan dan gol ketiga menjelma. Penyokong kembali bersorak
gembira. Penyokong di Malaysia juga bersorak,tapi dalam hati sebab memikirkan
esok kena kerja dan fikir nak cari pot baik untuk tidur kat office. Gerakan gol
ketiga ini dipanggil penetration atau penembusan dalam Bahasa Melayu. Sterling
belum sunat dengan bijak melakukan trigger-run dengan menarik perhatian Cuellar
untuk membuka sedikit ruang kepada si gigi arnab agar selesa menerima bola
tanpa pressure dari defender. Manakala Gardner pula bangang sebab tak perasan
yang si gigi arnab sudah berlari ke ruang yang dicipta oleh Sterling belum
sunat dan dengan 1 control comel,PANG!!! Gol ketiga dijelmakan. Pujian patut
diberikan kepada Gerrard dan Sterling kerana dapat menghidu peluang keemasan
seperti itu. Nah, ini yang bola sepak kita tidak ada. Safee Sali budak motor
tak reti buat larian macam Sterling, Mat Yo pun tak reti, Safiq pun tak terer
nak hantar quick passes,Kunalan yang jadi Messi yang lari tak tentu hala,so
jangan hairanlah gol-gol yang kita jaringkan tipikal saja.
Liverpool dengan steady
bermain semakin kemas dengan kemasukan Joe Allen yang dengar cerita season
lepas kemain complete passesnya meletup dengan Swansea dan mengeluarkan
Sterling belum sunat. Kemasukan Joe Allen merubah sedikit formasi Liverpool
dengan membiarkan si gigi arnab bermain keseorangan di hadapan. Selepas itu,
pada minit ke 67 pula, kemasukan Suso mengganti Jordan Henderson dan kekemasan
Liverpool semakin terserlah. Sebenarnya, aku tidak tahu sangat apa fungsi
Jordan Henderson sepanjang 67 minit di padang sebab tidak ada gerakan menarik
yang dilakukan yang boleh merobek hati peminat Sunderland. Semua gerakan
biasa-biasa saja. Minit ke 74 pula, Rodgers mengeluarkan Martin Skrtel dan
memasukan Carra kuda tua yang reti sepak berterabur dan covering tak berapa nak
power. Nasib ada pengalaman sedikit dan serangan Sunderland pun tak power. 90
minit berakhir dengan kemenangan mutlak milik Liverpool dengan jaringan 3-0.
Ramai penyokong yang
bangun pagi terus post kat FB menyatakan YNWA la, Liverpool menang la,
apalah,inilah..Dan perkara itu dicemburui oleh kelab kelab lain sebab selama
ini mereka mengharapkan Liverpool terus bangang untuk season kali ini. Kepada
penyokong Arsenal, Man City, Chelsea yang dengar cerita kalah semalam sebab
keangkuhan Rafa yang tidak menurunkan captain fantasy aku,Juan Mata, dan kelab-kelab
yang lain, jaga-jaga,Liverpool tengah power sekarang ni dan kita hanya bermusuh
ketika pasukan kita berlawan sahaja,lepas itu setel. Tapi kepada penyokong
Setan Merah(segelintir) yang asyik banggakan team sendiri tanpa mengkritik team
dan hanya tahu nak menang sahaja,kita akan bermusuh sampai bila-bila selagi
dunia ini belum kiamat. Peh, macam gaya ustad masjid Bangi.
14 Ulasan:
pada minit ke-15 (scroll, scroll, scroll)
boleh ringkaskan lagi rasanya. Good job brader.
zzzzzzzz
celaka sama plak ,aku pon scrol dekat pada minit ke 15 tu..
kelakarnyeeeeeeeeeeeee
macam panjang sangat brader..tapi okay la daripada entry sebelum ne..cerita ntah mende la..at least dalam sokernet ada juga ulasan perlawanan..bukan memaki tak tentu pasal..tu yang tak taw pasal bola jek memaki macam haram..
ni lintas langsung dari RTM 1 ke?
tim bru nk powe entry ttp bangang abadi..kah2
kau tahu tak malaysia ni da buat macam2 untuk kempen membaca, tapi tak jadi2 jugak...
jadi tulis la ringkas2 sikit, ini blog bola, bukan tesis.
mana hang tau Sterling belum sunat bro, hang tengok penis dia ka..
(lol can't believe i read all that)
Babi mmg minit ke 15 tu aku terus scroll. Karangan bukan main lagi. Nampak dekat bung wahab ni memang kena maki
Hanya sampai minit ke -15 juga :(
bukan senang nak tengok fan liverpool bersorak kemenangan.kipidap,iklas dari rival
baru menang 3-0 dah berjele, kalau 8-2 xtau ah.
mlm ni liv jmpe team kampung yg blh kitai, tulislah sekurg2nya 8000 patah pekataan
Catat Ulasan